Tuesday 17 December 2013

Seseorang Itu ...

Bismillahirrahmanirrahim


Aku mahu menjadi seseorang.
Bukan orang-orang. Seseorang yang mampu tersenyum tatkala ujian menikam. Agar mereka yang lain mampu mengerti bahawa indahnya senyuman disaat teruji.

Aku mahu menjadi seseorang.
Bukan orang-orang. Seseorang yang masih bersyukur biarpun dihimpit kekurangan. Kerana aku mahu mereka merasai nikmatnya ketenangan dalam kesederhanaan.

Aku mahu menjadi seseorang.
Bukan orang-orang. Seseorang yang mampu memberi apapun. Meskipun hanya secebis harapan & senyuman. Kerana aku mengerti bahawa manusia seperti juga aku, menagih sebuah harapan & semangat dalam menuju menggapai sebuah impian.

Aku mahu menjadi seseorang.
Bukan orang-orang. Seseorang yang layak mengasihi, menyayangi & mencintai apapun ada disekelilingiku. Sehinggapun jika aku dibenci kerana aku tahu bahawa kasih sayang adalah nadi buat mereka untuk terus melangkah.

Aku mahu menjadi seseorang.
Bukan orang-orang. Seorang sahabat buat sahabatnya yang lain. Seorang sahabat yang mampu menilik 1001 rahsia kedukaan yang di pendam disebalik kerlipan redup matanya tatkala sahabatnya tak mampu bersuara.
Seorang sahabat yang bisa mendengar bisikan hati tatkala sahabatnya tak mampu berbicara walau sebaris kata. Seorang sahabat yang bisa memegang erat tangan sahabatnya ketika sama-sama meniti di atas titian menuju jannah.

Aku mahu menjadi seseorang.
Bukan orang-orang. Seorang anak buat ibu ayah & cikgu. Seorang anak yang dapat menginfakkan manfaat buat mereka di akhirat kelak. Agar kesemua mereka tergolong dikalangan hamba-Nya yang bakal mengatur langkah kebahagiaan di atas titian menuju syurga bersama sebuah senyuman ketenangan.

Aku mahu menjadi seseorang.
Bukan orang-orang. Seorang isteri buat seorang suami. Seorang isteri solehah yang bisa membawa si suami berada dikalangan mereka yang soleh.
Tergolong di dalam keramaian bapa mithali & hamba yang tawadu' di syurga nanti. Kerana aku mahu dia merasa kemanisan itu. Jika bukan di dunia, Insha Allah di syurga sana.

Aku mahu menjadi seseorang.
Bukan orang-orang. Seorang hamba yang sentiasa merasa hina di hadapan Tuhannya. Seseorang yang tidak lokek mengalirkan air mata di atas tikar keinsafan. Seorang hamba yang tak akan pernah takut untuk kehilangan apa kerana Tuhannya. Seseorang yang bila matinya nanti, mampu menghidupkan jiwa mereka yang masih bernyawa.

Aku bercita-cita menjadi seseorang. Seseorang yang Dia kenali meskipun tiada siapa pun pernah mendengar derap langkahku hatta hembus nafasku tatkala jantungku masih rapi berdegup.

Cita-cita engkau biar tinggi
Biarlah bukan hari ini
Insha Allah suatu hari nanti
Meskipun ada yang kata, 'eh, boleh ke ni??'
Ini antara aku & Ilahi.

Meskipun nanti engkau sepi seorang
Terduduk tersimpuh di atas tikar mengkuang
Walaupun tiada siapa yang datang
Ingatlah bahawa Allah tidak pernah berhenti menyayang.

Aku dihambat perasaan pedih cemburu
Cemburu pada mereka yang sudah layak menghidu harum syurga-Mu
Malu sekali  ibadahku tidak berlagu
Adakah aku layak bertemu-Mu?
Allah, terimalah aku..

Aku rindu
Rindu ingin melihat wajah-Mu
Walau hanya sekilas mampu
Wajah yang selalu bersamaku tak kira ketika aku tersenyum atau menangis sedu
Tetapi adakah aku mampu
Ya Rabbi, ampuni aku..

