Thursday 29 November 2012

Kahwin bukan senang ??



Ya, memang mudah nikah. Cukup sahaja rukunnya, sahlah seseorang itu menjadi isteri.


Ramai yang berangan-angan akan hari perkahwinannya

. Kala dia disatukan dengan manusia yang dicintainya.


Tetapi diri perlu beringat yang hidup tidak berakhir selepas akad. Rumahtangga pula banyak pancarobanya.



Kerana itu persediaan perlulah digerakkan. Jangan pandai berangan semata-mata. Kita akan dipertanggungjawabkan.bukan sahaja makan minum, tetapi juga ketaatan keluarga dalam beragama. Kerana itulah Allah SWT berpesan: "Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka." Surah At-Tahrim ayat 6.



Sebab itu periksalah diri dari segi rohani kita, mental dan emosi kita, dan kemampuan menyara hidup kita. Kahwin bukan suka-suka. Rumahtangga kita adalah asas kepada kekuatan ummah sebenarnya.



Tambahan, kahwin sehari sahaja. Rumahtangga kalau boleh kita mahu hingga ke syurga sana.


_hilal asyraf_langit illahi

✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Tuesday 27 November 2012

Teguran seorang Sahabat!



Golongan makhluk dalam fb yang yang saya agak  menyampah
iaitu golongan 'sangka baik'...

contohnya:

apabila seorang wanita psycho meletakkan gambar seksinya di dinding fb,lalu dia ditegur oleh sekumpulan makhluk pahlawan keyboard A yang alim meow meow lalu ada sekumpulan lagi makhluk pahlawan keyboard B yang membidas:

"islam mengajar kita bersangka baik......"

"sangka baik lah wei....kita tak tau apa masalah dia...."

"sangka baik je,mungkin dia jahil ttg ni...."

"korang ni asyik nak nyibuk tepi kain org je kan???tak boleh ke sangka baik???"

"korang jgn nak sibuk2 la,biar la nak pakai baju ke,tak nak pakai ke,apa msalah korang?berlagak alim knon,kan islam ajar kita sangka baik?"

pale hotak mu "sangka baik" ! ! !(maaf dehh,kasar bahasa ambo)



1) islam anjurkan sangka baik

2) tapi islam haramkan redha(tenang) dengan maksiat

3) islam wajibkan kita cegah kemungkaran dengan kuasa,kalau tak mampu dengan lidah/tulisan,kalau tak mampu,paling lemah sekali dengan MEMBENCI dosa tu,bukannya BERSANGKA BAIK.

4) islam ajar kita MEMBENCI DOSA bukan MEMBENCI PELAKU DOSA.

5) islam ajar kita BERSANGKA BAIK dengan ahli maksiat dalam konteks '' MUDAH-MUDAHAN DIA DAPAT PETUNJUK SEBELUM DIA MATI DAN JADI LEBIH BAIK " bukannya BERSANGKA BAIK ATAS DOSA YANG DILAKUKAN KERANA ITU TERMASUK DALAM KATEGORI REDHA KEPADA MAKSIAT.redha kepada maksiat itu haram dan nabi kategorikan golongan ini sebagai langsung tak ada iman.

6)tidak menjaga tepi kain orang dalam konteks KEMUNGKARAN YANG TERBUKA itu tiada dalam islam,islam wajibkan kita jaga tepi,depan,belakang,atas,bawah kain orang jika orang itu melakukan maksiat secara terbuka kerana mereka mencabar ketuhanan ALLAH !

7) jangan menyibuk hal orang itu memang wujud dalam islam,tapi bilamana maksiat dilakukan secara public seperti pamerkan gambar seksi seksa seksu,maka itu telah jadi tanggungjawab semua muslim untuk menyibuk hal itu kerana untuk elakkan azab allah secara terbuka,jadi ahli maksiat ditegur bukan sebab kita kemaruk sangat nak sibuk hal dia,tapi kita sibuk sebab kita takut azab datang kerana maksiat secara umum akan menarik azab secara umum.




✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

:'(


Ujian merupakan pentas bicara dan didikan Tuhan.
merupakan graf jatuh bangun sebuah kehidupan
dan yang pasti..
semua akan melaluinya.

Ujian itu.


