Wednesday 18 June 2014

Aku dah Bertunang

Aku tahu, nota ini panjang . Tapi nota ini bermanfaat .

"Aku Sudah Bertunang" 

Hari - hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakur ialah ianya baru beberapa minggu lalu . Ia , hanya beberapa minggu lalu . Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk belapang dada . Benar, akuberusaha berlapang dada . Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepu tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung . Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyah dan terus memimpin untukku mrlangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang muslimah . Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol . Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang dibumi Allah ini . Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu . Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain . 

Aku tidak sehebat srikandi saidatina Khadijah dalam berbakti , aku bukan sebaik saidatina Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahandanya dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam . Aku hanya seorang muslimah yang sedang mengembara dibumi Tuhan, jalanku kelak juga sama .. Negeri Barzakh, insyaa Allah . Destinasiku juga sama seperti kalian , Negeri Abadi . Tiada keraguan dalam perkara ini . 

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabat yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila terlihat tanganku memakai cincin di jari manis . Aku hanya tesenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diamku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian. 

Ummi bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila. "Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?" . Aku menjawab tenang "warna putih . Ummi 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah . Jangan berlebihan ." Ummi angguk perlahan . Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh sanubari aku sebagai hamba Allah . Malam pertama sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut . Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi . Mudah-mudahan Ya Allah . 

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-quran . Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-quran, setidak-tidaknya nanti hatiku tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang .. As-Syifa' aku adalah al-qura, yang setia menemani dalam resah aku menanti . Benar, aku sedang memujuk gelora hati . Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului. 

"Kak Nuna*bukan nama sebenar* , siapa tunang akak ? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"  Aku tersenyum , mengulum sendiri setiap rasa yang singgah . Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu . Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah berpunya . Rahsia itu antara aku dan keluarga . "Insyaa Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama." Berita itu juga membuatkan beberapa orang menjauhkan diri dariku . Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi . "Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!" . Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya . Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengadai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' . Sahabat juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluanhki habiskan masa dengan As-Syifa' ku, bukan sengaja tapi sahabat ia agar ketenangan menyelinap dalam setiap derap nafasku menanti hari itu.  

"Bila enti menikah?" . Aku tiada jawapan khusus. " insyaa Allah tiba masanya nanti enti akan tahu , doakan ana banyak-banyak .." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu . Ramai insan berkecil hati . Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain . Semuanya sedaya upaya aku siapkan . Sejak itu juga aku sering berpuasa . Ramai yang mengusik bahawa bakal pengantin ini nak diet . Aku tersenyum . Doakan aku itu sahaja .  

Akhirnya aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian . Ramai yang sahabatku yang hadir walaupun aku tidak menjemput sendiri . Akhirnya mereka ketahuk sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah . Akhirnya mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum . Air mata mengalir deras . 

Ya Allah, telah engkau tunangkan aku tidak lain dengan dia yang mendekatkanku denganMu, yang menyedarkan aku dunia ini sementara, yang menyedarkan aku alam akhirat. Sungguh engkau Maha Mengetahui apa yang tidak aku ketahui.. "

Ummi bercerita dengan sahabat semua bahawa aku bertunang dengan kematian . Sakit kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah mula merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otak . Doktor kata anak ummi hanya punya masa yang singkat sebelum kansernya membunuh" . 

"Allahu akhbar ..." Air mata sahabat menitis . Ummi sambung .. " sejak dati hari di khitbah tersebut , dia selalu berpuasa . Katanya mahu mengosongkan perut , mudah untuk dimandikan.."  Cincin yang dipakai  sebagai tanda dia dirisik oleh MAUT . Dan sebagai tanda dia sudah bertunang dengan MAUT . Ummi redha pemergiannya kerana bagi ummi anak adalah pinjaman dari Allah yang perlu dipulangkan apabila Allah meminta .  

"Aku sudah bertunang"



✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Wednesday 4 June 2014

Cerita Cinta Ahmad Ammar


Salam alaik . Alhamdulillah dapat kembali menaip di ruang blog setelah sekian lama meninggalkan dunia blog ni . Entry kali ini saya nak berkongsi hasil pembacaan buku cerita cinta Ahmad Ammar . Masih segar nama pemuda hebat ini di bibir-bibir insan saat ini . Subhanallah selepas baca buku ini memang tidak dapat dinafikan lagi . Pemuda ini memang hebat . Perwatakannya , akhlaknya, ilmunya, semangatnya . semuanya membuatkan pembaca jatuh cinta dengan pemuda ini . Allah . 

