Tuesday, 29 January 2013

Please Jangan Lupakan Mereka!


assalamualaikum..alhamdulillah bersyukur dengan apa yang dapat kita jalani pada hari ini..waktu kelas ulum quran and bi tadi hati memang terdetik nak update blog tentang ibu bapa..so after kelas bi dengan pantasnya tangan cari laptop and laju-laju taip..hari ini dah dua orang pensyarah cerita and motivate tentang ibu bapa..belum campur kami kat bilik ni yang tiap-tiap hari cerita tentang family..wuarghhh hati rasa rindu sangat umi and abah..

serius..hati sangat tersentap dengan nasihat+teguran ustaz najib kepada lelaki dan perempuan bahawa "bila" anda dah berkahwin JANGAN lupa pada ibu ayah anda semua!terutama lelaki..bila kahwin pastikan IBU anda tetap NOMBOR SATU..dan si isteri jangan lah dengan mak mertua pun nak jelouse sangat!hee~ayat tu memang kelakar..ye la,dengan mak mertua pun jelouse erk?kalau saya lebih suka si suami lebihkan ibunya dari kita*isterinya..wahhh gaya cakap macam ada pengalaman je..actually,tidak ye tuan puan sekalian..ini just pegangan saya berdasarkan hadis di entry ini IBUMU! so sebab tu saya cakap macam tu..tiap orang ada pandangan masing-masing kan?


contoh situasi yang ustaz bagi tadi macam kalau dalam kereta ada suami isteri and ibu suami tu..siapa perlu duduk depan?driver tu tak perlu lah cakap..of course la si suami..tapi sebelah tu perlu ibunya atau isterinya?wahhh kami pun terpusing-pusing anak mata nak menjawab..huhu btw kami sangat berfikir panjang dan setuju dengan ustaz bahawa ibu si suami lebih layak duduk didepan.. :) 

Lagi satu time kelas bi..teacher hanunah sentuh tentang kejayaan seorang anak sukar diperolehi jika tidak menghormati ibu bapanya..especially ibu dia..mungkin ada yang cakap..ala result saya tak terjejas pun walaupun saya melawan cakap ibu saya..fine! but tengok time u all nak cari kerja nanti..senang dapat or tak?ingat terguris hati seorang ibu kerana sikap perbuatan kita..siaplah kita berhadapan pembalasannya!*peringatan untuk diri jua..


mungkin kita rasa kita tak ada buat apa-apa kesalahan pada parents kita..TAPI! kita jangan lupa,kita 'manusia' yang mana tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan..akui lah statement itu..mungkin ada perkara yang kita lakukan yang telah melukakan hati mereka yang selama ini telah banyak berkorban untuk kita..mereka yang lebih banyak menjaga kepentingan perasaan kita dari kepentingan perasaan mereka..kan?perhatikan sekecil-kecil perkara pun agar kita betul-betul pasti yang mereka tidak terasa hati dengan kita...so sama-sama kita muhasabah bersama ye.. ^_^


Ya Allah, jadikan hati kami sayang dan berterima kasih kepada ibubapa, dan jadikan kami sayang dan setia kepada anak kami ketika kami menjadi ibubapa" 
--------------------------------------------------------------------------------
berterima kasih kepada umi dan abah yang dah banyak berkorban dalam membesarkan aku =')









✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Monday, 28 January 2013

Kuatkan Hatimu Sahabat~



Duhai Hati... Redhalah apa yang menimpa mu

Duhai Hati... Sabarlah atas derita sakit mu
Duhai Hati... Syukurlah atas nikmat yang diberi kepada mu
Duhai hati... Janganlah kau jemu mengingati Pencipta mu
Duhai Hati... Jangan pada mu terhimpun dosa
Duhai Hati... Taubatlah agar kau suci semula

~ Allah tahu hatimu perit menahan luka.. 
~ Allah mendengar doa-doa dan tangisanmu meminta..


=> Namun bukan kerana DIA tidak mempedulikan nasib hamba-hambaNya..
=> Tetapi sebenarnya DIA sedang memberikanmu yang terbaik.. 
walau kamu sebenarnya yang tidak menyedari..
=> Bukan senang untuk redha dan pasrah..
=> Hati perlu kuat dan tabah.. 
=> Yang pasti, "setiap yang berlaku ada hikmah"

Jaga hati hiasi peribadi, bimbing jiwa dekati Rabbi… :’)

Tak perlulah membenci maafkan saja, agar hati lebih tenang dan bahagia. Hanya Allah yang berhak menghukum.

