Monday 29 July 2013

Alhamdulillah we are done !


"Belajarlah sebanyak mungkin diusia mudamu kini kerana dikala tua sudah terlalu banyak hal yang ada dipikiramu"

alhamdulillah diberi kesempatan untuk mencoret satu entry khas yang di request oleh fadhilah*my twin :) maaf ye fadhilah sebab baru boleh post entry ni..walaupun sudah lama giler awakk mintak saya buat,tak silap dalam seminggu lepas permintaan ni tapi baru sekarang baru dapat buat  tapi awak tau tak hati saya tak tenang tau selagi tak tunaikan.hee~ Alhamdulillah akhirnya entry ini tercipta jugak walaupun tak ada idea nak tulis apa -___-''  huhu 

Alhamdulillah entry ini adalah satu perkongsian perasaan kami yang super duber syukur+lega+happy+bahagia :') sebab kami dah lepas+siap presentation assigment muhadathah.Alhamdulillah we are done! Terima kasih kepada semua especially my group la kan fadhilah,jannah,aifaa,asma,amira :') setelah segala onak dan duri,lekuk dan lekit, kerut mengerut  kesah mengkisah kesat mengesat bagai yang kita lalui namun segalanya dipermudahkan olehNYA.alhamdulillah .


Jujur ini adalah group assigment yang paling the best pernah saya join. Pengalaman berassigment dengan diaorg untuk sem 3 ni memang terbaik lah.Rasa macam bahagia je sebab semua bekerjasama and tak ada yang lepas tangan*walaupun hakikatnya semua pemalas :p hehe tapi kita istimewa sebab saling kuat menguatkan :'D wuarghhh tiba-tiba sedih pulak sebab buat entry ni sambil dengar lagu sedih mengamit jiwa *lap air mata-habuk masuk okay!

Bila ingat balik seminggu akhir persiapan kita tu memang boleh senyum+turun air mata tau :) rindu pulak tetibe.huhu terutamanya rindu dengan murtabak yang aifaa akan bawa tiap hari untuk kita sahur.haha Terima kasih ye aifaa and pada sume yang bawak bekalan makanan untuk kita sahur sesama walaupun sahur kita tu pukul 1-2 pagi hee~ terima kasih jugak atas pengorbanan masa+tenaga yang korang sume berikan sepanjang minggu tu :') walaupun kadang-kadang tu rasa nak nangis je sebab dengar macam-macam cerita dari kelas lain yang dah present.Tapi segalanya kita lalui dengan tenang *tenang lah sgt kan :p haha


Okay,sekarang kita tak lega balik sebab kita group first bentang untuk subjek praktikal ibadah pulak :D sabar ye kawan-kawan. Kita bersama-sama :) Terima Kasih semua. I love you lillah <3

"Jadilah kamu seorang murid, selama kamu masih memiliki sesuatu untuk dipelajari,dan itu sangat bererti seumur hidupmu"







✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Tuesday 23 July 2013

Subhanallah ! Sungai Beku

sg.beku1
Gambar yang anda lihat ini ialah pemandangan indah sungai beku di utara Norway.
Dikatakan berjuta-juta orang datang ke Norway untuk menikmati suasana keindahan sungai beku yang terletak di tengah air terjun dan puncak yang tinggi.
Sebenarnya keajaiban ini bukanlah perkara baru berlaku bahkan sudah berusia ribuan tahun.
Jika anda merasa kagum dengan kebesaran Allah ini ucapkanlah Subhanallah!
sg.beku2
sumber : Minda Kini





✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Monday 22 July 2013

Tangisan Hati yang disembunyikan :')


Sesuai sahaja solat tarawih tadi,tiba-tiba hati sebak teringatkan adik-adik dirumah walhal baru sahaja beberapa hari lepas berborak di talian dengan mereka. Tapi tadi memang hati sangat-sangat rasa lemah dan rasa nak larikan diri balik rumah sahaja.Namun air mata terpaksa disimpan, ditahan supaya tidak mengalir depan sahabat-sahabat. Namun segalanya mencurah-curah sewaktu menulis entry ini.Sudah lama terpendam semua ini . Ya Allah,mengapa terasa sangat berat bila berjauhan dengan keluarga, yang mana merekalah kekuatanku saat daku lemah tidak berdaya.Jujur daku bukan seorang yang manja dalam keluarga tapi walaubagaimana pun keluarga tetap pembakar semangat daku :'(

Mungkin kerana sudah hampir 2 bulan tidak balik bersua muka dengan umi dan abah serta adik-beradik.Start dari kursus PP sampailah sekarang ! TIDAK PERNAH tak balik rumah selama ini, at least sebulan tu okay la sebab akan balik jugak.. ni dah 2 bulan and raya ni pun terus balik kampung so tunggu+sambut family kat sana je.Langsung tak balik rumah lagi! Hati rasa sangat kosong.Bila tengok balik kalendar,subhanaallah,lepas raya ini pun full program hujung minggu,so masih tak berpeluang balik :'( Ya Allah,lemahnya aku saat ini. Memang raya ni dapat jumpa family,tapi perasaan balik rumah sendiri tu lain.. ia seolah-olah memberi satu semangat baru buat aku.Namun keperitan ini harus ditelan.....


