Sunday 23 December 2012

Saya Tadah Telinga Saya Utk Awak..



Assalamualaikum..setelah beberapa hari kat rumah..baru hari ni teringat dekat belog nih..so rasa mcm nak taip something..tadaaaa! satu pengajaran yang saya dapat dari seorang sahabat..terima kasih sahabatku ituu.. :') sayang awopp..menjadi orang lain itu sangat sakit..aku ingin kembali menjadi dirku..bilakah masa itu???saya berusaha menjadi sahabat yang baik untuk awop tapi saya tak janji saya yang TERbaikk... maafkan saya.. :'(

Untuk menjadi seorang “good listener” atau pendengar yang baik, seseorang perlu melatih diri untuk merenung kata-kata orang lain. Bukan setakat dengar, tetapi renung!
Antara latihan yang paling mujarab adalah dengan merenung ayat-ayat Al-Quran. 
Firman Allah di dalam surah Yunus ayat 24, “Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya) .”
Al-Quran hanya mengandungi 6,666 ayat, tetapi mengandungi petunjuk seluruh sistem kehidupan manusia dan alam. Tidakkah kita berasa pelik apabila Kamus Dewan lebih tebal dari kitab Allah?

Ini adalah kerana Al-Quran memuatkan banyak ayat untuk manusia berfikir. Its compact yet complete(speaking skali skala ye). Dengan berpandukan hadith-hadith nabi, ayat-ayat yang pendek dan padat dapat dihuraikan menjadi sesuatu yang besar, seterusnya menjadi penyelesaian kepada seribu satu macam masalah manusia dan alam.


Sudah tentu, proses merenung Al-Quran perlu dilakukan dengan kaedah yang betul dan berpandukan sumber yang betul. Ia boleh dimulakan dengan membeli sebuah terjemahan bernilai tidak lebih dari RM20.00 di pasaran. Jika bertemu sesuatu yang tidak difahami, rujukkan perlu dilakukan segera.


Kajian juga perlu dilakukan sedikit demi sedikit. Ia bukan novel cinta yang perlu dihabiskan dalam masa satu malam. Ingat, kita sedang melatih minda untuk berfikir. Memadai dengan beberapa ayat setiap hari untuk difikir dan direnung. Itulah proses mendengar yang efektif.
Banyak waktu dan tempat kita luangkan hanya untuk mendengar sebuah petuah tetapi kadangkala kita juga ingin didengar akan sebuah perasaan, kerana mendengar dan ingin didengar satu sikap yang memang kita harus jaga bersama kesuciannya
Banyak peribadi yang baik dan bjaksana berkembang kerana ia didengarkan dan mendengarkan. Hidup itu timbal balik, ada stimulus ada respon. Namun lebih daripada itu, bagaimana kita mampu berbuat lebih untuk membahagiakan sesama kita, salah satunya adalah mendengarkan. Cubalah, maka kita akan mengerti.
"what a wonderful life..."

Percayalah, seseorang yang memelihara hatinya, dakwahnya akan menyusup halus ke dalam hati para pendengarnya. Meski hati pendengarnya keras, pasti akan bergetar, terkesan, tersentak dan tersentap!

Seandainya kedua-dua hati keras (dai'e dan pendengar), maka apa yang membezakan antara dai'e dan pendengar itu hanyalah daie itu petah berpidato, mempunyai kelebihan dalam berucap dibandingkan dengan pendengar yang hanya mendengar.
"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang TIADA DISANGKA-SANGKA." (Ath-Thalaq : 2-3)
Dalam keseronokan hidup ini, cuba sebentar kita tengok dan perhati diri kita. Membelek setiap organ deria yang terpahat kukuh di badan. Kenapa ya Allah ciptakan 2 telinga 1 mulut, bukan sebaliknya? Banyak orang pandai berbicara, banyak buah mulutnya, tetapi tak ahli mendengarkan.