Lafaz maaf dan terima kasih, ringkas tapi susah untuk dilafaz.

 
Beribu-ribu kali dah kita buat silap, tidak pernah pun kita benci dekat diri sendri. Tapi bila org lain buat silap, baru sekali, sudah benci dan pendam dendam itu seumur hidup.....

Tapis mata kita. Pandang kelemahan diri dan perhatikan kebaikan orang lain bukan sebaliknya.

Kerana disebalik itu Ada Teguran dan petunjuk Allah bagi untuk menyedarkan kita.


Di sebalik kepayahan..Di situlah kekuatan..Tekad hati azimat di perjalanan

Mengejar impian..Pabila laluan seakan sukar..Bagai tak terdaya untuk terus bertahan
Namun kasihNYA menyedarkan..kita tak pernah sendirian..Tiada duka yang abadi di dunia..
Tiada sepi merantaimu selamanya..Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan di jalani..Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring..Hati yang rindukan cinta di jalan-Nya..Namun ku percaya hati meyakini..Semua akan indah pada akhirnya..






 

✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Saturday, 26 January 2013

Cinta Aturan Keluarga =')


assalamualaikum semua..entry ini ditulis ekoran roomate saya cik mai tu dah bising suruh update..padahal tiap-tiap hari saya update..olalala~okay lah.nah baca lah sampai lebam =P
mula-mula penat otak ni duk fikir nak story tentang apa...tetibe..tadaaaa...amik kauu...kawkaw punya..huehue

okay..macam kita tahu kan..before the 20th century,our elder generations use to have arranged marriage in the lives where the choice of a husband or wife is made by parents or elders.In some cases of arranged marriage,the woman or a man only get to meet their bride or groom on their wedding day itself.As the time passes,the younger generation in these day and age stopped following the tradition and prefer love marriage.In my opinion,both arranged marriage and love marriage has it's own pros and cons.with this being the scenario,lets look at both advantage and disadvantages of arranged marriage in today's society before coming to a conclusion.


By practising arranged marriage,we can make our parents or elders satisfied.As mentiond earlier,the choice of a husband or wife is fully made by our parents.Therefore,they are satisfied with their decision and overwhelmed by the thought that they had created a better future for their  son or daughter.On the other hand,love marriage turns out to be a disaster when the couple do not get the approve from their parents.As we all well informed,there are still families in today's society who strictly follow the earlier tradition where arranged marriage is practised.So,in love marriage,when the parents do not approve their children's relationship,the children tend to be violent and act against their parents and family.This Completely breaks the breaks the parents hard as their beloved children move against them.All these will not happen in arranged marriage as the couple obtain full blessings of their parents and family.


Next,by the arranged marriage,one get a husband or wife with a good and respectable character.Since the marriage is fully planned by the parents or elders,they will investigate their future son or daughter-in-law's characters thouroughly.They will select a person with a good education,better family background, and mainly with best character*Beriman..They will definitely not select someone with a worst character and put their children's life in danger.Besides parents are matured enough and can differentiate between good and bad which most of the teenagers in this generation does not passess.Most of teenagers only go for look and appearance in selecting their partner.They do not care about their partner's character as long as their partner's is good looking and wealthy.They might choose a wrong person as their livepartner as they only consider certain aspects.Therefore,by arranged marriage one can get a better future as their parents will select a person with good qualities and one who can support their children in only circumstances.


last but not least,ini just my opinion..lepas ni kalau ada yang tak setuju jangan hentam saya pulak ye..hee~*Penakut orangnya..okay..saya orang yang jujur..so nak bagitau bahawasanya ayat-ayat diatas bukan ayat saya pon..hee~saya "tiru" dari satu kertas ujian..ye la..saya kan tak pandai cakap omputih ni..huhu so jangan terharu sangat dengan bahasa saya tu tau =P apa-apa pun say no to couple..cinta after nikah is the best choice..contoh blogger yang paling saya suka ikuti perkembangan mereka..sweet sangat..cinta ba'da nikah and paling penting pilihan keluarga.. =') semoga kalian sentiasa berbahagia sampai ke syurga..

