Friday 24 May 2013

Tahniah and Selamat Datang :)


Assalamu'alaikum. adik-adik sekalian.
Amacam result upu ? InShaaAllah hebat-hebat belaka korang ni :)
Kalau result bagus mahupun teruk, tak semestinya yang bagus itu nikmat dan yang teruk itu ujian. mungkin itu yang sebaliknya. yang pasti, apa yang Allah susunkan memang terbaik. ^^

hm, alang-alang tuu kak najah nak promote sikit. haa. nak tau ape yang kak najah lalui selama ni ?
kak najah sambung belajar kat UM. course Pendidikan Islam . sebab course ni menjadi pilihan ialah kerana memang banyak benefit dia. hee~

 
 Exploring Kelantan :)

Untuk course ni, asasi selama dua tahun. Dua tahun di Kelantan (kampus cawangan : Akademi Pengajian Islam UM).

alang-alang study kat Kelantan. boleh explore negeri yang penuh tarbiyyah dan barakah ni. lagi-lagi UM terletak kat Nilam Puri. dekat dengan Kota Bharu kalau korang nak jalan-jalan. dekat dengan Wakaf Che Yeh kalo nak shopping :P kalau rajin boleh merayau sampai Rantau Panjang. tapi jauh laah kan :) (kak najah salu berjalan hujung minggu.Kadang-kadang lagi dahsyat sampai terkeluar dari Kelantan XD

dan yang paling menguntungkan, sangat banyak majlis-majlis ilmu kat sini. korang boleh jumpe ulama'-ulama' yang bagus-bagus. bukan senang tau nak dapat semua ni. hehee.
dan korang boleh tengok Tulisan Jawi merata-rata :D *oke, yang ni takde kaitan*
 Memanfaatkan Ilmu.

terutama sekali kepada budak-budak yang minat subjek Sains tapi sayang nak tinggalkan subjek agama. course ni sangat sesuai buat anda. lagipun.As budak yang ade asas Bahasa Arab, why not gunekan peluang ni ? lagipun Arabic tu kan bahasa syurga. kite pun sume nak masuk syurga kann ? ^^

korang patut rase bertuah belajar kat sekolah agama. ade budak lain teringin nak masuk course ni, tapi diorang tak amek bahasa arab. jadi. takleh nak mohon. selagi ada peluang ni. manfaatkan laah ilmu Sains dan Bahasa Arab yang ada dalam diri korang tuu. *nasihat dari kawan kak najah yang amik kos ni :D

memang time mule-mule masuk. kak najah sangat risau takleh bawak dengan Bahasa Arab ni. tapi seriously. rasa seronok belajar Bahasa Arab kat sini. lagi-lagi asatizahnya (lecturers) sangat penyayang, mesra dan suka membantu pelajar. :')

Lecturer kat sini sume comel-comel dan sangat berilmu. pakar-pakar semuanya. Pakar Hadith, pakar Linguistik, pakar Bahasa Arab dan  sebagainyee. *kalau nk list memang tak habis*
 Tempoh Study

Asasi : 2 tahun. Degree : 3 tahun.
Total : 5 tahun.
#wow~ lame kann. memang lambat *sikit* laah nak kahwin ! ngee~ >_<

mase yang lame ni memang sangat bagus diisi dengan study. jadi bile ditanya masa muda kita untuk apa ia dihabiskan, kita bolehlah jawab dengan yakin. "saya habiskan masa muda dengan berjihad menuntut ilmu"
seronok sangat belajar kat kelantan. dah lah makanan murah dan sedap. hehee XD

lagi satu, kalo sesape rase nak belajar kat timur tengah tapi takut nak belajar luar negara. amik laah asasi pengajian islam kat kelantan ni. macam me
sir/jordan/morocco kedua. hehee. serambi makkah laah katakan. lagipun area nilam puri ni memang terkenal dgn bahasa arab.

kalau nak tahu lebih sikit boleh search je Asasi Pengajian Islam kat google. hehee.btw untuk batch korang ni ade mengalami serba sedikit perubahan dari tahun sebelumnya.so bersedia untuk cabaran seterusnya untuk batch korang ! :D

kan seronok hidup dengan cabaran ? #FearFactorMode. :P

kalau ade pape nak tanye boleh laah mesej kaknajah kat fb :)


idea asal 'kak zack'







✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Merasai nikmat walaupun Kepenatan :')


 Alhamdulillah dapat curi masa untuk update jugak blog ni.Ini pun curi-curi masa sebelum tidur.Setelah seminggu mengharungi kursus utk pembantu pelajar bagi kemasukan pelajar baru ke um ahad ini :) Selamat Datang Adik-adik :) Kami menanti kedatangan kalian .

