Wednesday 31 October 2012

Untill Forever ..



tajuk entry ni sebenarnya dicuri dari satu cerita filipina..best..tgk la ye kat astro bella..pukul 8 pg tauu..hehe promote pulok..Assalamualaikum semua...apa khabar hari ini?iman macam mana?*muhasabah bersama..alhamdulillah sehingga saat ini kita masih dapat menikmati kehidupan yang sangat tenang..aman..penuh kebahagiaan..namun jika ada terselit kesulitan itu..ianya hanyalah sedikit berbanding kenikmatan yang kita peroleh kini..tapiii hati cek ini tiba-tiba tersangat-sangat rindu pada sahabat-sahabat sewaktu belajar di maahad al-mizan..sampai rasa nak nangis 2 hari 3 malam je sebab rindu ni dah membuak-buak..kalau masak dodol tuu..dah menggelegak dah ni tau..rindunya pada kalian..hanya mampu ku kirimkan doa sebagai tanda ingatanku buat kalian..=') *lap air mata..sobsob..

Sekarang semua dah buat haluan masing-masing..kita semua memilih jalan untuk mengejar cita-cita kita..semoga kita mampu mengecapi apa yang diimpikan ye..aamiinn..u all tau x..kalau cek ni rindu sesangat..cek tgk gambar2 kita dulu2 tuu..wuargghhh..*menitis air mata kerinduan yang sekian lama dipendam..rindu nak gaduh-gaduh..rindu nak nangis-nangis..rindu nak gelak-gelak..rindu nak duduk berbincang masalah negara dengan korang..rindu nak tengok+jerit2 time tgk bola walaupun tgk kat skrin yang sgt kecil..btw thanks syukrina sudi seponser skrin tu..hikhik rindu nak tiru-tiru kalau tak siap keje sklh*hehe oden le tu..pokoknya ak rindu semua kenangan kita bersama..

Terima kasih semua atas memories yang tak akan mungkin dilupakan..*kecuali oden hilang ingatan..amaran di bawah ini ada banyak gambar-gambar kita..ameekkk kauuu..*x la banyak mane..saje nak imbas kembali..lapangan kenangan kita..tengok la ye..












"Ya Allah,kiranya RasulMu bersahabat,kurniakanlah jua aku sahabat,tapi biarlah sahabat2 dari lorong yang membenarkanMu seperti kebenaran As-Siddiq..Biarlah sahabat2 dari pintu2 ilmuMu seperti Ali..Ya Allah,kiranya semua itu tidak layak buatku..aku bersyukur dipertemukan sahabat yang satu ini..mungkin pada mereka ada segalanya yang tidak pernah aku selami..mungkin pada mereka letaknya apa yang aku impikan selama ini..tapi jika aku seorang sahabat yang tak menghargai..Kau ampunkanlah dosaku..dan Kau kurniakan KEBAHAGIAAN kepada semua sahabat syurgaku ini.."




"Mengenali kalian merupakan satu anugerah yang Allah berikan kepadaku..Setiap kata-kata kalian membuat aku semakin kuat apabila didatangkan ujian dari yang esa..Ketahuilah bahawa saat ini diriku memerlukan kalian..wahai sahabat..untuk berkongsi suka dan duka yang sedang aku lalui..tetapi aku perlu akur bahawa bukanlah selama-lamanya kita akan bersama kerna satu saat nanti kita akan berpisah jua..satu yang ku pinta dari kalian..doakan diriku ini kuat untuk menghadapi segalanya.."
Terima kasih sahabat..sungguh aku sangat merindui kalian semua..tiada seorang pun yang terkecuali..mungkin dulu kita tak rapat..tapi kalian punya tempat tersendiri di hati ku..cewahhhhh...terharu tak??huehue ha..ni bile kte nak buat reunion??ni baru bape bulan x jumpe..sy dah nangis2 tauu..dlu berangan nak tunggu 10 tahun baru buat reunion..biar nanti semua bawak anak berderet..haha tapii skrg x sanggup nak tungguu...lama lagi tuu..cepat-cepat kan ye..hehe..okay sampai sini sahaja..maaf kalau sepanjang perkenalan kita ada yang terguris hati..maaf dehh..Sahabat untill forever insyaAllah untill Jannah..





✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Tuesday 23 October 2012

Thoriq Ziyad Bin Abdul Kadir..