JUJUR,sangat CEMBURU dengan siapa yang berpeluang balik rumah.Tersangat cemburu  bila iman,hajar,madihah,aifaa and sahabat--sahabat lain berpeluang balik mencari kekuatan.AKU?Hanya mampu Mencari kekuatan itu disini :'( dimana aku tidak punya sesiapa kecuali Allah penguatku :'( Umi,Abah.. seandainya kalian tahu air mata kerinduan+kelemahan ini setiap hari menitis,pasti kalian akan memberiku kekuatan.Namun aku sengaja tidak mahu menceritakan perasaanku ini pada sesiapa pun kerana aku tidak mahu orang lain fikir aku ni mengada-ngadalah and bla bla bla.. :'( kemungkinan raya haji nanti pun tak raya dirumah,kemungkinan dithailand.. see? Namun daku belajar semakin diuji semakin kita ddekat denganNYA. :')

Kadang-kadang terasa ingin tinggalkan segala yang diamanahkan,dipertanggungjawabkan dan segalanya agar aku bisa kembali kepada diriku yang dulu Namun iman laju berbisik "Allah tidak menguji hambanya diluar kemampuan hambanya" .. Bisikku pada Allah yang Maha Esa. Lindungilah aku, disetiap langkahku , disetiap kelip mataku,disetiap degup jantungku.Banyak yang ingin ku pohon tapi jika satu sahaja yang dimakbulkan olehNYA.. Aku minta lindungilah IMAN dihatiku kerana dengan iman yang ada,daku pasti selamat didunia dan akhirat.. terngiang ngiang kata-kata dari sahabat:

"Disaat Musibah menimpa,senyumlah dan bisikkan dalam hati,ini nikmat yang Allah berikan untuk aku,nikmat yang belum saatnya untuk aku nikmati tapi aku harus syukuri.Sesungguhnya setelah nikmat ini berlalu aku pasti akan merasakan kebahagiaan yang tiada tandingannya :'( Ingat! Ini tarbiyah Allah untuk ku,dan aku tahu aku perlu bangkit,aku perlu usaha untuk kuat,Bukan Allah tak tahu hati kita terluka,bukan Allah tak tahu betapa penatnya kita dalam gerak kerja,dan bukan Allah tak tahu betapa kelirunya kita dalam 'memilih',namun ini semua tarbiyahNYA tanda CINTA dan KASIHNYA pada hambaNYA."


Insyaa Allah,kembali senyum :)

Pandanglah langit dengan binaannya yang kukuh…bintang dengan kelip-kelipnya..matahari dengan sinarnya..tata suria dengan susunannya..bulan dengan cahayanya..angkasa dengan pelanginya..setiap ciptaan Allah mempunyai keindahan tersendiri..biarlah hari-hari berbuat sesuka hatinya..terimalah segala ketentuan yang muktamad dengan berlapang dada..semoga rasa kesyukuran menjadi penghias setiap hamba Nya..

psst : Pesan pada diri..tabahkan hati kuatkan semangat..pesan pada hati kukuhkan iman, banyakkan zikrullah…pesan pada naluri, jangan mengeluh, jangan kecewa..teruskan perjuangan hingga ke akhirnya..
 — feeling better.















✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Kenyataannya :'(




Gambar 1 : Berbaju putih itu adalah mujahidin Somalia yang datang untuk berjihad di bumi Syria. Tiada istilah perbezaan bangsa mahupon warna kulit dalam menyahut seruan jihad, demi agama dan saudara Islamnya.



Gambar 2 : Itu adalah mujahidin China yang tanpa gentar mengangkat senjata untuk turut sama menyertai mujahidin Syria yang lain. Tiada istilah sempadan memisahkan segalanya.




Gambar 3 : Mereka bertiga merupakan adik-beradik yang datang dari Tunisia ke Syria untuk berjihad bersama-sama dengan mujahidin Syria demi menegakkan agama ALLAH.


Kita? Sori bos... 

