Tuesday 30 April 2013

Dia Muhammad Al-Fateh


Sabda Rasulullah S.A.W. ketika menggali Parit Khandaq :

"Konstantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera"  (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary R.A. telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.

Sedikit Perkongsian mengenai beliau ialah Muhammad al-fateh menaiki tahkta berumur 19 tahun.Cendiakawan ulung pada zamannya ini fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu bahasa arab,latin,greek,serbia,turki,parsi dan hebrew.Beliau seorang yang bersifat tawaduk serta sangat cintakan ulama' dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.Selama dua tahun Muhammad al-fateh mengkaji titik kelemahan Kota Konstantinopel pada setiap malam,dan merangka strategi serta membina pelbagai peralatan perang.

Saya menjadikannya sebagai idola saya sejak saya berada di alam persekolahan menengah lagi.Setiap kali lemah dan rasa putus asa saya akan baca kisahnya,dengar lagunya.Sungguh ia kembali membangkitkan semangat saya.Sungguh anda tidak akan rugi jika mengkaji tentang sejarah kemenangannya dan tenteranya dalam menakluk kota kebal itu..Anda pasti kagum dengan beliau.Sungguh susah atau mungkinkah ada lagi generasi Al-Fateh pada zaman kini?pertanyaan yang tidak memerlukan jawapan.Saya hanya minta kita tanyakan pada diri kita sahaja.Kita tahu jawapannya.Alhamdulillah saya diberi kesempatan untuk berjumpa seorang pakar motivasi dan ustaz begitu pakar dalam sejarah Al-Fateh ini.Beliau juga sering ke Istanbul a.k.a turki untuk mengkaji dan melihat sendiri kesan-kesan peninggalan sejarah penaklukan itu.Hebat!Beliau ialah Encik Syaari Abdul Rahman.Pernah masuk tv and menghasilkan buku tentang al-fateh*saya je yang baru tahu lepas jumpa dia :D Jom kita kaji lagi ^^

sumber dari 'sini'





✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Monday 29 April 2013

Semoga Berjaya Adik-adik =)


Today and tomorrow ada interview untuk kemasukan lepasan spm 2012 ke asasi UM :) First interview dalam sejarah,sebab before ni tidak pernah ada interview untuk masuk ke asasi UM ni.Alhamdulillah batch kami terlepas dari interview untuk masuk asasi tapi yang sadisss nya kami ialah batch first yang akan di interview before sambung degree nanti :') apa-apa pun doakan kami dapat melepasi interview itu ye.Seriuss tak suka interview bagai ni..cuakk kott :D btw i'll do my best!

Good luck buat adik-adik yang baru lepas interview pagi tadi bagi zon timur.Begitu juga untuk adik-adik yang akan interview esok dekat kl.Do the best okay.Insyaa Allah everything is okay :) kami sentiasa mendoakan untuk bakal adik-adik sekalian,hehe.Banyakkan doa and tawakal okay.Insyaa Allah,korang tak kan rugi kalau dapat mendiami bumi um ni nanti..ngehngeh :p 

Actually nak ucap special wishes untuk siti nabilah! Dia junior saya,so suke hati saya lah nak special2 kan :p semoga berjaya ye.I know you tengah debar-debar kan sekarang?haha normal tu.sobsob.buat yang terbaik okay.ada jodoh kita boleh jumpa.heh?hehe tu je nak wish. Cakap kat kawan-kawan awak sekali ye.Last tip,pegi dekat cermin cakap "you can do it!Good luck!" :)

"STOP thinking of excuses to fail,But THINK of reason to succeed."



✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Saturday 27 April 2013

Jejak Kasih :')


Setelah kami terpisah selama hampir 3 tahun lebih akhirnya kami berpeluang untuk bersama semula walaupunselama 3 hari 2 malam sahaja tapi syukur banget kok :) alhamdulillah.Dia sahabat aku.First perkenalan time tu muda+berhingus lagi.Nasib Kami selalu tak baik sebab selalu dapat benda yang sama.Bilik sama sejak f1-f3,katil sebelah-sebelah je,almari pun sebelah je,kelas sama time f2 je lepas tu berpisah tapi still sebelah menyebelah jugak >_<''.Akhirnya time f4 dia nak pindah sebab dia nak ambil kos lain.So kami berpisah.Jumpa balik time ambil result SPM dan result kami sama tau kott..haha Jodoh kami kuat kan? tapi kami masih diuji dengan perpisahan lagi.Dia sambung STPM dan saya asasi di um :'(  Bila cuti sem je lah masa yang ada untuk kami jumpa.So saya memang tekad sangat nak jumpa dia sebelum start sem 3 nanti.Tiap-tiap hari doa moga Allah lembutkan hati umi dan abah untuk izinkan saya jumpa dia.

Sampailah satu hari, tengah lipat baju dekat ruang tamu "umiiiii,*kemainnn panjang+lembut je bunyi haha, boleh tak kalau orang nak pegi kk?".Umi said "nak buat apa pegi sana?"."Mula-mula cadang nak pergi melawat sekolah,lepas tu nak jumpa kawan-kawan.Boleh tak?"*sambil buat muka pengharapan."Sape kawan-kawan tu?".Ha peluang datang, so apalagi,semangat cerita pumpang pumpang dekat umi.Terkejut jugak sebab lepas tu umi cakap."Okay,pergilah".Memang terkejut lah boleh pergi sebab kami adik beradik memang susah yang amat kalau nak dapat keluar rumah tanpa parents atau sedara.My brother yang laki tu pun nak keluar malam susah,ni perempuan tambah-tambah la susah.Tapi alhamdulillah,mungkin sebab anak dia ni baik+bolehdipercayai..eh?eh? *angkat bakul sendiri :p 

First naik bas sorang-sorang dan yang lain semua lelaki?dan cuak lagi bila majoritinya bangla and india kot.Tapi kuatkan hati dan banyak doa time tu moga-moga selamat sampai.Serius memang takut,tapi bersyukur sangat sebab dalam ramai-ramai yang naik tu seorang pun tak duduk sebelah saya >_< malah mereka sanggup berdiri dari duduk sebelah saya? Alhamdulillah mungkin kerana saya bertudung labuh :') Allah benar-benar menjaga saya saat saya sangat takut.Saya langsung tak tersinggung bila seorang perempuan yang tidak bertudung pada mulanya duduk sebelah saya kemudian bila ada tempat kosong lain dia bertukar kesitu.Mungkin dia malu tapi kalau saya boleh bagitau dia actually saya tak kisah pun :D malah saya teringin untuk berkawan baik dengan mereka-mereka.Saya cuba memahami keadaan mereka.Saya tak kisah.Hampir tengah hari saya dah sampai dekat kk.Alhamdulillah dijemput oleh kawan saya tu naik motor brumbrum :D babak dekat stesen bas memang tak dapat dilupakan..excited punya pasal kami lompat-lompat kegembiraan dan menitis air mata kegembiraan sampai dipandang pelik oleh masyarakat*ohh malu sangat *__*'' btw kami dah tak kisah..janji happy.


Sepanjang saya dah besar ni tak pernah naik motor kat atas jalan raya,dan dia mencipta sejarah untuk saya +__+.Bukan tu je pakai topi keledar pun tak reti,haha sampai dia tolong pakaikan,and orang lalu lalang tengok je *sweet menyewitt gitu tapii tolong jangan fikir apa-apa..hihi dia bawak saya pergi makan laksa..nyumnyum :') terima kasih awakk*walaupun dia tak nak belanje,RM3.50 je punn..huh! lepas tu kami merempit dari kk ke rumah dia kira-kira setengah jam jugak perjalanan.Best jugak naik motor jenjalan.Desiran angin yang menghentam muka membuat muka kita lebih tegang.. =) bila dah sampai rumah dia disambut oleh family dia pulop.Oh speechless,keluarga dia sangat best :D dari mula-mula jejak kaki kerumah tu sampailah dah nak balik,macam-macam pengalaman yang best dengan diaorg.Paling best petang-petang kami merempit dengan adik-adik dia sekali pusing satu kampung..wahh best sangat.Malam kami bakar ayam+main solek-solek,haha memang rasa macam budak-budak je.Tapi saya punya solekan dipuji >_< yeahh cantikk2.. dia dah tempah saya untuk jadi mak andam dia nanti..see? haha