Walaupun sudah hampir berbulan-bulan kisah pemergian pemuda ini namun baru kali ini saya berpeluang 'betul-betul' menghayati sejarah hidupnya yang digembar-gemburkan sahabat saya yang lain . Tahniah buat yang berjaya menghasilkan buku ini . Satu karya yang sangat baik dalam mengabadikan cita-cita seorang pemuda islam dalam hidupnya . Setidak-tidaknya ceritanya tidak akan pupus dari pengetahuan generasi akan datang .

Dalam buku ini permulaannya adalah surat cinta dari ibu ahmad ammar, kemudian diikuti ayahnya , kakaknya dan sahabat-sahabatnya . Allah . Penceritaan demi penceritaan . Perkongsian demi perkongsian yang jelas membuktikan pemuda ini sungguh luar biasa semangat menuntut ilmu dan semangat dakwahnya . Antara yang menarik dalam buku ini juga ialah ia banyak menerangkan tentang tarbiyah dan dakwah jemaah ABIM , Jemaah Hayrat , risalah an-nur dan lain2.Sungguh tidak dinafikan penjelasan yang baik yang mampu membuka minda insan mengenai jemaah ini . Setiap jemaah mempunyai cara dan matlamat tersendiri . Namun semuanya untuk Islam .

"Dunia Biarlah Berpenat , Akhirat tempat aku berehat"

Satu lagi yang menarik dalam kisah hidup pemuda ini adalah ketaatannya pada pilihan kedua ibu bapanya dalam menentukan tempat untuk dia belajar . Allah . Ayah dan ibu Pemuda ini juga membuka mata insan lain mengenai pentingnya mempraktikkan keluarga tarbiyah . Ramai yang hebat dipentas masyarakat berbicara soal dakwah , soal tarbiyah , soal siasah . Tetapi tidak dipraktikkan dalam keluarganya sendiri . Usaha yang sangat baik telah Encik Azzam laksanakan sebagai ayahanda yang akhirnya anaknya menjadi pencetus kebangkitan ummah . Ummah yang dulu lena , alpa , lalai . Pemuda ini boleh dikatakan berjaya mengetuk banyak pintu hati untuk keluar dari zon selesa . Kembali menebus maruah umat islam yang sudah tercalar dan dipijak-pijak .

Sungguh tak terkira berapa banyak air mata yang menitis mmbaca buku ini dari helaian ke helaian seterusnya . Sarat dengan semangat perjuangan . Buku ini buat hati ini tekad untuk istiqamah dalam perjuangan tarbiyah,dakwah dan siasah . Allah . Moga pemuda islam kini makin sedar akan tanggungjawab kami . 

"Ahmad Ammar merupakan anak yang saya niatkan , rancangkan dan persiapkan ke jalan dakwah . Walupun dia telah pergi  tetapi rohnya tetap hidup . Bahkan pemergiannya adalah sebuah kematian yang menghidupkan ." -Tuan Haji Ahmad Azzam - 





✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Wednesday 23 April 2014

Penat -.-''


Bismillah :) 
Allah . sekian lama tak menjenguk ke blog ni . Sejak dua menjak ni rasa nak menaip . Entry ini luahan hati . Menangis itu memenatkan kan ?

Hidup ini tidak menjanjikan kebahagiaan semata-mata. Maka, terluka oleh orang lain adalah salah satu cabang daripada ujian ALLAh Ta’ala. Dan cara disakiti oleh orang lain itu pula dengan cara yang berbeza-beza. Mungkin pada sindiran, mungkin dengan cara memburukkan atau mengumpat dibelakang, atau macam-macamlah cara.


Dan oleh kerana manusia itu juga namanya adalah manusia, sebagai insan biasa, rasa sakit hati itu pastinya hinggap di dalam diri. Apabila sakit hati, hati mula membenci.
Kadang-kadang sebahagia mana pun pasangan kekasih/suami isteri, pasti akan ketemu titik konflik dalam perhubungan. Keretakan hubungan menjadi rempah ratus kebahagiaan hidup.
Cuma yang menjadi sia-sia, jika seorang perempuan menangis kerana seorang lelaki yang belum halal baginya. Dan yang paling menghairankan, bagaimana kerasnya hati seorang lelaki boleh menangis kerana seorang perempuan?

