Friday 29 March 2013

Dilema Pelajar Lepasan SPM :)


Manusia..
Memang lumrah kita sebagai manusia dan  HambaNya untuk seringkali mengeluh dan tidak berpuas hati dengan apa yang kita perolehi dalam hidup ini.Ada sahaja perkara yang membuatkan kita merasa tidak cukup atau erti kata lain tidak bersyukur.Mungkin bagi kita ada yang lebih TERbaik dari apa yang ada sekarang,tapi lupakah kita bahawa ALLAH pasti memberi yang TERBAIK buat hambaNya?dan DIA adalah sebaik-baik pemberi.

Sebenarnya entry kali ni memang khas untuk adik-adik lepasan SPM 2012 yang baru lepas dapat result and tengah pening-pening lalat untuk apply and tunggu result upu,dilema oh dilema! huehue terutamanya untuk adik Insyirah yang comel lagi cantik *kami kenal mula-mula di YM kemudian kami sambung hubungan di facebook..eh hubungan yang halalan toyiba tauu, jangan duk fikir lain ye :D walaupun just kenal di alam maya ni,tapi kami rapat..alhamdulillah,sayang adik ni.maybe sebab dia selalu kongsi masalah dengan najah and tanya pendapat najah about something,and macam-macam lagi :') persahabatn tidak mengenal usia kan? so sweet..ngehngeh :p

btw kembali kepada tajuk atas,jauh benor terpesongnye..hehe okay ! adik-adik semua dengar ye akak najah nak cakap sikit je.kite nak campak dekat awop-awop semua semangat nih.sambuttt :p


najah faham and cuba untuk tersangat faham apa yang awop semua rasa sebab baru setahun lepas je berpengalaman berada ditempat awop semua,perasaan masa exam SPM,after SPM,Time sehari before result keluar,Time ambil result,After ambil result,kepeningan and kebosanan menunggu result upu and after+++++ so tak jauh mana beza zaman kita pun,right? najah faham yang sekarang mesti dalam dilema untuk tentukan mana lah nak sambung kan?percayalah perkara ni normal and terjadi pada semua orang lepasan spm..jangan bimbang rezki sentiasa ada :) cuma tiap orang lain-lain.

yang penting+important*sama je kan maknanya?hee okay abaikan itu masalah bahasa sahaja ! yang penting korang kena YAKIN+YAKIN+DOA+TAWAKAL bahawa apa yang korang dapat (result) and apa yang bakal korang dapat (tempat sambung belajar) adalah yang TERBAIKK yang mana telah diaturkan untuk korang.Percayalah Allah pasti meletakkan kita pada posisi itu bersebab.macam kita selalu dengar pasti ada hikmah disebalik tiap yang berlaku :') 

Mungkin korang tak rasa sekarang,memang tak kan rasa pun.Tapi nanti lama-lama korang akan rasa some feel yang buat kita bersyukur sangat dengan apa yang kita dapat.Insyaa Allah,jika korang betul-betul meletakkan Allah dihati dan serahkan semuanya pada DIA,percayalah korang akan rasa bahagia walau apa pun yang diberi olehNYA.Kadang-kadang kita bukan tolak takdir pun,cuma kita rasa kecewa bila tak dapat apa yang kita nak.betul tak?itu perasaan yang normal bagi najah,sebab najah pun pernah rasa benda yang sama jugak tapi kita perlu berbalik padaNya.


"Siapa kita ingin menolak takdir Allah,jika sememangnya dugaan serta Ujian itu diberikan kepada kita untuk menguji kita?siapa kita?Allah uji supaya kita terus berjuang dan memohon padaNYA.Allah tidak akan menguji hambaNya diluar kemampuan hamba itu."

"Pastinya ada jalan pada setiap kesulitan,Insyaa Allah,ada jalan juga hikmahnya.Muncul pelangi selepas hujan.Percayalah,keep on being strong, and keep on praying."


