Wednesday, 3 April 2013

Syadid sangat ? ^_~


Assalamualaikum semua.Alhamdulillah parlimen dah bubar! eh maaf tak ada kaitan dengan entry pun.huh!  okay apa yang anda fikir setelah anda tengok and teliti gambar ini?apakah pandangan anda?apakah kekurangan pada gambar ini?cari benda tersembunyi ! haha tersembunyi tu tak ada kaitan pun.harap maklum.btw dah macam wartawan !*bakat perlu digilap huehue.Okay saya buat entry ni bukan untuk memalukan sesiapa cuma rasa terpanggil untuk buat entry ni.Maaf kalau ada yang terasa hati.saya juga terasa hati dengan apa yang berlaku.

okay sejujurnya ini adalah pasangan couple after nikah yang paling saya suka ikuti perkembangan mereka.. ha,kalau korang ingat lagi diaorg ni la saya buat entry love story bombam kebabom tu!dah baca?kalau belum, baca kat >sini<  ye.Tadi saya on9 fb sambil-sambil layan cerita kat tv tetibe nampak kak nur upload gambar ni.First tgk gambar ni muka saya senyum tapi bila pergi dekat komen-komen bawah tu..oh no!!! muka saya makin lama makin kelat!nak kata sedih..yup boleh la..tapi lebih kepada sakit hati maybe?printscreen sebagai bukti!bukan utk memalukan tapi sekadar pengajaran.


klik gambar untuk lebih jelas ! first bace komen ustazah ammati tu tak rasa apa-apa lagi.tapi bila scroll bawah-bawah..oh Ya Allah,seriusnya kes perbalahan ini.isunya hanya JEANS! persoalannya kenapa perlu sampai macam ni sekali.Sampai tahap menghina orang lain and ini juga membuatkan orang makin jauh dengan golongan agama..sadisss..its not good ! paling terasa dengan komen ini..



oh parahh.. yes ammati,i know u are ustazah but.. ala kenapa sampai terlalu syadid macam ni.lainlah kalau yang awop pertikaikan itu perempuan! lagi pun isu ini khilaf ulama'.saya juga ambil bidang agama dan saya tahu saya tidak belajar sampai ke timur tengah,barat,utara,selatan bagai.Hanya belajar di Universiti Malaya di MALAYSIA!tapi itu tidak bermakna ilmu itu tidak ada right?ustazah,maaf  saya kasar,sebab saya pun terasa yang ustazah cakap "timbanglah ilmu kamu dgn ilmu saya" Dan perkataan yang ustazah cakap pada seorang student usim yang komen statement ustazah "oh,student usim je.belajar dekat malaysia je.lainlah dari u di madinah or mekah".*tak sempat nak printscreen.tapi PERLUKAH seperti itu?walaupun bukan saya orang itu tapi saya juga terasa!

Kita perlu berlapang dada menerima pandangan orang lain.Ini penting dalam memastikan kita umat islam tidak berpecah belah.sekali lagi saya mohon maaf.bukan ingin memalukan tapi untuk pengajaran.kita perlu ingat bahawa :

"Bila mempunyai 3 orang yang melihat ke luar melalui jendela tingkap yang sama,boleh jadi seorang melihat awan,seorang melihat pokok dan seorang lagi melihat tanah.Ingat tiap orang mempunyai pandangan yang berbeza dan kita perlu meghormatinya dan tidak boleh memaksanya untuk menerima pandangan kita if kita sendiri tidak mahu menerima pandangannya"

 saya sempat baca komen seorang pak cik ini dan i'm totally agree with him.


okay lah setakat ini sahaja.maaf sangat-sangat.moga kita semua dapat ambil ibroh dari perkara ini.Kepada kak nur and akhi adam its okay.Semoga terus berbahagia sampai Syurga.I always pray for them.Dan masih dapat kembali tersenyum membaca status terbaru kak nur.Sungguh baik mereka kerana masih berhusnu zon dengan pengomen semua..hehe comel je kak nur >_<"

Rasulullah saw bersabda : Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar zarah"(hadis riwayat muslim)"







✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

7 comments:

Afiqah Alias said...

Allah...mohon dijauhkan sifat berbangga secara tidak sngaja/dgn sengaja.

maria firdz said...

Hmm.. Memalukan je sifat sebegitu... Terlalu syadid pun kdg2 boleh mndtgkn keburukan pd Islam... Berdakwahlah dgn hikmah dan bijjksana...

Adibah Nabilah said...

Manusia...susah nak terima pndangan org lain.. moga kia dijauhkan sifat yg begitu. ISLAM ITU MUDAH, jangan SULITKAN :)

aLia aLi said...

najah ... kenapa pulak di pertikaikan pakaian pmpn tu ? tak faham aki

Angah said...

Thanks for sharing Najah...

kimi jamai said...

Berat nanang ustazah tu.. Walau setinggi mana pun ilmu di dada, tetap kena dengar pandangan dan pendapat orang lain..

NaJaH RaZaK said...

betul maria and kimi jamai.sedih sangat bile bace.berbalah-balah..sama-samalah kita ambil pengajaran. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...