Ya! Sekeras mana pun hati, hati boleh menjadi amat terluka apabila salah satu pasangan yang disayanginya meminta clash ataupun bermain kayu tiga. Tidak berlaku jujur dan mempermainkan perasaan cinta pasangannya. Sudah terlalu banyak wang yang telah dilaburkan untuk keluar dating, top up hp setiap hari, membeli hadiah, dan sebagainya semata-mata untuk menarik perhatian dan ingin dihargai atau sebagai tanda menghargai si dia.

Bukankah amat meletihkan bercinta sedemikian?

so..cukuplah kita mencintai jodoh kita..walaupun sampai kini masih tidak tahu siapakah dia...


Ya . Ini lah sebab mengapa aku tidak mahu memilih jalan hidup seperti ini. Bagi aku cukuplah aku setia pada si dia . Bakal suami aku. Muak aku bercerita tentang cinta. Bagi aku fokus sekarang adalah belajar dan perjuangan . itulah cinta aku sekarang. 


Entah kenapa lidah aku betul-betul kelu ! terkedu ! terbelit ! dan semuanya bila perlu bercakap dengan dia. Bukan kerana aku dendam ekoran cerita lama . Tapi mungkin kesannya yang masih berbekas . Terpulanglah apa saja cemuhan dari engkau . terpulang. aku masih dengan prinsip aku. Jika betul kau datang menghulur salam kemaafan , bukan dengan cara ini patut kau lakukan. Sungguh aku kecewa dengan kawan yang tak bertanggungjawab. Moga aku belajar ikhlas menerima semua ini. UJIAN . 














✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Thursday 27 March 2014

'beragama' vs 'budak agama'


Bismillah.


Budak 'belajar agama' tidak semuanya 'beragama' dan budak 'beragama' tidak semestinya dari kalangan budak 'belajar agama'.



Kenapa? Sebab hidayah Allah tak pilih tempat, bukan hanya ada di Maahad, Timur Tengah and kat Pondok.Islam itu kan Rahmatan lil 'Alamiin 


So, jangan hina orang yang 'belajar agama' sekiranya mereka belum cukup 'beragama', and don't belittle those yang tak 'belajar agama' memperingatkan kita pasal agama.

Sama-sama lah kita memahami dan sampaikan kefahaman kepada yang belum memahami. Regardless who they are and where they came from.
Dah namanya, M A N U S I A. Selalu sangat L U P A.

Islam really is blessing  It's not just a name, it's a way of life.




✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Monday 3 March 2014

Aku mengimpikan Diriku ...



aku impikan diriku
yang sentiasa ghairah bertasbih
mengadu rindu padaNYA
mengasihiNYA sepenuh jiwa raga
mencintaiNYA sekuat hati


aku impikan diriku yang dentiasa mengalirkan air mata
akibat rindunya aku pada penciptaku
akibat malunya aku kerana sering berbuat maksiat
akibat segannya aku kerana sering menipu
kecintaanku padaNYA


aku impikan diriku yang sentiasa bergetar hatinya
pabila nama tuhanku disebut
jantungku berdegup kencang
bila disebut azabNYA
tetapi tenang semula
bila dicerita kasih sayangNYA


aku impikan diriku
yang setiap detik mengingatiNYA
akan nikmatnya yang tidak terhingga
kerana aku tiada apa-apa
dialah yang MAHA PEMBERI


aku impikan diriku
yang sentiasa bertawakal padaNYA
yang maha mengetahui apa yang terbaik buat diriku
maha suci dari menzalimiku
kerana DIA penciptaku
yang penuh dengan kecintaan pada makhluknya yang dhaif
seperti aku....



CC : H.A.M.B.A



✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Monday 17 February 2014

Dia Sahabat Bukan Malaikat !


Kata Dia

Dia cuma sahabat 
Dia bukan malaikat 
Maka hargai masa lapangnya.
Fahami waktu sibuk sendirian dia.
Seperti dirimu,
dia juga punya rasa punya jiwa.
Ada waktunya, mudah terluka.
Maka pelihara aib dia.