Mungkin itu cara Allah menyatakan bahawa diri kita terlalu bergantung pada dunia. 



Atau mungkin, itu cara Allah mengingatkan kita, agar jangan terlalu bergantung harap pada dunia.



Atau mungkin, itu cara Allah memberitahu kita bahawa sudah tiba masanya kita kembali kepada Dia
kerana kita sudah lama melupakan Dia.



Mungkin, Allah rindu kita.
terlalu rindukan kita.


✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Monday 26 November 2012

Homesick !




wuarghhhh...rasa nak nangis sesangat ni.. :'( di petang hari sebegini..Ya Allah sebaknyer...sangat merindui mereka..nak nyanyi jap lah..

Tidak dapat kugambarkan
Rindu yang lahir dari hati ini 
hanya yang mampu tuk kulafazkan
Aku Merinduimu

Terasa amat jauh diri ini
Kerna kau tiada disisi
Bergenang air mataku
bila terkenangkan wajahmu

Abah Umiku 
Dari jauh kupohon restu
Doamu titian kejayaanku
Nasihat darimu kuingat selalu
Tersemat di kalbu

Oh Tuhan
Berkatilah ku dalam mencari ilmu
Dengan RedhaMu
Moga kujejaki tempat yang dituju



✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Bakal suami..



Bila bercakap tentang cinta, saya selalu berundur satu langkah ke belakang.  I yang 'up to date' (lebih extreme suatu ketika dahulu) sangat kolot bila berbicara tentang CINTA.

saya akui, pandangan saya sebagai seorang remaja yang hidup di era ini tentang cinta memang jauh ketinggalan. saya masih kukuh dan kuat memegang prinsip 'bercinta selepas kahwin'.

saya sangat gemar bersosial. dari dahulu sehingga sekarang cuma mungkin sekarang saya lebih berjaga-jaga dalam batas pergaulan. tetapi soal hati, saya asingkan.
tidak pantas untuk saya katakan saya tiada keinginan untuk dicintai dan mencintai. saya juga berani jamin, tiada orang yang tiada perasaan 'ingin bercinta' begitu kerana lumrah kita manusia, dicipta bernafsu dan berperasaan. kita bukan malaikat. tetapi biarlah perasaan itu disalurkan dengan betul dan halal.

saya petik kata-kata ini,
"While chemistry and attraction are no doubt important, character precedes them both. A famous quote follows, “Chemistry ignites the fire, but character keeps it burning.” The idea of falling “in love” should never be the sole reason for marrying someone; it is very easy to confuse infatuation and lust for love."

Apabila kita berkenan atau dirisik oleh seseorang, kita perlu tahu tentang sikap atau karakter dirinya. sebab itulah Rasulullah saw sendiri menyuruh kita bertaaruf. sebelum itu, kita juga perlu buat check-list tentang karakter yang bagaimana kita mahukan (ingat, kita berkahwin dengan manusia, bukan malaikat). jika ciri-ciri itu ada pada dirinya, zasss.. "yes i do" jelah.

tetapi awas, sebelum membuat apa-apa keputusan besar dalam hidup kita, istikarahlah kepada Allah terlebih dahulu. pohon kepadaNya supaya keputusan yang bakal diambil adalah petunjuk dariNya, bukan atas hawa nafsu mahupun bisikan syaitan. jika benar 'dia' untuk kita, jangan berhenti untuk memohon supaya Allah permudahkan jalan itu. inshaAllah, dia maha Mendengar.

saya juga sangat percaya yang keserasian sangat mudah dicapai apabila kita di bawah redha  Allah. proses mengenali juga lebih mudah, cepat dan telus selepas diijab qabulkan kerana kita berdua sudah berada di landasan yang betul. proses mengenali (orang muda-mudi cakap 'mencari keserasian') sebelum berkahwin lebih menjurus kepada bisikan syaitan.
jika baru bercinta dihasutnya supaya 'lebih mengenali', nak suruh buat maksiat lettew. jika sudah buat keputusan untuk berkahwin, dihasutnya pulak supaya timbul salah faham, nak halang kita 'saling mengenali' secara halal lettew. syaitan sangat benci melihat anak adam berumah tangga kerana periuk nasi utama mereka akan ‘hangus’

timbul pula soalan "kalau tak mengenali, macam mana nak tahu serasi ke tak?". tanya pula pada diri sendiri, "nak kahwin kerana apa? suka-suka? nafsu? sebab orang lain kahwin jadi saya pun kena kahwin? atau kerana Allah?". jika jawapannya adalah kerana Allah, inshaAllah rasa tanggungjawab dalam diri itu akan menserasikan kita. sekali lagi perlu diingat, character dan chemistry, dua perkara yang berbeza.