Banyak sangat ilmu dan kekuatan yang kami perolehi dari kursus ini.Selain dapat merasai 'kepahitan' berada dalam senarai kepimpinan :') Semoga segalanya dipermudahkan olehMU Ya Allah . Malam ni kami sayu semacam je *dah menitis air mata pun sebab kami baru je lepas liqo' dengan YDP MPP muhammad syazmee .Kata-kata semangat yang dia beri , kesungguhan dan harapannya sangat menyentuh hati-hati kami.

Dia tak kan turut bersama kami dalam program MHS nanti . Dia hanya sempat bersama kami pada hari pertama pendaftaran pelajar kerana dia dan keluarga akan berangkat ke tanah suci bagi menunaikan umrah. Ayatnya sebelum berakhir mesyuarat tadi ialah "jika ini ialah perjumpaan terakhir antum dengan ana,maafkan segala kesilapan ana" :'( huh! touched.





Alhamdulillah juga kerana kami dapat mengusulkan perubahan walaupun tak banyak tapi at least lain dari pimpinan yang lepas. Kami yang sekarang bukan mereka yang dulu ! Maafkan sekiranya ada banyak kekurangan pada soft pimpinan kami kali ini.Kami juga manusia.Tegurlah kesalahan kami .Buat adik-adik welcome home! ngee~ btw dont worry okay kami akan seksa anda dengan kasih sayang :)


Latihan senamrobik setiap pagi dan petang
ukhwah yang terbina  








meeting bersama Pn.Rohani 


Sepanjang kursus PP tidak sukar namun bukan mudah :')

" Wahai umat manusia! Sesungguhnya aku telah dilantik dikalangan kamu sedangkan aku bukanlah orang yang terbaik. Maka jika aku melakukan kebaikan maka bantulah aku tetapi sekiranya aku terpesong maka betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah dan dusta itu adalah khianat. " 
~Saidina abu bakar~










✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Wednesday 15 May 2013

Takku Sangka Takku Duga !


Music? yup music adalah satu hiburan yang dapat menenangkan hati yang tengah kacau bilau..tapi kadang-kadang boleh merosakkan jiwa yang dah dikacau lagi dibilau kan :)

Lagu music apa yang diminati? hoho~ jujur najah adalah seseorang yang sangat mencintai dunia music ni.Mungkin sebab pernah berkecimpung *acewah berkecimpung kauu..haha dalam dunia seni time sekolah menengah dulu (alah,wakil sekolah nasyid je pun) tapi still ada kaitan kan?

Mungkin jugak bagi orang lain music ni melalaikan dan sebagainya.Tapi itu hak dan pendapat dia,so saya hormat! 

tapi,

bagi najah pulak sebaliknya.. yup Al-Quran still no.1 untuk dicari bila kita sedih atau gembira.But after that, najah akan dengar lagu.Especially time sedih la,pastu dengan sengaja menambahkan lagi kesedihan dengan dengar lagu yang feeling-feeling bagai.Pastu mula la over-over nangis.haha

btw,nasyid still pilihan yang pertama untuk didengar ! tapiii *entry kali ni banyak benauu tapi nye... ingin ditegaskan juga bahawa lagu-lagu jiwang karat,kapak,haprak semua tu jugak adalah pilihan hati ini.

Tak tau la pasal apa teman ni minat benau dengar lagu jiwang versi karat marat tu.Seriusly,maybe sebab my abah and ummi selalu dengar..and mesej-mesej nye pun major sedih-sedih je huhu and for me lagu jiwang versi ni lagi 'sedap didengar' dengan rentak nye yang ikut hati and penyanyinya betul-betul menjiwai lirik tu berbanding lagu-lagu ntah apa-apa sekarang ni.. yang buat 'sakit telinga' rock over sangat! 

opsss..maaf jika anda tak suka pandangan saya.just my opinion je !

----------

Bila dengar je lagu versi ni kompom terus teringat dekat sahabat saya dulu dekat sekolah menengah.Walaupun dia 'ustazah' ,'naqibah' and macam-macam lagi.Ianya tidak menghalang kami untuk meminati lagu seperti ini.