Assalamualaikum..actually, first time rasa tak tahu nak start dari mana entry kali ni..rasa banyak sangat nak story tentang budak comel tuuu..sejujur-jujurnya daku tersangat kagum dengan umi+abi+budak niii..subhanallah..susah nak mencari sebuah keluarga yang betul-betul penuh dengan cahaya islam di dalam nya..memang la banyakk je kat dunia ni..macam kawan-kawan oden pun,alhamdulillah semuanya dari keluarga yang "sakinah"..tapiii...saya kenal mereka-mereka itu waktu mereka sudah besar gedabak..*eh betul ke penjodoh bilangan tu??hehe..abaikan* tapiii ziyad ni saya ikuti perkembangan dia dari kecil tau,insyaAllah sampai dia besar..*husshh ikuti perkembangan tuu,macam wartawan pulok...first saya tahu pasal budak ini start dari saya letak gambar dia untuk DP facebook saya..tup2 ada seorang sis ni cakap dia kenal budak kat dp saya tu..so start situ sis tu crita macam-macam tentang budak ni..huhu happy ^-^..

*inilah dp facebook saya dulu..

saya suka sesangat dengan family ini..*sumber inspirasi untuk baitul muslim* huehue..first dapat tahu nama dia THORIQ ZIYAD..fuhhh dupdapdupdap jantung saya..hehe bukan ape..nama pahlawan islam tu..baru dengar nama je,rase mcm wauuuu sgt..hehe sebelum ni nama pahlawan itu pernah cek dengar,tapi tak tahu dalam sangat tentang kisah perjuangan dia..so lepas kes ini..saya search+baca buku tentang Thoriq bin ziyad ni..alhamdulillah tahu jugak akhirnya..apa yang saya tahu dan perhatikan..banyak sifat pahlawan itu ada pada si comel ziyad ini..*subhanallah..kagum2..itu jelas menunjukkan bagaimana didikan umi dan abinya..betullah ummi saya pernah cakap..
"Melentur buluh biar dari rebungnya"
~inilah kedua umi dan abi ziyad yang sangat saya kagumi..

beruntung sungguh akhi dan ukhti kerna mempunyai seorang anak yang dari kecil sudah ku lihat kesolehannya..*alhamdulillah..tenang sangat melihat si kecil itu..tahniah juga kerana kalian adalah pasangan yang sangat bahagia..love untill jannah,insyaAllah.. saya sangat suka cara didikan kalian pada ziyad,walaupun kalian masih belajar tapii tidak pernah mengabaikan tanggungjawab pada anak comel itu..


urmmm..yang saya tahu apa yang sama antara si comel ini dengan pahlawan Thoriq itu ialah "HISON"..ziyad sangat suka kuda..kalau dia jumpa kuda je..kaku..Thoriq bin Ziyad juga merupakan pahlawan yang membesar menjadi seorang panglima perang yang hebat.Beliau diajar bermain senjata dan menunggang kuda sejak kecil..

'Apabila Ziyad bertemu "hison"..maka tidak berganjak kakinya..'
~kuda ammu jual sayur pun dia nak naik tauuu..


semoga adik ziyad menjadi anak yang soleh dan pahlawan yang akan mengembalikan kegemilangan islam*aamiinn..

>> IBUBAPA :
Wahai ibubapa, jika hari ini anak-anakmu MELIHAT AGAMA itu KECIL..itu menjadi TANGGUNGJAWABMU untuk menampakkan agama itu BESAR pada anak-anak..tanggungjawab yang mana akan DITANYA oleh Allah kelak..
>> ANAK :
Anak yang mengenang jasa ibubapa dan MEMBALAS BUDI adalah anak-anak yang boleh memberi MANFAAT setelah ibubapa meninggal dunia..jangan bazirkan usiamu di dunia ini, REBUTLAH PELUANG yang masih ada untuk menjadi ANAK YANG SOLEH/SOLEHAH buat ibu dan ayahmu..