Dilema oh dilema~ sobsob..btw good luck ye untuk korang,moga dapat apa yang diimpikan..banyakkan doa tauu..insyaa Allah,Allah kan Maha Mendengar :')


*entry special untuk adik-adik yang dapat UM is coming soon.. tapi after result upu keluar la kan..huhu
'YAKIN ada Nasrullah' kata-kata yang tak mungkin najah lupa ! inilah kata-kata yang diberikan oleh kak intan saat najah rasa down and putus asa tapi ada semangat baru datang bila dengar kata-kata ini.Ringkas+padat+berkhasiat*eh termasukkah?hehe



"Don't be sad.Indeed,Allah is with us"


bear this in mind dear self.










✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Wednesday 27 March 2013

Kawan Baik ???


Sakit.. yang amat!
Backstab!
Itu lah yang dirasakan apabila kita ‘terkena’ dengan rakan karib sendiri, yang maybe telah dianggap sebagai adik- beradik sendiri. Memang sesuatu yang normal bagi seorang manusia untuk berasa sakit hati. Itu fitrah untuk merasakan gembira atau sedih. Apatah lagi kita diciptakan oleh Allah sebagai makhluk yang bersosial yang mustahil untuk lepas dari kekhilafan.

Mungkin, jika hati ini sakit pada mereka yang tidak rapat dengan kita, kita tidak ambik pusing sangat. Who them to us. kan?

Tapi bila “terkena” dengan sahabat yang dianggap baik dengan kita selama ini, it’s feel torn apart inside. Memang sakit. Sakit tanpa luka. Mungkin kita tak dapat tersenyum, even untuk menutup perasaan ini daripada dibaca orang lain, walaupun pada hakikatnya kita tidak mahu orang lain mengetahui kesedihan yang menimpa kita.

Hati ini memang suatu organ yang sensitif, super sensitif, sebab hanya dengan kata-kata pun boleh menyebabkan ia luka. Kalu difikir-fikirkan balik, memang haruslah Islam melarang anak berkata walaupun “Uh!” kepada ibu kita, sebab dia pernah jadi kawan baik kita selama 9 bulan. Makan, kerja dan tidur bersama. Mungkin benda itu nampak simple bagi kita, tapi bagi mereka yang benar-benar sayang kepada kita, perkataan itu sangat menyakitkan. Begitu la juga bagi sahabat baik.

Mungkin selama ini kita pernah terasa dan sakit hati, tetapi masih mampu cover disebalik senyuman. Tapi sampai pada satu tahap, kita tidak dapat menerima perbuatan atau perkataan dia. Kutuk mengutuk itu perkara biasa la. Tapi perkara yang lebih serius daripada itu, maybe rase nak terajang atau cincang2 aje. Sabar, sabar dan sabar..

Tak perlu la kita membenci dia, tak perlu balas dendam.  Anggap sahaja ini suatu ujian.

Apa pun perkataan dia kepada kita, walaupun sangat mengguris hati, tentu itu terjadi dengan izin Allah. Anggap sahaja ini episod atau ujian yang harus kita lalui untuk menguji keimanan kita.

Pesan dan Nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya: “Wahai anakku, hendaklah kamu ingat kebaikan orang dan lupa kejahatan orang. Dan hendaklah kamu lupa kebaikan kamu terhadap orang dan ingatlah kejahatan yang kamu lakukan kepada orang.

Memaafkan.

Dia pernah menjadi sahabat baik kita, pasti terselit kebaikan yang pernah dilakukan kepada kata. Oleh itu maafkanlah dengan ikhlas dan dada yang lapang. Ya, dengan ikhlas.

Kenapa?

Kerana orang yang ikhlas selalu percaya bahawa Allah akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada hambaNya. Orang yang ikhlas akan lebih mudah menangani hatinyanya untuk selalu menyerahkan segalanya hanya kepada Allah. Hanya kepadaNyalah dia mengantungkan harapan.

