Friday 10 August 2012

Universiti ramadhan.... ='(

Assalamualaikum semua..apa khabar hari ini?? iman sihat tak??*tanya diri sebenarnya..

Alhamdulillah beberapa minggu di bumi terbiyah ini...banyak input yang sy dapat..sedihhhnyerrr...kita ni banyak btul benda yang tak tahu..ishh2..itulah gunanya menuntut ilmu..ye dak???


selama sebulan ramadhan ini..kami pelajar semester satu di beri taklifan untuk menhandel satu program besar iaitu ihya' ramadhan..setelah bincang punya bincang..dapat lah satu nama untuk program kami ni..SHAM'UN...singkatan bagi  شهر المغفرة والعبادة  tpi singkatan pun masih ada makna tau...sham'un tu maksudnye lilin...ha....see...lilin kan satu objek yang boleh jadi sumber inspirasi buat kita...contohnya ia menerangi kita di waktu kegelapan..

now...nak kongsi sikit perkara-perkara yang sy perolehi dari sepanjang program setakat ini...masih blum abis tau..first..ttg forum perdana..yang mana kami menjemput tetamu dari luar...bestt btul malam tu...banyak perkara yang dapat membuka minda..dengan para panel yang sangat menarik...haiisshhh menarik dari segi gaya pesembahan mereka okay..maklumlah sekarang ni..kebanyakkan kita suke pencermah yang lawak2 ..alasan supaya x ngantuk..normal la kan kalau ngantuk tu kan..majlis ilmu je mula la syaitan tu nak sibuk gayut2..buat buaian dia kat mata kita ni..issh2..tapi bulan puasa mereka2 itu kan kene ikat...yeahhh...apa lagi...ambil lah peluang...tapi kalau kita betul2 niat nak cari ilmu...walaupun mcm mana sekali cara penceramah tu..kita pasti x kan ngantuk nyer..btul x?? sebenarnya ia berbalik pada NIAT...btul x??

panjang pulak sy berleter kat atas..okay2..antara yang sy dpt ye..

-bulan ramdhan ialah bulan turunnya Al-quran..bulan bersabar..bulan berpuasa...tpi kita ni ble sebut ramadhan je        trus set kat mind..puasa..so kte kne ubah..ramdhan is not only for berpuasa ok...ohhh my englishhh...maaf ye..sy ni mmg lemah bi..
-bulan puasa ni banyak2 lah baca al-quran..bukan bace je...fahamkan lah juga maknanye...bukan tu je..amalkan jugak ye apa yang telah kita fahami..ermmm lagi satu..make sure bace quran berguru ye...
-masalah yang berlaku kini ialah kerna kegagalan kita menterjemahkan Al-quran..
-ramdhan ialah UNIVERSITI  yang mana akan melahirkan graduate yang bertaqwa..melahirkan graduate yang istiqamah..dan akan menjadi hamba Allah sepanjang tahun...


-kalau kita nak jadi graduate tu..first IMAN mesti berkualiti..
-sbb apa kita x rasa kemanisan iman tu???sbb kita tak kenal ALLAH..dan nak kenal allah kena ada ilmu..
-yang ada iman pun..tak semestinya menghayati imannya itu..sbb tu la..tak rasa apa-apa..
-tarbiyah ramadhan ini mesti berlanjutan hingga ke bulan-bulan yang seterusnya..


banyak lagi sebenarnya...tapi sy tak take note la..so kne refresh balik ingatan ni...nnt sy ingat..sy kongsi okay..so sama-samalah kita ambil sesuatu yang berguna dan bermanfaat dari perkongsian ni..untuk bekalan kita..


✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Sunday 5 August 2012

F.I.F.A ~Fight Israel Free Al-Quds..


Marilah kita berfikir sejenak wahai sahabat..apakah matlamat utama kita di dunia ini sahabat..menitis air mataku membaca luahan rasa penduduk di sana..pengalaman rakyat malaysia yang menghadirkan diri di bumi palestine itu membuat diriku malu bergelar UMAT ISLAM...islam apakah yang kita seru sahabat?? Quran apakah yang kita IMANI?dimanakah JIHAD yang diminta oleh nabi kesayangan kita,MUHAMMAD S.A.W....renungkanlah sahabat..BANGKITLAH!BUMI ini sudah terlalu tua..yang mengalir di atasnya darah-darah perjuang islam terdahulu..dimanakah kita sebagai penyambung perjuangan ini sahabat?
luahan rasa seorang pemuda palestine..
sama-samalah kita hayati kisah ini.......
------------------------------------------------------------------------------------
Anda datang dari Malaysia?
ya,saya dari Malaysia.
Malaysia negara islam?
ya,malaysia negara islam.
mengapa kamu datang ke sini?
saya datang untuk melihat keadaan disini dan untuk beritahu
keadaan ini kepada orang malaysia,
agar kami dapat membantu kalian.
kalau kamu hanya datang nak tengok kami disini,
lebih baik kamu pulang sahaja ke malaysia.
tiada gunanya kamu
datang ke sini untuk itu.Sudah berapa ramai orang 
yang datang sahaja ke sini ,
ambil gambar dan akhirnya pulang tanpa memberi apa-apa
sumbangan kepada kami.
kami umpama muzium untuk kamu semua datang,
ambil gambar dan bawa pulang ke tempat kamu.
lebih baik kamu pulang ke Malaysia dan beritahu kepada kerajaan kamu
agar datang ke sini dengan bala tentera yang kamu ada 
dan tembak terus kami semua rakyat yang ada di bumi anbiya' ini
 agar
terus syahid dan tak perlu lagi bersusah payah untuk
 cerita dan peningkan kepala memikirkan hal kami di sini... ='(

 Tersentak hati ini mendengar luahan itu...benarkah sampai begitu sekali terlintas di hati kecil mereka di sana..Allahuakhbar..sebegini ujian mu buat mereka di sana..Kami di sini belum engkau uji sebegitu..='(
seterusnya pula adalah luahan rasa seorang muslimat merangkap ibu dan juga isteri perjuang-pejuang palestine..
----------------------------------------------------------------------------------

Kami membela Al-Quds,
kami panggil anda semua dan kami tanya,
apakah Al-Quds hanya milik rakyat palestine,
atau milik seluruh umat islam?
mengapa anda diam-diam sahaja?
anak-anak kami pergi meninggalkan kami di pagi hari,
dan kembali di petang hari sebagai SYAHID,
dan kamu hanya menonton mereka di layar televisyen,
apa yang kamu tonton?
mengapa hanya menonton?
Al-Quds dan Al-Aqsa memanggil.
"Wahai anak-anak pelempar batu,
bebaskan aku dari cengkaman Thaghut zionis dan yahudi",
tetapi,apa jawapan kita?
apa jawapan kita ketika Al-Aqsa memanggil kita,
Al-Quds lebih mahal dari roh-roh kami...
Al-Quds lebih mahal dari darah-darah kami..
walaupun roh-roh kita adalah paling mahal bagi kita,
tetapi AL-Quds lebih mahal dari semua itu..
ia lebih mahal dari anak-anak..
dan anak-anak lebih mahal dari roh-roh kita..


sama-samalah kita merenung sejenak...dan berfikir kembali..apakah sumbangan kita kepada mereka..mereka MEMERLUKAN kita....


✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...