Thursday 26 July 2012

Ketika Muslimah itu terluka....

jom bace skit ttg sifat seorang wanita solehah itu..walaupun ia kecewa..terluka..ia tetap dirinya..hehe
Ketika hati seorang muslimah terluka,ia akan menghapuskan air matanya dengan imannya..

Ketika hati seorang muslimah itu terluka,ia akan menguatkan hatinya dengan ilmunya..

Ketika hati seorang muslimah itu terluka, ia menangis dalam doanya memohon keampunan dari tuhanNYA..

ketika hati seorang muslimah itu terluka, ia penuhi dengan semangat perubahan yang lbih baik..

Ketika hati seorang muslimah itu terluka, wajah kusutnya tetap terlihat indah bagi dunia..

Ketika hati seorang muslimah itu terluka , bibirnya menyimpulkan senyuman untuk dirinya..

Ketika seorang muslimah itu terluka, akal dan hatinya hadir menanti kesedaran..

Ketika hati seorang muslimah terluka, tak akan ada perubahan pada dirinya oleh hal2 yang tak berguna..

Ketika hati seorang muslimah terluka, ia menggunakan kesedarannya untuk menjaga perasaan orang sekitarnya..

Ketika seorang muslimah itu terluka, air matanya dijadikan doa keselamatan kepada orang yang melukainya..

Ketika hati seorang muslimah itu terluka, jari jemarinya tetap bergerak membantu orang lain tanpa rasa beban..

Ketika seorang muslimah itu terluka, hidupnya tetap menjadi kebahagiaan orang sekitarnya..

Ketika seorang muslimah terluka, jalan panjang di depannya tetap diharunginya..

Ketika seorang muslimah terluka, kepercayaan dirinya  tetap tak akan luluh..

Ketika hati seorang muslimah terluka, ia dan dirinya :
TETAP MENJADI MUSLIMAH
TETAP MENJADI SOLEHAH
TETAP MENJADI WANITA YANG TERHORMAT
TETAP MENJADI HAMBA ALLAH YANG MAHA AGUNG...









✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Tuesday 24 July 2012

Ahlan Wasahlan Ya Ramdhan..


Alhamdulillah bersyukur kita kerana berjaya sampai ke bulan ramadhan yang mulia ini..walaupun dah beberapa hari berlalu..rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa..sepatutnya kita bersyukur kepada kekasih kita kerna masih diberi kesempatan dan peluang untuk berada di bulan yg penuh barakah ini..bayangkan mereka yang tidak berkesempatan menjalani ibadah di bulan ini.. mereka merintih mengharapkan berkesempatan berada di bulan ini..tetapi kita yang berpeluang??? apakah kita menghargai setiap nafas kita di bulan ini?? marilah sama-sama kita muhasabah kembali..adakah ramadhan kali ini lebih baik dari sebelum ini?? adakah ada perubahan pada ramadhan kali ini?? adakah kita akan bertemu lagi ramadhan pada tahun hadapan?? astaghfirullah...apa yang perlu kita ingat ialah : 
❝ Belum tentu lagi kita akan digelar bakal pengantin tetapi yang pasti kita bakal jenazah ❞




 
marillah sama-sama kita mempertingkatkan amalan kita di bulan ini..TAPIIII.....janganlah hanya di bulan ini saja kita bersemangat..bila berlalunya bulan ini maka turut berlalu lah semangat dan ibadah kita ..=(  "jangan dik,jangan" (ayat yg slalu digunakan ayahanda dr. najib,pensyarah sy)hehe..biarlah kita melakukan sesuatu amalan itu biarpun sedikit janji ISTIQAMAH...btul x?? untuk apa beramal sepanjang hari..siang dan malam..tapiii...hanya untuk sehari atau sebulan itu sahaja..urmmm...untuk sama-sama kita checklist amalan kita di bulan ini..kawan sy ada buat satu jadual yg sgt baik untuk tahu bagaimana prestasi kita waktu bulan ini..dan boleh juga dipakai untuk bulan2 seterusnya..huu~




tiba-tiba teringat time klass nasyathat dgn dr.bedj-bedj toufiq..urmm..dia di pensyarah import dari algeria tau..hehe best sangat blaja ngn dia..alhamdulillah..dia selalu cerita ttg negara dia..and bandingkan negara kita..MALAYSIA...fuhhhh...jauhnyerr....perbezaan yang sgt ketara..waktu tu borak tentang bulan ramadhan..urrmmm...bestnyer suasana di negaranya..sgt meriah..semua berebut-rebut mempertingkatkan amalan mereka..terutama 10 malam terakhir...jika nak di bandingkan dgn malaysia ni..aiisshhhh...10 ramadhan akhir tu la busy nak fikir pasal raya..kuih raya la..baju raya la..urmmm...malunyer bile dia cakap cm tu..>_<  sama-sama lah kita fikir dan kaji balik ye..sebenarnya ramdhan yang dinanti-nantikan atau raya yang ditunggu-tunggu??





"if you know importance of ramadhan..you will design your ramadhan"
-itulah kata-kata dari beliau yang saya masih ingt smpi skrg..-

marilah sama-sama kita merancang ramadhan kita agar ia lebih baik dari sebelum ini..bukankah kita selalu berdoa untuk sampai di bulan ini..jadi sama-samalah kita menunjukkan tanda syukur kita pada kekasih kita ye...

~terima kasih~



✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Thursday 12 July 2012

Usaha + Doa + Tawakal ...


