Sunday, 3 February 2013

Cinta Hingga Hujung Nyawa..


Sepasang Suami Isteri "Sweet Couple" sedang berjalan sambil berpegangan tangan.. Tiba-tiba si Isteri bertanyakan soalan pada suaminya... 


ISTERI: Abang, bila kita jalan macam ni, semua orangg memerhatikan kita kan? Mesti mereka pelik kenapa lelaki sehensem abang memilih saya yang serba kekurangan ni sebagai isteri abang...

SUAMI: Kenapa sayang cakap mcm tu? Sayang kan isteri abang  biar lah apa orang nak cakap pun.(senyum)

ISTERI: Sayang tahu tu, tapi sayangkan tak secantik perempuan-perempuan lain, badan gemuk, kulit gelap, pendek,. Rasa macam tak layak jadi isteri abang. (Dengan nada yang sayu)..

SUAMI: (sambil mengenggam erat tangan isterinya) Sayang, ni lah yg dikatakan JODOH... ALLAH dah tentukan sayang jadi milik abang, abang REDHA... Dan untuk pengetahuan sayang, abang pilih sayang sebagai isteri abang bukan kerana paras rupa, bukan kerana harta tapi kerana agama yang ada pada sayang..kali pertama abang tengok sayang, abang yakin sayang boleh jadi isteri yang terbaik untuk abang tempuhi dunia ni... dan bila abang pandang muka sayang masa tu, nampak wajah keibuan pada sayang....

ISTERI: Tapi abang........


SUAMI: (menutup mulut isterinya) Tak de tapi-tapi, Sayang adalah AMANAH dari ALLAH,. Apa pun yang orang nak cakap abang tak kisah, apa yang abang tahu, abang BAHAGIA ada sayang disisi, sebab sejak kita nikah abang dah ada teman untuk menghafal al-quran, abang dah ada teman untuk mengaji dan abang dah ada teman untuk Tahajjud di sepertiga malam... sayang ingat senang ke abang nak cari isteri macam sayang???? susah tau...

ISTERI: memandang suaminya dengan air mata berlinangan dipipi..



SUAMI: Alolololo... isteri abang nangis ye??? (sambil kesat air mata isterinya).. abang tahu abang hensem (cewahhhh, hehehe) , dan abang tahu abang boleh dapat perempuan-perempuan yang cantik, tapi abang tak nak ikut NAFSU, lumrah lelaki inginkan teman hidupnya secantik bidadari, tapi abang tak kejar semua tu, semua tu hanya didunia.. abang nak kejar JANNAH bersama-sama isteri abang yang comey ni... abang tahu isteri abg nie mampu jadi bidadari abang yang paling cantik untuk abang dan anak-anak nanti... InsyaALLAH di syurga nanti juga... kan sayang kan???

ISTERI: InsyaALLAH abang, terima kasih (nangis)

SUAMI: Dah la tu sayang, jangan nangis dah tau.. Jom ikut abang pergi masjid, kita pergi taman-taman syurga, malam ni ada kuliah kat masjid..
ABANG SAYANG ISTERI ABANG.... (^^ ,)
Allahurabbi...


"Dua jiwa, dua hati berpadu bersama dalam bahtera terindah bernama cinta"

Nota kecil : Mampukah scene sweet dalam "drama Setia Hujung Nywa' menandingi kisah cinta ini. Renung-renungkan dan selamat beramal.  

 sumber dari belog cik comei+cantik










✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...