"Memang sukar membiarkan cinta membimbing kita disaat hati kita disakiti,Tetapi biarpun luka hati itu kecil atau besar kita tidak akan boleh benar-benar bahagia sebelum memberi kemaafan dengan ikhlasPercayalah nescaya kita akan bahagia"


kredit dari >sini<










✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Segmen tambah followers sepantas kilat!

klik banner untuk join

Assalamualaikum.. sekarang mood nak mengupdate sudah marii.. so tengah-tengah bw tadi terjumpa segmen ni so apa lagi..join la kan.. alhamdulillah setelah ikut segala peraturan serta syarat-syaratnya dapat lah teman buat entry ni.. >_<''

okay,dengan semangatnya ini adalah jumlah follower blog chik najah sekarang :


okay.. itu sahaja.. so kepada kawan-kawan jom join cepat..tarikh tamat belum ditetapkan lagi..insyaa Allah banyak manfaatnya bila join segmen ni.. tak rugi tauu :D






✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Monday 25 March 2013

4 ulama' pergi dalam seminggu :'(



innalillahi wa innailaihirajiun ~ Al Fatihah. 4 permata ilmuan Islam pergi meninggalkan kita. .
Allahu Allah !!! Musibah buat ummah bila kita kehilangan empat permata ilmuan agama yang membimbing ummah hanya dalam masa seminggu.


1. Sheikh Dr. Sa'id Ramadhan al Bouti (Ulama besar Syria )
2. Tuan Guru Haji Ali ( Ulama' Kedah )
3. Sheikh Mohamad Abdullah ( Ketua Dewan Ulama PAS Kedah )

4. Sheikh Dr Muhammad Uthman el Muhammady ( Ulama besar Malaysia)


Dukacita dimaklumkan bahawa ulama'-ulama' besar ini telah pulang ke Rahmatullah, kembali ke pangkuan kekasihnya.. 25.03.2013 tarikh ini menjadi bukti kepulangan mereka..

Semoga Allahyarham di tempatkan di kalangan para Solihin. Amin


Bila mendengar berita ini saya terus teringat akan hadis ini :

إِنَّ اللهَ لَا يَقْبِضُ الْعِلْمَ اِنْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنَ النَّاسِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يَتْرُكْ عَالِمًا اِتَّخَذَ النَّاسُ رُؤُسًا جُهَّالًا فُسُئِلُوْا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوْا وَأَضَلُّوْا

"Sesungguhnya Allah tidak mengangkat ilmu dengan sekali mencabutnya dari manusia.Akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan mematikan para ulama' sehingga apabila Allah tidak menyisakan lagi seorang ulama' pun,maka manusia pun mengangkat pemimpin-pemimpin yang jahil.Mereka (yakni pemimpin-pemimpin tersebut)ditanyai ,lalu mereka pun memberikan fatwa tanpa ilmu.Akhirnya mereka sesat dan menyesatkan (manusia)." hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Seorang demi seorang ulama' telah pergi meninggalkan kita..inilah salah satu petanda akhir zaman.. :'(










✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Thursday 21 March 2013

Wanita Bunga Plastik atau Bunga Sejati?



Nukilan Untuk Si Solehah..

SOLEHAH ---------> Perhiasan yang menjadi dambaan…

”seorang manusia bergelar nabi, manusia dan lelaki pertama dicipta Allah, pernah menghuni SYURGA. Dia dimuliakan oleh semua makhluk termasuk malaikat, atas perintah Allah. Namun di tengah keindahan Syurga, jauh di sudut hatinya masih ada kekosongan. Mengapa? Kerana tiada wanita menemaninya dalam menikmati keindahan Syurga! Maka diciptakan wanita sebagai pelengkap kepada nikmat Syurgawi. Bidadari yang cantik jelita juga adalah wanita.

 Oleh itu, boleh meriahkah dunia ini tanpa wanita? Setiap akal dan hati tahu jawapannya. Ya, tanpa wanita sunyi sepi lah dunia. Tidak banggakah kah kamu menjadi wanita? Persoalannya, cukupkah sekadar dilahirkan sebagai wanita, kamu boleh berbangga menyandang keistimewaaan ini? 

Perhiasan ialah sesuatu yang menambah seri suasana, menyejukkan hati dan mata. Sebagaimana sejuknya hati apabila melihat bunga, begitulah hati apabila melihat perhiasan. Namun, mengapa tidak semua wanita menyejukkan hati sedangkan ia diciptakan sebagai pelengkap kepada hiasan dunia? Garis pemisah antara wanita yang menyejukkan hati atau sebaliknya ialah sekeping hati yang dimiliki.