Tika dia sedang berusaha perbaiki dirinya.
Kerana dalam bisu bicara dia.
Mungkin kau benar benar asbab kekuatan jiwanya.
Mungkin doanya lebih banyak untuk kebaikanmu.
Dalam sujud sujud rahsia dia.
Dengan Tuhannya.



Maka selami kerisauan dan ketakutan dia.
Pada sinar matanya.
Mungkin dalam kebisuan bicara.
Mata dan sentuhannya punya lebih makna.
Jangan kerana satu kesilapan dia.
Kau hukum dan lupakan kebaikannya.
Jangan begitu sayang.
Kerana doanya untukmu sentiasa ada.
Mohon lindungan Tuhanmu.



Maka ketika dia ingin berbicara.
Dengarkan, luangkan waktu untuknya.
Mungkin dia banyak meluah dengan airmata.
Bila kau tiada.
Kerana dia manusia.
Bukan kau saja yang ingin bercerita.
Tapi dia juga.
Pasti punya kisah duka gembira.
Untuk dikongsi bersama.



Maka jangan kau harapkan sempurna dia.
Untuk sentiasa ceria gembira.
Untuk tertawa tanpa bermasam muka.
Bila kau tak pernah mahu tahu hatinya.
Kerana dia cuma sahabat, bukan malaikat.



Ambil masa.
Genggam tangannya.
Seka airmata ketakutannya.
Bisikkan pada dia,
Tika Musa takut bertemu Firaun.
Dia berdoa, minta dikurnikan teman.
Dia tak sedirian bila Allah datangkan Harun.
Maka andai aku ini Musa, semoga kau adalah Harunku.



Buat seseorang,
Kau pasti tahu kau adalah maksudku.
Kerana katamu,cuma aku sahabat hatimu.
Uhibbuki fillah.








✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Wednesday 12 February 2014

Yakin Kuncinya ..



Dalam hidup ini kita berjuang membela apa yang kita yakin benar lagi diredhai Allah. 
Kita tidak tahu ia akan berjaya ataupun tewas. Kita tidak pasti orang benci ataupun suka. 
Apa yang kita tahu tanggungjawab kita ialah mempertahankan yang hak dengan tulus sekalipun tewas. 

Pahala terletak pada keikhlasan bukan bukan pada kemenangan.
Kita juga tahu bukan semua orang suka bila kita bercakap benar. Itulah harga yang mesti dibayar. Kadang dimarahi, disakiti, dan dihina. Namun kita perlu sabar dan tegar. 

Kita akan berjalan atas prinsip sekalipun terpaksa berhadapan dengan kehendak teman, rakan, kekasih, keluarga ataupun diri sendiri.
Kita tahu ia jalan yang payah dan susah.

 Namun kita harap kita sentiasa bersama Allah dengan penuh tabah.

"Yakin adalah kunci kekuatan"







✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Tuesday 11 February 2014

Kepada AWAK - AWAK Semua !!



SENGAJA Caps Lock Entry ni ^^

HARI INI SALAH SORANG KAWAN TALAQQI KANTOI DENGAN SYEIKH YANG DIA ADA BERHUBUNG DENGAN SEORANG WANITA BUKAN MAHRAM DI PHONE… *YAKNI COUPLE *…
.
KEMUDIAN SYEIKH BAGI NASIHAT YANG SANGAT LEMBUT TAPI BETUL-BETUL MENYENTUH HATI KAMI SEMUA….


SYEIKH: KAMU SUKA DIA?
FULAN : YA SYEIKH….

SYEIKH: KAMU SUKA TU SUKA-SUKA ATAU KAMU RASA DIA MEMANG YANG TERBAIK UNTUK MENJADI TEMAN HIDUPMU, MENJADI IBU UNTUK ANAKMU,MENJADI PEMBANTU AGAMAMU?
FULAN :YA SHEIKH…..PADA PANDANGAN SAYA,DIA YANG TERBAIK UNTUK JADI TEMAN HIDUP SAYA DAN AGAMA SAYA….

SYEIKH: BILA KAMU AKAN MENIKAHINYA?
FULAN : LEPAS BELAJAR SYEIKH….DALAM 3 TAHUN LAGI….