Biar darah jadi baja
Biar tulangku menjadi tonggaknya
Islam tetap di puncak
Biar imanku terus melonjak

Aku tegar 
Aku rela
Sekalipun aku dihenyak 

Burung-burung hijau terbang
Ruhku tenang melayang
Syurga firdausi menungguku datang 
Bidadari pun tersenyum
Merindu cumbu harum 
Di saat cinta mekarku bercantum

Pergiku tak kembali
Kerana memburu nikmat syurgawi
Itulah yang hakiki itu yang abadi
Dan ku tidak mati
Bahkan hidup dengan rezki Ilahi

Kejayaan
Kebahagiaan
Bintang syuhada yang dirindukan

Datang datanglah wahai syahid 
Dambaan mujahid
Aku relakan sakit yang sedikit

Dari tahanan sementara
Biar aku nestapa
Dan jika Dia mengizinkan,
aku mahu menjadi seseorang itu. Seseorang buat seseorang yang lain. Seseorang itu yang bukan lagi bergelar orang-orang ini yang hanya mampu bergerak ke sana & ke mari apabila dihembus angin.
Moga Allah redha.







✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Sunday 8 December 2013

Ikhlas dalam menerima ..



Teguran yg baik, kita ambil dan hadam . Bersyukur lah anda masih boleh menerima teguran .

Jika anda berkecil hati dengan teguran, bersyukur juga . Itu tanda hati anda masih hidup . Kecil hati kerana ego . Maka, rendahkan lah ego .

---》perwatakan yg diguna selama hmpir 19thun . Blh diubah dgn mujahadah . Maka kenali sahabat dengan sebaiknya . Jangan kita menjadi pencetus fitnah untuk sahabat. 

Ingat! Jangan hanya kerana satu kesalahan,kita membenci seseorang itu habis-habisan ~

Boleh jadi semasa kamu memikirkan 10 kejahatannya..
orang yang kamu benci itu sedang mengingati 20 kebaikan kamu..
Lalu, dia berdoa untuk kebaikanmu..mana tau kan?kuasa Allah 


"SAHABAT ke NERAKA mudah DICARI ... SAHABAT ke SYURGA sukar DITEMUI .. "






✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Monday 4 November 2013

Kembara Dhuha



Bismillah .. Assalamualaikum :) Alhamdulillah berkesempatan mencoret kenangan kembara dhuha kami di blog ini. Rindu untuk selalu update blog .. Alhamdulillah cuti yang panjang ini memberi banyak kenangan dan hati yang kosong makin terisi. Terima kasih sahabat semua.Indahnya perkenalan kita. Semoga ini menjadi titik persahabatan kita hingga ke syurgaNYA.Cuti kali ini rasa benar-benar dimanfaatkan berbanding sebelum-sebelum ini. Terima kasih Ya Allah diatas kesedaran ini. 

Nak dimulakan cerita,lepas subuh Aqilah dan Izzah serbu bilik najah dengan zati .. ingatkan nak buat apa rupanya nak ajak pergi jogging sekeliling kampung. Mula-mula tu rasa malasnyaaa... dah la lepas subuh.. kompom-kompom la katil memanggil untuk sambung tidur.. Tapi macam mana ntah kami dua setuju nak ikut.. Siap-siap bagai.. turun la berkumpul. Alhamdulillah dalam 18 orang jugak yang berjaya menyahut seruan Aqilah :) Sebelum berangkat kami warming up dulu dengan lagu-lagu nasyid tradisi :D "Demi Matahari,Doa Dhuha,Lagu jihad"

Semua Dah ready? okay kitaorang pun mula bergerak dengan perasaan excitednya meneroka kawasan kampung. First time jogging keluar kawasan AMK :) excited ok ! Tapi start dari awal sampai la balik saya rasa saya jalan kaki lenggang kangkong je yang lain semangat betul lari :p tapi bila rasa nak tertinggal tu memang pecut la kan . Jalan punya jalan sampai la ke satu persimpangan.. Kami hilang arah ! tak tahu jalan :D tapi sebenarnya saya ingat je saje nak test diaorg.. hihi maaf semua~ Sampai la kami di kandang kuda.. Yeahhhh bulatan gembira di tepi ladang kuda :D pengalaman yang terbaik ! Perkongsian yang menarik dari sahabat-sahabat mengenai matlamat . 