Dialah geng saya karoke dalam kelas*kalau tak ada lelaki, time tengah study tengah-tengah malam,time tengah basuh baju,time kemas loker,time bancuh air,time duty gotong royong asrama and macam-macam time lagi.sampaikan hadiah birthday saya pun dia bagi lirik lagu jiwang ni >.< Honestly rindu sangat dekat dia :'( rindu nak nyanyi dengan dia sampai orang sekeliling suruh stop! haha

hari tu time bw jumpa satu blog yang post lagu takku sangka takku duga by apit *penyanyi dari singapura tu.. seriusly tak pernah dengar lagu tu ! and first time dengar terus jatuh cinta kot! btw suka sangat lagu-lagu apit tu..cool habis la ku kata kat kau :D tambah jatuh cinta bila tengok video si kecik sepupu dino ni nyanyi..oh i'm falling in love, haha comel sangat budak ni disamping suasana yang super terbaik! tak pernah jumpa taman cenggitu *meriah sangat!


Hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam daripada Ubai B. Ka’ab:
“Sesungguhnya di antara syair itu ada yang memiliki hikmah (pelajaran).”

Namun terdapat hadis yang menjelaskan larangan sekiranya asyik dan disibukkan dengan bersyair.

 (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shohih al-Bukhari:
Daripada Abi Hurairah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata: Telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam: “Lebih baik salah seorang daripada kamu memenuhi perutnya dengan nanah sehingga rosak perutnya daripada ia penuhi dengan syair.” (Hadis Riwayat al-Bukhari Muslim)

last but not least , ada tak sesiapa kat sini yang minat lagu versi cenggini? kalau ada,cantekk.. boleh kita tukar-tukar ye idok? huh! kalau yang nak tukar lagu-lagu nasyid ke or lain-lain pun boleyh ^^ dialu-alukan :)

"Berhibur-berhibur jugak, jangan melampau batas syariat sudah"

peace yaw..










✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Tuesday 14 May 2013

1st BIGGEST GIVEAWAY BY OSM


setelah diajak join giveaway super the best ni oleh kawan saya cik aisyah,laju-laju saya ikut semua syarat and buat entry..hee~ bukan apa hadiah dia memang super terbaik lah.. disamping dapat ramai kenalan blogger kan :) btw jom join reramai..serius tak rugi..insyaa Allah. kalau ada rezki dapat lah..

jom tengok gambaran hadiahnya -----> klik 'sini'

Okay,dengan semangatnya dah prt sc siap segala syarat..ekehekeh.. sila-sila cek :)



actually dah lama follow blog awak ^^


mangsa tag saya ialah : Cik Farah , Cik Jamielah , Cik Husna dan Cik Awatif


            





✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Monday 13 May 2013

Mengapa Dia Kembali :'(


Hati sudah tenang sejak sekian lama tanpa gangguan dari sesiapa terutamanya dia,tapi mengapa dia perlu muncul pada saat-saat akhir ini? 

tidak cukup puas lagikah dia menyakitkan perasaan saya dan keluarga.

Tidak cukup lagikah dia menghina saya selama ini.

Tidak cukup lagikah air mata saya yang mengalir menahan kepedihan kerana dia.

Tidak cukupkah?

Mengapa engkau perlu kembali muncul setelah berdiam diri sekian lama.Setelah ketenangan aku miliki.Hidup ini memang kadang kala kita tidak dapat menduga apa yang bakal berlaku dan terjadi.

Sekali lagi air mata ini mengalir :'( tidak sanggup untuk diceritakan kepada umi dan abah kerana tidak mahu mereka risau akan diri ini tapi Ya Rabb,sungguh air mata ini tidak dapat lagi ditahan.Kenapa sangat sakit hati ini ketika dia kembali menghulur salam kemaafan :''(

-----------
Peristiwa dua tahun lalu terimbas kembali sejak tadi.Berlegar-legar difikiran.Meskipun segalanya sudah lama berlalu namun kenapa ia masih sakit Ya Allah.Kuatkanlah hambamu ini.

Bukan dendam yang tersimpan dihati kecil ini tapi secalit luka yang masih belum terubat.Maafkan aku yang tidak dapat memaafkan engkau lagi.Sungguh aku berusaha memaafkan dan melupakan apa yang pernah engkau lakukan namun ia kembali menyakitkan bila ia kembali ke layar ingatan ini.

