Wednesday, 13 June 2012

Wujudkah Couple Islamic?????

Assalamualaikum...

CINTA, 
Fitrah Setiap Manusia, MANUSIA diciptakan oleh ALLAH SWT dengan membawa fitrah (insting)  
untuk mencintai lawan jenisnya. 

Namun, Islam tidak membiarkan fitrah itu mengembara tanpa batasannya. Islam telah mengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan cinta, juga bagaimana batasan pergaulan
antara dua insan berlawanan jenis sebelum nikah, agar semuanya tetap berada pada landasan etika dan norma yang sesuai dengan syariat..





betulkah sebenarnya wujud couple islamik itu??
bagaimana pula dengan statement bahawa COUPLE ITU HARAM???
wahai sahabat2 seagamaku..sama2lah kita berfikir bukan mengikut hati atau emosi kita..berfikirlah cara yg terbaik agar mendapat keredhaaNYA..itulah matlamat hidup kita..
manusia ini sifatnya mmg akan mencari seboleh mungkin hujah bagi menyangkal sesuatu perkara yang bertentangan dengan pemikiran dan pendapatnya..tetapi sedarkah kita bahawa..yang HARAM TETAP HARAM...sebagaimana satu kisah ini :

"seorang mualaf pergi ke kedai makan lalu terserempak dgn seorang lelaki dan perempuan di satu meja..lalu dia menegur "suami isteri kah?"..lelaki itu pun menjawab.."eh,tidak.kmi couple je..tpi 'COUPLE ISLAMIC'...
lalu mualaf itu berkata.."oh..mahu dengar satu kisah tak?"..pasangan couple itu mengangguk sahaja..lalu mualaf  itu terus meneritakan kisah ini..
"dulu saya suka sgt2 makan babi..dari kecil lagi..sehari kalau x makan,sy akan pengsan..tetapi selepas sy memeluk islam..sy dapati islam tidak membenarkan umatnya memakan babi..sy gelisah sgt..sudah seperti nyawa2 ikan..lalu sye mengambil jalan untuk menghalalkan babi itu..
babi yang baru dilahirkan..sy ambil lalu sy membelanya..tiap2 hari sy akan memandikannya..memberi makanan yg halal..dan memperdengarkan ayat2 suci al quran padanya...konklusinya segalanya sy ambil berat agar segalanya suci dan bersih...apabila sampai waktunya untuk dimakan...saya mnyembelih babi itu kerana itu cara islam kan??kemudian sudah tiba masa makan..seorang ustaz melintas dikawasan itu..lalu sy menjemputnya makan sekali."ustaz,marilah makan..babi ni babi halal.." lalu ustaz itu mengatakan bahawa."YANG HARAM ITU TETAP HARAM"..
begitu jugalah perumpamaannya dengan couple..ingatlah saudara saudari bahawa :
MATLAMAT tidak mengHALALkan CARA...





‘Imam Hassan Al-Banna menyampaikan ceramah mengenai al-Quran pada 
setiap hari Rabu di kawasan ‘Al Hilmiyah’. Pernah seorang pemuda mengemukakan
satu soalan yang menarik,
 "Adakah bercinta itu halal atau haram?"
Hassan Al-Banna tersenyum lama dan kemudian menjawab:
 "Cinta yang halal itu halal dan cinta yang haram itu haram.
  Saya pun tersenyum juga membaca jawapan al-Banna ini:) 
Jawapan yang genius sekali.

KEKASIH KITA pernah bersabda: 

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Hindarilah zina sebab ia menimbulkan enam kesan buruk, tiga di dunia & tiga di akhirat. Yang di dunia, zina akan menghilangkan kegembiraan, menyebabkan fakir & mengurangi
umur sedangkan keburukan di akhirat nanti, zina menyebabkan pelakunya diazab, dihisab secara ketat dan kekal di neraka."
(Hadis riwayat Baihaqi)


ustaz:kenapa kamu bercouple dengan dia???

remaja:sebab saya cintakan dia la ustaz.

ustaz:apa jadi kalau kamu tak couple dengan dia?

remaja:saya rasa hidup saya tak bermakna ustaz. saya sanggup mati utk dia.

ustaz: boleh kamu tutup hidung dan mulut kamu untuk 15 minit?

remaja: ustaz ni gila ke? mati la saya kalau macam tu.

ustaz: ISLAM itu ibarat oksigen kepada manusia...tanpanya, kamu akan mati...
bukankah ALLAH telah buktikan cinta NYA kepada seluruh manusia...

#kamu sanggup mati utk cinta manusia, tapi sanggupkah kamu mati utk pencipta cinta itu???

Org yg bercouple,pasti selalu membayangkan org yg dicintainya (zina hati)


Indah kan bila banyak kata-kata indah dan janji manis dipendamkan dan disimpan elok-elok untuk diluahkan kepada yang berhak yang sudah sah menjadi milikmu. :) 


"Jodoh itu rahsia Allah SWT."
Sekuat mana kita setia,
Sehebat mana kita merancang,
Selama mana kita menunggu,
Sekeras mana kita bersabar,
Sejujur mana kita menerima kekasih kita,
Jika Allah SWT tidak menulis jodoh kita bersama kekasih kita,
kita tetap tidak akan bersamanya dengannya..


Kekasih abadi kita berfirman didalam kitab cintanya :

Firman Allah:
“Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada melakukan zina). Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.”
(Al-Ahzab: 35)





✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...