"Hidup ini,kita mesti ada matlamat,bukan main redah je" :)
Biarlah gambar bercerita tentang kembara kami :
















Alhamdulillah pengembaraan sudah tamat . Tiba masa untuk pulang. Bila balik kami sarapan pagi sama-sama.. Ada orang belanja roti canaiii dengan roti kaya dan tuna :D nyum nyum.. terima kasih awop awop.. sedapp sangat awop masak , huehue :p Tak berkesan jogging kami bila balik makan roti canai ! adoii lemak bergumbira la jawapnya..




Sesungguhnya,

Perasaan kasih sayang yang ingin kita bina dalam generasi manusia ialah perasaan ukhuwah kemanusiaan. Kasih sayang ini tertanam dalam hati sanubari setiap insan yang telah dimurnikan oleh seorang ibu yang melahirkan anak. Walaubagaimana pun perasaan kasih sayang yang ada pada anak itu sebenarnya dipusakai dari kedua ibubapa.

Kebahagiaan hidup seorang insan terletak kepada kehadiran kedua ibubapa. Merekalah membentuk peribadi mulia anak hingga terbinanya perasaan kasih sayang antara ibubapa dengan anak yang akan menjadinya mengenali perasaan yang sama terhadap sesama manusia. Pengenalan kepada suasana kasih sayang dengan orang di sekelilingnya akan dimurnikan atau ditarbiah oleh Islam iaitu wahyu dari Zat yang Maha Pencipta maka akan membawa anak itu untuk mengenali felosofi ukhuwah kemanusiaan.

Hidupnya seorang insan wajar mengenali perasaan kasih sayang kerana manusia  adalah makhluk bersosial maka memerlukan kehadiran orang lain. Perasaan kasih sayang perlu dalam perlaksanaan aktiviti seharian  yang membabitkan  perlaksanaan beberapa tugas  yang tertentu  bagi memenuhi tanggungjawab kepada diri dan tanggungjawab kepada manusia lain. 

Sekian berita melaporkan aktiviti pagi itu :) Semoga kenangan ini tersimpan di lubuk hati kita ye .. Wasalam alaik . Terima kasih semua.. Sayang awopp 









✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Saturday 19 October 2013

PERASAN TAK ??



PERASAN TAK ?? 

(Mgkin ulangan bg sesetengah org..tp xpa baguih utk Reminder..!!)

PERASAN TAK?...Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke StarHill, MegaMall dan seangkatan dengannya...

PERASAN TAK?...30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen...
...
PERASAN TAK?...Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung...

PERASAN TAK?...Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan...

PERASAN TAK?...Betapa seronoknya mendengar seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak, tapi betapa bosannya bila imam solat terawih bulan Ramadhan lama dan panjang...

PERASAN TAK?...Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah...

PERASAN TAK?...Orang berebut depan untuk menonton bola dan konsert, tapi berebut saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar....
Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu 
2. Kata-kata 
3. Kesempatan

Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg :
1. Kemarahan 
2. Keangkuhan
3. Dendam ..

Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang :
1. Harapan 
2. Keikhlasan 
3. Kejujuran

Ada 3 Hal yg paling berharga :
1. Kasih Sayang ..
2. Cinta 
3. Kebaikan

Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :
1. Kekayaan ..
2. Kejayaan 
3. Mimpi 

Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :
1. Komitmen 
2. Ketulusan 
3. Kerja keras 

Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
1. Tekad 
2. Kemahuan 
3. Fokus ..

Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki ..
2. Umur 
3. Jodoh 

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :
1. Tua 
2. Sakit 
3. Kematian

"Pengorbanan itu kunci cinta kita terhadap Allah, Dan setiap pengorbanan itu memerlukan perancangan. Atur Hidup . Biar gagah dengan cintaNYA,Bukan lembik dek layan Cinta Dunia . "









✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Sunday 13 October 2013

jatuh Cinta?



Muslimah solehah jatuh Cinta?

Tiada yang pelik, mereka juga adalah manusia.
Bukankah cinta itu adalah fitrah manusia?

Tapi layakkah muslimah solehah jatuh cinta?

Mereka juga punya hati dan rasa.
Tetapi tahukah kalian betapa berbezanya mereka ketika cinta seorang lelaki menyapa hatinya? 

Tiada senyuman bahagia, tiada rona malu di wajah, tiada perasaan suka di dada. Namun sebaliknya.

Ketika muslimah jatuh cinta,
yang mereka rasakan adalah penyesalan yang amat sangat,
atas sebuah hijab yang tersingkap.