sweet =')
kak dena bahrin and abg suffian..tahniah kak dena dpt baby boy =')
sweet (^_^)
kak munirah and abg safwan..
Agama buat kehidupan di akhirat, 
harta buat kehidupan di dunia. 
Di Dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, 
tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara 

-Saidina Abu Bakar As-Siddiq





✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Friday, 25 January 2013

Perginya seorang solehah ='(


DETIK-DETIK TERAKHIR SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR
(Mujahidah yang telah ke alam sana)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, segala puji-pujian dirafakkan kehadrat Allah swt. Blog yang telah lama saya tidak update akhirnya diminta isi dengan suatu hikmah yang besar dari seorang mujahidah yang telah pergi ke alam sana. Hasil penulisan ini sesungguhnya ditulis oleh ibunya yang tercinta, ibu kepada al marhumah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (alfatihah). Semoga kita memperoleh manfaat yang besar dari perkongsian ini. Selamat membaca.

______________________________________________________

6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi’

8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.

9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.

Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.

11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar .

Lawatan Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.

12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.

13 Jan 2013(Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.

Tiada rahsia lagi. Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkannya, dia akan bersyukur. Pasti ada hikmahnya.

Malam itu, sedang saya membacakan ayat-ayat suci kepadanya, dia kata
“Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?”
Saya terdengar seruan bersahut-sahutan dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti.
“Orang azan kot” tingkah saya.
Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur.
Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?”
“Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’

14Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam. Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.

Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun. SUBHANALLAH.

Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”.
Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”
Sesekali dia tersenyum manis.
Kami tanyakan "kenapa senyum?”
Dia jawab…"Ada bau wangi sangat”.
"Selalu ke akak terbau macam tu?”
Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2 waktu sahabat ziarah”
Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.

15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher” lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)

Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?

Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.
Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.

Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.

16 Jan 2013(Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.

Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.

Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari Allah.

Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.

Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”

Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu. Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.

Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi, Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.

17 Jan 2013(Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan. Ultrasound pula diambil. Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.

Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.

Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa.
“Akak, jgn bimbang, kita orang Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” .
Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.

Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkap. Saya tanya, nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :
"Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.”
Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,”
Hajar Angguk. Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk. Dalam termengah2 dia berkata
"mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan”
"Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan menaikkan tekanan darah.

Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak katil Hajar ke ICU okid.

Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.

18 Jan 2013 (Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja lagi 99%. Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.

19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.

Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.

Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.

Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.

Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir

20 Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.

Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya..



sumber dari sini...




✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Wednesday, 23 January 2013

Yeah Ziyad nak dapat adik :D


Assalamualaikum.time cuti ni rasa bosan sangat..so lepas solat dah tak tahu nak buat apa..dengan lajunya tangan menarik and apa lagi menghadap la laptop comei ni..huehue padahal banyak lagi kerja yang tak settle tapi still jugak nak anggap borink >_<''

sebenarnya nak ucap TAHNIAH kat ukhti kiki and akhi abdul kadir sebab tak lama lagi akan menimbang anak yang kedua..alhamdulillah..tahniah3x..yeahh ziyad akan dapat adik..tak sabarnya nak tengok adik ziyad ni..mesti comel macam dia jugakk..semoga adik yang bakal lahir ini soleh solehah.aamiinn..

bagi siapa yang baru baca entry ni and tak kenal siapa lah ziyad ni..ha jemput-jemput la bace entry ni ye klik saya

lepas ni ber"empat" pula ye ^_^
I love you ziyad..hukhuk

last but not least..salam maulidur rasul buat semua umat nabi muhammad saw..penghayatan mahabbah rasul =')





✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Tuesday, 22 January 2013

Bicara Kemaafan =')


Sahabat..

Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu berada dalam surga (taman-taman) dan (di dekat) mata air-mata air (yang mengalir). (Dikatakan kepada mereka): “Masuklah ke dalamnya dengan sejahtera lagi aman ” . Dan Kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka, sedang mereka merasa bersaudara duduk berhadap-hadapan di atas dipan-
dipan. Al Hijr: 45-47

Aku disini menunggu Kau bersuara,Bukan Bicara Maaf,Bukan meminta Kau mengakui Kesilapan,Tidak juga mengharap keadilan,Aku menanti ‘KeJUJUran’..Mendamba ‘Keikhlasan’ seorang teman..

