Saturday 8 December 2012

Hikmah Kesing!

kak ain,pinjam pic erk..hehe

Assalamualaikum...Ibrah si serangga yang bernama kesing..yang sekarang ni bertimbun-timbun kat um nih!
[Maaf,bagi yang tidak tahu kesing a.k.a kepinding tu apakah..sila tanya ustaz google.kerana saya 'segan' nak post banyak gambar]

Bila study awal pagi dengan dia.
-------------------------------------------------------------------

A: Ya Allah,busuknya benda ini Benci lah..
B: Rilex lah,nak buat macam mana.
A: Eeeeee..masalahnya ni banyak giler kot.Geli lah..
B: *Parah budak ni.Orang belajar awal pagi nak tenang..jadi tension aku tengok.(dalam hati)


Setiap 10 minit dia pasti dia akan mula menyapu kerana binatang tu sibuk nak belajar sama mungkin.Melata di atas tikar.


B: Jom tutup buku jap dan kita pandang binatang ini.
A:  ????
B:Tutup je lah.
A: Fine.Lepas tu?
B: Allah tidak akan cipta sesuatu tanpa ibrah yang kita boleh ambil darinya kan.Enti rasa apa ibrahnya dari benda busuk ni?
A: Nak uji kesabaran kita?
B: Yup.Itu betul juga..tapi ana nak bawa satu analogi.


1)Kesing umpama dosa kita.Dia warna hitam dan busuk.Makin banyak dia berkumpul,makin geli kita tengok dan makin jauh kita dengan dia kerana baunya.Agaknya,kalau dosa kita berbau, ada orang nak dekat dengan kita tak?Sumpah tak de.Kalau check hati kita confirm kita geli nak tengok lantaran hati kita penuh dengn binti-bintik hitam.


2)Kita tengok kesing suka cahaya right?Begitu juga dosa.Bila kita lakukan amal kebaikan,hati kita akan sentiasa bercahaya tapi syaitan itu tak akan duduk diam.Dia akan cuba goda untuk kita buat dosa dan akhirnya hati yang terang itu akan diselubungi titik2 hitam dosa kita tersebut.


3)Kesing itu juga....

A: Cop.Jadinya Allah hantar kesing ini supaya kita selalu sedar yang hati kita ini selalu hitam dan diri kita ini sangat busuk,macam tu?
B: Yup.Supaya kita senantiasa bertaubat.
A: Allah.cantik sungguh susunan Allah kan..

A&B: Sayang enti ♥

******
Sungguh, Dia Maha Pengampun. 'Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yg melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang' [39:53]




✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

2 comments:

Angah said...

terima kasih atas perkongsian analogi awak tu...semoga memberi kebaikan

Unknown said...

la syukran ala wajib..insyaa Allah,mudah mudahan... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...