bagi saya suami adalah segala-galanya selepas Allah dan Rasul saw. tidak utuh saya bazirkan cinta kepada lelaki lain kalau akhirnya nanti yang bakal sehidup semati, besusah bersenang dengan saya adalah suami saya? yang lebih berat, wajarkah saya memberi sedikit cinta saya kepada lelaki lain sedangkan yang akan menanggung dosa saya nanti adalah suami saya?

jadi slogan untuk hari ini,

"kami tidak akan ucapkan perkataan 'cinta' kepada mana-mana lelaki ajnabi kerana.. kami simpan perkataan itu untuk diucapkan kepada bakal suami kami."hoho~

Kun Fayakun~Farah Lee ^_^

✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Friday 23 November 2012

Hijrah :')


Hijrah..
sering daku terkenang hijrah gemilang
berubah dunia gelap menjadi terang
berguguran airmata tidak kurasa
meski bibir tanpa suara  
ku terus berdoa

Biar nafas menjadi lelah
kupasti hijrah kerana allah
biar kaki ku terasa lemah
menyusuri kekasihmu ya allah

Pengorbanan abadi 
menerangi bumi hijrah 
bagaikan hujan menyuburi hati
hijrah satu kebenaran sepanjang zaman
hijrah satu kemenangan
Musafir Perjuangan


✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Tuesday 20 November 2012

Mr & Mrs Photografer..


Assalamualaikum..pak cik2 mak cik2 semua apa khabar hari ni??hope everything is okay..lutut tu sakit x?kepala pening2 x?ha,kalau sakit2 bagitahu sy..nnt saye tolong callkan polis k..tolong menolong amalan mulia *hewhew Firstly, alhamdulillah sampai detik ini kita masih diberi kesempatan untuk meminjam jasad ini dan stay dapat terus mengabdikan diri buat pencipta..sebenarnya dah lama nak buat entry pasal benda ni..tapi entah..rasa macam banyak bebenor halangannye..tapi Alhamdulillah,akhirnyaaa…wohaaa..
sekarang ni pegi mana2 je tak sah kalau x Nampak orang yang pegang2 camera and klip2 amik gambar..fenomena photographer in my life..huh ! *jelouse sebenarnya..nak jugakk camera besar2 boleh pusing2 tu..gantung pulak kat leher..hehe smart !
 okay..sebenarnya entry ni sy buat after sy research..termasuklah g kat kaunter mr google tuh..jadi if ada sebarang pembetulan..tolong tegur ye..


Okay sekarang ni sangat ramailah orang yang suka ambil2 gambar ni kan*termasuklah sy...sampaikan ada yang jadikan ianya sebagai sumber pendapatan..wahhh mesti buzy kan?especially dapat job untuk wedding..mesti berkuah-kuah ketiak kan..mane idoknyer nak nunggu pengantin posing itu ini..tambah2 time tgh terikkan..hee~*berdasarkan pemerhatian sy pada photografer2 yg sy jumpa lah..
okay persoalannya disini halalkah hasil yang kita peroleh dari kerja itu terutamanya hasil dri job untuk wedding..jom kita tengok antara jawapan2 dari persoalan2 itu..



1)Adakah dibolehkan saya mengambil gambar pengantin perempuan yang sedang disolekkan yang tidak menutup rambut kerana ia diminta oleh pengantin perempuan?