Ketika lelaki yang tak halal baginya,
bergelayut dalam alam fikirannya, yang mereka rasakan adalah ketakutan yang begitu besar akan cinta yang tidak lagi suci

Ketika rasa rindu mulai bermain di hatinya,
yang mereka rasakan adalah kesedihan yang tak terperi akan sebuah rasa yang tak semestinya. Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu. Yang ada adalah malam-malam yang dipenuhi air mata penyesalan atas cinta-Nya yang ternodai. Yang ada adalah kegelisahan, kerana rasa yang salah arah. Yang ada adalah penderitaan akan hati yang mulai sakit.

Ketika muslimah jatuh cinta,
bukan harapan untuk bertemu yang mereka nantikan, tapi yang ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauh dari orang tersebut. Tiada kata-kata cinta dan rayuan. Yang ada adalah kekhuatiran yang amat sangat, akan hati yang mulai merindukan lelaki yang belum halal ataupun mungkin yang tak akan pernah halal baginya.

Ketika mereka jatuh cinta
maka perhatikanlah, kegelisahan di hatinya yang tidak mampu lagi memberikan ketenangan di wajahnya yang dulu teduh. Mereka akan terus berusaha mematikan rasa itu bagaimanapun caranya. Bahkan jika cinta dia harus menghilang, maka itu pun akan dilakukan.

Alangkah kasihannya jika muslimah jatuh cinta,
kerana yang ada adalah penderitaan. 

Tetapi saudari, bersabarlah.
Jadikan ini ujian dari Rabbmu. Matikan rasa itu secepatnya. Pasang tembok pembatas antara kau dan dia. Pasangkan duri dalam hatimu, agar rasa itu tidak tumbuh bersemai. Cuci dengan air mata penyesalan akan hijab yang sempat tersingkap. Putarkan balik kemudi hatimu, agar rasa itu tetap terarah hanya padaNya. Pupuskan rasa rindu padanya dan kembalikan dalam hatimu rasa rindu akan cinta Rabbmu.

Saudari, janganlah khuatir kau akan kehilangan cintanya. Kerana jika memang kalian ditakdirkan bersama, maka tak akan ada yang dapat mencegah kalian bersatu.

Tetapi ketahuilah,
bagaimana pun usaha kalian untuk bersatu, jika Allah tidak menghendakinya, 
maka tidak akan boleh kalian bersatu.

Saudari, bersabarlah.
Biarkan Allah yang mengaturnya. Maka yakinlah, semuanya akan baik-baik sahaja. Semuanya akan indah pada waktunya.


"Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-sinar ,tetapi tidak melihat apa-apa"















✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Tuesday 8 October 2013

Merindui mereka :'(


Teringat pesanan ayahanda Man :'(
Wahai anakku,
Antara menangis dan marah - lebih elok memilih yang memilih menangis seorang diri daripada marah pada sahabat yang menyakiti hati engkau.

Sesungguhnya memarahi seseorang itu lebih memakan tenaga dan tidak mententeramkan hati atau memulihkan keadaan. Malah ia akan meninggalkan kesan pada hatimu. Sekurang-kurangnya air mata yang mengalir dapat membasuh jiwa dan membawa sedikit ketenangan. Ketika itu juga berdoalah pada Allah untuk memberi ketenangan dan kekuatan. Serahlah diriku padahnya.

Wahai anakku,
Ingatlah kadangkala sahabatmu perlu merasai kehilanga mu barulah mereka mengerti untuk menghayati mu. Begitulah juga dengan kamu - kamu akan sedar betapa pentingnya sesuatu setelah kamu kehilangannya. Tapi kesemuanya adalah sebahagian daripada warna-warni kehidupan untuk mengingatkan kita pada Allah.

Senyumlah wahai anakku.
Kadangkala kita kena terima hakikat kita tak dapat puaskan hati semua orang. Bila lampu trafik menjadi hijau, ada yang terpaksa henti memberi laluan. Jika tidak berlakulah kemalangan yang tiada siapa yang akan untung melainkan mekanik dan hospital.

Senyum. 