Diri ini akui bahawa dahulu pada mulanya akulah yang menyebabkan pertelingkahan antara kita berlaku,namun aku memohon maaf atas apa yang berlaku.

Namun hanya engkau yang membawa-bawa kemarahanmu ini hingga 2 tahun berturut-turut.Hingga engkau memalukan aku didepan kawan-kawanku dan kawan-kawanmu :'( engkau mengganggu adik-adik ku.

Tidak cukup dengan itu engkau menghebohkannya pada guru-guru sesuatu yang tidak benar! hingga segelintir guru memandang serong padaku.Pada waktu itu pernahkah engkau fikirkan dimana air muka ku?keluargaku?

Hingga ke saat akhir spm juga aku masih diganggu dengan ugutan-ugutan tidak bermoral engkau.Hingga aku menangis teresak-esak dan tidak dapat fokus pada exam.Selalu engkau membuat aku berfikir.apa salahku pada engkau sehingga sanggup kau buat aku seakan-akan takut pada diri sendiri.Sehingga aku benci kepada lelaki.

Sahabat-sahabat meyakinkan aku bahawa ini ujian dariNYA,untuk aku lebih dekat dengannya.Sungguh ianya benar!Namun,Saat berjauhan dengan keluarga,saat itu adalah sangat sukar kerana kita perlu melalui detik kepahitan seorang diri :'(

Walaupun hakikatnya engkau hanya memainkan mentalku kerana keGILAanmu  kerana cintamu tidak berbalas! CINTA tidak boleh DIPAKSA! 


Aku belajar memaafkan kerana itu sesuatu yang mulia.Namun mungkin belum sepenuhnya.Kerana bila kita betul-betul ikhlas memaafkan seseorang adalah bila kita sudi menerimanya semula sebagai kawan :'(

Belum tiba ikhlas itu dalam hati ini.Maaf! kata-kata akhir dari aku sewaktu engkau menelefon tadi,aku harap tidak akan melukakan perasaan engkau.

"Aku Hormat Pada Engkau,Dan Aku Harap Engkau Hormat Pada Aku"








✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

" Segmen Bloglist by WanMuna "

klik banner untuk join
Dah lama tak join segmen bagai ni sebab memang tak ada mood ^^ tapi alhamdulillah tiba-tiba hari ini terbuka hati nak join segmen Bloglist by WanMuna ni >_< terima kasih kepada sahabat blogger saya husna yang ajak saya join .. insyaa Allah segment ni super terbaik sebab syarat yang sangat simple and tak menyusahkan serta hadiah yang super meletop.. hee~ kalau tak dapat jadi bloglist Blog WanMuna ni at least kita akan dapat saguhati yang super duber kiut :D

So Jom Join ramai-ramai :) sama-sama kita eratkan hubungan ye.Tarikh tutup dia malam ni,so jangan lepaskan peluang ini ^^








✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Friday 10 May 2013

Umii sem akhir nanti kakak nak kawin.Boleh?

gambar hiasan
Perjalanan yang menjadi kenangan indah satu family :) waktu perjalanan pulang selepas menghadiri majlis perkahwinan kawan parents kami.. *dalam kereta.. tengah syiok-syiok layan perasaan tiba-tiba dengar satu suara bercerita tentang kawin,

tiba-tiba kakak terus cakap "umii,sem akhir nanti kakak nak kawin boleh?senior kakak ramai yang kawin masa tahun akhir >_<'' satu kereta gelak.. 

adik-adik mula bising " ada ke orang yang nak dekat awak tu?"hukhuk umi dan abah senyum je *ha,senyum tanda setuju kan.. dah happy time tu tapi tiba-tiba umi bersuara.. "tak payah la,muda lagi..belajar dulu lah..jangan nak merepek"hehe terus muka kakak mencuka..haha sobsob tak dapat izin la gamaknyer.. 

kakak pun tak dapat,macam mana la adik dia ni pulak yang nak dapat..hoho krik krik krik~

KAWIN MUDA? apakah faedahnya?belajar la dulu,kerja la dulu,blablabla....

 setiap orang ada pandangan masing-masingkan.Bagi saya kawin muda ni ada kebaikannya dan ada kekurangannya.Dan saya lebih suka melihat kebaikannya dan kekurangan itu boleh diperbaiki kan?