Jawapan: Mengikut Dr. Yusof Al-Qaradhawi, walaupun fotografi harus hukumnya, tapi hukumnya bergantung kepada objek fotografi atau objek yang di ambil oleh jurugambar itu. Jika gambar yang diambil adalah gambar bogel, maka ketika itu hukum fotografi adalah haram. Begitu juga gambar perempuan yang membuka auratnya. Hukum yang kedua, hukum melihat aurat perempuan tanpa keperluan yang darurat (seperti perubatan bagi seorang doktor), maka hukumnya adalah haram. Maka hukum anda mengambil gambar-gambar perempuan yang mendedahkan aurat adalah haram hukumnya. Permintaan pelanggan bukanlah alasan untuk mengharuskan yang haram.

2) Apakah rezeki yang saya terima dari mengambil gambar pengantin sedang disolekkan ini halal?

Jawapan: Tidak halal. Ini kerana mengikut kaedah fiqh, “Al hukum bil wasilah hukmu bil maqosyid” (hukum bagi wasilah adalah hukum dari maksud), ia datang dari kaedah fiqih, “Ma haruma isti’maaluh, haruma ittikhaazuh” (yang haram penggunaannya, haram pula memperolehinya) (Muhamamd al-Zarqa’, syarah qawaid/389).

3) Bagaimana pula dengan hasil rezeki gambar-gambar pengantin perempuan yang menutup aurat penuh? Adakah rezeki yang diterima itu halal?

Jawapan:  Halal. Ia kembali kepada hukum asal fotografi adalah harus dan harus pula rezeki dari foto-foto yang halal.

4) Bolehkan saya menolak jumlah wang gambar pengantin perempuan yang tidak menutup aurat ini daripada keseluruhan wang hasil gambar perkahwinannya? Maknanya saya hanya memakan hasil gambar yang diambil pengantin wanita yang menutup aurat sahaja (memberikan hasil ini sebagai rezeki keluarga) dan hasil gambar yang tidak menutup aurat saya tidak memakannya (iaitu menggunakan hasil itu dengan membeli kamera/filem baru). Contohnya harga pakej gambar ialah RM100. Katakan ada 40 (40%) keping gambar pengantin wanita tidak menutup aurat rambut dan 60 (60%) keping lagi menutup aurat penuh. Jadi saya memberikan rezeki RM60 itu kepada keluarga saya dan RM40 itu saya tidak memakannya (dan menggunakan RM40 utk membeli filem/lensa).

Jawapan: Amalan spt ini sebenarnya tidak pernah dilakukan oleh orang Islam sebelum ini khususnya di zaman salafus-soleh. Mereka berpegang teguh dgn hadis Asy-Syarif, hadis no.6 dalam Matn arba’een anNawawiyah (Matan hadis 40 Imam Nawawi) dari Nu’man bin Bashir yang dikeluarkan oleh Dua Sahih Bukhari-Muslim, “Sesungguhnya yang Halal itu jelas, yang haram itu jelas dan di antara keduanya banyak perkara syubahah (samar-samar) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.” Maksudnya jika kita melakukan begitu, cuba membuat perakaunan (accounting) ini dari sumber halal dan ini dari sumber haram, ini kerana kita takut accounting itu tidak tepat dan masih ada yang syubahah. Lagipun dalam tubuh orang Islam itu tidak berhimpun sifat halal dan haram serta syubahah. Dia hanya mengutamakan halal bayyin dalam semua urusan hidupnya. Dalilnya:

“Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya.” (Quran 33:04)”

Maksud ayat ini, orang Islam dia hanya ada satu buah hati, ada satu pilihan, hanya memilih yang halal sahaja dan menjauhi syubahah apatah lagi yang haram dalam urusan hidupnya.
Islam tu mudah tapi jangan ambil mudah tentang Islam. Mencari yang halal itu wajib bagi umat Islam.



Ingat semua:

Gambar yang anda ambil,tanggungjawab anda!selagi gambar yang haram berada di dalam camera atau album kita..slagi itu dosa terus mengalir..
Kan best if kita jadi photographer yang betul2 mementingkan syariat..indahnya hidup bersyariat..and kan lagi2 best kalau semua pengantin mcm mereka..kan senang keje..