Allahu ~ laju air mata menitis kerana sakitnya merindui suasana yang dahulu. sungguh merindui mereka yang dulunya selalu berada disisiku. Ketawa bersama,menangis bersama,tidur bersama,belajar bersama,makan bersama namun semua itu dulu.. Walau macam-macam yang berada di kotak fikiran masing-masing sekarang ku cuba kuatkan hati bahwa mereka sentiasa ada dihati walau jauh dimata.Aku tak pasti adakah mereka juga terasa kehilangan tapi jujur dihati ini tersentap tiap kali teringat kenangan bersama mereka. Bukan tidak mencuba untuk kembali seperti dulu namun masa tidak mengizinkan.Orang lain tidak akan memahami kerana dia tidak berada disituasi ini :'(  pasrah .

Time study week adalah time yang sangat terasa perbezaannya dengan dulu. Dulu kami study sama-sama,nak ke dewan pun sama-sama.. saling mendoakan.Sangat cemburu bila mereka masih lagi bersama sedangkan aku?bersama orang lain! kejamnya diriku ya rabb :'( maafkan aku sahabat. Ya Allah sungguh merindui mereka :') harap mereka juga ada perasaan yang sama.Paling nak nangis bila terjumpa je mesti salah seorang akan cakap "ukhwah memanggil" allahu~ hanya DIA yang tahu perasaan time tu. Nak nangis nak meraung semua ada tapi still muka cool tak nak diaorg tahu. Jika mereka tersalah anggap dengan kehidupanku sekarang pun aku tak ambil hati lama-lama kerana mereka tak tahu apa yang berlaku sebenarnya.

Orang lain hanya tahu berkata itu dan ini. Namun aku bersyukur kerana punya seorang yang selalu menangis bersamaku kerana kami sama-sama merindui kehidupan kami yang dulu.KAMI NAK JADI NATURE! tapi perjalanan ini masih panjang. Tak usahlah bepaling ke belakang kelak akan membuat kita tidak ikhlas menerima semua ini. Pesanan dia "Jangan menangis walau jasadmu terluka.Allah akan bayar tiap titisan air matamu" :') . Jiwa dia kental sikit berbanding aku yang lembik + lembut ni   -__-'' . Hati kami menangis perit bila tahu ada yang kata ukhwah kami kerana 'jawatan' tapi kami perlu berlagak kuat didepan mereka.Biarlah kami sahaja yang tahu titik permulaan indahnya persahabatan kami.

Maaf sahabat kerana aku sudah berubah dan tidak seperti yang kalian harapkan.Andai kalian tahu bagaimana perasaan ini ~ namun ia hanya harapan yang tinggal harapan.. hanya maaf dan air mata yang dapat diluahkan bila ditanya oleh mereka.Teringat satu malam itu diberi peluang berjumpa dengan dia di surau sesi muhasabah.Hanya air mata dan tangisan yang teresak-esak sahaja yang dapat diberikan.Tak mampu menceritakan bebanan dan kesakitan yang dialami selama ini.Biarlah dia hanya mendengar tangisanku.Serius malam itu sepatah pun tak dapat dikeluarkan melainkan kata maaf dan air mata :'( sungguh merinduimu sahabat...

"Sungguh kasih dan kecintaaku kepada kalian hanya terungkap dengan doa yang menjadi ingatan setiaku kepada kalian.Mana Mungkin aku harus melupakan kalian sedangkan sepanjang suka dan dukaku kalian ada bersamaku.Perjalanan ini tidak akan terhenti walaupun tanpa engkau disisiku.Cukuplah hanya ingatanku dibalas dengan doa dari kalian"









✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Thursday 3 October 2013

Untuk Kita Pendosa


Kita mungkin pernah buat salah 
dalam tugasan yang diberikan 
oleh guru atau pensyarah.

Kita mungkin pernah buat salah
dalam melaksanakan arahan ibu 
dan ayah. 
Ketika baru bertatih di dunia 
kerjaya, mungkin kita banyak buat 
salah. 
Dalam hidup ini, betul dan salah 
adalah lumrah. Kita tidak dapat 
lari daripadanya. Positif pada 
lumrah kehidupan ini akan 
menjadikan kita terus 
bersemangat untuk meneruskan 
langkah, biarpun kita pernah, 
sedang atau akan membuat salah. 
Maka
Jangan buat salah! 

Jangan terlalu kecewa andai 
tersalah. 
Jangan takut nanti salah. 
Jangan ulangi perkara salah. 
Jangan pula merasakan diri tidak 
pernah salah. 
Jangan cepat mengutuk orang 
yang bersalah. 
Jangan mencari-cari pada orang 
lain perbuatannya yang salah.