Umi ziyad-"Saya masih ingat sehingga kini, semasa saya mengandungkan Muhammad Thoriq Ziyad , saya pernah meminta nasihat dari seorang ukhti (yg sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak pada masa itu), bagaimana untuk saya mendapat dan mendidik anak menjadi anak yang soleh. Kerana saya amat takut jika saya belum bersedia sepenuhnya untuk mendidik anak yang bakal lahir..
Ukhti tersebut berkata, untuk seorang anak menjadi soleh, kita sbgi ibubapa mesti mewujudkan persekitaran yang soleh (biah solehah) buat anak2. Anak membesar sambil belajar daripada persekitaran, lebih banyak daripada belajar dari apa yang kita perkatakan dan ajarkan. Isi rumah kita, akhlak kita, kawan2 kita, jiran kita, tetamu kita dan suasana sekeliling kita, mempengaruhi siapa anak-anak kita kelak..


Dan antara persekitaran yang soleh yang sedia ada dan banyak di bumi Mesir ini adalah majlis-majlis ilmu. Bawalah anak ke majlis ilmu agar anak terbiasa dengan majlis ilmu, suasana di dalamnya, orang yang menghadirinya, penyampainya. InsyaAllah dapat memupuk rasa cinta untuk menghadiri majlis ilmu hingga dewasa..

Untuk anak-anak mencintai majlis ilmu, kita sebagai ibubapalah yang perlu terlebih dahulu mendidik diri kita untuk rasa suka dan mencintai majlis ilmu serta berdamping dengan orang2 soleh. Bermulalah sejak kita masih bujang, mengandungkan anak dan sesudah mempunyai anak..
Dan sekarang saya cuba amalkan seperti apa yang dinasihatkan. Dan saya akan cuba sehingga bila-bila. Semoga anak-anak tumbuh baik menjadi anak yang soleh solehah..
Buat sahabat, marilah kita didik diri untuk hadir ke majlis ilmu. Di Mansurah ini, terlalu banyak peluang yang ada untuk kita menambah ilmu. Contohnya, Madrasah Imam Nawawi anjuran PCM, mengadakan kelas pengajian 3 kali seminggu, yang masanya disesuaikan agar kita boleh menghadirinya tanpa bertindih dgn kelas pengajian di Universiti dan didatangkan tenaga pengajar dari jauh kepada kita semata-mata untuk berkongsi sampaikan ilmu dari para Masyayikh Al-Azhar kepada kita..
Usah kita tunggu pulang ke Malaysia, waktu sudah bekerja, yang tidak pasti lagi jika kita punya masa khusus untuk menuntut ilmu. Dan tidak pasti lagi jika waktu-waktu yg kita khususkan untuk ke majlis ilmu tersebut, tidak bertindih dengan tuntutan kerjaya kita mahupun tuntutan keluarga kita kelak. Rebutlah bersungguh-sungguh peluang keemasan yang ada sekarang..
Saya selalu berpesan kepada diri, usahlah hanya bercita-cita untuk punyai anak soleh solehah jika diri sendiri belum berusaha sedaya upaya untuk menjadi ibubapa yang soleh solehah..


Semoga Allah memberkati usaha ini hingga ke akhirnya. InsyaAllah.."



~teringin nak jumpa ziyad ni..insyaAllah one day~



Alhamdulillah..sampai sini sahaja nak cerita pasal ziyad walaupun banyak lagi nak taip tentang dia..tapi simpan untuk entry lain pulak ye..hehe semoga engkau adalah anak-anak panah islam yang akan membawa kembali cahaya islam ke tempat yang sangat memerlukannya..





✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

U turn kembali padaNYA..




Kadangkala lepas hilang CINTA MANUSIA,
kita jumpa CINTA ALLAH SWT...

Setelah dizalimi manusia,
baru kita rasai betapa adilnya Allah SWT...

Selepas sesat dalam gelap,
kita hargai cahaya yang malap...

Tatkala hati keresahan,
kita hargai erti ketenangan...

Bila ditimpa musibah,
kita tahu kesabaran itu indah...

Saat hidup dalam kekurangan,
kita yakin kesyukuran itu mencukupkan...

Benarlah, setelah datang malam yang gelap gelita,
baru terlihat bintang di mata. Subhanallah..

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya.Hanya kepadaNya aku bertawakal”.{ Surah At-Taubah:129 }

✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Wednesday 17 October 2012

Ya Rabb..aku diuji olehMU...

