Thursday 13 September 2012

Kerana Bulu Mata ...






Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili.

Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat.

Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit
dan bumi,sungguh tidak benar.

Saya tak pernah melakukan perkara itu..."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa."

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yang ada.

Kemudian dia pun menyanggah, "Mana saksi-saksi yang engkau maksudkan?

Disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."

Jawab malaikat, "Inilah saksi-saksimu..."

Tiba-tiba mata berbicara, "Saya yang memandang."

Disusuli dengan telinga, "Saya yang mendengar perkara itu."

Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium."

Bibir pun mengaku dengan selambanya, "Saya yang merayu."

Lidah menambah dengan berani, "Saya yang menjilat dan menghisap."

Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas."

Kaki pula menyusul, "Saya yang berjalan dan berlari semasa itu."

"Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu." ujar malaikat.

Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahnya lagi.

Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam..

Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi.

Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi,

"Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini."

Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata."

"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan.

Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka?

Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata
penyesalan."

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:

"Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata."

Masya-ALLAH...





✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

LOve Story !!

 sumber inspriasi..huehue~



Perkongsian Travelog Cinta Nur Adam ;)

“….kerana setelah Nur tolak semua pinangan, Allah swt ilhamkan sesuatu pada Nur..”

Katanya bisik menenangkan hati ana….

……………………………………….......................................................




Alhamdulillah, Alhamdulillah, alhamdulillah. Hari ni cukup 12 hari telah ana dan pasangan menjadi mempelai yang halal ikatannya.. syukur Alhamdulillah. Bila diingatkan semula, banyak kenangan yang ana tidak mampu ungkapkan dengan kata-kata, yang tidak mampu ana imaginasi iaitu bila ana mahu fikirkan tentang ini, NIKAH


Teringat betapa sukarnya nak teruskan hidup di bumi anbia, hidup berseorangan; bukannya tiada kawan, ada. Bukannya tiada makanan, ada. Cumanya…apabila Encik Hati telah lama memberi signal pada diri, carilah pasangan untuknya, carilah yang halal untuk nya, carilah insan yang boleh membuatkan hati tersenyum dan berpahala dengan mengingati si dia.. oh hati.. ( mari mengucapkan… Alhamdulillah :) )


Maka bersungguh-sungguh ana cuba mencari, mencari orang yang tidak pernah ana kenal. Sebelum ana kenal sang isteri, ana telah taqdim( lamar) seramai 4 orang dalam setahun! Hahaha, geli hati ingatkan semula, memang benar lagi tepatlah kata pepatah


“ rezeki, hidup mati dan jodoh telah ditetapkan Allah swt.. “


Ana tidak kenal siapa cik isteri. Kami berkenalan dua bulan ( sebelum tarikh nikah ) , jumpa hanyalah dua kali.. ini adalah rahsia Allah swt.. yakin kami setiap hari..


Hari itu hari Khamis… seorang sahabat telah perkenalkan sang Isteri ( Nur) kepada ana. Hanya satu gambar, itu pun hanya gambar matanya sahaja, tanpa wajah yang penuh. Kata sahabat, orangnya baik, solehah dan ceria, maka tergeraklah untuk hati ana untuk taqdim Nur. Ana hari itu sahaja, balik dari kuliah jadi stalker -_-“ haha


Stalk sekian post-post nya di fb, komen-komen, gambar-gambar, tenang hati, tiada perkara-perkara yang cacat cela ada, maka ana teruskan niat. Solat istikharah telah pun didirikan. Hari yang sama, terus ana tanya si dia.. 


“ assalamu’alaikum wbt…”


“ wa’alaikumsalam wbt… ya? “


“ salam perkenalan.. nama ana adam… ana telah lama simpankan hajat di hati… ana berniat untuk menjadikan kamu sebagai pasangan, jika kamu sudi berilah jawapan, ana sudi tunggu…”


Setelah beberapa ketika, mesej berbalas…


“ ..maaf,beri Nur masa boleh? Hari ini sahaja, 4 orang telah datang memberi lamaran..”