Saya sayang awakk sahabat.Maafkan segala salah silap saya sepanjang perkenalan kita.Moga kita diberi kesempatan untuk berjumpa lagi,aamiin3x.Terima kasih atas segalanya..

"Persahabatan tidak terjalin secara automatik,tetapi ia memerlukan proses yang panjang seperti besi menajamkan besi,Demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya"

Dia adalah Sakinah Binti Kamri <3









✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Thursday 25 April 2013

::Buat Pejuang Islam ::



Ingatlah wahai mata rantai pejuang ISLAM!

Apabila dirimu telah disenaraikan dalam soff perjuangan, maka tabiat generasi ini mesti berbeza daripada tabiat generasi umum. 

SAHSIAH mesti ditingkatkan, AKHLAK mesti berbeza & FIKRAH mesti semakin matang.

NILAI ucapan & kata-kata biarlah berharga, PANDANGAN mestilah bernas. 

KESUNGGUHAN bekerja & merancang mestilah semakin tinggi, tabiat buruk mestilah dibuang jauh-jauh.

SUMBANGAN mestilah bertambah, MUHASABAH diri sendiri jangan di alpakan.

Semoga tergolong dalam kalangan JUNDULLAH yang berada di bawah naungan ALLAH.

Renungi mutiara kata HAMKA: 

" Kalau hidup sekadar hidup,babi dihutan juga hidup.Kalau hidup sekadar bekerja,kera juga bekerja"

Orang yang benar tarbiyyahnya pasti membuahkan amal. Bukan sekadar berceloteh dan berteori, penyedap halwa telinga.

ALLAHU RABBI…(*_*)
Teringat teguran seorang Murabbi : 
“Bergelar pejuang Islam, aktif di kampus, hebat dalam gerak kerja jemaah, siasah pun kencang tapi BACAAN TAJWID AL-QURAN pun berterabur, SEBUT MAKHRAJ HURUF AL-QURAN pun tunggang-langgang, banyak lompong. 
Kalau sedar diri macam tu, baik bawak pi dulu ke 'tamrin khas' Kelas Fardhu Ain. Malu la kat orang lain dan ALLAH.”

“Tegakkan ISLAM di dalam dirimu nescaya akan tertegak ISLAM di tanah airmu. - Hassan al-Hudaybi (Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin Ke-2)

Abnaul harakah tidak seharusnya duduk menanti untuk dipanggil menghadiri meeting, menunggu untuk disuapkan kemudian khayal dalam dunia ciptaan sendiri.

Kerana IMAN itu menjadi semakin gagah & bersinar dek ujian demi ujian, maka orang yang mencintai akhirat terus berjuang & bertahan dalam hiruk-pikuk politik dunia yang penuh fitnah & ujian.

Ya ALLAH, kuatkan kami! (╥╥)


Kami mahasiswa yang sayangkan Malaysia.

Alert dengan isu dan peristiwa yang berlaku di tanah tumpah darah kami ini. 

~We ♥ Malaysia~

sumber ilham dari >wehdatul fikrah<







✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Wednesday 24 April 2013

Worldless Wednesday : Happy Birthday


Selamat Hari Lahir sayangku Muhammad Qhalif Aiman :D moga jadi anak yang soleh ye :) jadi budak baik okay walau hakikatnya awakk sangat nakal dan bising >_<'' tapi tak pe lah,janji awakk comel+hensem+suka cium org..haha btw miss you so much kecik :( nanti raya kita jumpa ye..