Hari ini najah nak bawak kita semua sama-sama menyusuri sungai terpanjang didunia.. iaitu sungai klang..eh,lari topik pulak..actually entry sebelum ini asyik cerita tentang diri and apa yang berlaku so kali ini najah nak kongsi sikit tentang Ciri-ciri wanita sejati bergelar wanita solehah yang digambarkan oleh Rasullullah S.A.W:

"Apabila hati diserahkan sepenuhnya kepada Allah, kekallah wanita dengan asal penciptaannya.

Apabila wanita terus mengikat hati kepada zat yang menjadikannya, kekallah ia sebagai perhiasan yang dijaga rapi.

Redup dan jernih wajahnya yang menjadi dambaan, mengundang pembelaan dari hati yang menjadi hamba Tuhan 
Dan kerendahan hati yang tunduk pada syariaat.

Meletakkan dirinya sentiasa dalam keredhaan dan perlindungan dari zat Yang Maha Agung."


Ibarat bunga sejati dan bunga plastik. Jika bunga plastik disembur pewangi, harumnya lebih kuat daripada haruman bunga sejati tapi malangnya haruman itu tidak kekal. Haruman bunga plastik bukan miliknya yang sebenarnya. Ia Cuma haruman palsu yang bersifat lauran. Bunga plastik tetap kaku walau di mana ia diletakkan dan harumannya yang palsu semakin hilang biarpun diletakkan di jambangan emas.

Berbeza dengan keharuman bunga sejati yang bersifat dalaman dan kekal walau di mana sahaja dia diletakkan, sama ada dijambangan ataupun sekadar tumbuh di pinggiran belantara.


Si anak mentaati ibu bapa; srikandi dihiasi keberanian dan ketegasan yang penuh kesopanan serta prihatin terhadap suasana masyarakat; si isteri penuh ketaatan, kesetiaan dan kasih kepada suami.

Semuanya berteraskan rasa cinta kepada Yang Maha Pencipta. Berbahagialah kaum Adam yang berjaya memiliki ‘perhiasan’ sejati ini kerana pastinya hidup terarah ke Syurga. Syurga dunia yang disegerakan dan Syurga hakiki yang kekal abadi.

"Kamu Sentiasa Ada Pilihan"

Wanita boleh memilih untuk menjadi ‘bunga sejati’atau bunga plastik.

Maka, pilihlah untuk menjadi bunga sejati. Menjadi wanita solehah yang membawa KETENANGAN.

Dan kamu hanya layak menjadi bunga sejati jika hati tunduk kepada Tuhan.

Bagaimanapun Tuhan tidak pernah memaksa. Dia tetap Agung walaupun kita sebagai hamba tetap derhaka. Maha suci Allah yang telah memuliakan kamu sebagai wanita. Daripada-Nya kita datang dan kepadanya kita akan kembali. :)

"Wanita tidak seharusnya menjadi BULAN yang boleh ditatap semua lelaki,Tetapi wanita perlu menjadi MATAHARI yang silaunya akan membuat lelaki tertunduk sebelum memandangnya"










✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Segmen Jom Pilih Hadiah!

klik banner untuk join
                                       
assalamualaikum..alhamdulillah walaupun kurang sihat tapi hati ni tekad jugak nak join segmen yang comel ini :) sebab saya yakin ada banyak manfaatnya..

Bukan sekadar dapat tambah follower malah dapat hadiah.. ha'a cakap tentang hadiah..huhu first time jumpa segmen yang kita boleh pilih hadiah apa yang kita nak..walawehh...terkejut tak? atau korang memang dah pernah join and najah ni memang ketinggalan zaman..heheh.. whatever lah..janji dah join.. dapat or tak itu belakang cerita la kan..btw rugi tau sape tak join..so jom join ramai-ramai..kita memeriahkan lagi segmen dari blogger comei tu :D

Najah nak hadiah :
                                                  Topup RM 10 and  T-Shirt Muslimah



Doakan untuk najah ye..ngehngeh







✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Monday 18 March 2013

Hati Sudah Di Rumah !