Ya Allah,kecantikkanku hanya untuk suamiku..hewhew
imam muda hassan and ulfah..wink2 cantiknyerrr isteri mungg...
ustaz don and husna..ustaz kebaboomm..

alolo sweet btul korang erk..moga bahagia dehh..
yeahh Dena and ariff..hukhuk "love after marriage"
Hilal Asyraf and masyitah..
Ha u all..kan sejukkk je hati memandang pasangan2 di atas..btul x??so nak amik job tu..pikir2 la ye...nak tambah saham sebelah kiri atau kanan..
But for your information kan..sy pun mmg suke photografer2 ni..al maklumlah bile hidup kita ni dah dikelilingi oleh mereka2 kan..tambah2 pak tam i and anak-anak nyer tambah pulak anak-anak sedara yang lain*cousins I la kan..huh mmg best! Ble kami ade wedding je x yah susah2..diaorg ada ..yang penting and utama dapat save duit ! holaahh..pastu x lah malu2 nak posing kan..sbb family sndri..tapi idok le over2 pulak kan..masih ada batas..paling syiookkk ble raye or kenduri2 kan..i concer la diaorg punyer canon2 tu..hehe dapatlah oden berangan2..huehue


ha..nnt waktu hantaran saya nak ini di dalam list ye.. boleh? haha 

✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Sunday 18 November 2012

Result Dah keluar !


tuk-tuk..pon-pon..pin-pin..Assalamualaikum..dengar sini wahai rakyat jelata sekalian..Attention2..sila beri perhatian..result final exam semester lepas dah keluar petang tadi..hukhuk Tahniah kepada pelajar-pelajar apium yang berjaya mencapai target..kagum2 same u all..rase nak nangis+sebak+meraung bile dapat tahu result..but syukur sesangat..alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah..terima kasih Ya Allah..tak tahu nak gambarkan perasaan sedih pun ada..gembira tu sikit sangat..banyak sedih la..sebab sahabat2 sume hebat2 lake ! terasa sangat terkebelakang..tapi azam baru untuk sem 2 nih..insyaa Allah bangkit mula..

Moga kita saling bantu-membantu untuk sem ni..semoga lepas ni kita sume x stress2 bile tgk result tertampal kat papan tuh.*especially me..teringat time nak pegi tgk result tadi..kecut betul perut..selawat,baca doa,langkah kanan lah..*normal case..tercirit-cirit saye mencari no matrix sy..akhirnya jumpe..yeahhh ! alhamdulillah ! *cehh gaye cam cemerlang gler je result kauu..hoho~

Tapi tetibe teringat dengan my younger brother..muhammad fakhrullah..berderau-derau air mata menitis huhh ! because sehari sebelum ni*semalam la kan..on9 fb,tetibe ade msj from my younger sister..

"salam .. uit , nk bgitau .. akun kemungkinan kena demam denggi .. skrg dokter tgh msukkn air dlm bdan dy .. doakn semoga xjadi apa2 eh .."


Ha..kalau u all..ape perasaan eh??tup2 dpt msj cegitu..huh ! luluh hati kot..macam air terjun je turun air mata nih..dah la rapat ngn dia..sayanggg sangat kat dia..dah la MY HERO ! pastu dtg lgi msj..
"Hari niy Akun kna than wad .. Xpasti lgi sma Ada denggi Atau kencing tikus .. Hri niy da 4 botol doktor bwak msuk air Dlm bdn dy .. Sbb bdn dy kekurangan air .."
lagilah bederau..engkau masih kecil tapi sudah di uji sebegini..but i know u very strong boy..i always pray for you..*oh my englishhh..demam result english..lepas dapat tahu tu..ape lgi..capai fon terus call rumah..cakap pun cover suara sebak,takut mereka dengar..nnt diaorg nangis jugak.. ='( cuba kuat kan diri jugak nak ckp..tapi x boleh ckp lame2 sbb mmg nak nangis gler2..letak fon,trus lari2 masuk tandas..nangis semahu-mahunya*macam drama kan?but its a reality show tauu..lepas tu solat hajat untuk dia..waktu doa lagilah nangis..malam yang penuh keinsafan..roomate masuk muka tekejut beruk je*i atas tikar sejadah+nangis2?? ye la..i x bg tau diaorg pun ape yg jadi..esoknya baru cter..