Terkedu ana… 4 orang T-T” Ana lihat semula profile nya, Allah Lima ribu lebih friends, satu ribu lebih subscribers. Wahh!! walaupun semangat semakin pudar…


“ baik, ana tunggu jawapan kamu hari Ahad ini ya… “ balas ana untuk memujuk hati…


Setibanya hari Ahad, melihat bulatan hijau di sebelah namanya di muka buku telah pun menyala, maka ana terus bertanya…


“ assalamu’alaikum wbt, bagaimana ya jawapannya… “


“ wa’alaikumsalam wbt, maaf Nur tidak bersedia..Nur tidak bersedia untuk masa ini untuk terima siapa-siapa… “ balasnya dengan rasa kesal kecil di hati…


* kiranya bukan ana sahaja ditolak lamarannya.. bahkan 3 yang lain turut ditolaknya, gembira tapi sedih sangat! 


“ tidak mengapa , tiada jodoh rasanya.. ana merancang, kamu merancang, Allah swt juga sebaik-baik Perancang… “ balas dengan hati yang menangis-nangis …sedihnya…


Itulah penutup chat kami pada hari itu…


Hari berlalu, esok nya, lusanya dan tiga hari selepas itu, ana sangkakan hujan sehingga petang, Alhamdulillah Alah swt kurniakan pelangi berwarna warni untuk memujuk hati. Satu mesej hadir..


“ assalamu’alaikum wbt adam… boleh tak kalau Nur nak tarik semula kata-kata Nur tempoh hari…”


Bila terbaca saja ni, Allah !!! gembiranya, syukur Alhamdulillah… rasa nak menangis pun ada…


“ wa’alaikumsalam wbt Nur… gembiranya hati.. baik Nur…..”


Dan terus ana berjanji pada diri ana dan pada diri Nur akan dua perkara..


Pertama, ana jatuhkan pandangan ana pada sekian wanita/akhwat/perempuan, baik wanita itu lebih baik akhlaknya, lebih baik paras wajahnya… ana telah pun memilih Nur ( waktu ini ana masih belum lagi melihat wajahnya… )


Keduanya.. misi pencarian jodoh telah pun ana hentikan , serta merta ;) ( hihihi)


“ datanglah ke rumah, jumpa abah.. nanti Nur akan khabarkan pada abah .. “


Itulah permulaan chat dan pengakhiran chat dari Nur. Setiap hari ana berdoa moga ini lah keputusan yang terbaik, inilah jodoh terbaik. Ini lah pasangan yang terbaik .. Allah Allah Allah…


Tibanya di Malaysia, 19 Julai, ana siapkan-siapkan diri, tanggal 20 Julai esoknya, terus ana gerakkan diri untuk kali pertama ke negeri Tasik Chini esoknya 21 Julai, akan mula puasa, maka ana tiba di rumahnya pada waktu petang dan abah, menjemput untuk makan malam dan terawih bersama-sama dan sesudah terawih, tepat jam 10.15 malam, maka bermulalah dialog antara bakal menantu dan bakal bapa mentua..


Pada awalnya ana hilangkan rasa segan dalam diri dengan memulakan bicara dengan berbual akan bumi Mesir, buah-buahan, musim-musim di sana dan waktu itu, kali pertama niqab Nur dibuka. Subhanallah, indahnya insan di hadapan mata ana ini.. gembiranya hati,gembiranya!! subhanallah , sangat-sangat cantik dan lawa! So so so beautiful! 


Dan ana pun mula bicara dengan abah…


“ …pak cik, tujuan saya datang ke rumah pak cik hanyalah semata-mata kerana ibadah kepada Allah swt… “ mula kecil perbualan ini


“ sebenarnya pak cik, saya suka pada anak pak cik, jujur saya tidak pernah mengenalinya. Hari ini baru kali pertama saya berjumpa dan melihat anak pak cik..”


“ saya suka pada Nur, kalau boleh, saya mahu menjaga nama baik saya, menjaga nama baik keluarga saya, menjaga nama baik Nur, menjaga nama baik keluarga pak cik… “


Ana terhenti berbicara, gugup, loop doop loop dopp bunyi jantung gemuruh, Abah dan Nur dah ketawa kecil lihat reaksi ana. Ana pun tersengih, ana teruskan …


“ kalau boleh…sa..sa…saya….nak jadi menantu pak cik… “ pandang dengan penuh harapan ana pada abah dan penuh kasih sayang.. hihi


* pada asalnya ana cadang nak bertunang saja… namun Alhamdulillah , ana lebih bersungguh apabila sakinah wajahnya membuatkan hati tidak mahu melewatkan-lewatkan pernikahan! :)


“ kamu sudah fikir masak-masak? Ini bukan main-main ni.. “balas abah…


“ saya sungguh-sungguh pak cik… “ jawab ana dengan gugup tapi yakin! 