"Kanak-kanak adalah insan yang suci yang tidak berdosa.Jadi layanilah mereka dengan lemah lembut dan curahkan pada mereka dengan nilai kasih sayang" Rasulullah Sangat suka pada kanak-kanak dan kanak-kanak juga suka dengan Baginda s.a.w.







✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Tuesday 23 April 2013

Dia dihina lagi :'(


Ya Allah.. Mengalir air mata saya mencari gambar Tok Guru Nik Aziz di internet..

Macam mana tidak mengalir.. Yang saya baca, Nik Aziz bapa kafir di akhbar Malaysia, bapa syaitan, mata duitan, malah ada gambar Nik Aziz yang di edit dimasukkan duit-duit di serban beliau. berimamkan DAP. Nik Aziz sesat. ada mufti kata hati Nik Aziz terlampau hitam. Berharta 10 Juta. Banyak lagi.. Banyak sangat.. Tak terkata saya di sini... 

Dia yang menghafal banyak hadith2.. Dia yang tiap-tiap paginya menjadi imam subuh dan memberi tazkirah.. Makan makanan rakyat biasa-biasa.. Rumah beliau dekat tepi masjid dibuat dari kayu dan tangga dari simen, tiada batu marmar,mozaik atau hiasan yang mahal-mahal. Rumah beliau tidak berpagar tiada pengawal dan tiada orang gaji pun. Siapa-siapa boleh masuk kalau nak jumpa beliau. Dia seorang yang warak dan zuhud. Sejak dulu, elaun rumah, elaun keraian, elaun buka puasa malah elaun hari raya pun tak pernah beliau ambil. Sehingga hujung nyawanya masih begitu, berusaha menegakkan Islam di bumi Kelantan. Tetapi dalam keadaan sakit, dalam keadaan sihat beliau terus dan terus.. Bagaimana anda boleh begitu berat sekali menjatuhkan fitnah kepadanya?

Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian). ( An-Nur : 19 ) 

Letakkan kami di jalan Mu yang lurus dan thabatkan kami di jalan Mu ya Allah s.w.t.



masuk akalkah dia dikatakan rasuah???


kredit dari >muka buku<









✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Monday 22 April 2013

I just Love !


"Ya Ukhti, ana nak tanya sesuatu boleh?"


Hm?



"Kenapa anti suka baring atas paha ana?"

Sengih.

Entah la, enti.
Ana sayang enti sesangat kot.
Enti dapat rasa?

I just love you.
That's all.

Terkadang, kita terlalu berusaha menjadi seorang yang bijak pada mata manusia,
terlalu mengejar ilmu dunia, di mana setiap perkara ada 'cause' dan 'reason'nya, 
hinggakan terkadang kita terlupa menjadi seorang hambaNya.
Kadangkala, ada perkara yang lebih manis apabila dirahsiakan, 
dan ada jua perkara yang lebih manis apabila diketahui. 
Sungguh, semuanya daripada Allah, 
itu sahaja sudah manis.

"Allah yang bagi aku ni, arrgghhhh!
Seronoknya, Allah, aku cintakan Engkau!!!!!"

Pernahkah kita merasa sebegitu? 
Tatkala lidah kita sibuk berzikir, memuji Allah yang Maha Esa, 
apakah hati kita sedang mati di dalam? 
Kerna, setiap 'penipuan' yang kita lakukan, 
akan memakan hati kita-kita ini. 
Jika bukan semua, pastinya sedikit. 
Jika bukan pantas, pastinya perlahan. 
Yang pasti, ia akan mati jua.

Berbanding tidur di atas tilam, 
yang empuk lagi ber'spring-spring', 
yang harganya mencecah ribuan ringgit.

Dan tidur di atas sejadah, 
dengan kopiah sebagai alas kepala, 
dan al-Quran dalam pelukan, 
mana satukah yang lebih manis?


