"Menjaga Sekandang Lembu lebih mudah daripada menjaga seorang anak perempuan"
Terima kasih seorang anak kepada seorang ayah.
ABAH, terima kasih kerana menjadi seorang lelaki yang sangat mencintai kami, sangat bertanggungjawab, sangat baik, dan sangat tabah. Kami tahu bukan mudah menjaga anak perempuan yang mana abah bertanggungjawab untuk melindungi, membimbing dan mendidik kami mengikut apa yang dikehendaki oleh agama.
Ibarat kita bermain layang-layang, kita masih dapat mengawal pergerakan layang-layang kita itu kerana kita masih mengawal terajunya. Bagaimana pula jika layang-layang itu putus talinya? Pastinya akan terbang mengikut arah angin, kemungkinan juga akan terbang ke mana-mana sahaja dan akhirnya terhempas. Kebebasan itu masih abah beri tetapi ada had yang sewajarnya. Tidak langsung bagi kami ada rasa terkongkong apabila kami tidak diizinkan buat sesuatu perkara atau pergi ke satu tempat. Kami sedar bahawa kami adalah tanggungjawab abah. Terima Kasih kerana tidak membiarkan kami menjadi layang-layang yang tiada pengawal yang akhirnya terhempas dan rosak.
ABAH, Jauh sudah kaki kami menjalani jutaan detik yang tidak mungkin dapat dikembalikan. ABAH, Kami adalah anak yang memiliki hati kadang terlupa, kadang terlena dengan tawaran-tawaran dunia. Maafkan ketidakprihatinan kami, ketidaksopanan kami, keterlanjuran kami dan banyak lagi kesilapan kami sebagai seorang anak. Maafkan kami andai pernah mengguris hatimu. Terima kasih untuk kerja keras untuk membesarkan kami sehingga saat ini. Terima kasih kerana menjadi seorang ayah tempat kami bermanja. Terima kasih kerana menjadi seorang suami yang terbaik kepada ummi kami.
Kami beruntung kerana memiliki satu cinta yang luar biasa seumur hidup kami. Cinta yang hadir menyubur dalam jiwa kami sejak pertama kali kami membuka mata melihat dunia ini, sehingga kami memberi senyuman yang pertama, sehingga kami membuka langkah pertama kami dan Cinta itu masih mengalir dalam darah kami sekarang ini dan Cinta ini yang tidak akan padam selamanya. Terima kasih untuk cinta ini. Terima kasih untuk kasih sayang ini.
Meskipun suatu hari nanti akan muncul satu sosok lelaki lain yang akan menemani kami hingga ke akhir nafas kami. Meskipun satu hari nanti lelaki itu akan menjadi yang istimewa dalam hidup kami. Meskipun satu hari nanti lelaki itu akan menjadi orang pertama yang kami cari. Meskipun satu hari nanti kami akan jauh darimu. Ingatlah janji kami bahawa kami tetap anak abah yang tetap menyayangi dan tetap selalu bangga membawa nama abah bersama nama kami. Ketahuilah bahawa abah tetap menjadi CINTA PERTAMA DAN HERO kami FOREVER.
We are PRINCESS not because we have a prince. But because our fathers is a KING. Walaupun abah can hold our hand for a short while, but abah holds our heart Selamanya.
The reason why daughters love their Dad, the most is that there is at least one man in the world who will NEVER HURT HER.
Kami anak yang bangga menjadi anak ABAH & UMMI
ikhlas dari puteri-puterimu :)