“ Nur, kamu suka pada adam tak? “ tanya abah pada anaknya..


Nur hanya memejam mata sambil mengangguk kecil wajahnya ke bawah… gembiranya ^_^



“… baiklah, beri pak cik bincang dengan mak cik, dengan along angah dan adik beradik Nur yang lain.. “


Itulah penutup bicara kami malam itu dan esok, selepas usai solat subuh bersama dengan abah, abah panggil ke ruang tamu bersama-sama along…


“ adam, insyaAllah kami sekeluarga setuju. Jemputlah keluarga datang untuk berjumpa.. “ 


Wahhhhh!! Gembiranya !! Alhamdulillah… tersenyum lebar adam… Allahu Akbar.. Alhamdulillah!! dan mula dari saat itu.. segala persiapan untuk nikah terus ana sediakan. Alhamdulillah menunggu 31 Ogos hari akad nikah…


Namun dalam hati ana,semakin nak dekat dengan hari nikah, semakin takut dan seram pun ada, terkenang pada awal perkenalan.. ada satu soalan yang ana tidak nampak jawapannya, kenapa Nur pilih ana? Kenapa tidak pilih 3 yang lain ? sedangkan mereka bertiga itu bukan calang-calang orang


1. Presiden BADAR * dirahsiakan badar mana ( Malaysia )

2. Mahasiswa Undang-Undang Semester Terakhir ( Malaysia)
3. Mahasiswa UiTM S.Alam ( Malaysia)
4. Mahasiswa University Of Alexandria (Mesir, ana)

Kenapa ana? Tidak pernah kenal, tidak pernah jumpa, takut ana…



Pada malam setelah selesai kami diijabkabulkan, setelah berwudhu menenangkan hati, menenangkan diri, maka ana bertanya pada sang isteri yang dicintai…


“….. sayang, adam nak tanya, kenapa Adam ya? Kenapa sayang tolak pinangan kami berempat pada awalnya dan kenapa pada akhirnya Adam yang sayang pilih…”


Jawab Nur dengan tenang, bismillah..


“ adam…..”


“ ya Nur… “


“ Nur pilih Adam, Allah swt yang pilihkan… “


“….kerana setelah Nur tolak semua pinangan, Allah swt ilhamkan sesuatu pada Nur..” katanya bisik menenangkan hati ana….


“ setiap malam selepas hari itu, setiap hari Nur mimpikan tentang keputusan yang Nur pilih adalah silap… “


“ Nur rasa tidak tenang, Nur rasa resah, Nur rasa tidak cukup dalam diri ini dan setiap malam… Nur termimpikan Adam, walaupun tidak jelas tapi Nur yakin Adam lah ilham yang Allah swt beri… “


Alhamdulillah.. alhamdulillah… alhamdulillah… hari ni cukup 12 hari telah ana dan pasangan menjadi mempelai yang halal ikatannya.. syukur Alhamdulillah… ^-^


* hidup ana sangat-sangat Allah swt permudahkan, bila ana tekad sungguh-sungguh untuk nikah, pada waktu dan saat inilah.. terbuka luas rezeki yang sangat-sangat ana tidak duga


Ana mendapat tajaan sebanyak RM 40 k dari kerajaan setelah 3 tahun membuat permohonan dan segala urusan nikah ana , hantaran nikah, baju nikah, cincin nikah dan majlis semuanya fully sponsored! Mak dan bapak ana tidak keluar walaupun satu sen pun , gembira hati ana tidak menyukarkan mereka :) Alhamdulillah! teringat minggu-minggu sebelum bernikah, ketika bulan Ramadhan, pada waktu malam, berdo’a ana bersungguh-sungguh dengan meyakinkan diri dengan rukun Iman ke 3 iaitu Al Quran, kerana Allah swt berfirman..


Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNYA, kerana Allah Maha Luas (rahmatNYA dan limpah kurniaNYA), lagi Maha Mengetahui.” 


Ayat 32, An-Nur.


Ana pegang sangat ayat ni , dan sesungguhnya Allah swt tidak memungkiri janji , I love You O Allah swt , I love Prophet Muhammad s.a.w, thanks Allah swt for teaching me to be patience, leading me to strive in the road of faith and for giving me a very delightful and beautiful life, Alhamdulillah :)


* ini adalah kisah benar( macam cerita hantu pula ana cerita ni, hihi :P ), sekadar perkongsian atas permintaan kawan-kawan dan sahabat-sahabat, untuk sahabat-sahabat yang belum bernikah, pilihlah jalan terbaik, nasihat ana untuk kawan-kawan yang selalu bertanya soalan..