Shhhh.
Tak perlu jawab, sayang.
Gusar lidahmu tidak mampu meluahkannya dengan benar, 
kerna kemanisan meletakkan hati padaNya, 
lebih manis pabila ia diluahkan hati itu sendiri. 
Kadangkala, ada benda yang lebih manis apabila dirahsiakan, 
dan ada jua benda yang lebih manis apabila diketahui. 
Tapi yang pasti, semuanya daripada Allah, 
dan itu sahaja sudah teramat manis.


Kamu oh kamu,
dah cuba belum?
Best kan!
Mwehehehe.

Esok esok esok, 
jom, kita reramai tidur atas sejadah nak? 
Mesti sweet sweet menyeswit kan? 
Kekekeke. 
Nak lagi best, ajaklah yang lelain gak, 
nak lagi manis, kongsilah satu sejadah. 
Fuh fuh fuh, confirm tersengih reramai dalam mimpi.
Betul, tak tipu ni!

Nota tambahan,
huehue

Nak menyentuh hati, hendaklah dengan hati. 
Dan hati pabila berbicara, tiadalah ia dilafazkan dengan lidah, 
apatah lagi didengari dengan telinga. 
Maka, pabila hendak ber'heart-to-heart', 
yang perlu dibuat hanyalah diam,
dan berbicara dengan hati.

Percayalah, pabila Allah menggerakkan hati hambaNya, 
tiadalah Allah menggerakkan satu-satu hati itu, 
melainkan digerak jua hati yang satu lagi itu.











✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

"Segmen pencarian bloglist bulan may 2013 by izyancinnamon"


Assalamualaikum reader semua,hari ni najah join segmen cik yan and nak ajak korang-korang semua untuk join jugak okay :)  Walaupun agak lambat join,janji dapat join.Maaf ye yan lambat sebab akhir0akhir ni najah sibuk sikit.heh! btw First tujuan join adalah untuk support yan,ye la cik yan ni memang banyak bantu najah dalam dunia blog ni >_< terima kasih yan *terharu jap +_+ kalau dapat hadiah tu itu rezki namanya hukhuk, so kepada anda-anda apa tunggu lagi jom join cepat! klik banner untuk join okay :D

saya tag >dia<








✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Wednesday 17 April 2013

Takut Putus Asa?


Anda rasa kecewa?Saya juga pernah rasa kecewa!Anda rasa give up?Saya juga pernah rasa give up!Anda rasa lemah?Saya juga pernah dan masih rasa lemah! Anda rasa ingin menangis?Saya juga sering menangis! Apakah yang anda lakukan untuk atasi semua itu??? *tepuk dada tanya iman anda yang masih berbaki :') aceceh permulaan yang ala-ala press gitu >_<'' hukhuk btw hari ini ambil mood nak bagi tips kat korang semua untuk atasi rasa putus asa or give up :D actually tips yang tak seberapa ni lah yang saya selalu guna dalam hidup saya.Moga dapat membantu dan dapat memberi manfaat kepada anda ye :p

First perasaan ini akan datang apabila kita menghadapi satu situation yang agak sukar untuk kita lalui.Selalunya sebab kegagalan!Anda pernah gagal?Saya juga sering gagal!kita sama tapi tak serupa,heh~ bila kita gagal kita akan lebih memahami makna gagal itu :') Kegagalan itu seakan satu perkara yang telah sebati dalam kehidupan insan.Namun,tiap kali kegagalan itu menerpa kita,ketabahan dan penerimaan masih tiada :'( malah akan terbit kekecewaan.Sedangkan ini adalah perkara lazim dalam kehidupan.Setiap kali kegagalan itu berlaku,terlalu sukar untuk diterima oleh hati.Hingga kegagalan itu membawa kepada putus asa!


Lawan Perasaan Putus asa!