Ini Malaysia la.. Malam minggu bertenggek dengan betina merempit berkepit tersepit mampos dihimpit lori nasi kampit, Kilauan Emas, AF, Mentor Mantel, Bintang Kecil, Gangstarz. Makin ramai mak bapak sekarang ni mendidik anak jadi beruk duk berdangdut terkinjal-kinjal atas pentas untuk sajian mata orang. Begitulah sebaliknya. 


Hentam bukan apa, tak reti bahasa sangat.











✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Saturday 20 July 2013

Pesan Ayahanda :'(


Wahai anakku,
Apabila engkau senyum dan ketawa, kamu tidak pernah berasa sedih. Sewaktu engkau senyum, kamu tidak ingat pada perkara silam dan sedih. Kemurungan engkau juga hilang. Sewaktu engkau ketawa, kamu tidak terfikir apa yang terjadi besok, minggu depan. Sewaktu engkau senyum, hati tetiba terasa riang. Apabila engkau melihat orang senyum pada kamu, hatimu akan terikut gembira dan senyum bersama.

Wahai anakku,
Ini kerana senyum dan ketawamu akan menghasilkan penawar di air liur yang mengubatkan duka, menenangkan fikiranmu dan membawa mindamu kembali ke saat ini, bahawa saat ini sahajalah apa yang kamu ada.

Penawar ini begitu kuat dan ajaib, sehinggakan orang yang melihat kamu senyum dan ketawa turut menghasilkan penawar yang sama. Inilah sebabnya mengapa senyuman itu adalah satu sedekah yang mulia.

Oleh itu, wahai anak kesayanganku, senyumlah selalu. Senyumlah ketika engkau memandu, ketikamu mandi, ketikamu bercakap dengan keluarga, ketikamu di pejabat, ketikamu memasak, ketikamu membeli juadah berbuka dan di mana-mana dan jangan sesekali kamu terlupa untuk melakukannya dalam keadaan kesederhanaan..

















✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Thursday 18 July 2013

Luahan Pengalaman Seorang Suami .



Kisah Benar. 


Apabila menatap gambar-gambar ibu bersalin, menerawang fikiran aku teringatkan kembali detik-detik isteri aku ingin melahirkan zuriat pertamaku ke dunia. Ketika diberitahu isteriku dimasukkan ke dalam hospital pada jam 1 pagi aku masih dibuai mimpi di rumah sewa berhampiran universiti. Keletihan akibat kuliah penuh sepanjang hari sebelumnya. Sebelum tidur, aku sempat berbalas-balas SMS dengan isteriku bertanyakan keadaannya ketika itu. Katanya, dia tidak makan sejak petang lagi. Aku menyuruh dia mengambil air susu sebelum tidur. 

Isteriku dimasukkan ke wad kerana air ketuban telah pecah. Katanya bukaan hanya 2cm ketika itu. Dia memberitahuku supaya jangan risau kerana masih belum rasa sakit bersalin. Pada keesokan harinya barulah aku bertolak ke hospital untuk bertemu dengan isteri yang kucintai. Menatap wajahnya yang tidak bermaya, baru aku teringat yang isteriku masih tidak menyentuh makanan sejak dari petang semalam. Aku menyuruhnya makan sedikit, tetapi dia menolak kerana doktor telah menyuruh isteriku berpuasa bermula jam 6 pagi. Sayu melihat dirinya yang lemah, aku menghulurkan air minuman untuk membasahkan tekaknya. Tabahnyaa dirimu..

Apabila jam menunjukkan pukul 10.00 pagi dengan bukaan seluas 4cm, dia ditolak masuk ke dalam labour room. Entah kenapa dengan bukaan seluas itu, dia sudah ditolak masuk ke bilik bersalin. Aku pun confuse. Setahu aku, bukaan yang sesuai untuk melahirkan anak ialah 10cm. Dan aku dimaklumkan oleh guard wanita India yang bertugas, isteri aku ditempatkan di bilik D. Dia memaklumkan bahawa kebiasaannya bilik itu akan dihuni oleh mereka yang mengalami masalah untuk bersalin. Aku mula gelisah. Tak tentu arah. Mungkin itu adalah mitos yang direka oleh achi India itu berdasarkan pengalamannya sebagai senior guard di sana. Pujuk aku sendirian.

Berbekalkan Quran burukku yang aku bawa bersama barang-barang isteri dan baby yang bakal dilahirkan, aku selak helaian 440. Ya.. Aku mencari surah Yaasin. Pesan nenekku, bacalah Yaasin. Semoga dengan berkat dan rahmat yang ada pada surah itu dapat membantu isteriku bersalin secara normal. Kumulakan dari al-fatihah dan disusuli surah karamah itu. Satu persatu perkataan dan ayatnya ku alunkan perlahan sambil di dalam hati tak henti-henti berdoa agar diselamatkan isteri dan anakku.