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
(Surah Al-Ankabut : 2-3)
Ya Allah...berikanlah kepadaku kekuatan dan ketabahan untuk menerima ujian darimu ini..sungguh aku tidak kuat..air mataku hampir kering Ya Allah..aku mohon kau hadirkan keikhlasan ke dalam hatiku untuk melalui semua ini..aku tidak kuat keseorangan..banyaknya hati manusia yang telah aku sakiti..maafkan aku ya rabb..aku lalai dalam menjaga hati sahabat-sahabat ku..aku cuba tapi sekali lagi aku telah melukai hati sahabat syurgaku itu dalam masa yang sama aku mahu menjaga hati sahabat syurgaku yang lain..Ya Allah aku tidak adil buat sahabat-sahabatku..ampuni aku..aku buntu..aku bersalah..Ya Rabbi tunjukkan aku jalan yang terbaik untuk menyelesaikan segala yang berlaku ini..aku ingin segalanya berakhir tanpa ada satu hati pun yang terguris..bantulah aku..

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah : 286)
Sahabat..jika aku mampu bahagi-bahagikan hati ini..akan aku bahagikannya sama besar,sama luas,serba sama untuk semua sahabat-sahabatku..insyaAllah aku janji..tapi aku manusia biasa..terkadang aku lalai..aku alpa..aku khilaf..maafkan aku..aku tidak adil buat kalian..aku juga manusia..aku melakukan kesilapan kali ini..maafkan aku..aku tidak sengaja..aku perlu menjaga banyak hati..hatimu,hati yang lain..juga hatiku..aku tahu engkau kecewa..aku juga kecewa..
Rasulullah SAW bersabda: “Tidak beriman seseorang kamu, hinggalah dia mencintai saudaranya, sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.” Hadith Muttafaq ‘Alaih.

kehidupan yang kita adalah masa sekarang..kasih sayangku pada kalian adalah sama..kalian semua adalah sahabat syurgaku..kerana utuhnya dasar persahabatan kita itu ialah kerana Allah..Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah..
“Pada hari itu(akhirat) sahabat-sahabat karib, setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).”  Surah Az-Zukhruf ayat 67.
Kadang2 kte perlu berkorban utk kebahagiaan sahabat kte..bukan hanya berkorban,kte juga mesti mendoakannya...Ingat!!Allah akn gantikan yang lebih baik dari tu..mungkin kte xnampak susunan Allah...tetapi sebenarnya, Dia yang maha mengetahui...Kalau kte LEPASKAN dia...redha dan ikhlas...bukan sahaja kte dapat sahabat kte sekali...malah kte dapat tawan hati ramai sahabat lain...bukankah perancangan Allah itu indah...Jangan sesekali berburuk sangka dengan sahabat kita..!!:')...Yakin dengan perancangan Allah....
Kerana manusia merancang dgn cita2...Tetapi Allah merancang dengan cinta dan kasih sayangnya.....:') -ayat sahabatku-


thanks for everythings..maafkan segala kesilapanku..aku akan cuba perbaiki diriku..kalian adalah cermin ku yang paling jujur..tunjukkanlah kepadaku segala kecacatanku agar aku dapat memperbaikinya..ingat sampai bila-bila ye..semuanya ialah sahabatku..tiada siapa pun terkecuali..yakinlah..kalian sahabat syurgaku..rindu pada kalian sudah berkuah-kuah ni..meledak-ledak macam lava tau..miss u all so muchh..menuju mardhotillah..



Bersahabat bukan kerana kelebihan atau kekurangannya tapi kerana ALLAH..











✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Tuesday 16 October 2012

Maafkanku sahabat..


Dalam hidup ini,aku tak punya sesiapa kecuali diri sendiri..tetapi dalam aku bersendirian,aku beruntung kerana mempunyai sahabat yang memahami aku,sebagaimana aku mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat..Begitu jugalah dirinya.tetapi aku sering terlupa akan hal itu..aku cuma mengambil tahu tentang harapan dan perasaan aku,aku rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya..aku tidak memberi peluang untuk dia menerangkan keadaan sebenarnya..bagiku itu alasannya untuk menutup kesilapan dan untuk membela dirinya..

Aku juga pernah biarkan dia ternanti-nanti,kerana aku juga ada janji yang tak di tepati,aku beri beribu alasan memaksa dia terima alasanku,waktu tu,terfikirkah aku tentang perasaannya???seperti aku,dia juga tahu rasa kecewa..tapi aku sering lupa..


