Tuesday 17 December 2013

Seseorang Itu ...

Bismillahirrahmanirrahim


Aku mahu menjadi seseorang.
Bukan orang-orang. Seseorang yang mampu tersenyum tatkala ujian menikam. Agar mereka yang lain mampu mengerti bahawa indahnya senyuman disaat teruji.

Aku mahu menjadi seseorang.
Bukan orang-orang. Seseorang yang masih bersyukur biarpun dihimpit kekurangan. Kerana aku mahu mereka merasai nikmatnya ketenangan dalam kesederhanaan.

Aku mahu menjadi seseorang.
Bukan orang-orang. Seseorang yang mampu memberi apapun. Meskipun hanya secebis harapan & senyuman. Kerana aku mengerti bahawa manusia seperti juga aku, menagih sebuah harapan & semangat dalam menuju menggapai sebuah impian.

Aku mahu menjadi seseorang.
Bukan orang-orang. Seseorang yang layak mengasihi, menyayangi & mencintai apapun ada disekelilingiku. Sehinggapun jika aku dibenci kerana aku tahu bahawa kasih sayang adalah nadi buat mereka untuk terus melangkah.

Aku mahu menjadi seseorang.
Bukan orang-orang. Seorang sahabat buat sahabatnya yang lain. Seorang sahabat yang mampu menilik 1001 rahsia kedukaan yang di pendam disebalik kerlipan redup matanya tatkala sahabatnya tak mampu bersuara.
Seorang sahabat yang bisa mendengar bisikan hati tatkala sahabatnya tak mampu berbicara walau sebaris kata. Seorang sahabat yang bisa memegang erat tangan sahabatnya ketika sama-sama meniti di atas titian menuju jannah.

Aku mahu menjadi seseorang.
Bukan orang-orang. Seorang anak buat ibu ayah & cikgu. Seorang anak yang dapat menginfakkan manfaat buat mereka di akhirat kelak. Agar kesemua mereka tergolong dikalangan hamba-Nya yang bakal mengatur langkah kebahagiaan di atas titian menuju syurga bersama sebuah senyuman ketenangan.

Aku mahu menjadi seseorang.
Bukan orang-orang. Seorang isteri buat seorang suami. Seorang isteri solehah yang bisa membawa si suami berada dikalangan mereka yang soleh.
Tergolong di dalam keramaian bapa mithali & hamba yang tawadu' di syurga nanti. Kerana aku mahu dia merasa kemanisan itu. Jika bukan di dunia, Insha Allah di syurga sana.

Aku mahu menjadi seseorang.
Bukan orang-orang. Seorang hamba yang sentiasa merasa hina di hadapan Tuhannya. Seseorang yang tidak lokek mengalirkan air mata di atas tikar keinsafan. Seorang hamba yang tak akan pernah takut untuk kehilangan apa kerana Tuhannya. Seseorang yang bila matinya nanti, mampu menghidupkan jiwa mereka yang masih bernyawa.

Aku bercita-cita menjadi seseorang. Seseorang yang Dia kenali meskipun tiada siapa pun pernah mendengar derap langkahku hatta hembus nafasku tatkala jantungku masih rapi berdegup.

Cita-cita engkau biar tinggi
Biarlah bukan hari ini
Insha Allah suatu hari nanti
Meskipun ada yang kata, 'eh, boleh ke ni??'
Ini antara aku & Ilahi.

Meskipun nanti engkau sepi seorang
Terduduk tersimpuh di atas tikar mengkuang
Walaupun tiada siapa yang datang
Ingatlah bahawa Allah tidak pernah berhenti menyayang.

Aku dihambat perasaan pedih cemburu
Cemburu pada mereka yang sudah layak menghidu harum syurga-Mu
Malu sekali  ibadahku tidak berlagu
Adakah aku layak bertemu-Mu?
Allah, terimalah aku..

Aku rindu
Rindu ingin melihat wajah-Mu
Walau hanya sekilas mampu
Wajah yang selalu bersamaku tak kira ketika aku tersenyum atau menangis sedu
Tetapi adakah aku mampu
Ya Rabbi, ampuni aku..

Biar darah jadi baja
Biar tulangku menjadi tonggaknya
Islam tetap di puncak
Biar imanku terus melonjak

Aku tegar 
Aku rela
Sekalipun aku dihenyak 

Burung-burung hijau terbang
Ruhku tenang melayang
Syurga firdausi menungguku datang 
Bidadari pun tersenyum
Merindu cumbu harum 
Di saat cinta mekarku bercantum

Pergiku tak kembali
Kerana memburu nikmat syurgawi
Itulah yang hakiki itu yang abadi
Dan ku tidak mati
Bahkan hidup dengan rezki Ilahi

Kejayaan
Kebahagiaan
Bintang syuhada yang dirindukan

Datang datanglah wahai syahid 
Dambaan mujahid
Aku relakan sakit yang sedikit

Dari tahanan sementara
Biar aku nestapa
Dan jika Dia mengizinkan,
aku mahu menjadi seseorang itu. Seseorang buat seseorang yang lain. Seseorang itu yang bukan lagi bergelar orang-orang ini yang hanya mampu bergerak ke sana & ke mari apabila dihembus angin.
Moga Allah redha.







✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Sunday 8 December 2013

Ikhlas dalam menerima ..



Teguran yg baik, kita ambil dan hadam . Bersyukur lah anda masih boleh menerima teguran .

Jika anda berkecil hati dengan teguran, bersyukur juga . Itu tanda hati anda masih hidup . Kecil hati kerana ego . Maka, rendahkan lah ego .

---》perwatakan yg diguna selama hmpir 19thun . Blh diubah dgn mujahadah . Maka kenali sahabat dengan sebaiknya . Jangan kita menjadi pencetus fitnah untuk sahabat. 

Ingat! Jangan hanya kerana satu kesalahan,kita membenci seseorang itu habis-habisan ~

Boleh jadi semasa kamu memikirkan 10 kejahatannya..
orang yang kamu benci itu sedang mengingati 20 kebaikan kamu..
Lalu, dia berdoa untuk kebaikanmu..mana tau kan?kuasa Allah 


"SAHABAT ke NERAKA mudah DICARI ... SAHABAT ke SYURGA sukar DITEMUI .. "






✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...