Alhamdulillah..akhirnya selepas 5 hari tak update blog..so sekarang apa lagi..update time..walaupun penat baru balik dari pantai tapi alhamdulillah sangat best dan tebaikk.. :') berpeluang jumpa dengan kak zahrah lagi.hee~kak zahrah ni senior najah time sekolah menengah dulu..alhamdulillah dapat jumpa dia..best sangat..kami kongsi-kongsi cerita lepas tu mengarut mengenangkan zaman sekolah dan yang paling terkejut dengar kak syahariah *batch diaorg jugak dah nak kahwin..wolawehh.. baru 22 kutt.. tapi rezki dia dapat kahwin awaal..aceceh :P terbaikk la kak..tabik spring toing2x saya kasi..huehue

Btw terima kasih kak sebab buat saya bersemangat untuk kahwin muda.haha! okay.. esok nak balik perak tapi hari ni baru pergi beli tiket..tu pun bila malas menguasai..dibiarkan liyana pergi belikan untuk kami berdua..nasib baik dia baik sangat and ada kawan temankan..huh!tak la bersalah mana..hukhuk

jujur..jelouse yang teramat bila tengok orang balik rumah bukan main awai lagi..cek ni ja yang masih di bumi kelantan ni..dah la kena datang sini balik awal 2 minggu dari yang lain untuk kursus PP bagi MHS ..tapi sikit pun tak menyesal..alhamdulillah.. semoga ini adalah yang terbaik buat saya..


malam ni hati  memang dah sampai dekat rumah pun..cuma jasad masih disini..dah la liyana tak reply lagi tiket esok pukul berapa..semoga selamat sampai la kat bumi perak itu..doakan deyh..sampai-sampai je nak terjah katil and kebabom and Zzzzzz... maklumlah memang penat gler kalau balik dari kelantan ke perak..walau hakikatnya bukan saya yang drive..hehe

ummi abah adikss-adikss ku tunggu anak and kakakmu ini pulang ye..bentangkan siap-siap kapet merah malam ni.haha!masak sesedap sikit ye..okay..sungguh saya merindui mereka :'( juga berat hati meninggalkan bumi ilmu ini..lama pulak tu..Ya Allah semoga aku terus kuat..

okay..mata sudah kedip-kedip mahu titon..makanya harus tidur dong walau hakikatnya buat-buat berani sebab duduk dalam bilik sorang je..AMK dah sunyi makk.. >_<''

" Jika ditanya kepada semua manusia siapakah yang mahu dilantik menjadi pemimpin kepada sesebuah organisasi maka pasti tiada siapa yang mahu kerana mereka tahu memikul amanah sebagai pemimpin amatlah berat..tetapi jika pemimpin itu dipilih berdasarka syura..insyaa Allah itulh pilihan terbaik..jangan takut..Allah tahu engkau mampu dan kerana itulah Allah telah mengilhamkan kepada yang lain untuk memilih..Jangan takut jika nanti dibenci atau ditinggalkan kerana Allah sentiasa bersama"








✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Thursday 14 March 2013

Masakan Ummi Masin !



"Alkisah sebuah hidangan isteri"

Ummi saya sangat suka memasak untuk abi dan kami adik-beradik, ummi saya seorang doktor. Ada satu malam, ummi balik sangat kepenatan tapi masih perlu memasak untuk kami dan abi. 

Pada malam itu ummi hanya mampu masak ayam kunyit, sayur kailan ikan masin dan nasi. Tiga hidangan itu diletakkan di atas meja.

Abi meminta diri untuk solat Maghrib sebelum makan. Ketika itu saya mencuba hidangan ummi. Alamak, ayam kunyit terlalu masin, kailan separuh masak dan nasi hangit sedikit!

Namun saya diam.

Selepas Isyak abi menjamu masakan ummi. Sambil makan abi bertanya bagaimana sekolah hari ini.

Ketika makan, ummi memohon maaf pada abi atas masakannya. Tapi abi menjawab, "Sangat sedap sayang. Abang suka semua hidangan ini."

Malam itu sebelum tidur, saya pergi bersalaman dengan abi yang masih di ruang tamu dan bertanya betul ke abi suka masakan ummi tadi.

"Anakku, ummi dah penat sepanjang hari kerja. Hidangan kurang enak tak melukakan abi tapi kata-kata kasar akan menghiris perasaan."

Mendengar kata-kata abi saya tersentak.