Kalau benar sahabat,biar berpimpin tangan merentas syurga..bukan menjadi pengkhianat melempar sahabat ke neraka..maka aku ingin menjadi pelindung yang melindungi sahabatku dari azab seksa neraka..
walaupun kita dah tak rapat macam mula-mula kita kenal dulu tapi satu perkara yang wajib kau ingat..sampai bila-bila..aku tak pernah lupakan kau..aku sayang kau ketat-ketat.. ='( mungkin sebab aku nampak kau lebih gembira bersama sahabat-sahabat lain..jadi aku juga turut gembira untuk kau..harap engkau memahami..



Dulu, kita mungkin pernah makan semeja, borak sampai lupa dunia, belajar dengan guru yang serupa, gelak dan tawa kita kongsi bersama.

Sekarang, kita mungkin tak sempat bertegur sapa, punya komitmen yang tidak sama dan masing-masing punya haluan berbeza.

Meski kita tak sempat bertentang mata, tidak dapat duduk dan sembang bersama, tapi tidak bermakna persahabatan kita terhenti di sini saja.

Maaf kawan, jika ada yang terguris dengan ketidaksempatan diri ini untuk bertanya khabar berita. Mohon pengertian dari jiwa..I loveeee 
uuuuuuuu.....farahhh bucukkkkk....


Sahabat,jika rupa menjai ukuran..sememangnya aku tidak layak menjadi sahabatmu..Andai harta menjadi sandaran,aku mungkin tidak mampu menjadi sahabat..Andai pangkat dan darjat menjadi perhatian,mungkin aku tidak berdaya menjadi sekufu,ye la x keje pun lagi..masih study kan..hehe Namun begitu,jika keikhlasan dan kesetiaan menjadi pilihan,dengan izin Allah aku mampu menjadi teman yang selalu ada disisimu..
Farah..aku bahagia dapat kenal dengan kau..serius ni tau..siap tulis kat sini lagi..bukan senang tau..hehe aku sedih bile dapat tau kau terasa dengan aku..maaf sangat-sangat..aku tak sengaja..aku harap kau tak kan lupa permulaan tali persaudaraan kita yup..fuhh gaya cam sweet gler je..hussshhh mestilah..bagi aku..book of record la..nanti nak cerita kat cucu..hewhew..lastly untuk kata yang mengguris hati,tingkah yang menyakiti,hati yang berprasangka,amanah yang terabai dan apa jua kesilapan di celahan perkenalan kita,seribu kemaafan di pohon ikhlas dariku dari hujung tudung sampai hujung stokin..Farahhh bushukkkkk......i loveeee youuuuuuuu.... tak mau sedih2 lg tau....



✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Syukurkah Kita???


"Dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya."
(An-Najm, 53: 39)

Kebanyakan students & termasuklah saya selalu anggap yang markah tinggi-tinggi, gempak, hebak, mantOp & seangkatan dengannya dinobatkan dengan suke & happynyer sebagai pelajar yang cemerlang & gah di seantero pra-sekolah, tadika, sekolah mahupun di universiti...Dan kebanyakan students & termasuklah juge saya sekali lagi akan mengeluh & kadang-kadang teriak kalau dapat paper je tengok-tengok markah rendah, cukup-cukup makan minum, atas-atas pagar sekolah, ala-ala kadar & sama waktu dengannya.


Kita rabun & kadang-kadang, silau kanUjian bukan hanya teletak pada kegagalan ,Cubaan bukan hanya terletak pada kehampaan,Dugaan bukan hanya terletak pada keputus asaan...

Kita tak bersyukur..Dapat markah sikit je,Dapat markah corot je,terus konyok-konyokkan kertas
remuk-remukkan paper,supaya kawan sebelah tak sempat nak intai..sye mmg suke sorok-sorok kertas tak nak kasi friends sebelah tgk.Sikit lafaz syukur pun kita tak sempat nak ucap..Cube bayang ramai lagi remaja sebaya kita ni takde peluang langsung nak timba ilmu macam kita sekarang.
Kita insan yang terpilih & mempunyai tanggungjawab...pernahkah kita terfikir?
Kegagalan bukan untuk diratapi & bukan juga untuk dikesalitetapi dijadikan kegagalan sebagai pembakar semangat diriagar lebih bertenaga di kemudian hari.
Senyummm =)



