Sunday, 10 February 2013

Cintaku Hanya Untuk Suamiku !


Assalamualaikum..alhamdulillah kali ini nak buat entry pasal cinta pulak..boleh kan?hee~ tak selalu pun,walaupun masih muda dalam memahami erti cinta tapi ini cuma pendapat dan prinsip saya..dan saya tetap menghormati prinsip dan pendapat orang lain..kita semua berhak bersuara..jangan risau,saya memahami..

Teringat saya akan satu kisah antara Nabi Muhammad SAW dengan Saidatina Aisyah R.A.

Saidatina Aisyah berkata: 
"Aku, wahai Rasulullah, tidak seperti seorang pun dari isteri-isterimu yang lain. Tanpa kecuali, mereka telah pernah dipeluk lelaki, kecuali aku."
Baginda hanya tersenyum.

Di waktu yang lain, Saidatina 'Aisyah ada berkata:
"Wahai Rasulullah, jika engkau turun ke sebuah lembah, di situ ada dua pohon, yang satu sudah dimakan haiwan ternak, yang satu lagi tidak. Lalu, di pohon yang manakah untamu akan engkau gembalakan?"
Jawab Nabi SAW, "Di pohon yang tidak digembalai ternak." Lalu Aisyah berkata, "Akulah itu!".
Namun, tidaklah Nabi SAW bersikap tidak adil pada isteri-isterinya yang lain walaupun mereka berstatus 'pernah menjadi isteri orang lain.' Takutnya Nabi SAW akan ketidakadilan dalam rumahtangga sehingga Nabi SAW berdoa apabila hatinya tercondong berat menyayangi Aisyah Humaira:
"Ya Allah! Inilah pembahagian yang mampu ku lakukan, maka jangan Engkau siksa aku dalam hal yang tak mampu aku lakukan."
Ringkasnya, sahabat-sahabatku jagalah kesucian diri dan kehormatan diri sebelum berkahwin. Jangan pegang-pegang, jangan sentuh-sentuh. Jagalah hati tetap untuk satu cinta dunia yakni pada suami yang berhak. Teguhkan hati untuk satu cinta kekal selama-lamanya yakni pada Allah dan Rasulullah. Kemudian, kamu mampu berbangga dan bersyukur jika berjaya mempertahankannya sehingga saatnya kamu diakadkan. Tidak salah mendabik dada (tidak berlebihan) depan suami. Kamu memang layak berbangga.


Namun, bagaimana pula dengan yang tidak berjaya mempertahankan kesucian, kehormatan dan imannya sebelum berkahwin? 

Bertaubatlah, nescaya taubat nasuha mensucikan diri anda kembali hati dan iman. Simpanlah dan lupakanlah aib, kisah hitam anda sampai mati. Jika dengan aib itu, akan merosakkan hubungan dua insan dan rumahtangga maka rahsiakanlah. Tidak wajar mendedah aib sendiri walaupun berterus terang adalah lebih baik. Kadang-kadang ada yang perlu disembunyi dari didedahkan. Kerana manusia bukan Tuhan. Manusia menghakimi dengan kejam dan tidak adil berdasarkan kisah2 silam kita, tapi Allah tidak begitu. Allah Maha Pengampun sedang manusia bukan pemberi sebarang pengampunan. Manusia hanya memaafkan, tetapi tidak mengampunkan dosa hitam. 

Akhir kata,Allah masih beri peluang untuk kita walaupun manusia tidak beri peluang pada diri kita. Ingat, kita tak perlukan manusia utk menilai kita, tapi kitalah yang nilai diri kita sendiri dan kita sendiri yang bagi peluang diri sendiri berubah.



So kata pegangan hari ini ------> Simpan satu cinta untuk satu suami yang sah. Simpan mahkota kehormatan dan kesucian untuk satu suami yang berhak. Biarlah orang lain nak pegang-pegang, tapi kita sekali-kali jangan. Bina kubu pada dirimu, nescaya Allah bantu bina kubu yang lebih kukuh pada imanmu. Bina pagar sementara pada kehormatanmu, sebelum Allah ganti dengan title "Muhsanat" (isteri orang yang terpelihara dengan pagar khusus) dengan perkahwinanmu. 

Satu cinta Aisyah Humaira hanya untuk Muhammad bin Abdullah SAW
Cintaku Hanya Untuk Suamiku!
Okay..that all from me,thank you for reading (^_^) salam alaik <3
rujukan kisah: Buku "Bilik-bilik Cinta Muhammad SAW" oleh Dr. Nizar Abazhah..

✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...