Sebuah kisah yang menceritakan tentang tawakal or kebergantungannya  seseorang kepada Allah yang sangat tinggi...tetapi caranya tidak menggambarkan islam yang sebenarnya...
----------------------------------------------------------------------------------------------

Pada suatu hari,di satu kampung...riuh rendah kampung itu denga berita kampung mereka akan banjir tidak lama lagi ekoran hujan yang tidak henti2 menyebabkan air sungai akan  naik dan melimpah...Oleh itu,penduduk kampung semuanya mulai panik dan berkemas-kemas barang untuk berpindah ke tempat yang lebih selamat..KECUALI seorang pak cik tua ini..
Datang seorang budak kecil kpd pak cik itu lalu menegur"kenapakah atok tiak berkemas lagi..tidak lama lagi air sungai akan naik dan kampung ini akan banjir?"
lantas pak cik tua itu menjawab.."tidak mengapa cu,aku menunggu pertolongan dari Allah."
kemudian air sungai sudah mula melimpah dan sikit2 sudah menenggelamkan lantai2 rumah..
kemudian datang pula seorang anak muda berjumpa pak cik itu.."Pak cik marilah kita berpindah ke balai sana kerana lebih selamat.."tetapi pak cik menjawab dengan perkara yang sama.."kamu pergilah nak,aku menunggu pertolongan dari Allah."semakin lama banjir semakin menenggelamkan kampung itu..


pak cik itu memanjat rumahnya dan duduk di atas atap rumahnya..kebetulan lalu sebuah bot.."Pak cik,marilah kami bawa ke dewan atau balai yang lebih selamat dan selesa buat seketika waktu ini.."tetapi pak cik itu tetap dengan pendiriannya untuk menunggu pertolongan dari ALLAH..
----------------------------------------------------------------------------------------------
Itu lah sedikit sedutan kisahnya..apa yg ingin ditegaskan disini ialah umat islam sememangnya dan sepatutnya meletakkan segala kebergantungan kepada Allah..tetapi di dalam islam kita di ajar untuk berusaha...berusaha..berusaha..dan berusaha dgn bersungguh-sungguh dahulu..and then berdoa kepadaNYA..selepas itu barulah bertawakal kepadaNYA..itulah yang di tuntut di dalam islam..
mengikut kisah pak cik itu..dia tidak mempunyai ikhtiar untuk keluar dari masalah banjir itu..sebaliknya hanya beharap Allah akan memberi pertolongan kepadanya..tetapi apakah usahanya???


sama-samalah kita muhasabah diri kembali..sejauh mana kita berusaha untuk mendapat kan sesuatu..
marilah sama-sama kita mengamalkan cara hidup islam yang sebaik-baiknya..salah satu penyebab kemunduran umat islam kini ialah kerana tidak mengamalkan islam secara sempurna in their life..



~Dakwah Kewajipan Setiap Orang~

✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Wednesday 11 July 2012

New LIfe !!!

dah lama betul x updates..hehe sejak kebelakangan ini buzy skit lah..dgn assigmentnyer,presentationnyer,toburnyer and wa ghoiriha.hehe..Alhamdulillah setelah sebulan lebih skit kat BUMI TARBIYAH ni..tersangat bersyukur di atas kesempatan yang di kurniakan Allah kepada diri ini dan kepada semua sahabat2 ..semoga di bumi ini kami dapat mentarbiyah diri dan diberi kekuatan untuk mentarbiyah orang di luar juga..SHARING IS CARING...
 sungguh terasa rindu yang teramat pada sahabat2 lama di maahad al-mizan..tetapi bila berjumpa dengan sahabat2 di sini..terubat rindu pada mereka..sungguh indah ukhwah di sini..hingga terasa ingin melakukan  segala-galanya bersama mereka..walaupun setiap hari berjumpa di dalam kelas,mahupun di kafe..tapi rasa rindu itu masih terasa..
sewaktu mula2 kami semua sampai di sini..kakak2 senior selalu berpesan untuk "bukalah hati"..bersedialah untuk di tarbiyah dan mentarbiyah..dan "carilah sebanyak mungkin MUTIARA yang terdapat di sini"..subhanallah kamilah PENCARI MUTIARA ITU..semoga apabila kami keluar dari sini kami dapat membawa sebanyak mungkin permata dan mutiara dari bumi ini..insyaAllah...


panjang sebenarnya kisah kami..sampai bila nak habis tulis pun x tau lah..hee~ justeru itu..perlu singkatkan jugak..x dapat nak gambarkan keindahan persahabatn kami..hanya ALLAH yang tahu..semoga kekal hingga ke JANNAH..


Rasulullah s.a.w. pernah di tanya oleh para sahabat :
 'Apakah ciri-ciri seorang manusia yang boleh di jadikan sebagai teman yang baik?'
 Baginda bersabda:' Dia adalah teman yang mana telah mengukir kenangan bersama kita'..


Ukhwah yg dibina atas nama ALLAH tidak mengharapkan balasan apabila memberi,tetapi akan selalu berkongsi airmata di kala suka dan duka..Kesedihan temannya bagai PEDANG yang menikam..Keceriaan temannya bagai PELANGI yang tak akan hilang..Kehilangan temannya bagai hilang PERMATA yang termahal di dunia..itulah sunnah UKHUWAH pejuang agama

                                                         
baru sebulan kami berkenalan tapi terasa sudah lama persahabatn ini terjalin..subhanallah..tidak dapat di gambarkan dengan kata-kata..sangat bersyukur diri ini di campakkan di bumi ini..alhamdulillah..nak siap2 untuk kelas ni..jadi x boleh nak tulis panjang2..nnt cerita lagi ye..

                                                   time jalan-jalan kat KB ngn Husna..

kami rindu laksa...


terima kasih....

✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...