Usai membaca Yaasin dan menunaikan solat Zohor, aku tunggu lagi. Achi India yang sedari tadi memerhatikan gerak langkahku menegurku ‘’Adik.. Mari ikut saya. Kita masuk ikut pintu belakang. Adik boleh jumpa isteri adik,’’pelawanya ramah. Mungkin dia sedar aku dah semakin gelisah dan asyik mengintai ke dalam labour room. Alhamdulillah. Kalau boleh jumpa tenang sikit hati aku sebab dari tadi hanya membalas sms je. Keadaan sebenar isteri aku tidak aku ketahui. 

Dari jam 10 sampailah jam 4 petang isteriku ditahan. Bukaannya sekarang hanyalah 6cm. Setelah diinduce kali ke dua, bukaan rahimnya masih belum membenarkan bayi untuk keluar. Akibat terlalu lama menunggu, akhirnya doktor memutuskan isteriku perlu dibedah.. Ini kerana bayi di dalam kandungan isteriku semakin lemah. Aku yang cuba mengawal diri agar tidak panik, akhirnya tewas kepada diri sendiri. Air mata yang cuba ku sekat agar tidak mengalir seolah-olah tidak dapat dibendung. Seolah-olah mataku tidak ada penakung. Setiap kali aku bertutur, menenangkan isteriku.. Setiap kali itulah air mataku kan bercucuran jatuh ke tangannya. Mana taknya.. dengan keadaan dirinya yang sudah tidak bermaya, ditambah pula dengan tangan dan kakinya sejuk bagaikan direndam ais, tubuhnya menggigil. Dengan segala macam wayar berselirat di perut dan tangannya.. Hatiku meruntun sayu. Para doktor meninggalkan aku dan isteri untuk meluangkan masa bersama. Mungkin ini adalah untuk kali terakhirnya aku boleh bercakap bersama isteriku. Ini kerana doktor telah membuat keputusan, isteri aku mesti dibedah bagi menyelamatkan bayi yang hampir lemas.

Beralunkan surah Yaasin yang dipasang di bilik bersalin itu..Mata kami bertentangan. Isteriku perasan mataku kembali berkaca. Dia mula menuturkan kata-kata cinta bagi memulihkan semangatku. 

‘’Abang.. Hensemnya Abang harini. Abang suka tak dengan baju yang sayang belikan untuk Abang tu?’’

Pada ketika itu juga, aku tidak dapat menjawab dengan perkataan tapi aku rangkul dirinya sambil menangis teresak-esak seperti tiada lagi esok untuk kami bersama. Aku tidak mampu bersuara walaupun mengeluarkan sepatah kata. Tapi, dia mempunyai kekuatan yang amat luar biasa. Walaupun dia ‘berpuasa’ , dia masih gagah. Masih kuat untuk memulihkan semangatku yang semakin luntur..

‘’Abang.. Seandainya doktor memberi pilihan, siapakah yang Abang ingin selamatkan, sayang atau anak kita.. Abang tolong jawab ‘’ Selamatkan anak saya.. ‘’. Berilah anak kita peluang untuk merasai kebahagiaan hidup di dunia ini biarpun tanpa umminya di sisi..’’

Sekali lagi aku menangis semahunya. Aku tidak mahu keadaan itu berlaku. Aku mahukan isteri aku. Aku mahukan kedua-duanya berada di sisiku. Membesarkan anakku bersama insan pilihanku.
Tamatnya waktu bersama. Isteriku ditolak untuk dibawa ke bilik pembedahan. Aku menghantar Isteriku dengan lirik mata berair sebelum berlalu ke musolla hospital. Aku berwudhuk. Solat 2 rakaat. Aku sujud lama-lama memohon keampunan untuk isteriku juga untuk diriku lebih-lebih lagi. Mungkin ini adalah kaffarah dosa aku selama ini. Aku menangis semahu-mahunya..

Sedari jam 4.30 petang aku menanti penuh sabar di luar bilik pembedahan. Aku dail, aku telefon nombor keluarga terdekat, sahabat handai dan rakan-rakan yanga aku kenal. Aku pohon dan merayu dari mereka agar doa dikirim buat isteriku yang sedang bertarung nyawa melahirkan seorang khalifah penambah ummat Nabi tercinta. Mulutku tidak henti-henti menbacakan Hizbul Bahri. Zikir berharga yang tiada nilainya yang aku terima ijazahnya dari Al-Allamah Syeikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki. 