Lalu saya masuk bilik dan bersalaman dengan ummi, lantas bertanya, "Ummi rasa abi tadi kata suka masakan ummi, ummi percaya?"

"Anakku, itu tidak penting. Yang penting abi jaga hati ummi dan selepas makan, abi tolong ummi cuci pinggan. Abi kamu itu orang besar tapi benda-benda kecil begini yang buat ummi sentiasa bahagia kerana terasa abi betul-betul sayang pada ummi," jawab ummi.

Itu perkara yang berlaku semasa kecil dan saya mengingatinya hingga ke hari ini.

Abi dan ummi tindak-tanduk mereka menunjukkan mereka menerima kekurangan antara satu sama lain dan meraikan perbezaan tersebut supaya hubungan sentiasa erat dan kukuh. Mereka meraikan segalanya antara mereka dan berusaha bersama untuk memastikan pasangan mereka sentiasa bahagia dan gembira.

Hidup ini terlalu singkat untuk sebarang kekesalan. Sayangi mereka yang melayan kita dengan baik dan kasihanilah pada yang tidak.

Sebuah tulisan untuk renungan bersama :)

malam-malam buta ni la hati nak sebak..sangat merindui ummi dan abah di rumah :'( dah la baru lepas balik dari teman my roomate naik bas.. huh!jenuh cek cover air mata ni..sangat sebak nak berpisah dengan dia.. so tadi memang cover habis la..mana taknye mata dia pun dah berair so kalau dua-dua meleleh bila dia nak balik nye..hehe

Ya Allah berikanku kekuatan untuk menjalani hari-hari disini hingga detik untuk pulang ke rumah tiba :') oh my love parents,family and friends..seriusly i love you all ketat-ketat+mampat-mampat..

"semua orang boleh kata dia sayang,kasih,cinta..tapi mampukah mereka melaksanakannya dengan jujur,ikhlas dan redha..tepuk dada tanya iman :')"








✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Wednesday 13 March 2013

" Segmen Lucky March "

>klik banner untuk join<

Assalamualaikum..pagi-pagi ni rasa nak join satu segmen yang comel ni.. :D 

best tau join segmen-segmen ni.. faedah-faedahnya ialah :

> dapat kenal lebih ramai blogger<
>tambah followers<
>eratkan hubungan sesama blogger<
>kalau ada rezki boleh dapat hadiah..hee~<


so jangan buang masa lagi..jom join ramai-ramai..













✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Entry Cinta !


Assalamualaikum.. alhamdulillah dah settle follow and balas kunjungan anda-anda yang datang waktu time najah study week and exam..so semuanya sudah terbalas..tapi kalau ada yang terlepas pandang tu jangan merajuk tau..sila tinggalkan link ada pasti saya akan follow and bertenggek dekat belog awakk pula :D btw nak ucap bebanyak terima kasih kepada semua yang memberi kata-kata semangat dan yang mendokan kejayaan saya untuk final exam lepas.. so touched :') hehe.. terharu kot..terima kasih sekali lagi ye.

so malam ni..biasa lah mood mengupdate kan..macam yang kitak-kitak semua tahu..beberapa bulan or minggu lepas memang hebat penangan cerita setia hujung nyawa kan?yup secara jujurnya najah pun memang ikuti cerita tu malah tak pernah excuse pun tau..haha tapi sebagai 'penonton' kita mestilah bijak dalam menilai dan pandai-pandai la fikir yang mana baik dan buruk..setiap benda kat dunia ni ada pro and cons nye kan? so 'lu pikir la sendiri' *ayoyo macam kasar kan bunyinye tapi i hope u all bayangkan najah cakap dalam nada paling lembut di dunia..hikhik

okay,sekarang nak tunjuk versi islamic pula tauu..moga terhibur deyh..ni version ala-ala komik skit..tapi bukan hasil tangan saya ye,harap maklum ! ngehngeh..

