Thursday 28 April 2016

Buat Abah ...



"Menjaga Sekandang Lembu lebih mudah daripada menjaga seorang anak perempuan" 

Terima kasih seorang anak kepada seorang ayah.

ABAH, terima kasih kerana menjadi seorang lelaki yang sangat mencintai kami, sangat bertanggungjawab, sangat baik, dan sangat tabah. Kami tahu bukan mudah menjaga anak perempuan yang mana abah bertanggungjawab untuk melindungi, membimbing dan mendidik kami mengikut apa yang dikehendaki oleh agama.

Ibarat kita bermain layang-layang, kita masih dapat mengawal pergerakan layang-layang kita itu kerana kita masih mengawal terajunya. Bagaimana pula jika layang-layang itu putus talinya? Pastinya akan terbang mengikut arah angin, kemungkinan juga akan terbang ke mana-mana sahaja dan akhirnya terhempas. Kebebasan itu masih abah beri tetapi ada had yang sewajarnya. Tidak langsung bagi kami ada rasa terkongkong apabila kami tidak diizinkan buat sesuatu perkara atau pergi ke satu tempat. Kami sedar bahawa kami adalah tanggungjawab abah. Terima Kasih kerana tidak membiarkan kami menjadi layang-layang yang tiada pengawal yang akhirnya terhempas dan rosak.

ABAH, Jauh sudah kaki kami menjalani jutaan detik yang tidak mungkin dapat dikembalikan. ABAH, Kami adalah anak yang memiliki hati kadang terlupa, kadang terlena dengan tawaran-tawaran dunia. Maafkan ketidakprihatinan kami, ketidaksopanan kami, keterlanjuran kami dan banyak lagi kesilapan kami sebagai seorang anak. Maafkan kami andai pernah mengguris hatimu. Terima kasih untuk kerja keras untuk membesarkan kami sehingga saat ini. Terima kasih kerana menjadi seorang ayah tempat kami bermanja. Terima kasih kerana menjadi seorang suami yang terbaik kepada ummi kami.

Kami beruntung kerana memiliki satu cinta yang luar biasa seumur hidup kami. Cinta yang hadir menyubur dalam jiwa kami sejak pertama kali kami membuka mata melihat dunia ini, sehingga kami memberi senyuman yang pertama, sehingga kami membuka langkah pertama kami dan Cinta itu masih mengalir dalam darah kami sekarang ini dan Cinta ini yang tidak akan padam selamanya. Terima kasih untuk cinta ini. Terima kasih untuk kasih sayang ini.

Meskipun suatu hari nanti akan muncul satu sosok lelaki lain yang akan menemani kami hingga ke akhir nafas kami. Meskipun satu hari nanti lelaki itu akan menjadi yang istimewa dalam hidup kami. Meskipun satu hari nanti lelaki itu akan menjadi orang pertama yang kami cari. Meskipun satu hari nanti kami akan jauh darimu. Ingatlah janji kami bahawa kami tetap anak abah yang tetap menyayangi dan tetap selalu bangga membawa nama abah bersama nama kami. Ketahuilah bahawa abah tetap menjadi CINTA PERTAMA DAN HERO kami FOREVER.

We are PRINCESS not because we have a prince. But because our fathers is a KING. Walaupun abah can hold our hand for a short while, but abah holds our heart Selamanya.

The reason why daughters love their Dad, the most is that there is at least one man in the world who will NEVER HURT HER.

Kami anak yang bangga menjadi anak ABAH & UMMI 



      
                                                                       ikhlas dari puteri-puterimu :)



✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Wednesday 18 June 2014

Aku dah Bertunang

Aku tahu, nota ini panjang . Tapi nota ini bermanfaat .

"Aku Sudah Bertunang" 

Hari - hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakur ialah ianya baru beberapa minggu lalu . Ia , hanya beberapa minggu lalu . Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk belapang dada . Benar, akuberusaha berlapang dada . Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepu tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung . Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyah dan terus memimpin untukku mrlangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang muslimah . Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol . Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang dibumi Allah ini . Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu . Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain . 

Aku tidak sehebat srikandi saidatina Khadijah dalam berbakti , aku bukan sebaik saidatina Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahandanya dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam . Aku hanya seorang muslimah yang sedang mengembara dibumi Tuhan, jalanku kelak juga sama .. Negeri Barzakh, insyaa Allah . Destinasiku juga sama seperti kalian , Negeri Abadi . Tiada keraguan dalam perkara ini . 

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabat yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila terlihat tanganku memakai cincin di jari manis . Aku hanya tesenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diamku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian. 

Ummi bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila. "Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?" . Aku menjawab tenang "warna putih . Ummi 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah . Jangan berlebihan ." Ummi angguk perlahan . Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh sanubari aku sebagai hamba Allah . Malam pertama sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut . Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi . Mudah-mudahan Ya Allah . 

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-quran . Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-quran, setidak-tidaknya nanti hatiku tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang .. As-Syifa' aku adalah al-qura, yang setia menemani dalam resah aku menanti . Benar, aku sedang memujuk gelora hati . Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului. 

"Kak Nuna*bukan nama sebenar* , siapa tunang akak ? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"  Aku tersenyum , mengulum sendiri setiap rasa yang singgah . Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu . Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah berpunya . Rahsia itu antara aku dan keluarga . "Insyaa Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama." Berita itu juga membuatkan beberapa orang menjauhkan diri dariku . Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi . "Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!" . Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya . Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengadai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' . Sahabat juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluanhki habiskan masa dengan As-Syifa' ku, bukan sengaja tapi sahabat ia agar ketenangan menyelinap dalam setiap derap nafasku menanti hari itu.  

"Bila enti menikah?" . Aku tiada jawapan khusus. " insyaa Allah tiba masanya nanti enti akan tahu , doakan ana banyak-banyak .." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu . Ramai insan berkecil hati . Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain . Semuanya sedaya upaya aku siapkan . Sejak itu juga aku sering berpuasa . Ramai yang mengusik bahawa bakal pengantin ini nak diet . Aku tersenyum . Doakan aku itu sahaja .  

Akhirnya aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian . Ramai yang sahabatku yang hadir walaupun aku tidak menjemput sendiri . Akhirnya mereka ketahuk sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah . Akhirnya mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum . Air mata mengalir deras . 

Ya Allah, telah engkau tunangkan aku tidak lain dengan dia yang mendekatkanku denganMu, yang menyedarkan aku dunia ini sementara, yang menyedarkan aku alam akhirat. Sungguh engkau Maha Mengetahui apa yang tidak aku ketahui.. "

Ummi bercerita dengan sahabat semua bahawa aku bertunang dengan kematian . Sakit kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah mula merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otak . Doktor kata anak ummi hanya punya masa yang singkat sebelum kansernya membunuh" . 

"Allahu akhbar ..." Air mata sahabat menitis . Ummi sambung .. " sejak dati hari di khitbah tersebut , dia selalu berpuasa . Katanya mahu mengosongkan perut , mudah untuk dimandikan.."  Cincin yang dipakai  sebagai tanda dia dirisik oleh MAUT . Dan sebagai tanda dia sudah bertunang dengan MAUT . Ummi redha pemergiannya kerana bagi ummi anak adalah pinjaman dari Allah yang perlu dipulangkan apabila Allah meminta .  

"Aku sudah bertunang"



✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...