Biarlah kehidupan ini menjadi sebuah lagenda walaupun tidak tersalin di dalam novel... Biarlah diri sendiri yang memahami jalan yang ingin diikuti walaupun tiada siapa yang menyedarinya... Biarlah segala- galanya menjadi tanda tanya sehinggalah ianya terbukti pada suatu masa nanti... :')

Dosa ibarat virus.

Menjalar dan memusnahkan. Memadamkan pahala dan menggelapkan jiwa.Kerana dosa, kita menjadi malas beribadah. Kita mula berasa jauh dari Allah. Seolah-olah Allah tidak melihat kerja-kerja kita.
Seperti mana kita takut virus menyerang laptop, seperti itu juga seharusnya kita takut jika dosa menyerang jiwa. 


Sabda Rasulullah saw : "Orang yang beriman melihat dosanya umpama gunung yang menghempap.Manakala ahli maksiat pula melihat dosa itu umpama lalat yang hinggap pada hidung."


 Untuk kita pendosa,harapan selalu ada !









✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Tuesday 1 October 2013

Cuba Bertahan :'(


Alhamdulillah selawat serta salam buat jujungan besar Nabi Muhammad saw serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda juga.Final exam untuk semester 3 its over! subhanallah walhamdulillah. Terima kasih diatas segala pertolonganmu pada ku dan sahabat-sahabatku :') Terhutang dengan follower sekalian untuk follow balik.Maaf dehh,saya akan follow awak-awak time saya dah sampai rumah ye :) perghh Sungguh terasa kerinduan terhadap blog ini. 

Hidup berputar 180 darjah! dulu ada masa nak update,sekarang no way kata ustazah wan :) Ya allah,saat ini hati betul-betul patah,rapuh,pedih,sakit dengan apa yang berlaku ini.Sungguh dugaanmu berat namun aku gagahi jua berbekalkan semangat dan kepercayaan dari Keluarga,para sahabat dan murabbi.Cabaran berada jauh dari keluarga!

Serius cemburu melihat kawan-kawan yang lain.Hidup penuh ketenangan,kegembiraan,hidup tidak dibenci orang,hidup hanya dengan mengkritik orang lain,hidup dengan tidak perlu memikirkan orang lain,hidup dengan aman dan mempunyai masa untuk diluangkan bersama sahabat mereka.. allahu.. salahkan perasaan yang aku rasa kini ya Allah?? disetiap waktuku aku sangat berharap aku dapat menjadi seperti mereka..Namun ia sesuatu yang tidak mungkin terjadi.KINI aku hidup bersama air mata..hidupku bersama kritikan orang,hidupku bersama kebencian orang.. Saat diri terasa mahu berputus asa dan berhenti disini sahaja kerana sakitnya sudah tidak tertahan lagi, NAMUN Allah segera menghantar ubatnya :'( allahu~Terima kasih ustaz Hazrul,Ustazah Wan,Ustazah Syukriah,Ustaz Syukri dan semua murobbi diatas kata-kata semangat kalian buat diri ini. Sungguh terasa kembali beransur pulih . 

"Pemimpin adalah hamba kepada orang bawahannya,jika kamu mengeluh itu tandanya kamu tidak ikhlas menerima amanah ini" -Ustazah Syukriah-

Dushh kena kat dahi sendiri.Terlalu banyak yang ustazah beri panduan,nasihat,teguran kepada kami.Alhamdulillah terasa seperti seorang ibu sedang berbicara dengan anak-anaknya..aduhh *laju pulak air mata turun time taip entry ni .. dan yang paling terkesan kata-kata ustazah adalah "Biarlah hanya kita yang merasai pahitnya bagaimana hidup sebagai seorang yang diberi amanah untuk memimpin agar nanti bila kita dipimpin kita tak akan buat pemimpin kita begitu." allahu robbi :') ustazah mengubat jiwa-jiwa kami yang sedang menangis untuk kembali senyum.