1 jam berlalu. Mundar-mandirku tidak mengeluhku untuk aku duduk. Walaupun kakiku lenguh berdiri dari tadi, tapi perasaan ingin tahu akan keadaan isteriku melenyapkan semua keletihan itu. Akhirnya penantian aku berakhir.. Seorang nurse menolak troli tertutup.. incubator barangkali namanya.. dengan seorang bayi mata bulat muka mirip anak Cina. Oh! Rupa-rupanya, bukan isteri aku seorang kat dalam. Ibu cina pun ada.

‘’Suami kepada Zulaikha’’ ‘’Suami kepada Zulaikha’’ jerit nurse mencari ‘Yusuf’ Zulaikha.

Orang ramai yang turut sama mengintai bayi cina itu berpandangan antara satu sama lain termasuklah aku. Tiba-tiba aku teringat. Akulah suami Zulaikha. Macam manalah boleh lupa pulak time-time macam tu. Aisehhh.. Biasalah beb. Cuak kot masa tu. Sampai nama bini pun lupa daaa..

‘’Ya.. Saya kak. Saya suami dia’’ 

‘’Encik.. Ini anak encik. Encik bolehlah pegang dan azankan dia. Tapi sebelum tu, Encik kena kata apa?’’

Nak kata apa pulak nurse ni. Alhamdulillah ke? Ke terima kasih nurse? Mana aku tahu. Dah la rasa tak percaya pun ada yang anak cina yang aku sangka tadi tu rupanya anak aku.. Boleh pulak dia suruh kata apa. Aduilaa.. Nurse pun. 

Mungkin nurse tu perasan aku tengah blur, dia pun selak kain bedung anak aku bagi menyatakan jantinanya. Oh.. Nurse nak suruh aku buat pengakuan yang anak aku ni perempuan. Baru aku faham.

‘’Perempuan nurse’’ kataku tersenyum malu.

Aku dakap anak aku. Aku cium dahi dan kedu-dua pipinya lalu aku azan dan iqamatkan di kedua-dua belah telinganya. Allahurabbi. Comelnya anak aku. Mata hitam dia bulat besar. Taknak tutup pulak tu. Alhamdulillah.

‘’Nurse, macamana dengan isteri saya? Bagaimana keadaan dia?’’ tanyaku setelah sedar dari pukauan mata anak aku ini.

‘’Isteri encik selamat. Dia sedang dijahit. Kejap lagi dia keluar..’’

Tidak lama selepas itu, Isteri aku ditolak keluar. Alhamdulillah. Syukur kepada-Mu ya Allah. Biarpun Kau mentaqdirkan dia bersalin secara Caesar, namun aku bersyukur sangat-sangat kerana Engkau masih lagi memberikan kesempatan untuk aku berkasih-sayang dengannya. Hanya pada Mu segala puji-pujian layak kami berikan.

Keluarnya isteri aku dari bilik pembedahan bukannya dengan tangisan. Malah, tiada setitis air pun yang aku perasan membasahi matanya. Walaupun kesakitan, seukir senyuman dia hadiahkan kepadaku. Terharu. Sungguh terharu. Aku kucup dahinya dan mengucapkan

‘’Terima kasih Sayang kerana sanggup berkorban nyawa demi melahirkan zuriat Abang’’.


P/S : Wahai suami sekalian.. Hargailah isteri kita sebaiknya. Apabila ada tercalit perasaan tidak puas hati dan ingin marah kepadanya.. Ingatlah akan pengorbanan yang telah dia berikan kepada kita. Zuriat keturunan kita yang lahir dari rahimnya. Diamkanlah diri tenangkanlah hati. Bila keadaan kembali reda, bersuaralah. Nasihatilah mereka dengan hikmah hasanah. Bukan dengan kekerasan yang bakal mengundang padah. Sesungguhnya wanita itu dijadikan dari tulang yang bengkok. Andai ditegakkan dengan kekerasan nescaya kan patahlah ia. Akan tetapi andai dilentur dengan lemah lembut dan profesional, dia kan menjadi bidadari kita bukan setakat di dunia tetapi di syurga yang kekal selamanya.















✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Wednesday 17 July 2013

First Time Speaker Corner :)



alhamdulillah 17/7/2013 merupakan tarikh yang sangat memberi makna+pengajaran+pembelajaran . For the first time diberikan amanah untuk menjayakan speech speaker corner tentang isu mesir yang sedang meletop-meletop sekarang.. Pada asalnya tarikh speaker corner ni seminggu sebelumnya tapi atas masalah kekangan masa dan sebagainya terpaksa ditunda. Dan akhirnya alhamdulillah sudah selesai dengan jayanya :') Satu pengalaman yang sangat menarik yang tidak pernah dilalui. 