Aku tidak pernah Buruk Sangka..Benar!
Aku tidak pernah merasa kau tidak JUJUR..Benar!
Aku tidak pernah meragui keikhlasan Persahabatan yang Kau hulurkan..Benar!


Kerana Kau ‘ada’ di hatiKu sebagai SahaBat kerana ALLaH..

Kau ‘ada’ di hatiKu kerana kasih Sayang ALLaH..
Betapa Luas Kasih ALLaH,
Sehingga dengan Kasih Agung itu Kita ‘bersahabat’..




tiba-TiBa..

seketika terhidu ketidakJUJURan ..DiPanah ‘Pengkhianatan’..‘KeJang’ HatiKu..
‘Meraung’ jiwaKu..‘Berdarah’ SanubariKu..‘Menangis’ seluruh BatinKu..
tapi ‘Zahir’ Tetap menguntum senuman..

Aku benar-Benar diUji dengan hebat..
Namun,

Harus saja kau tahu wahai sahabat,Jiwa ini Selalu dipujuk Tuhan,
‘Marah’Ku hanya ‘Sesaat’,‘Kecewa’Ku hanya ‘Sedetik’, ‘LuKa’ YanG Kau calit tidak sempat aku merasa Sakit..‘Duka’ Yang kau Palit hanya sedikit..Tidak berkesempatan untukKu merasa perit..

Kerana ‘Redha’Ku pada ketentuan itu,Maka ALLaH ‘Hadiah’Kan aku Sesuatu yang lebih baik,
Yang tidak pernah Aku harapkan..Yang tidak pernah aku termimpikan..
~PuJI ALLaH SeBanYak-banYakNya~



sahabat..

Aku telah memaafkan..AKu telah melupakan..Kau masih temanKu..Kerana aku tidak berhak menghakimi..Aku tidak berhak mengadili..Sedangkan ALLaH lebih tahu tentang ‘KejaHiLan’Ku terhadapmu..Dia tahu ‘Rahsia KebeNaran’..Biar ALLaH Yang ‘MenGhituNg’ niLai ‘KeikHlasan’
Biar ALLaH Yang ‘MengHituNg’ NiLai ‘KeJUJURan’..
Dan Kita..

Biar Hati ‘DitoReh’ Kerana Jihad..Biar hati ‘Diluka’ mempertahan agama..Tapi..
Jangan hati ‘mati’ Kerana Dilukai sahabat..JanGan Hati ‘reBah’ bertlagah Sesama saudara Seperjuangan..
Maka..
Aku ‘denDangkan’ iRama keMaaFan..Aku ‘bisiKKan’ KaliMah-KaliMah IndaHnya SiLaturraHim kerana RaBB..tiaDa deNdam..Tiada KebenCian ..MoGa 'Jiwa' kita diSeLimuti KeteNaNgan..


BersaTu kita teguh,
bercerai ‘Agama RoBoh’..!!

Kita ‘PeJuaNG’
JaNgan BiaRKan diri ‘KeCunDang’..






✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Saturday, 19 January 2013

I'm not perfect,please understand me!

alhamdulillah atas segala kurniaan dariMu..Ya Allah,terima kasih kerana engkau selalu ada disamping aku dan memahamiku saat orang lain tidak memahami dan terus menerus menghentam aku..aku sangat lemah sekarang..aku memerlukan kekuatan..limpahkanlah ketabahan dan kesabaran yang tinggi dalam hati aku untuk redha+ikhlas menerima dugaan mu ini..bukan senang nak jaga hati orang..malah kadang-kadang hati kita yang perlu "dikorban"kan hanya untuk buat someone tu happy..