Kalau agak-agak penyakit stress nak datang menyinggah, cepat-cepat baca doa ni,

Bismillahirrahmanirrahiim"Hasbunallah wa ni'mal wakiil.."(Cukuplah Allah untuk menolong kami & Dialah sebaik-baik pengurus." 
 Lepas dapat paper je, depan lect/cikgu/ustaz/ustazah 

terus senyum macam pak cik tu..
Biarkan masyarakat sekeliling tertanye-tanye berape markah kita ..hukhuk  kan comei senyum mcm tu..biarpun hati menangis..jangan tunjukkan pada orang lain..kejayaan juga merupakan salah satu bentuk ujian & cubaan dari Yang Maha Mengetahui. Try duduk sorang-sorang cube teka kenapa Allah tak berikan kejayaan & kemasyuran untuk kali ini? Kita ingat Allah tak makbulkan doa kita. Walhal sebenarnya, kalau dilihat dari mata hati & bukan dari mata realiti Allah nak selamatkan kita dari sesuatu. Kemungkinan besar, kalau Allah kurniakan kita kejayaan & kemasyuran pada ketika itu kita akan bongkak, riak, pandang langit tinggi mendongak & pandang orang yang dibawah kerek penuh belagak.. Kita mampu untuk cakap, "tak mungkin la..takkan aku macam tu kot.."  hello3x..ingat Allah laagi Maha Mengetahui segala yang tersirat & tersurat...


We've limited knowledge so we've limited freedom in our life. Don't think that u're the best planner because Allah is The Most Best Planner ever. We can't assume & predict exactly what will happen in our future. So, we've to depend on Him tightly because we've limited knowledge.Just, keep on praying, never hesitate & trust on Him. 

Hebat kan rahmat Allah =) Bagi mereka yang berjaya,tak beerti Allah tak nak selamatkan anda dari penyakit yang berbahaya kat atas tadi tapi Allah sebenarnya telah memilih anda untuk memegang amanah & tanggungjawab yang besar iaitu kongsikan ilmu itu pada mereka yang lain & amalkan ilmu itu dalam kehidupan seharian. Ilmu bukan hanya terletak pada transcript tetapi tersemat di dalam hati hingga ke akhir hayat. InsyaAllah...^_^

Ingat ni. Kalau ilmu yang diajarkan kepada seseorang itu diamalkan oleh mereka malah di 'share'kan juge pada mereka-mereka yang lain pahala telah dikreditkan terus menerus ke dalam bank amalan anda selama mana ia masih di amalkan. Andai kata telah sampai waktunya kita kembali menghadap Ilahi jangan risau sebab pahala akan terus menerus juge di kreditkan. Tak macam pelaburan saham kan? =) 
Peringatan ini khas buat sahabat-sahabat & terutamanya untuk diri sendiri yang selalu sangattt lupe ni sebab kurangnya makan kurma & kismis =D terima kasih kepada roomate saye yang sudi berkongsi kismis waktu exam hari tu..eh..apsal masuk bab itu pula..eh suke hati la..hehe

sambung balik..Bersyukurlah teman-teman =)


All the best & Bitaufiq wan najah untuk semua students di seantero dunia yang bakal menjalani FINAL EXAM especially buat pelajar-pelajar STPM,STAM,ASASI USIM...kepada sahabat-sahabat saye good luck tau..all the best..doaku sentiasa mengiringi langkah kalian..

 for APIUM students yang telah menghadapi Final Exam..banyak-banyak doa untuk result ye..huehue



Moga ilmu yang kita perolehi dapat dipraktikkan di dalam kehidupan seharian & mampu memberi sumbangan kepada agama Islam tidak kira course apa yang kita major. Bukan Arabic, Usuluddin, Syari'ah, P.Islam  & course2 agama yang lain je boleh sumbang untuk Islam. Econs, Architecture, Engin, Medic, Law, Benl, Ict, Nursing, Tourism, Banking & banyak-banyak lagi sampai tak mampu dah nak mention,pun boleh sumbang juge untuk Islam..

Siapa kata tak boleh??
TAJDIDKAN NIAT SEMULA,STUDY KERANA ALLAHBUKAN KERANA EXAM.
Allah doesn't require you to BE THE BEST AMONGST THE BEST,He just wants u to DO YOUR BEST & He will take care of THE REST.Be strong & keep on praying.ALL THE BEST & YOU'RE THE BEST!

Kejayaan kita bukan terletak di atas usaha kita sepenuhnya tetapi kejayaan kita teletak 100% pada keredhaan Ilahi...