Terima Kasih tidak terhingga kepada semua yang sudi meluangkan masa bersama-sama untuk mendengar sedikit perkongsian dan maklumat dari kami. Sambutan yang tidak dijangka ! Paling menyentuh hati adalah speech dari Tuan Presiden JTK and YDP MPP yang sangat bersemangat. Ditambah pula dengan flashmob yang super duber terbaik ! TAHNIAH kepada semua yang telah bertungkus lumus menjayakan speaker corner ini.. Semoga Allah meredhai apa yang kita usahakan walaupun hanyalah sekecil ini . Aminn.

Walaupun dalam panas terik dan dibulan puasa pula,tapi sememangnya segalanya Allah permudahkan..Kekuatan yang kita perolehi adalah dariNYA. 

sedikit perkongsian gambar sepanjang flashmob and speaker corner berlangsung :


















"Rasulullah bersabda :Sentiasa ada segolongan umatku yang selalu berjuang menegakkan agama Allah Ta'ala.Mereka tidak akan celaka oleh orang-orang yang menghina atau menentang mereka sampai hari kiamat. Bahkan mereka tetap menang atas semua manusia."











✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

PELAJAR HADIAHKAN KEJAYAANNYA UNTUK MURSI :')


Hari ini 17 Julai, keputusan Syahadah Thanawiyah 'Ammah (atau setaraf sijil SPM di Malaysia) diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Mesir.

Pelbagai reaksi para pelajar yang dilaporkan oleh media. Paling menarik perhatian ialah mereka yang dinobatkan sebagai pelajar terbaik.
...
Seorang pelajar yang diumumkan keempat terbaik seluruh negara, Ahmed Mohammed Tharwat dari wilayah Sohaj berkata, beliau menghadiahkan kejayaan beliau ini buat Presiden kesayangan beliau, Dr.Mursi.

Menceritakan detik yang bersejarah itu, Tharwat dihubungi pagi ini oleh Pejabat Pendidikan wilayah bagi menyampaikan berita baik itu.

Sambil mengucapkan penghargaan kepada para guru beliau, Tharwat menghadiahkan kejayaan ini buat Mursi. "Saya mengharapkan beliau dikembalikan ke jawatan Presiden dalam Ramadhan ini," ujar Tharwat yang mendapat pendidikan di sekolah Ikhwan Muslimin. Tharwat juga melahirkan hasrat untuk menyertai Ikhwan terdekat ini.

Seorang lagi pelajar, Ahmed Mohammed As-Soghir yang diumumkan pelajar kelima terbaik seluruh negara turut menolak rampasan kuasa tentera dan mengharapkan Mursi kembali terdekat ini.

Menurut laporan Ikhwanonline, pelajar terbaik itu juga menolak untuk menerima anugerah dari Menteri Pendidikan yang dilantik oleh "kerajaan perampas".

jadi tuan puan pilih, adakah angkat senjata shj baru dikatakan berjuang atau, dngan cri belajar brsungguh dn peroleh pangkat yg baik dalam pembelajaran. insyaAllah~












✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Tears of Brotherhood :'(



Dr.Sofwat Hijazi, Presiden Majlis Revolusi Rakyat dalam temubual dengan stesen televisyen "Al-Yarmouk" semalam:


-Kebanjiran rakyat Mesir di dataran Raba'ah dan seluruh negara hari ini bukan sebab kami mempertahankan individu yang bernama Mursi tetapi sejak lebih 7,000 tahun yang lalu, rakyat Mesir telah memilih seorang Presiden yang sah dari kalangan mereka melalui pilihanraya yang bersih dan telus.



-Situasi hari ini jelas, iaitu penentangan terhadap Islam dan kami tidak akan menerima sebarang rundingan atau inisiatif lain sebagai tukar ganti kecuali kembalikan hak Presiden yang sah kepada Mursi.

-Kami tidak akan sama sekali mengangkat senjata sekalipun dibuuh kerana asas kepada himpunan kami ialah aman. Slogan kami ialah "jadilah hamba Allah yang dibunuh, bukan hamba Allah yang membunuh".

-Jumaat bersamaan 10 Ramadhan ini dijadikan sebagai "Jumaat An-Nasr" iaitu pertolongan bagi menekan kumpulan 'perampas' untuk berundur.