setiap orang of course akan timbul rasa ingin bercinta kan?
cuma yang membezakan  adakah cinta itu halal 
atau sebaliknya..
dan kita juga perlu tahu apa sebenarnya yang cinta perlukan :

cinta tak perlu kan manisan-manisan ini ye : 
1)gula-gula manis
2)kata-kata manis or janji-janji manis
3)tidak juga perlukan kencing manis *aikk..haha

benda alah ni lagi la tambah-tambah tak diperlukan pun..so tak payah nak susah-susahkan diri mengasah kapak..buang tebiat je 

ni lagi la?? huh! rasa nak benanah telinga ni bila dengar hero-hero yang belagak hero macam ni..haiyaa come on la bro,lautan api kau nak redah? serius ke? lautan biasa pun belum tentu kau redah tau..entah-entah tengah jalan dah kena ngap dengan jerung :p

tapiii...

cinta hanya perlukan satu perkara..
satu perkara yang mampu mengubah hidup kita..

lafaz yang dinanti-nantikan oleh setiap wanita.. tapi siapa yang tak kawin lagi yang bace entry ni sila kawin cepat! hoho~ eh gegurau je,just nak ingatkan diri dan sahabat-sahabat fikirkanlah yang terbaik untuk diri dan masa depan kita..jangan terburu-buru dalam melakukan sesuatu keputusan..and pastikan restu parents di'utamakan'.. memang la yang nak hidup dengan 'dia' tu kita..tapi percayalah restu dari parents lah sebenarnya yang betul-betul membuatkan hidup kita lagi bahagia dan berkat :)

okay-okay..dah terlebih over pulak...macam boleh jadi dr.cinta je kan?hukhuk..okay..tata salam a'laik..enjoy tak reading?kalau rajin komen la skit ye..


kredit from blog comel 'ini' 










✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Tuesday 12 March 2013

Kami Pelajar Lepasan Sem 2!


Assalamualaikum..alhamdulillah setelah berapa lama sorok tangan ni dari update blog..akhirnya...huhohurayyy..first entry after final exam..sebenarnya nak update semalam lagi tapi nasib tak baik asyik sibuk je..ngehngeh..so curi-curi masa nak update jugak ni..tengah-tengah update ni pulak dapat berita dari seorang sahabat..Ya Allah sungguh berat ujianMU ini,namun aku akan berusaha dengan sebaik mungkin..berikanlah aku kekuatan..sungguh aku tidak akan rasa sendirian jika aku selalu mengingatimu..jangan biarkan aku menghadapinya seorang diri..aku tidak kuat..tapi aku bersyukur kerana masih mempunyai sahabat-sahabat yang sangat banyak memberi nasihat dan kata-kata semangat saat hati sedang cuba mengeluh dengan dugaanMU.. terima kasih semua diatas jasa baik kalian..sungguh cinta untuk kalian akan kekal hingga syurgaNYA..

Setelah 3 minggu berhempas pulas keringat dan otak*cehh mcm betul sangat je tu :p akhirnya kami sudah berjaya melepasi sem 2..alhamdulillah..result kami serahkan pada Allah..dah usaha so sekarang tawakal..doa sahaja yang mampu..yang penting sekarang adalah time yang kami perlu betul-betul kami manfaatkan bersama sebab lepas ni kami akan berpisah 3 bulan..semua akan membawa diri ke dunia masing-masing..kalau macam saya nak balik rumah mak mertua.. *ngehngeh so sekarang memang hati sangat sebak bila ingat lepas ni kami tak akan duduk dalam satu bilik lagi dah! oh my roomate..i will miss you so much..semoga kita kekal bekepit macam belangkas sampai akhir nyawa syurga..aamiinn..jangan lupakan daku ye..haha *ini semua poyo :p

"usaha telah kami lakukan,tetapi ALLAH  Yang Maha Kuasa saja yang mampu untuk menetapkan segalanya"  











okay,itu sahaja nak cerita buat masa ni..lepas ni hari-hari mesti update punya..qada' entry-entry yang sepatutnya ada time study weekk..hukhuk..okay lah ,last but not least, saya akan menepati janji saya untuk follow and bertenggek dekat blog korang malam ini ye..k salam alaik..eh lupa cantikkan header saya tu..kihkih.. direka khas oleh "Cik Iz-Yan" ..terima kasih dik.. luv you.. hee~

"Allah tidak akan memberi kita 1001 ujian,jika DIA tahu kita tidak mampu"







✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...