"Seorang pendengar yang baik, lebih cepat mencapai kebijakan hidup daripada yang terlalu sibuk berbicara. Dan satu lagi, mendengar adalah pemberian yang memuliakan sesiapa pun. Kerana, sebab utama daripada kekecewaan banyak jiwa, adalah rasa kurang bernilai apatah lagi pendapat dan perasaannya tidak didengarkan. Tidak dipedulikan."
Maka, hadiahkanlah telinga kita kepada mereka yang kita cintai dan yang kebahagiaannya penting bagi kita.

Jadilah pembahagia sesama kita.


Dengarkanlah.

Mendengarkan adalah kesediaan hati yang baik. Lambang kemuliaan dan keikhlasan hati seseorang yang suka menghargai. Betapa kasihnya dia, orang lain juga kasih padanya.
Jika kita adalah sahabat kepada seseorang, jadilah sahabat yang baik, apabila ada masalah kitalah orang pertama yang dicari. Walaupun hanya mendengar, itu sudah mampu melegakan hati sahabat yang sedang gundah gelana. Indahnya bersahabat kerana Allah, susah senang dikongsi bersama.

Jika kita ingin menjadi makmum kepada seorang imam. Jadilah sayap kiri kepada seorang khalifah. Menjadi pendengar setia kepada seorang daie. Tulang belakang kepada seorang adam. Memadailah dengan hanya mendengar, bagai secangkir cinta buat penghilang dahaga. Sebuah ikatan kasih buat pengikat, sekuntum sayang buat azimat perangsang diri. Tidak perlu apa-apa lagi.

Jika kita mahu menjadi dai'e yang mampu menggerakkan agama. Sebelum dai'e mahu mad'u mendengar, dai'e perlu lebih dahulu mendengar. Mendengar tanpa menghukum melulu. Penyebab dakwah didengar dan mendengar bukan logiknya ucapan, ianya kerana kesungguhan yang mendalam para dai'e untuk mendengar.

Kitalah yang melagukan lirik-lirik dakwah kepada telinga-telinga pendengar,
Kitalah yang melukis dakwah pada kanvas-kanvas hati manusia yang kosong,
Kitalah yang meneriakkan laungan-laungan dakwah di setiap tempat yang dihuni manusia.


rindu pada mereka..Ya Allah,kuatkanlah aku untuk menghadapi cubaanMU ini..


✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Thursday 20 December 2012

Genggamlah Yang Peduli PadaMU!



Percayailah seseorang...
Yang mampu merasakan kesedihanmu dibalik senyumanmu.
Yang mampu mengerti fikiranmu disaat engkau terdiam.
Yang mampu merasakan kasih sayangmu disaat kemarahanmu.
Kerana dialah yang akan memahami dirimu.

 Terkadang engkau harus berlari jauh...

Agar engkau tahu siapa yang akan datang kepadamu.

Terkadang engau harus berbicara perlahan..
Agar engkau tahu siapa yang masih mahu mendengarkanmu.

 Terkadang engkau harus melibatkan diri kedalam sebuah perbalahan..
Agar engkau tahu siapa yang masih akan membelamu.

 Terkadang engkau harus mencuba mengambil keputusan yang kurang tepat...
Agar engkau tahu siapa yang akan menunjukkanmu keputusan yang benar.

 Terkadang engkau harus melepaskan orang yang sangat engkau sayangi...
Agar engkau tahu apakah dia akan kembali setia di sisimu.


Sesungguhnya...


Ketika kita pergi bersembunyi hanyalah untuk ditemukan.
Ketika kita berjalan jauh hanyalah untuk melihat siapa yang masih setia mengikuti.
Ketika kita menangis agar kita tahu siapa yang dengan ikhlas menghapus air mata kita.