-Tiada istilah berunding dengan kumpulan "perampas kuasa" ini kecuali kembalikan hak kami. Jika mereka inginkan rundingan, satu-satunya yang boleh berunding dalam hal ini ialah Mursi dan hanya beliau yang berhak mengarahkan kami untuk berundur dari dataran yang kami berada ketika ini.













✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Friday 12 July 2013

Perjalanan Ramadan kali ini :')



alhamdulillah dah melalui 3 ramadan :') semoga Allah terima amal ibadahku ini :')

"Jika semua HARTA adalah RACUN maka ZAKAT lah penawarnya,Jika seluruh UMUR adalah DOSA maka TAQWA & TAUBAT lah ubatnya,Jika Seluruh BULAN adalah NODA maka RAMADAN lah pemutihnya."



moga esok begini ----->


salam ramadan al-mubarak kepada semua :D Beauty Of Mubarak *BOM !

"TAHNIAH ! anda terpilih lagi untuk kemasukan ke Universiti Ramadan Al-Mubarak,University Of Tarbiyah Intake : 1434H."

pssstt : maaf zahir dan batin ^^









✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Thursday 4 July 2013

Mesir : Detik Hitam Sedang Berulang



Saya melahirkan rasa sedih dan simpati terhadap apa yang sedang berlaku di Mesir sekarang. Pada saya, inilah saat di mana detik hitam sedang berulang semula dalam sejarah Mesir. 


Saya menyaksikan sidang media tentera yang mengumumkan rampasan kuasa dan diberitakan bahawa Sheikh Al-Azhar juga turut bersama-sama dengan tentera menyokong rampasan kuasa menggulingkan Dr Muhammad Mursi. Ini tandanya tentera tidak yakin dengan kekuatan mereka sendiri lantas menjadikan ulama sebagai sandaran untuk meyakinkan rakyat. Di mana-mana sahaja, ada ulama dipergunakan untuk menentang gerakan Islam. Tebalnya kulit kitab yang dipelajari dan panjangnya ekor serban bukan jamiman seseorang ulama itu celik politik.

Sheikh al-Azhar ialah satu jawatan, jawatan tersebut buat masa sekarang dipegang oleh penjawatnya. Namun ilmu yang ada pada Sheikh al-Azhar turut dimiliki oleh orang lain. Belum tentu jawatan ini kekal dan Allah SWT berhak menggantikan orang lain ke jawatan itu pada bila-bila masa. Samalah juga dengan jawatan mufti. Sesiapa yang menjawat jawatan ini usah sesekali menyangka ia akan kekal selama-lamanya. Sudah berlalu banyak orang yang hanya menjadi alat kepada gerakan sekular untuk melawan Islam. Tiba masanya, mereka dilontarkan ke tepi tanpa sesiapa bepaling lagi ke arah mereka. 

Saya yakin rakyat Mesir tidak akan berdiam diri dengan perkembangan ini. Mursi menaiki takhta presiden dengan pilihanraya yang sah bukan dengan jalan penipuan melalui jalanraya. Jika Hugo Chavez, Presiden Venezuela yang pernah digulingkan tentera suatu masa dahulu namun akhirnya kembali semula ke tampuk kuasa kerana tekanan rakyat, saya tidak nampak ia mustahil berulang di Mesir. Kudeta dan diktator bukannya pilihan manusia lagi di era sekarang.

Insya-allah, sebagaimana Sungai Nil yang tidak berhenti mengalir, begitu juga nadi kebangkitan rakyat di Mesir pasti akan terus bergerak. Pada saya, fi zhilalil quran dan maalim fit toriq sedang melahirkan generasinya pada hari ini!

Doa dan solidariti untuk Mesir.


Kata-kata Dr. Najlaa , isteri kepada Presiden Mesir , Dr. Muhammad Mursi berkaitan suaminya :

" Dihari-hari yang penuh dengan ujian , tatkala aku masuk ke dalam bilik , kelihatan beliau sedang sujud memohon pertolongan kepada ALLAH dalam keadaan menangis mengadu halnya dan negaranya . Apabila dia hendak tidur , tangisan itu masih kedengaran walaupun beliau berada di atas katilnya , sehingga basahnya umpama mandi . Demi ALLAH wahai Dr Mursi, nescaya Allah tidak akan membiarkan kamu terus bersedih dan meninggalkan kamu tanpa pertolongan daripada-NYA disebabkan keadaan wajahmu yang bersinar dan hatimu yang bersih . Maralah wahai Sang Presiden , Demi ALLAH , jika DIA menggoncangkan Sungai Nil dan laut , nescaya digoncangkan mereka bersamamu ! "