first time rasa down sangat macam ni..maybe sebab sebelum ni *waktu sekolah dulu,sahabat-sahabat menerima kita apa adanya..so bila kat sini..bersahabat dengan "manusia" yang baru setahun jagung kita kenal..and belagak macam dah berpuluh abad kenal..jadi bila kita ada buat salah or jauh dari mereka..mulalah macam-macam anggapan yang singgah kat muka ni :'( 
dalam keaadan macam ni i'm still try to 'husnuzzon' with mereka-mereka itu..tapiiii..wuarghhhh...sedih sangat..rasa nak nangis guling -guling..rasa nak naik flying fox sekarang and nak jerit-jerit..tapi apakan daya..masa dulu tak akan kembali..huu~


kepada mereka-mereka..i'm so sorry if u all terasa sepanjang perkenalan kita..and so sorry because sengaja luah disini..first nak call umii tapi kredit RM0.00..so after class ulum quran nanti baru nak topup..so dah tak tahan sangat saya pilih untuk tulis entry ni..terima kasih kepada roomate and sahabatku ieda and nina cos korang sudi dengar masalah ni..tepat pada masanya..alhamdulillah terubat sikit hati bila cerita and nangis dengan korang..terima kasih sudi terima baik buruk chik najah ni..i'm very touched :')




"Ambillah sedikit masa untuk kita memahami hati & perasaan sahabat2 kita. Kenapa? Kerana dia juga seorang manusia. Dia juga ada rasa takut, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan, dan dia juga perlukan kekuatan. Kita memang selalu melihat dia ketawa, tapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka" 

Mendengarkan adalah kesediaan hati yang baik. Lambang kemuliaan dan keikhlasan hati seseorang yang suka menghargai. Betapa kasihnya dia, orang lain juga kasih padanya.
Jika kita adalah sahabat kepada seseorang, jadilah sahabat yang baik, apabila ada masalah kitalah orang pertama yang dicari. Walaupun hanya mendengar, itu sudah mampu melegakan hati sahabat yang sedang gundah gelana. Indahnya bersahabat kerana Allah, susah senang dikongsi bersama... 



✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Tuesday, 15 January 2013

UMii :'(



Assalamualaikum semua..tulis entry sambil dengar lagu sedih..rasa minggu ni macam minggu motivasi sesangat..ye la,minggu ni sahaja..tiap kali masuk kelas ..pensyarah mesti akan sebut tentang ibu bapa..yang paling tersentuh bila teacher Hanunah cerita tentang pengorbanan seorang ibu..time tu memang cover habis la..padahal mata dah ber'air'+merah je..time tu memang membuak-buak perasaan rindu pada parents kat perak..*gaya belajar luar negara je..tapi kelantan and perak jauh tau.Ya Allah,kuatkan lah aku untuk menghadapi ujian MU ini tanpa mereka disisi.. :'(
tapi aku mesti kuat untuk terus menuntut ilmu..*lap air mata,bak kata teacher :
"seorang ibu tidak mahu apa-apa pun dari anak-anaknya hatta wang ringgit..cukuplah memberikan kepadanya KEJAYAAN"
"Ibu adalah sahabat sejati, hanya ibulah yang
tetap bersama kita dalam semua kesusahan,
kesedihan dan saat tergelap dalam hidup
kita."
so teringat lah peristiwa ini : bila baca..rasa macam...wuarrghhhh...nak balikkkkk,nak peluk umii ketat-ketat+mampat-mampat *air mata jatuh lagi..


Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:

“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ayah kamu.”

Seorang sahabat bernama Jahimah radhiallahu 'anh datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam meminta pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam ekspedisi Jihad.

Rasulullah bertanya: “Adakah kamu masih mempunyai ibu?”

Jahimah menjawab: “Ya.”

Lalu Rasulullah bersabda:
“Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya.”


Di antara ibu dan ayah, ibulah yang lebih berhak untuk menerima perhatian daripada seorang anak. Tidak sekadar itu, ibu memiliki hak tiga kali ganda lebih besar daripada seorang ayah sepertimana terbukti melalui hadis di atas. Syurga juga terletak di bawah kaki ibu, sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis kedua di atas. Selain itu Allah Subhanahu wa Ta‘ala juga telah mengkhususkan beberapa ayat-Nya di dalam al-Qur’an untuk ibu. Ini tidak lain menunjukkan betapa besar dan mulia kedudukan ibu di sisi Allah dalam peranannya melahirkan anak dan membesarkannya. 

Allah Ta'ala berfirman:

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Luqman 31:14]

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. [al-Ahqaf 46:15]

u're the best woman in my life..my mum,my heart,my girlfriend,my bestfriend++++
i love u ummi..forgive me if i have some mistake with you :')




✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Friday, 11 January 2013

Fatih nak datang !


Alhamdulillah...

Syukur kepada Allah kerana telah kurniakan kepada saya insan yang merdu suaranya untuk mengalunkan kalaam MU yang suci...