Dan dialah sebenarnya yang masih mempedulikan kita~

Sahabat kau sesungguhnya..temanku dikala suka dan lara..tika ku buntu..diselubungi sendu kau tiupkan ketabahan untuk ku ukir senyuman~


"Ya Allah kau kurniakan lah seorang SAHABAT SEJATI kpdku agar dpt aku menempuhi onak duri dan cabaran didalam perjalanan dakwah menyeru manusia ke jalanMu...Dan dpt menemaniku utk menghadapi dugaan dan cabaran didunia ini...sungguh aku tercari2 siapakah sahabat itu"... :'( Jika benar dia adalah sahabat sejatiku...kau berkatilah hubungan persahabatan yg tlh kami bina ini..dan kekalkanlah kami hingga ke syurga...


♥ Berkata Jujur Yang Membuat Seseorang Itu Menangis Adalah Lebih Baik Daripada Berbohong Yang Membuat Seseorang Itu Tersenyum ♥

"Berkatalah benar walaupun ianya pahit"

Hehe..bermadah pujangga jap...layan je la ye...(mood nak balik rumah!!!) 

i lovee nada!!!!!!



✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Wednesday 19 December 2012

Jika Aku Jatuh Hati !



"Ya Allah jika aku jatuh cinta, 
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
 agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu.


Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati,
 izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
 agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.


 Ya Rabbana, jika aku jatuh hati 
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu.


 Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, 
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu



Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu 
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan 
indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.



 Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu 
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.


 Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu 
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku
 pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu."


_hobi sekarang update blog..sehari tu sekurang-kurangnya 3..huhu..borink_tunggu time nak naik bas sahaja...hati sudah sampai rumah~



✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Bertudung Labuh itu solehah??


Sahabatku..


Buat ukhtiku yang bertudung labuh, jangan sesekali memandang rendah pada wanita yang tidak bertudung labuh. Kerana mungkin jauh di sudut hati mereka, adanya rasa suci ingin bertudung labuh sepertimu..




Dan ukhtiku yang tidak bertudung labuh, doakanlah si pemakai tudung labuh itu untuk terus istiqomah bertudung labuh. InsyaAllah, malaikat akan turut membisikkan keinginan dan kekuatan buat dirimu untuk turut merasai keindahan memakai tudung labuh itu..





#Ketahuilah, bukan semua pemakai tudung labuh itu solehah. Tetapi semestinya wanita solehah itu seorang yang berpakaian menepati syariatNya. 





*Salam penuh cinta dan sayang buat seluruh wanita di dunia. Doakan saya juga bakal sesolehahmu. Dan nanti, bila awak solehah, saya solehah. Kita bakal sama-sama mewarnai dunia dengan wanita solehah. InsyaAllah:)


Hak seorang wanita MUSLIMAH ..


Jangan takut dilabel sebagai "ustazah"..tak salah pun, bahkan mereka yang suka melabel itu yang berfikiran "sempit" dan kurang ilmu tentang hak seorang muslimah :)


.kata-kata ni sebagai penguat jiwa kepada mereka yang bertudung besar & labuh tetapi bukan bidang atau jurusan pendidikan Islam. ramai yang suka "mengejek2" dan mengatakan bahawa tudung labuh atau tudung besar ialah hanya seorang ustazah. 
memang la hakikatnya tidak salah digelar sebegitu, tetapi ingin mengatakan bahawa untuk bertudung besar & labuh, ia adalah hak untuk setiap muslimah. 
jangan takut digelar "ustazah".!!!!!!!!!




✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Menjadi diriku..



Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Kerana diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Wajahku ya memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
atas kelebihanku

terimalah aku, seperti apa adanya
aku hanya insan biasa, tak mungkin sempurna
tetap kubangga, atas apa yang ku punya
setiap waktu kunikmati, anugerah hidup yang kumiliki..







✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Pasrah Segalanya..


Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

C/O:Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci..


✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Monday 17 December 2012

MUTAQ 2012


Assalamualaikum..alhamdulillah..setelah beberapa hari balik dari kem MUTAQ barulah ada masa nak update blog tentang pengalaman kat sana..olalala~ alhamdulillah...dari sana memang dah niat nak sangat update blog tentang ni..akhirnya...wuargghh...satu pengalaman yang tak mungkin dapat kami lupakan..satu pengalaman yang banyak mengajar kami erti kehidupan seorang daie itu sebagaimana..satu perkongsian yang sangat best and kebaboom dari senior-senior and penceramah-penceramah.. terbaikkk woookk.. =D

Terima kasih kepada badan mpp and jtk kolej apium yang sudi mengadakan kem kepimpinan sebegini kepada kami adik-adik sem 2.*wakil pelajar sem 2..cehhhh =P alhamdulillah banyak yang kami pelajari..usaha kalian tidak sia-sia..insyaa Allah..disamping dapat eratkan ukhwah antara batch kami..bukan senang nak join program mcam ni seramai tu..walaupun kita naik bas macam sardin and bertrip2 pulak tuh..tapi itulah namanya "pengalaman mengajar erti kehidupan.."susah payah kita tempuhi bersama..hukhuk

Tempat kem ni memang terbaikkk..uhibbu hazal makan jiddan-jiddan..huh! serius..memang best..tempat yang cantik+cantik+cantik+tenang+ombak rindu*kata mereka lah..huhu walaupun hati sedih gundah gelindah sebab tak dapat mandi..tapi still syukur because berpeluang join program di tempat mcm tu..wahhhh...tak tahu nak cakap macam mana..pokoknya memang enakk banget sih!okay dehh..malas nak story pepanjang..saya just post gambar k..kalau rasa tertarik dengan tempat ni..boleh la rojer-rojer dengan saya..
"AMARAN KERAS..GAMBAR TERSANGAT BANYAK DI BAWAH!"

cantikk kan??

jangan tertipu..ini bukan lautan emas,pic ini telah diedit oleh cik mai comot..

pemandangan dari bilik penginapan kami..
keadaan seperti sardin cap ayam brand..
penunjuk kiblat menjelajah bilik ke bilik..


pengalaman solat asar di tepi pantai..

group "satu hati"
me and nazirah mashamm..
tazkirah berantai..
check point ke 2-ikhtilat!
group ni memang kojenyer bergambar aje..
bangunan tinggi ke langit yang kami cipta*konon je la..
bacaan al-mathurat..
tiba2 2 roomates saya nampak cantik plak..*actually edit sahaja!haha
okay..saya pendek :(
master chef!

makan tengahari..before balik :')
roomates yang mashhamm2.. =P
kami pun nak berangan posing ala-ala poyo gitu..huehue
budak pantai yang sangat nakal..*kejar kami dengan obor2.. :'(



kami satu hati!
last but not least...
mengukir nama dipasir itu wajib lah kan??hukhuk

<3 هذا فقد مني..




✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Saturday 15 December 2012

Berubahlah ..



Cinta Raya Idris dan Yasmin

Assalamualaikum to everyone..today I want story about kisah cinta time raya 2012 di kampong tanjung piandang,perak..antara idris dan yasmin..pewwiittt… =p
 kisah cinta yang menyayat hati apabila berakhirnya ia dengan tragis tapii idok le se’tragis’ ala-ala mendiang puteri Diana tu..hehe

Actually,raya 2012 memang time yang sangat dinanti-nantikan oleh penduduk rumah itu..alhamdulillah raya tahun ni meme meriah..sebab ramai yang balik..walaupun bila ramai, rumah tu dah macam sardin,tapii ia membuatkan rumah itu meriahh dan terasa bahagia gitu..huhu (^__^) bukan selalu dapat rasa kemeriahan raya bersama mereka.. :')

 bila camera dah melekat ditangan..macam biasalah..akan muncullah kekreatifan tu..kuihkuih btw terima kasih kepada cik ena yang jadi photografer time ni..akhirnya dapat kita buat film pendek untuk diaorg..hukhuk eh lupa pulok nak ucap thanks kepada sepupu kami sebab bagi pinjam anak-anak mereka ni untuk jadi model kami..huehue..and kepada pelakon2 sekalian..anda hebatt!! i'm proud with you..hehe
tadaaa...