"Bukan Senang Untuk Menjadi PEMIMPIN"













✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Monday 1 July 2013

Air Mata Perjalanan :')


Alhamdulillah kerana masih mempunyai masa untuk update blog walaupun masih banyak kerja yang tertunda sebentar ekoran keinginan yang amat hendak untuk update blog.Ya Allah,sungguh sukar waktu sekarang untuk dibahagikan masa dengan baik mengikut keperluan.Namun syukur ku padamu atas kesibukan ini kerana dengan kesibukan ini banyak sangat perkara yang tidak bermanfaat dapat aku tinggalkan.Sungguh hidup bertukar 180 darjah bila kita sudah ditambah tanggungjawab dan amanah di dalam saf kepimpinan :'( Ya Allah,dulu aku mengkritik sekarang aku dikritik. Dulu aku membenci sekarang aku dibenci :'( Dulu aku tidak menghormati sekarang aku tidak dihormati . Inilah normal hidup orang yang berada di saf kepimpinan.Namun Allah tetap adil,dimana saat 'sahabat' sendiri tidak memahami kerja kita.. saat itu Allah mengurniakan sahabat yang sudi mendengar masalah kita dan menangis bersama.Sungguh Ya Allah,saat aku rasa tersisih mereka yang  berjuang bersama jugalah yang sudi mendengar masalahku,mereka juga menitis air mata mendengar ceritaku kerana kami merasakan perkara yang sama :'(


Dugaan berada di saf kepimpinan sangat menguji segala aspek mental dan fizikal. Mereka yang tidak merasanya bagiku tidak layak mengkritik kami dengan sesuatu yang tidak mereka rasakan. Jujur bila ada amanah ni hati kita akan berbelah bahagi antara amanah dan sahabat. Sakittt benar ya Allah untk memilih :'( Tidak dapat digambarkan perasaan kami setiap hari menangis.memohon kekuatan.Sesungguhnya Kekuatan yang terzahir sebenarnya adalah bantuan dariNya.Kalau bukan kerana DIA pasti kami sudah jatuh tersungkur dan tak mungkin kuat untuk kami kembali bangun.Kini aku belajar menghargai dan menghormati mereka yang berada diatas kerana sebenarnya terlalu banyak pengorbanan yang mereka lakukan buat orang lain.Subhanallah :') Aku bersyukur kerana kini aku menikmati rasa bahagia dalam derita.



setelah pelbagai dugaan yang dilalui, kini hati menjadi kebal *hakikatnya masih lembik dalam menerima ujian. Studynya kemana, spend time dengan 'sahabat' pun kurang,komitmen bertambah,muamalah perlu ditingkatkan,perlu bersikap profesional,perlu itu... perlu ini.. dan sebagainya.. namun orang lain tidak memahami sebalik hanya tahu mengomen itu dan ini.. tapi tidak dinafikan memang komentar itu sangat berguna dan penting pada kami.Cuma kami minta bersangka baiklah dengan kami.Kami hanya memerlukan dan mengharap sokongan dari 'sahabat'2 sahaja tidak lebih dari itu.Tapiii.. sebaliknya yang berlaku.. namun... kami sabar kerana kami sedar kami dalam kelompok yang kecil hendak brhadapan dengan yang besar. Maaf jika selama ini kami tidak beri kerjasama yang baik.


"Jika kita mahu orang lain menghormati kita,kitalah dulu yang perlu menghormati orang lain"

Alhamdulillah, Allah juga menghadiahkan keluarga baru padaku iaitu SST 13/14 .. sabah,sarawak dan thailand :') .. sungguh terharu sebab diberi tanggungjawab untuk menjaga mereka.. dapat mendengar luahan perasaan dan masalah mereka.. alhamdulillah merekalah pengubat jiwa saat sepi.. buat sahabat-sahabat,aku doakan kita terus kuat menghadapi segala cubaa. Masih terngiang-ngiang pesanan ikhlas dari ustazah wan buat kita "Kita dalam buat gerak kerja islam ini,perlu banyak BERKORBAN" dan ingat juga pesanan ustaz akhbar "Bila lubuk hati telah terikat dengan persahabatan,seburuk mana pun kita masih bersama" :') sayang anntuna semua <3

psssstt : teringin nak update blog tiap-tiap hari macam dulu,namun.. apakan daya segalanya tidak mungkin terjadi.. huhu sobsob.. walau apa pun gua tetap sayang sama ini belog ma :D grrrrrr 

terima kasih kepada yang follow and komen di entry sebelum2 ini... akanku terjah ke blog anda pula bila free nanti >.<''











✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...