Hari ni, Fatih Seferagic telah berjaya membuatkan aku menitiskan air mata apabila mendengar bacaan ayat suci al-Quran daripada mulutnya..

Alunan suaranya, lenggokan suaranya sungguh merdu dan telah menjadi kalaam Allah bertambah indah...


Dulu, aku sangat teringin mengimpikan Zauj seperti ini.. suaranya merdu dan menghafaz al-Quran 30 juzuk agar dapat mengimamkan saya nanti...akhirnya alhamdulillah..segalanya sudah Allah makbulkan..memiliki insan yang sangat hebat ini membuat aku sering bertanya..

"layakkah aku?setandingkah aku dengan dia?aku penuh dengan dosa-dosa!bagai langit dan bumi perbezaan kita"..namun keluarga meyakinkan aku, kau adalah yang terbaik untukku..walaupun orang selalu berkata cinta jarak jauh ini banyak dugaannya..setiap hari aku lalui dengan 'istikharah' bagi menguatkan lagi keyakinan ku..sehingga lah kini aku sangat yakin dengan jawapan ini..


"cuti sem bulan 3 nanti,keluarga Fatih datang..bersiap sedia lah ye..jangan terlalu memikirkan umur itu..memang masih muda..tapi umi tahu kamu mampu..fikirkan lah dan berikanlah jawapan yang terbaik untuk diri dan masa depan kamu..umi dan abah sentiasa mendokong keputusan kamu..istikharahlah mencari imammu..umi doakan"..

terdiam..paku..terkulat-kulat dan tercirit-cirit nak me"reply" msj  dari umi..walaupun sebelum ni dah diberitahu tujuan mereka..i'm try  kuat kan hati..time tu dah laju air mata turun..macam-macam berlegar dalam otak ni..serius???aku muda lagi..asasi pun tak abis lagi..seorang hafiz datang dalam hidup aku??tak pernah jumpa pun?tak pernah kenal pun?oh!apa ni??dengan orang german pulak tu?mimpi cinderella apa ni?huh!

"Fatih?ibu dia kawan baik umi tu? dari german tu?serius?yang hafiz quran tu?..i'm very keliru umi..for me its not the right time to think about that..i'm very confius..please help me..i dont know,what i must to do?"memang terus terang je dengan umi time tu..rasa nak balik rumah sekarang..nak nangis+peluk umi..tolonglah faham.... :'(


kami tidak pernah berhubung  ..first msj from Fatih :
"I was born in Germany, moved to the states at the age of 4. I completed my Hifdh in Baltimore at ISB hifdh program. I currently live in Houston..Najah..i hope you can try accept me like me try to accept you"

"najah!oh najah!" lembut bahuku dicuit oleh suara yang sangat ku kenali..yeahh nazirah..
our best friend."ya,kenapa,naz? muka blurr >__<"   "dah subuh mak cik..bangun-bangun!"  "oh okay! terima kasih..eh fon kte mane ye?"  "eh,pagi-pagi bangun terus cari fon,tunggu msj sape?"  "tak,bukan apa..nak baca msj dari fatih..tak reply lagi msj dia"
terbeliak naz O_o.."ngigau ye mak cik?fatih mana la pulak hang berangan ni?dah-dah gi solat!"

okay..saya hanya mimpi!wuargghhh...tak boleh ke realiti kan mimpi itu  ??hee~oii..cermin diri dulu la cik kak..beza bangat sih! btw..walaupun hanya dalam mimpi i berpeluang menerima msj dari fatih .. anda-anda ada??huehue..semoga dia berjumpa orang yang terbaik..and berdasarkan pengetahuan mr.google fatih ni sudah bertunang ye teman-teman,melepas la kte ye dok?hee~..tapi harapan ku masih tinggi dan sentiasa berdoa untuk kami..haha..okay mood merepek!


_hati gumbira kerana dah berjaya membeli novel "setia hujung nyawa" walaupun kongsi duit dgn naz..hehe_ =') lastly, maaf kepada sesiapa yang terkezut dan tak suka dengan entry ni..ini just gurauan..maaf dehh..kalau suka or tak  suka boleh komen dehh.. i'll try to berlapang dada menerima komen dari anda-anda :)senyum sokmo =D








✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...