Semoga cepat sembuh ye adikku..be strong dear ! i lapp youu..walaupun x ade orang teman kat wad tu..dont worry doa2 kami sentiasa menemanimu..kalau takut..jerit je nama kami..fuyyyy...kami terbang duk tepi akun..cehh padahal mustahil mu penakut..

k sampai sini sahaja..*tarik bantal,carik selimut..booommmm...mauu titon dulu..salam.. :')





✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Friday 16 November 2012

Sindiran Pedas Dari Saya !




Assalamualaikum..AMARAN..Sindiran pedas....

Walau hanya dengan SATU sindiran, walau tidak sengaja, walau tiada niat untuk menyindir sekalipun, namun KEPEDASAN sindiran atau kata-kata sudah cukup MELUKAKAN hati seseorang.

Sakit hati bukan?
Pernah terasa tak?
Namun, apa yang menjadi isu perlukah sindiran dalam hidup kita?
Bentuk sindiran bagaimana yang dibenarkan dalam islam?
Benar, ada sindiran berbentuk positif dan ada pula negatif.
Benar, Al-Quran sendiri banyak menyindir manusia termasuklah diri ini..

PEDAS ATAU TIDAK?

Nak tahu pedas atau tidak bergantung pada individu. Orang-orang tua suka kecohkan ayat ini sampai jadi peribahasa :
"Siapa makan cili, dia yang terasa pedas!"
Tahap kepedasan boleh dinilai jika ada respon seperti :

1.  Mengutuk dalam hati
2.  Menyumpah!
3.  Menangis
4.  Baling barang
5.  Angkat tangan, tak kisahlah tampar atau hentak-hentak kaki keyboard balas komeN


PERLUKAH SINDIRAN DALAM HIDUP?

Terpulang kepada kita bagaimana untuk menghadapi, menangani sindiran tersebut.
Jika kita seorang yang positif dan penyabar, maka sindiran pedas menjadi positif dan tidak mustahil menjadi penanda aras kepada diri kita untuk berubah menjadi insan yang lebih baik untuk menghadapi hari esok,esok dan esok berbanding siapa kita pada hari ini. InsyaAllah...
Mungkin ada di antara kita yang menjadikan kata-kata*sindiran tersebut sebagai nasihat , peringatan mahupun pesanan tanda sayang..
Menggunakan kata-kata tersebut untuk menyindir seseorang yang dirasakan 'insan' tersebut perlu ditegur secara sindiran?
Wallahu'alam.

SINDIRAN DARIPADA SAYA!

Di kesempatan ini, sambil melemparkan senyuman paling manis lepas makan toblerone, saya juga ingin menyampaikan sindiran saya kepada sesiapa yang terasa :

"KALAU ANDA TIDAK SUKAKAN KEBAIKAN JANGAN HALANG ORANG LAIN LAKUKAN KEBAIKAN!

Kalau islamik sikit :
"KALAU TAK MAMPU MENJADI PENOLONG,  JANGAN SAMPAI JADI PENGHALANG AGAMA ALLAH!"

Kalau ambil ayat al-Quran :
"Hampir-hampir (neraka) itu terpecah-pecah lantaran marah. Setiap kali dilemparkan ke dalamnya sekumpulan (orang-orang kafir), penjaga-penjaga (neraka itu) bertanya kepada mereka: “Apakah belum pernah datang kepada kamu (di dunia) seorang pemberi peringatan?” - ayat 8, surah al-Mulk.

Maaf dehh kalau kasar-kasar..bukan apa, bila kita tegur tu tanda sayang..kita tak nak seseorang tu terus dalam dunia dia..kita nak keluarkan dia dari lorong itu..bukan sebab kita nak tunjuk baik atau kita ni lebih baik dari dia atau kita tak pernah buat kesalahan..noooo...its not like that..semua teguran a.k.a peringatan buat diri sendiri jugakk..jangan marah-marah tauu..saya sayang awopp..saya nak pegi jannah dengan awopp..

✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Sampai Bila???



"I don't care?"


"Aku peduli hapa???"

"whatever ........"



Mereka saudara kita.....faham makna SAUDARA?

