Friday 25 May 2012

RagaM MeReka...hukhuk

Asslamualaikum..
entry kali ni nak story ttg 3 sahabat..hihi
haiiyyaa bru brape bulan berpisah sudah ada bau rindu2 ma...banyak sedih..kalau dulu kat sklh tiap hari mengadap muka diaorg..urrmmm..skrg ni bukan setakat nak tengok muka..nak dgr suara mereka pun haiiyyaa byk ssh ma..
-----------------------------
~ sehari sebelum ni sahabat 1 telepon bertanya khabar.. happynyer dye call..huhu~
x berhenti ketawa bersama sahabat 1 tu..isshh2..hehe..dye rindu tu sbb dye call...hehe(m0od perasan)..
sementara tunggu nak daftar at UNISZA..dye keje dlu kat sebuah restoran..cannttiiikkkk btul tmpt keje dye..=D sejak dye keje tu la dye buzy gler smpi nak msj ngn dye pun ssh..hikhik..
 its okay.."sentiasa memahami"..

borak punyer borak..dye dah nak letak tepon cos dye dah nak balik dri keje..sblum tu..dgn bangga dye kate dye dah jadi budak KL(tolonggllahhh)..hehe ..rindu btul nak jumpe dye..hee~ semoga dapat jumpe yea fwen..

ni lah sahabat 1 tu..hee~

~ ni kisah sahabat 2 pulak..hehe bru je td dye antar msj..bunyi nye cmni :
"salamualaikum sahabatku (: , amboi2..kalo x anta msj,x de la dye mulekan yekk! hehe" and .....................
(x leh tulis kat sini)hihi..aloorrgghhh..maap yea..x de kredit la dear nk reply ur msj..(ble sahabat 2 bg msj trus tepon my dad suruh tlg blikan topup)..hee~
 nnt kte reply yea..tunggu tau.. dulu kat sklh slalu kongsi story suke dan duka bersama sahabat 2 ni..ngn sahabat 1 pun skali..hee~ tpi skrg ni ssh skit..msing2 berjauhan..hanya boleh calling2 and msj2 je..
but stay syukur alhamdulillah..terima kasih kat sistem komunikasi.. kami msih dpt berhubung walapun jauh2..
hee~..kte ngn sahabat 2 ni suke guna "FORMULA and KONSEP".hehe(org lain x fhm..kami je)..
wahhh rindunye kat sahabat 2 ni..lg satu sahabat dua ni gelarkan kte ni 'PAU PENYEK' and 'MOKDEK'=gemuk pendek..haha
*pepandai je..hehe.. good luck study at UITM yea..



~ ha..ni kisah sahabat 3 pulak..huhu~ dye sudah senyap sunyi dan sepi..hehe..x lah..dye buzy ngn minggu oretansi nye di USIM..sungguh awal mereka daftar..hukhuk..nak antar msj risau ganggu pulak..ape2 pun doa mengiringinye di sana..hee~ sblum ni slalu msj ngn dye..tpi skrg ssh skit lah jwbnyer..sob2..last msj ngn dye kte tanye psl borang untuk biasiswa plajar asasi..alhamdulillah kmi dua2 dpt...
"KAMI BEBAS PTPTN" hikhik..
dlu kami sibuk2 duk cari biasiswa sbb x sanggup nak amik ptptn..lastly dpt jugak..
alhamdulillah..thank you Allah..
sahabat 3 ni suke gelak..dye sgt ceria..hehe..best dpt bersahabat dgnnya..(untunglahhh)hehe..
rindu nak dgr dye ckp"tensionlah".. perkataan tu slalu dye lafazkan..hehe..
onnie best x kat sne??kawan mesti dah ramai kan??take care yea..jgn lupakan kami disini..hee~


"Ukwah Itu Dihati,Walau Bersendirian Pasti Ia Menemani..
Setiap Yang Manis Mampu Dikenangi ,Walau Tiada Dimata Kini,
Ia hadir Bila Dirindui,Kerana Asasnya Ia Kekal Di Dasar Hati...



Hari2 Berlalu..
Tentunye disisimu teman2,
yg jauh lebih baik dariku..
Namun ketahuilah..
Ape yg tgh ku lakukan,
adalah...
Mendoakan diri kalian agar GEMBIRA SELALU!! (^_^)


entry lepas ni cter ttg sahabat2 seterusnye..hehe~
ramai lagi crita sahabat2ku..huhu~

~terima kasih sudi membaca~

✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Tuesday 22 May 2012

♥ Pramugari vs Ulama ♥


entry kali ni..simple sje tpi maksudnye mendalam..hehe~

Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri.

Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk.


Oleh kerana tandas di dalam kapalterbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu.

Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.

Peramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki.

Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri…) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

Peramugari: (dengan sifat angkuh…) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.

Ulamak: (dengan sifat bersahaja….) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari. (^_^)





                                                   ~sekian terima kasih~
✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Thursday 17 May 2012

RaHsIA MeReka YanG bERjaya tapi X solat ..


panjang skit entry kali ini yea...


~Rahsia Disebalik Kejayaan Orang Tidak Solat ~

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang 

gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. 

Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.Orang bertanya kepada saya. 

Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?
Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.
Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”
Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.


Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.
Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?


Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula...














                     ~sekian terima kasih~

✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Sunday 6 May 2012

KeCeWa ?????

                                          
                                                                   Menangis kerana kecewa :'(

air mata ini milik semua insan..sesiapa sahaja boleh mengalirkannya pada bila-bila masa,di mana sahaja dan atas sebab apa sekali pun..air mata ialah milik kita..dan terpulanglah kepada kita mengalirkan atas sebab apa kita perlu mengalirkannya..adakah perlu atau pun tidak...

kita hanyalah MANUSIA...dan manusia tidak akan lepas dari melakukan kesilapan dalam hidupnya..
kadang-kadang kita akan kecewa dengan apa yang kita terima..kadang-kadang kita kecewa dengan perlakuan dri kita sndri..kadang-kadang kita kecewa dengan orang lain..selalunya kita kecewa..

tapi kita perlu ingat bahawa :

Kekecewaan,kegagalan,kepahitan.. mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup..
~Allah sentiasa bersama kita~


setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya..Allah adalah sebaik-baik perancang..pasti Dia merencanakan yang terbaik buat hamba-hambanya..bersabarlah..

~Ujian akan berakhir.Pasti akan berakhir.. Paling lewat pun, di akhirat sana..
Pasti akan berakhir.. Maka perjalanan ini hakikatnya adalah perjalanan menguji sabar & keimanan~
 
"Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita.. Maka percayalah ALLAH akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka."

~sentiasalah kita berfikiran positif dan sentiasa kuat menghadapi ujianNya~


     


       

✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...