IDRIS :yeahhh...saya dapat dua bijik kelapa..jom kita minum...sedap nih!rugi sesangat tak dapat minum nanti..susah nak cari kat bandar..so bile dah kat kampung ni...manfaatkan sebanyak mungkin pokok kelapa yang ada..haiyyya...ha..kawan2 air kelapa ni bukan untuk minum je..nak mandi pun boleh tauu..tu pun kalau nak nanti badan kita boleh jadi ala-ala megnet..*melekat-melekit sana sini..
tiba-tiba.........


YASMIN :awakkkkk....betulkah bibik bagitahu saya yang awakk nak putus dengan saya????cakap dengan saya cepat!! betul atau pun tidakk?? =(


IDRIS :haiyaaaa....awakkk lagiii...saya sibuk ni tak nampak ke??haisshhh...kalau bibik dah cakap tu maknanya betul la tu...tak ada apa yang perlu di jelaskan lagi..huh!


YASMIN : tapii knapa awak??sampai hati awak buat saya mcam ni..awak tak sayang pada saya lagi kah??
IDRIS :awakkk,saya memilih jalan ini,kerana saya yakin inilah yang terbaik untuk kita berdua..sampai bila kita mahu teruskan hubungan ini,sedangkan ia dilarang agama..lagipun saya nak bagi awak masa untuk kembali kepada pencinta kita yang abadi..iaitu ALLAH..awakk saya nak awak  tutup aurat..saya tak sanggup menanggung dosa awak nanti..dosa saya pun bertimbun..saya takut dengan azab illahi..berubahlah awak..
YASMIN : ..........................................


YASMIN : jika itu yang awak mahukan,saya redha..saya akan cuba perbaiki diri..saya minta maaf sebab telah banyak menyusahkan awak..saya janji saya akan berubah..terima kasih atas segalanya..
IDRIS :maafkan saya yasmin..jika ada jodoh..adalah..buat masa ini..marilah sama-sama kita perbaiki diri dahulu..ustaz azhar idrus pesan :"Jangan gembira sangat dapat isteri cantik, putih melepak, hidung macam Ferrari, bonet belakang macam lori, kerana kamu tanggung dosa dia dari hujung rambut hingga hujung kaki! "
YASMIN :baiklah idris,saya faham..terima kasih..saya balik dulu..saya takut,semakin lama saya disini..nanti awak akan berubah fikiran..lupakanlah saya walaupun saya pasti tidak dapat lupakan awakk.. . Awak.. IZINKAN saya BERUBAH dulu, tiba masanya nanti saya akan kembali..


IDRIS : Saya FAHAM awak, PERGILAH.. mungkin ujiannya sampai sini saja, tapi JANJI dgn saya.. JANGAN BERUBAH KERANA SAYA tetapi BERUBAHLAH KERANA ALLAH..


YASMIN :terukk sangatkah aku???sampai hati idris buat aku seperti ini...aku tidak sanggup berpisah dengannya..aku keliru..apa yang perlu aku lakukan???


YASMIN : Ya Allah,ampunilah aku...aku tidak mengikut apa yang engkau perintahmu..ampunilah aku...astagfirullah al'azim..aku ingin berubah ke arah yang lebih baik..bantulah aku ya rabb..kuatkanlah aku...


"ya allah.. aku lemah..hapuskanlah dan terangilah
jiwa hitam di jalanku..ampunkanlah aku
 terimalah taubatku..sesungguhnya engkau
maha pengampun dosa..

Ya robbi, izinkanlah aku kembali padamu
walaupun mungkin takkan sempurna
 sebagai hambamu..tapi janjiku..
aku akan berusaha ke arah itu..

berilkanlah aku kesempatan waktu itu..
aku ingin kembali
kembali…kepadaMU..
dan meski aku tak layak
sujud padaMU..

~tamat~
"Wanita yang CANTIK dapat membuka MATA lelaki,   
Wanita yang BAIK dapat membuka HATI lelaki"




✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...