Berdasarkan apa yang saya perhatikan dunia sekarang ni,sekarang menjadi fenomena kahwin muda ni,malah kawan-kawan saya pun dah ramai jugak yang melangkah ke dunia perkahwinan ni :) so alhamdulillah setakat ni kebaikannya yang terserlah.

Saya setuju bagi siapa pun yang nak kawin pada usia muda ni malah saya mendokongnya tapi pastikan kita betul-betul bersedia nak menghadapi dunia baru ni.

Ingat!kita bukan nak kawin sehari dua je :) 

Saya sendiri pernah cakap dengan umi yang saya nak kawin masa belajar * tu pun kalau ada orang datang ketuk pintu rumah la,haha.. teringat gurauan dari pensyarah saya waktu kelas, beliau nak kawin pada usia yang muda namun tak ada yang nak,tu yang kawin lambat..ni pun alhamdulillah ada yang nak,kalau tak ada?huh! :D adik saya cakap umi  saje je macam tak nak kita kawin muda tapi sebenarnya kalau ada yang datang,umi terima je.heh!

Dalam Kelas tadi,ada seorang sahabat bertanya.
"Doktor rasa sesuai tak kawen muda masa tengah belajar?"

Jawapan Doktor sangat menarik bagi saya.

"Kalau saya ada anak perempuan yang minta kawen masa belajar, akhlaknya bagus, pengurusan dirinya tersusun, hubungan dengan Allah terjaga, saya akan kawenkan dia terus. Lebih lagi kalau satu kelas atau satu universiti. Tapi kalau anak perempuan saya yang minta nak kawen tu, hidupnya dengan TV, akhlaknya entah kemana, solatnya di hujung waktu, tentu saya tak bagi."

"Why?" soal saya dalam hati. Kemudian hati saya jawab kembali, "Yelah. Tak bersedia la tu."

Tapi jawapan Doktor cukup berbeza.

"Kalau anak perempuan saya tu, akhlak tak jaga dan saya bagi dia kawen. What do you expect from her husband? A very good husband? Sedang janji Allah lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Anak perempuan saya belum cukup baik,s aya bimbang dia bawa balik calon yang juga tidak baik."

Jawapan yang ringkas, tapi bermakna buat yang ingin bermuhasabah diri. Saya suka pendekatan Dr Ridhwan.

Antara tip lain yang saya berjaya kaut adalah pesanan Dr pada kami.

"Lepas ni bila u all kawen, ada isteri/suami, then suami/isteri u all buat masalah/sakit.. Benda pertama yang u all kena buat adalah solat taubat. Sebab dosa kita, bulih jadi sebab isteri/suami/anak jadi nakal, tak dengar orang dan sebagainya"

Reflecting. It is the concept. Sebelum kita nak tuduh orang laen salah, kita tengok diri kita sendiri dulu bagaimana. Terbaik tips Dr!


sudahkah bersedia? soalan buat diri dan kawan-kawan yang ada hajat dihati tu hehe :) so dekat sini nak bagi tips sikit dekat para suami tips untuk memujuk isteri yang merajuk..hehe 

duduk bersila depan pintu dan buat macam ni,kompom cair isteri awak tu :D

'klik gambar untuk tengok video'











✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Tuesday 7 May 2013

Dia Tiada Pengganti !


 Sebaik sahaja mendapat khabar bahawa Tuan Guru Nik Aziz mengundur diri atau menyerahkan mandat kepada timbalannya Dato' Ahmad Yakcop membuatkan saya menitiskan air mata,hati sebak,malam jadi sayu.Sungguh dia pemimpin yang terbaik yang pernah saya jumpa.Dia benar-benar memanfaatkan amanah yang diberi untuk mengubah negeri kelantan dan rakyatnya menjadi luar biasa bagi saya.Sungguh saya kagum dengannya.Dahulunya saya juga pernah memandang serong padanya ekoran hanya mendengar dan menonton apa yang dijaja oleh media tanpa memeriksa sendiri.Namun mata hati saya dibuka ketika saya mula menjejakkan kaki dibumi kelantan.Semakin hari semakin perasaan sayang ini melimpah ruah dibumi itu..pada rakyatnya,pada pentadbirnya,pada suasananya yang penuh dengan ketenangan.