SYEIKH: JADI KENAPA KAMU ROSAKKAN DIA? KAMU BUKAN NAK MENIKAH SEKARANG? KAMU ROSAKKAN DIA SEKARANG DAN 3 TAHUN AKAN DATANG?KENAPA KAMU JADIKAN AIR MUTLAK MENJADI AIR MUSTA’MAL TANPA SEBAB?BUKANKAH DIA WANITA SUCI YANG BAKAL MENJADI IBU UNTUK ANAKMU? KENAPA KAMU BERCOUPLE DENGANNYA SEDANGKAN JIKA KAMU SUKAKN DIA,DIA SUKAKAN KAMU,BERSABARLAH SEHINGGA SAMPAI WAKTU KALIAN BENAR-BENAR INGIN MENIKAH KEMUDIAN BARU KAMU JUMPA AYAHNYA DAN PINANG DIA SECARA SUCI?

BUKANKAH CARA ITU LEBIH SUCI?WANITA UMPAMA AIR MUTLAK.MEREKA SUCI,TETAPI APABILA MEREKA MULA BERHUBUNG DENGAN LELAKI TANPA SEBAB APATAH LAGI BERCOUPLE,WANITA ITU UMPAMA AIR MUSTA’MAL….. IA TIDAK BOLEH DIGUNAKAN UNTUK BERSUCI TETAPI HANYA DIGUNAKAN UNTUK PERKARA LAIN SEPERTI BASUH PINGGAN  ,BASUH NAJIS ,BASUH BAJU  DAN SEBAGAINYA….. APA KAMU SANGGUP IBU UNTUK ANAKMU SETARAF ITU?SESUNGGUHNYA WANITA INI AKALNYA PENDEK,NAFSU MEREKA DIDEPANKAN ATAS SEGALANYA,KALAU LELAKI DATANG UCAPKAN KATA-KATA PALSU,MEREKA AKAN MEMPERCAYAINYA LEBIH DARIPADA MEREKA MEMPERCAYAI AL-QURAN… SEDANGKAN LELAKI MEMANG PERANGAI MEREKA HANYA BERMAIN-MAIN KECUALI MEREKA BENAR-BENAR BERSEDIA UNTUK BERNIKAH,TAPI SEKIRANYA MEREKA BELUM BERSEDIA ,CONTOHNYA MEREKA MASIH BELAJAR DAN SEBAGAINYA,JELAS PERMAINAN MEREKA DENGAN WANITA ITU HANYA TIPU DAYA,TAPI TIPU DAYA SEMUDAH ITU PUN DAPAT MENIPU PARA WANITA HINGGA MEMBAWA MEREKA KE RAJANG PENZINAAAN… ITU TANDANYA AKAL MEREKA SANGAT PENDEK…. 


NABI UTUSKAN PARA LELAKI SEBAGAI PENJAGA PARA WANITA BUKAN PEROSAK MEREKA….BAGI KAMU COUPLE,CHATTING,CAKAP DLAM PHONE SEMUA ITU DOSA KECIL SEDANGKAN IA JELAS HARAM KERANA ALLAH HARAMKAN KITA UNTUK DEKATI ZINA ….. DEKATI ZINA PUN TAK BOLEH ,MAKNA KATA KALAU KITA MASIH JAUH 5OKM DARI ZINA TAPI 1CM KITA GERAKKAN KAKI KE ARAH ZINA ITU TELAH HARAM KERANA PERINTAH INI…. JADI JANGANLAH PANDANG REMEH PERKARA ZINA INI…..SESUNGGUHNYA RAMAI YANG MATI TANPA BERZINA TETAPI DI MAHSYAR KELAK BUKU AMALAN MEREKA PENUH DENGAN DOSA ZINA…APA BERBALOI KAU BAHAGIA SEMENTARA DENGAN TEMAN WANITA YANG KAU TAK INGIN NIKAHI DIGANTI DENGAN AZAB NERAKA YANG PANASNYA 70X GANDA API DUNIA?