Habluminannas wa Habluminallah"Katakanlah (Muhammad), 'Dialah Tuhan Yang Maha Esa'. Allah tempat meminta segala sesuatu.."(Al-Ikhlas, 112: 1-2)

_allahseekers_ 

✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Friday 12 October 2012

Allah Masih Sayangkan kita =')


Assalamualaikum...tetibe hati ini ingin sangat taip hikmah dari satu story ni ..tangan ini terasa sangat gatal nak menaip ..sudi-sudilah membacanya yea..insyaAllah banyak pengajaran yang akan kita dapat..
kepada roomate saya dan beberapa lagi sahabat yang turut bersama ketika kejadian..ini kisah kita..selepas apa yang berlaku,rasanya hubungan kita makin rapat kan?kan? sebab apa erk?? kte rasa sebab kte sudah pun melengkapkan makna SAHABAT ..

 sahabat itu akan bersama-sama kita suka dan duka,dia akan ada untuk tertawa bersama kita dan dia akan ada untuk menangis bersama kita..

ia...itulah kita..  setelah kejadian pada 23/9/2012 di bunut payong...saya terlalu bersyukur kepada Allah atas ujian darinya pada kita ketika itu..dan Alhamdulillah semuanya dah settle just masih trauma right??  waktu kejadian itu,kita semua tertunduk.. kecewa!sedih!takut!menyesal!.tetapi sebenarnya apa yang berada dalam fikiran kita adalah sama..time itu hanya pada Allah kita bergantung harap..tapi ternyata Allah memang masih menyayangi kita dan memberi kita peluang untuk terus menjadi hambanya diatas muka bumi ini..Alhamdulillah..terima kasih ya rabb..


kita termenung...kembali memikirkan segala dosa dan kesalahan kita...saat itu timbul kekesalan kerana telah mengetepikan kekasih hati kita saat DIA memanggil kita..kita dengar calling dariNYA tapi kita abaikan..kita berlalu begitu sahaja..selepas kejadian itu barulah kita ingat padaNYA kembali..manusia memang begitu..apabila ditimpa musibah barulah mahu kembali pada penciptanya..Ampuni kami YA RABB..kami lalai..kami alpa..terima kasih kerana telah menegur kesalahan kami itu..teman semua..
Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat tapi byk pula dugaan dtg,kdg2 kita minta cerdik tapi masalah pula yg bertandang,kdg2 kita minta kebahagiaan tapi huru hara yg menjelang..Dugaan menjadikan mental kita kuat,masalah menjadikan kita berfikir,huru hara menjadikan kita tabah..
Hebatkan kekasih kita..semua ada hikmahnya..marilah kita ingat kembali bahawa : telah berkata jibril: "wahai Tuhan.Engkau sampaikanlah hajat hambamu ini,maka Allah menjawab :' biarkan hambaku itu,kerana Aku merindui rintihan suaranya'..

Astaghfirullah...itulah sebenarnya hikmahnya..kita kembali kepadaNYA..mungkin inilah cara Allah mahu menegur kesalahan kita sebelum-sebelum ini..terbuktikan Kekasih kita tidak pernah mengabaikan kita,Dia sentiasa bersama kita,Dia Maha pengasih lagi Maha peyanyang..Alhamdulillah..
walaupun airmata yang mengalir saat kita pulang hingga lah terbawa-bawa ke mimpi dan bangun tidur pun masih terasa..percayalah ia adalah pengajaran buat kita..PENGALAMAN mengajar erti KEHIDUPAN..


La tahzan,Allah kan ada =) yakin pada Allah bukanlah bererti mengharap terkabulnya segala harapan..Yakin pada Allah adalah meletakkan keREDHAan pada ketentuanNYA..rasa bahagia dengan ujian walaupun perit,disitu air mata yang menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka..Indahnya tarbiyah Allah.tersirat rahmat dan hikmahnya..diuji kita sebagai tanda sayangnya..Bahagialah kekasih Allah dihadiahi ujian yang amat hebat sebagai tanda kasihNya..Beginilah berkasih dengan Allah..

gambar hiasan..

insyaAllah sampai sini sahaja coretan kali ini..segala apa yang ditulis ini juga merupakan peringatan untuk diri ini juga..kini ku faham erti syukur yang sebenarnya.. mari menjaDi hambaNYA~




✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...