Buangkan lah sebentar perasaan benci anda padanya..kajilah tentang dia.Jika berkesempatan jenguklah ke negeri itu.Insyaa Allah ada terasa diketuk pintu,Berilah kesempatan untuk diri anda mengenali insan ini.. Waktu dapat tahu tuan guru meletakkan jawatannya air mata jernih jatuh berderai, saya tahu betapa beratnya segala yang beliau alami selama ini.Bukanlah bererti saya tidak mengagumi penggantinya Dato' Yakcob, jauh sekali saya yakin dengan keputusan tuan guru itu.Cuma hati saya sebak.Saya terasa terpanah dengan cahaya sejati, jauh disudut hati Dia telah membuktikan sinarnya setelus harapan.Insan ini yang dikatakan sesat,pemecah kesatuan ummah dll,ketahui wahai ummatul islamiah! Insan inilah yang membebaskan sebuah negeri dari kegelapan .


Bersaranya membuat hati-hati tersentap hingga menitis air mata mengenang segala perjuangan beliau.Langit seakan-akan menangis .Terima kasih Ayahanda Tuan Guru Nik Abdul Aziz di atas segala pengorbananmu,air matamu,ketabahanmu,kecekalanmu,kasih sayangmu.. Saya bukan menetap di kelantan jauh sekali anak kelahiran kelantan,saya hanya kelantan celop ! bermastautin di sana tidak sampai dua tahun cukup membuka mata saya bagaimana dia mentadbir negeri itu.Saya sendiri menyaksikan itu semua secara realitinya, dan barulah saya sedari rupanya segala tomahan dan fitnah  yang saya dengar itu hanyalah untuk memburukkannya.

Maaf buat yang tidak senang hati membaca entry ini.Bukan niat saya untuk berkempen memandangkan tempoh kempen sudah pun tamat beberapa hari yang lepas.Kita hanya berbeza fahaman politik tapi kita masih tidak berbeza akidah.Janganlah kita bergaduh sesama kita.Saya hormati pilihan dan hak anda dan saya berharap anda hormati juga pilihan dan hak saya.Senyum dalam redha :') jemputlah baca kisah yang dikongsikan oleh seseorang yang pernah membenci Tuan Guru namun kini dia salah seorang yang menjadi pendokong perjuangan tok guru.Percayalah,Anda tidak akan rugi, baca di 'sini' 


Melihat pintu gerbang ini ketika memasuki Kelantan sudah cukup membuatkan hati rasa sebak. Kelantan sebuah negeri yang mempunyai auranya yang tersendiri. Hanya orang Kelantan dan mereka yang pernah bertandang ke Kelantan sahaja tahu apa rasa disebalik aura ini.



Terlalu susah perjalanan beliau untuk menegakkan syiar Islam di bumi Kelantan. Batu asas telah dibina kukuh, kini masa untuk kita anak Muda  untuk memacu malaysia sebagai sebuah negara Islam yang dicintai oleh Allah SWT.

Selamat bertugas Menteri Besar baru Kelantan.

Mutiara kata dari Tuan Guru:

"Tapak Kaki kita bila sudah keras,pijak paku dan duri pun tidak terasa apa kerana kulitnya sudah keras.Tetapi kalau tapak kaki lembut,terpijak duri sedikit sahaja sudah berdarah.Demikian jugalah hati,kalau sudah keras,tak terasa lagi bersalah jika buat dosa"











✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Monday 6 May 2013

Pujuk Seorang Ayah Buat anaknya :')



wahai anakku,

Janganlah kamu bersedih di atas kekalahan ini, kerana ia adalah keringanan bebananmu di akhirat. Kekalahan sementara di dunia banyak air mata yang tumpah, banyak hati yang bersedih dan banyak jiwa yang menderita, namun semua ringihan, air mata dan kesedihan ada nilaiannya di akhirat seandainya kamu redha dengan ketentuanNya.

Wahai anakku,
Ingatlah akan firman Allah di dalam hadis Qudsi, mafhumnya " Sesiapa yang tidak redha dengan ketentuanku, dan tidak sabar di atas ujianku dan tidak bersyukur di atas nikmatKu, maka carilah Tuhan yang lain dariKu". Kerana itu wahai anakku, kita tidak punyai Tuhan yang lain selain Allah. Dia yang menentu kebaikan bagimu. Janganlah kerana sedikitnya ilmu yang ada pada kita, menyebabkan kita berdukacita di atas keputusan ini. 