Mereka ada hak keatas kita...
Dari Anas r.a. bahwa Nabi SAW bersabda:
عَنْ أَنَسٍ عَنِ النَّبِىِّ - صلى الله عليه وسلم - قَالَ لا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
"Tidak sempurna keimanan seseorang dari kalian, sebelum ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri"


Kut ditanya tentang definisi cinta, ramai benor nak menjawabnya....=_='



By muslim we're family......please...pray for them ♥ TT______TT

✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Palestine Kembali Berdarah ='(


Assalamualaikum..buat renungan bersama..hati pedih bila mendapat tahu palestine kembali bergolak..mereka kembali bermandi darah..astaghfirullah..tidak sanggup rasanya melihat penderitaan mereka..semoga segalanya akan kembali pulih..rasa sangat terharu melihat satus-status facebook dari kawan-kawan yang penuh tentang palestine..alhamdulillah..ini bermakna mereka mengambil tahu tentang saudara seagama kita di sana..hanya doa mampu kami kirim dari sini..kami juga menangis kerna tidak boleh membantu kalian..hanya secebis doa untuk kalian..kesabaran kalian sekali lagi di uji oleh Ilahi..be strong my hero..
                                          "palestinians are my hero! be strong"
Sama2lah kita sedekahkan Al-fatihah untuk saudara2 kita yg terkorban di bumi Gaza akibat kekejaman rejim syaitan israel laknatullah...
Baca sama2..

"Ya Allah, hapuskan zionis! hancurkan mereka, satukan kami ya Allah, satukan seluruh umat islam ya Allah, bangkitkan semangat kami ya Allah, kuatkan kami ya Allah, bantu lah kami ya Allah,
lahirkan dan timbulkan pahlawan2 dan pembela Islam di seluruh dunia ya Allah,jadikanlah abad ini sbg abad kehancuran zionis laknatullah ya Allahamin... "

Gaza Gaza Gaza Gaza Gaza Gaza Gaza Gaza Rohingya Rohingya Rohingya Rohingya Rohingya Rohingya Rohingya Rohingya Syria Syria Syria Syria Syria Syria Syria Syria
Kalau kamu masih tidak peduli,
kalau kamu masih tidak punya malu untuk ingkar kepada Ilahi dan membiarkan yang membenarkan penganiayaan ini terus memerintah bumi,
kukira hatimu telah mati..

Kau ketawa mereka menangis ,
kau gembira mereka bersedih ,
kau bersuka mereka berduka ,
kau membuka aurat sedang mereka mempertahankan auratnya ,
kau makan mereka berlapar ,
kau sihat mereka sakit ,


pernah kau fikir ? Mereka hidup dalam ketakutan , cuma berharap pada pertolongan Allah , sedang kita hidup aman , sudah ramai lupakan Allah , ya Allah , bagaimana keadaan mereka ? Mereka sedang menangis ? bersembunyi ? meratapi kehilangan ahli keluarga mereka ? mereka berlapar ? mereka sakit kah? Ya Allah . Bagaimana dengan adik adik kami yg masih kecil di sana ? sempatkah mereka untuk meniti alam dewasa ? Adakah lagi ibu bapa mereka ? bagaimana pula dengan kakak dan abg abg kami ? adakah adik adik mereka bersama mereka ? Ibu bapa mereka sendiri ? mampukah mereka melindungi anak anak mereka ? sedang diri mereka dalam bahaya ? Ya Allah :'( semoga sempena Maal Hijrah ini , akan berlaku perubahan yang lebih baik buat saudara di sana , dan membuka mata orang Islam yang lain ! Islam kalau bersatu teguh , Zionis pasti Roboh !!!! ya Allah , kami di sini cuma mampu berdoa , sesuatu itu tidak akan terjadi tanpa IzinMu ya Allah , bantulah hamba hamba Mu yang lemah ini :'(

"Wahai mujahidin,Hayatmu tidak lama di dunia,tapi kau ada jawapan yg kukuh di hadapan Allah kelak.kami ni belum tentu lg dpt jwp dihadapanNya.                  Mari kita samasama berdoa untuk para saudara kita di GAZA "
Doa untuk Palestine =’( 
"Ya Allah, sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin,maka kami memohon Ya Allah..turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang-orang islam di palestin,hancurkanlah rejim zionis itu..aamiinn.."










✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Tuesday 13 November 2012

Lobak Merah+telur ayam+coklat panas!