 Bila perasaan itu datang,banyakkan istighfar & bukalah warkah cinta dari illahi buat kita serta banyakkan berdoa mohon jauh dari putus asa.
 Kemudian Menangis adalah cara saya lepaskan kekecewaan.Lepas tu kita akan rasa lega sikit. 
 Saya juga akan cari seseorang yang dipercayai untuk luahkan apa yang dirasa dan minta kata-kata semangat darinya.Sebenarnya dia menjadi a good listener pun bagi saya sudah cukup.
 Jangan duduk sorang-sorang dan termenung sebab time kita lemah macam inilah syaitan akan cucuk-cucuk kita dengan jarumnya! Sebaliknya sibukkanlah diri atau carilah sesuatu perkara yang boleh dibuat untuk melupakan seketika masalah itu*kalau saya makan coklat >_<'
 Bangun semula selepas jatuh tanpa menunding jari pada sesiapa disamping Sentiasa bergatung harap hanya pada Allah,Mohon pertolongan dan bantuan kekuatan dariNya.
 Menganggap apa yang ditimpa adalah ujian dari kekasih buat hambanya untuk menguji sejauh mana kasih Cinta kita padaNYA.Allah mahu melihat adakah kita akan putus asa atau tidak?
 Jangan terlalu memikirkan apa yang berlaku sebaliknya belajarlah untuk membaiki kesilapan-kesilapan yang kita lakukan.
 Tanamkan keyakinan yang tinggi bahawa Allah tidak akan uji kita jika kita tak mampu.Selalu ingatkan diri bila aku yang menghadapi ujian itu dan bukan orang lain ini adalah kerana aku mampu!Allah sentiasa bersama kita.Sekali pun tidak pernah meninggalkan kita :')



Tapi saya lebih suka menangis bila menghadapi saat-saat yang genting.Kemudian buka dan membaca kitab cinta al-quran serta maknanya.Selalunya apa yang kita baca akan dapat mengembirakan dan memberi semangat pada kita.Pilih sahaja surah apa,muka surat apa,Janji kita baca dengan penuh ikhlas dan pengharapan dariNya.Insyaa Allah,kita akan terasa indahnya.Subhanallah,Allah ada buat kita.Janjinya Pasti Berlaku! Yakin..Saat itu air mata kesyukuran akan mengalir :')

"Berlarilah terus hingga ke garisan penamat,kerana perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat  tidak akan pernah selesai "












✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Tuesday 16 April 2013

Dia Lagi? Ya! Kerana saya sayang dia!


Hari itu , penyokokng PAS berusia veteran bersama yang muda segar dari PENDANG melawat TGNA di Pulau Melaka sempena lawatan tarbawi. 

Gembira mereka kerna hajat untuk bertemu dengan jarak dekat tercapai. Lalu situasi agak beremosi . Sudah lama berbicara .

Semua diam .. 

TGNA sambung ; " Ambo ni dak tak berapa nak larat. Ada yang suruh saya berenti sebab faktor usia dan kesihatan " . Tok guru berhenti , kami yang hadir menarik nafas , kemabang kembung dada . Sebak.
Argh.. Situasi menjawab. Sebak. Ya Rabb..

Seorang pak cik tua berseka air matanya mencelah ; " Tapi tok guru , Rasulullah berjuang sehingga wafat. " Di lap air jernih panas yang mengalir.

Tok guru angkat kepala ; " Sebab itu ambo malu pada Rasulullah ( untuk berenti perjuangan walhal hayat masih dikandung badan ) "...

Empangan airmata kami deras . Ya Rabb, panjangkan usia Murabbi Ummah ini..


p/s : Gambar Tuan Guru dalam majlis rasmi. Beliau terawal. Seribu makna gambar ini. 



Ya Allah,Ya Tuhanku,aku tidak berdaya lagi untuk menjaga agamaMU di Kelantan kerana amat kuat serangan yang datang dari pelbagai cara,oleh itu aku minta padaMU pertahankanlah agamaMU sebagaimana Engkau pertahankan rumahMU dari serangan tentera abrahah..

p/s : doa Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat :'( 
Menitis air mata mengenangkan jasanya memperjuangkan ISLAM di bumi itu.
Percaya Saat Orang lain tidak percaya!









✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...