FULAN : -_ -''!@#$%^ ….


psst :KEPADA LELAKI BAPUK DILUAR SANA YANG GEMAR PERMAINKAN WANITA…
KETAHUILAH BAHAWA KALIAN ADALAH MUSUH ALLAH DAN MUSUH RASULALLAH!!! 
KALIAN PERMAINKAN PARA WANITA YANG AKALNYA PENDEK,TIDAK DAPAT BEZAKAN BAIK DAN BURUK…..
MEMANG PARA WANITA WALAUPUN AKAL PENDEK,TAPI MEREKA DIKURNIAKAN SIFAT MALU YANG TINGGI…

FB,PHONE,TWITTER,INTERNET NI SEMUA DICIPTA DAJJAL UNTUK MENGHAKIS SIFAT MALU PARA MUSLIMAH SEHINGGA MEREKA JADI UMPAMA KUCING BETINA YANG MENGGODA2 KUCING JANTAN UNTUK MENGAWAN…

WANITA YANG BERPURDAH KONONNYA WANITA YANG PALING PEMALU(TAK MAU ORANG LAIN LIHAT WAJAH MEREKA) PUN PAMERKAN GAMBAR MEREKA WALAUPUN BERPURDAH DI FB UNTUK TATAPAN JUTAAN LELAKI BUKAN MAHRAM,MEREKA TANPA SEGAN SILU BERGURAU SENDA ,TANPA MALU INBOX LELAKI DAN SEBAGAINYA….

SEKARANG AKAL MEREKA TIDAK DAPAT MENJAGA DIRI MEREKA … JADI SIAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB MENJAGA MARUAH PARA BIDADARI RASULALLAH KALAU BUKA LELAKI???

LELAKI YANG COUPLE ITU DAN YANG BERSAYANG2 DENGAN BUKAN MAHRAM ATAS NAMA TUNANG TU…. TOLONGLAH….KORANG ADA AKAL YANG KUAT…KORANG BUKAN BODOH…KORANG NAK MEMUSUHI ALLAH DAN RASUL,ITU HAK KORANG … 

TAPI KORANG KENA SEDAR,NANTI KORANG PUN AKAN ADA ANAK PEREMPUAN,KORANG SUKE KE JANTAN TAH MANA2 BEHUBUNG,BERMANJA,BERSYANG SECARA HARAM DENGAN DENGAN ANAK PEREMPUAN KORANG?

 KALAU KORANG REDHA….NAMPAK SANGAT KORANG DAYUS DAN LELAKI DAYUS NABI KHABARKAN MEREKA DIHARAMKAN SYURGA KEPADANYA WALAUPUN BAUNYA….!!!!

kasar sangat ?? Terasa?? Silakan . Memang entry ni untuk buat awak terasa . Sama-sama kita islah diri . Senyum :)
*perkongsian ikhlas dari seorang sahabat

"Dikala Hati resah memendam rindu,Hiasi diri dengan taqwa,solat,zikir,selawat,istighfar,dan bersangka baik. Semoga Allah memberi jalan terbaik menurutNYA."





✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Wednesday 29 January 2014

Detik-Detik akhir bersama mereka :')

Alhamdulillah berpeluang menaip di entry ni setelah hampir sebulan meninggalkan blog ini kesepian :') 

Allahu~ Terima kasih diatas segalanya Ya Allah. Aku sudah semakin hampir berjaya melangsaikan segala amanah ku di sini.Moga Engkau terus memberi ku kekuatan ini . Semoga Aku terus kuat disamping Mu.

Tak sempat nak perah otak buat entry ni.Hanya sempat publish gambar-gambar kenangan saat-saat akhir bersama mereka di sini. Terima kasih atas kesempatan kasih sayang ini Ya Allah .

Maafkan segala kekurangan dan kesilapan diri ini .

pssst : AMARAN KERAS ! dibawah ini terdapat banyak gambar,tak nak tengok sila ke blog lain :p















"Siapapun sahabat kita itu, terimalah dia seadanya dia. Jangan menuntut sahabat kita untuk beraksi dengan cara yang sama seperti yang biasa kita lakukan. Hargailah dia apa adanya termasuk juga keputusan yang dia ambil yang mungkin tidak sesuai dengan kehendak kita. Menerima sahabat kita itu dengan seadanya, bukanlah meminta kita menurut dan mencorakkan diri kita seperti sifat-sifat yang dimilikinya tetapi memperseimbangkan apa yang baik dan apa yang buruk yang boleh diterima akal, hati dan iman kita sendiri. Kebaikan, kita jadikan teladan manakala keburukan pula, kita jadikan sempadan."




✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...