Nur Izzah, seorang pelajar undang-undang di Kolej Safir merasakan hidupnya tertekan kerana silih-berganti masalah yang perlu dihadapinya. Sudah sampai tahap 'horror'. Maka, Nur Izzah pun mengadu hal ini kepada bapanya, seorang Chef tersohor di mata dunia, bernama Chef Jay.

Di dalam dapur yang sentiasa berasap, Chef Jay mengambil 3 biji periuk 'stainless steel' yang berisi air paip dan memanaskann
ya di atas dapur gas yang kuat apinya.Nur Izzah kelihatan bingung melihat gelagat ayahnya, Chef Jay itu. Apabila air di dalam periuk tersebut kelihatan mulai menggelegak, Chef Jay memasukkan lobak merah, telur ayam kampung dan 5 sudu besar serbuk coklat panas jenama Galaxy ( memang sedap), setiap satunya ke dalam periuk yang berasingan.

Nur Izzah menarik muka masam. Dia tidak merasakan ayahnya memahami masalahnya. Selepas beberapa ketika, Chef Jay mengangkat lobak merah dan telur ayam kampung ke dalam dua mangkuk dan menuangkan coklat panas ke dalam gelas. Dialog antara ayah dan anaknya pun bermula.

Chef Jay : Apa yang Izzy (nama manja) nampak?

Nur Izzah : Lobak merah, telur ayam kampung dan coklat panas...




Chef Jay : OK... cuba Izzy rasa lobak merah, kupas telur ayam kampung dan hirup sedikit air coklat panas tu... lepas tu... beritahu ayah apa yang Izzy rasa.

Nur Izzah : Hmmm... lobak merah tu lembut dan senang dikunyah, telur ayam kampung tu sebelum masak dalamnya cair (mentah) tapi bila dah rebus jadi keras dan yang paling sedap air coklat panas tu yang begitu enak ketika panas. Tapikan... kenapa ayah buat macam ni???


Chef Jay : Sesungguhnya, dengan memasak pun boleh menyelesaikan masalah Izzy tu. Ketiga-tiga bahan tu memberikan tindak balas yang berlainan terhadap air panas yang menggelegak. Lobak merah yang pada mulanya keras menjadi lembut bila direbus. Telur ayam kampung pada mulanya isi dalamnya cair, tetapi menjadi keras apabila direbus. Coklat panas itu pula tidak enak dimakan begitu sahaja, tetapi enak diminum panas-panas apabila dibancuh dengan air panas.

Nur Izzah : Jadi apa kaitannya dengan masalah Izzy ni? Izzy tak faham.


Chef Jay : Air yang panas menggelegak itu umpama semua masalah Izzy dan ketiga-tiga bahan itu menggambarkan yang mana satukah Izzy nak jadi. Jangan jadi seperti lobak merah, pada mulanya keras (kuat) tetapi lembut (lemah) apabila di rebus di dalam air panas (masalah). Jangan jadi seperti telur ayam kampung isi dalamya cair (umpama hati yang lembut dan boleh di bentuk), tetapi apabila direbus menjadi keras (hati menjadi keras umpama batu) walaupun daripada luar kelihatan masih sama. Jadilah seperti coklat panas itu, menukar air panas itu dan menjadi air coklat panas yang enak. Begitulah Izzy yang sepatutnya, jadikanlah masalah itu sesuatu yang memberi manfaat dan pengalaman yang berharga di dalam hidup, moga-moga kita lebih matang dan bijak menghadapi masa hadapan.

Nur Izzah menitiskan air mata terharu mendengar nasihat ayahnya itu... Seakan-akan muncul semangat baru di dalam diri Nur Izzah untuk terus mara ke hadapan.


Sahabat-sahabatku sekalian...


Ujian adalah Tarbiyyah daripada Allah s.w.t.


Berilah pertolongan kepada mereka yang bermasalah walaupun hanya sekadar mendengar masalah mereka.




Moga-moga kita dirahmati Allah s.w.t. Amin...


Saya nak jadi pendengar anda-anda yang setia..crita sahaja apa2 sama saya ye..jangan malu-malu..saya open sahaja..insyaAllah jika saya mampu bantu,saya akan bantu meski pun hanya dengan nasihat..insyaAllah..dont shy-shy ye..i'm a good listener tauuu..hukhuk



✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...