Dan mungkin apa yang kita lalui sekarang adalah kafarah dari dosa-dosa kita sebelum ini.Begitu juga dengan siapa kita sekarang? andai kata kita baik jangan mendabik dada! kerana mungkin ianya kerana usaha keras ibu dan ayah kita sewaktu mereka muda dahulu.Dan begitu juga sebaliknya.Oleh itu,berhati-hatilah dalam bermaksiat . Ia mungkin akan menjadi effect pada anak kita nanti.Semasa tu,kita jangan hanya tahu menunding jari menyalahkan anak yang bersalah tapi boleh jadi ia adalah kafarah dari dosa kita bermaksiat sewaktu muda ini. wuarghh sangat sayu time sahabat sampaikan pesanan ustazah ni :'( *semua tertunduk bermuhasabah.. 

Satu kelebihan yang aku perolehi disini ialah,saat air mata jatuh berderai macam air terjun Sungai Tekala, di saat itulah ada tangan yang menyapu air mata ini dan mendapat pelukan yang penuh kasih sayang ! ia bukan hanya dari sahabat seperjuangan malah yang paling terharu ianya juga dilakukan oleh para pensyarah :'( terima kasih kerana memahami kami.Air mata mengalir bersama sampai boleh buat tadahan kalau air tak de nanti.. Sungguh ia membuat kami kuat! dan air mata kembali laju bila teringat kata-kata para asatizah tentang apabila kita menjadi pimpinan.

"Apabila kita menjadi pemimpin,ingatlah : sebelah kaki kita di SYURGA dan sebelah kaki lagi di NERAKA"


Okay,ekoran kelamaan yang amat tidak mengupdate,so entry kali ni nak taip pepanjang sebab tak nak tidur lagi.Esok naik bas tido je la sepanjang perjalanan -_-' Kelantan ----> Perak ? huh! kekejangan mata dibuatnya sebab asyik tutup bukak tutup bukak tetap tak sampai-sampai lagi :D 

Pengalaman yang best dapat kenal dengan senior dari Kelab sukan dan reakrasi HEP UM .. oh senior,thanks for coming.Sweet gler memori kita bersama..huehue serius rindu ok! walaupun kita kos yang jauh berbeza namun ia bukanlah penghalang kan? indahnya bila saling melengkapi. Kadang-kadang terasa lebih best dan enjoy dan selesa berteman dan bersahabat dengan mereka yang bukan aliran agama sebab mereka terima kita apa adanya dan still menerima kekurangan kita.Kalau tak puas hati straight to the point. Bukan Hanya tahu update status,tweet,myspace,insta and lain-lain tu la -_-'

Betul la ustaz cakap yang orang yang belajar agama ni egonya lebih tinggi sebab dia rasa dia dah tahu dah benda tu cuma 'tak nak' amalkan je.Setakat tulis kat fb,eleh budak tadika pun boleh tulis la yang "Ya Allah,di setiap malam aku berdoa agar dia jodohku" puihhh :p haha terbaik ustaz.. saya setuju sangat! memang kena batang hidung la kan.haishh macam-macam la dunia lo ni.And paling best bila Puan Norsham cakap "jawatan ni Allah bagi pinjam je,bila-bila Allah boleh tarik".. huh! saya tabik spring toing2 dekat puan :D

Walaupun hanya 4 hari bersama..terasa sangat kebestsannya *???kebestsannya haha bahasa baru untuk menunjukkan betapa seronoknya tapi bunyi dah macam behsan je?apakah?hewhew 

pssttttt kita bagi gambau je sebagai kenangan . Panjang pulak nak cerita dari hari first sampai hari keempat kan?Kang Kak ekin x boleh bukak mata dah untuk baca sampai habis entry ni *sakit mata please! sakit mata..haha












 Ala baru sedar gambar kat saya sikit ni je,banyak dekat henpon senior..huu~ maaf deyh kak ekin.. nanti kak eiqa bagi baru saya upload ye..huhu Last but not least , dah pukul 3 pagi tak tido lagi sebab duk ralit taip lagi entry *mana tak nya sambil taip sambil duk search pasal The Devil's pool .. hehe memang terbaik la cek habaq kat hang.Giler meroyan kalau dapat pegi berenang kat sana :p

Selamat Pulang ke kampung *buat diri jugak.. Mula sem baru dengan niat baru!


#psssttt : poster ini ini sebahagian tugas kami ! 

"Biarlah HOT kat dunia sebab menjalankan amanah,dari HOT kat neraka sebab buat 'maksiat' "

#sesungguhnyayanghalalitujelasdanyangharamitujelas!











✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...