Wahai anakku,
Tidak salah kamu menangisi, bersedih dan kecewa kerana itu adalah fitrah manusia. Namun janganlah perasaan itu merosakkan hatimu sehingga syaitan berjaya merosakkan jiwamu. Ucaplah " telah ditaqdirkan oleh Allah, apa-apa yang dikehendakiNya, dan kami redha dengan ketentuan!u wahai Allah".

Alangkah hebatnya perjuangan ini, bilamana kita berhadapan dengannya secara langsung. Banyak pengorbanan yang kita lakukan, apa yang diharap agar Allah menerima pengorbanan tersebut. Wahai anakku,
Kejayaan sebenar kita bilamana Allah menerima segala pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit kita sehingga ia menjadi tebusan diri kita di hadapan Allah di akhirat.

Wahai anakku,
Perjalanan masih jauh, perjuangan masih panjang yang memerlukan tenagamu. Ambillah sedikit masa untuk rehat seketika, lalu bangunlah dengan penuh ketabahan bagi meneruskan perjuangan ini. Kamu tidak perlu menyalahkan diri di atas keputusan yang kamu tidak sukai, kerana itu helah syaitan untuk merosakkan jiwamu. Jangan kamu salahkan dirimu atau orang lain, kerana kita hanya pelaksana apa yang Allah perintahkan. Ingatlah firman Allah " bukanlah kewajipan kamu (ya Muhamad S.A.W ) memberi hidayah kepada manusia, Allahlah yang memberi hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki".

Wahai anakku,
Teruskan kerja Islam ini sehingga Allah beri kemenangan sebenar dihadapanNya nanti atau kamu mengadapnya dalam keadaan kamu masih istiqamah di atas jalanNya.

Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa semua petugas yang telah bertungkus lumus berjuang bagi memenangkan perjuangan ini. Ya Allah, andainya ada sedikit belas kasihanmu pada kami, maaflah kesilapan kami, am
Unilah dosa mereka yang membenci kami, dan. Erilah petunjukmu kepada mereka dan kepada kami.

Salam perjuangan buat semua yang disayangi.....
Senyumlah kerana kamu masih ada Allah yang menyanyagimu.



    ✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

    Akhirnya,pahit ditelan jua :')


    Akhirnya, pahit ditelan jua. 
    Tempang pun kena berjalan jua.
    Sakit pun kena solat jua.

    Apa hikmahnya dari PRU13 ni?
    Allah s.w.t. mahu hamba-Nya lebih sabar.
    Lebihkan titisan air mata di setiap doa.
    Sujud dan tahajjud.
    Lebihkan masa untuk Dia.

    Peristiwa hari ini pasti dikenang.
    Hari ini kita muda.
    5 tahun lagi kita dah tua.
    Namun perjuangan tetap muda sampai bila-bila.
    5 tahun lagi.
    Kita akan berjuang tanpa tokoh-tokoh yang ada kini.
    Mungkin mereka tidak sempat bersama lagi.

    Kalah.
    Bukannya tak biasa.
    Kalah bukan bermakna rebah.
    Bukan bererti mengalah.
    Bukan bererti menyerah.
    Cuma akur adanya hikmah.
    Menang. 
    Bukan selamanya akan menang.

    Tersungkur hari ini.
    Tidak akan mengunci hati.
    Tidak pula langkah terhenti.
    Tidak pula terkaku matikan diri.
    Tersungkur hari ini.
    Demi bangkit kembali
    pada suatu hari.

    La tahzan.
    Innallaha ma'ana.

    --
    Tiada salah untuk menangis.
    =(

    Kalau kita kalah , kita kena bertenang itu tanda orang yang beriman yang redha dengan segala ketentuan. Memang ada perjuangan ada kalah ada menang.Jika berlaku penipuan ingatlah kita ada akhirat sebagai medan kebenaran. Jangan lupa ada kerajaan yang lebih berkuasa iaini kerajaan Allah s.w.t
    'Kita tidak kalah..cuma belum menang "

    Subhanallah,Antara dua jadi pilihan dunia yang fana,atau syurga! Sahabat semua,kita ada Allah.Semoga apa yang berlaku tidak sedikit pun melunturkan semangat kita.Kita merancang,DIA juga merancang,NAMUN perancanganNYA jugalah yang TERBAIK!ALLAHU AKHBAR! Insyaa Allah generasi AL-FATEH akan BANGKIT!

    Nantikan undian dari kami batch '93'-'97' pada PRU14 nanti!





    ✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...