Nak nikah atau tidak, jawapan biasa ana,


“ tidak nikah pun bagus, nikah pun bagus, yang tidak bagusnya tidak tahu buat pilihan antara dua-dua itu “


“ dengan nikah, separuh dari agama telah kamu lengkapkan, ada sang isteri/suami sebagai peneman yang setia lagi mencomelkan seri muka pada setiap hari, namun sediakan diri yang untuk menjadi suami, bapa dan ketua keluarga “


“ tak nikah pun bagus, tanggungjawab belum bertambah, boleh rancang hidup dengan dengan kukuhkan asas, namun sediakan diri , perisaikan hati dari godaan syaitan, nafsu dan panahan-panahan yang membawakan diri kearah zina “


Sekian, Travelog Cinta Nur Adam







✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Thursday 6 September 2012

Rehlah Bersama Orang Asli IOA kok lanas..


kenangan yang termanis selama beberapa bulan hidup di bumi kelantan ini..
alhamdulillah kami di beri peluang untuk berdakwah sambil berrehlah...huhu satu pengalaman yang x mungkin kami lupakan walaupun satu detik di sana...rasa nak jerittt je...sbbb rindu sgt pada mereka di sana.... =') semoga kami berpeluang untuk melakukan program seperti ini lgi..insyaAllah..alhamdulillah sbb tujuan kami ke sana tercapai..objektif kami pun alhamdulillah rasanya tercapai..kalau nak cerita tentang sebelum program...fuhhh...tak yah crita la kot...banyak suka duka yang kami lalui..normal case untuk mereka yang ada kan program camni kan?? so kami kuat+sabar+ikhtiar+tawakal+doa..alhamdulillah segalanya berjalan dengan jayanya...huhu (^_^) 
kalau nak taip ni boleh jadi satu novel..huehue..tpi kita pendekkan story k...tgk gmbr2 je la ye..hehe selamat menonton..
ni time before kami berangkat ke sana..

excited nak jumpa diaorg tau...
                                   first night with them..
                                 makan dalam talam with them..
                                solat maghrib and isyak berjemaahh..
        sesungguh solatku,ibadahku,hidup dan matiku hanyalah untukMU..
                            hanya padaMU kami bersujud...
                      barisan fasilitator yang bersemangat gler...hueheu
          ni barisan KD pengisian tgh buat keje utk aktiviti mlm tu..hukhuk
orang kuat...haiyyaaa...
                             tutup mata pun stay cantik...fuhhh

                                  demi matahari~olalala~
              senaman pagi with adik2 kami...hikhik

                                         makan talam = ukhwah
pokok itu ibarat aqidah+syahadah kita..
                                 jangan mudah goyah...
                                   persiapan untuk majlis raya..
                                  gelang2 oiii...
hero2 kami...huehue
                                 group yang pling best in the world...

                                     antara fasi-fasi nya...

              pencegah maksiat di waktu senja..(yg ni story time lain)
              gotong-royong kutip rambutan+cempedak orang..hehe
                                raya bersama mereka..







amikk kau...banyak bebenor gambarnyer..hehe sebenarnya banyak lagi...tapi nnt korang yang penat nak tgk kan..x pe2..kte smbung lain kali plak yekk..huhu
tapi disetiap gambar mempunyai 1001 makna dan pengalaman yang tak mungkin dilupakan oeh kami+mereka..rindu di IOA...okay moga jumpa lgi ye..

tapi yang pasti..hubungan silaturrahim antara kami menjadi semakin erat..alhamdulillah..setelah suka+duka kami bersama..disitulah semakin jelas kami memahami erti sebenar UKHWAH..insyaAllah till jannah...

Dari islam,ku temui keindahan..
dari solat,ku temui kedamaian..
dari quran,ku temui kebenaran..
dari hadis,ku temui pedoman..
dari qiam,ku temui kekuatan..
dari dhuha,ku temui keinsafan..
dan
dari diri kalian,ku temui persaudaraan..
moga ukhwah yang terbina akan berkekalan sepanjang hayat..
aamiiinn~

k dah habis for this part..hukhuk..jumpa lagi..



✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...