Thursday 12 July 2012

Usaha + Doa + Tawakal ...


Sebuah kisah yang menceritakan tentang tawakal or kebergantungannya  seseorang kepada Allah yang sangat tinggi...tetapi caranya tidak menggambarkan islam yang sebenarnya...
----------------------------------------------------------------------------------------------

Pada suatu hari,di satu kampung...riuh rendah kampung itu denga berita kampung mereka akan banjir tidak lama lagi ekoran hujan yang tidak henti2 menyebabkan air sungai akan  naik dan melimpah...Oleh itu,penduduk kampung semuanya mulai panik dan berkemas-kemas barang untuk berpindah ke tempat yang lebih selamat..KECUALI seorang pak cik tua ini..
Datang seorang budak kecil kpd pak cik itu lalu menegur"kenapakah atok tiak berkemas lagi..tidak lama lagi air sungai akan naik dan kampung ini akan banjir?"
lantas pak cik tua itu menjawab.."tidak mengapa cu,aku menunggu pertolongan dari Allah."
kemudian air sungai sudah mula melimpah dan sikit2 sudah menenggelamkan lantai2 rumah..
kemudian datang pula seorang anak muda berjumpa pak cik itu.."Pak cik marilah kita berpindah ke balai sana kerana lebih selamat.."tetapi pak cik menjawab dengan perkara yang sama.."kamu pergilah nak,aku menunggu pertolongan dari Allah."semakin lama banjir semakin menenggelamkan kampung itu..


pak cik itu memanjat rumahnya dan duduk di atas atap rumahnya..kebetulan lalu sebuah bot.."Pak cik,marilah kami bawa ke dewan atau balai yang lebih selamat dan selesa buat seketika waktu ini.."tetapi pak cik itu tetap dengan pendiriannya untuk menunggu pertolongan dari ALLAH..
----------------------------------------------------------------------------------------------
Itu lah sedikit sedutan kisahnya..apa yg ingin ditegaskan disini ialah umat islam sememangnya dan sepatutnya meletakkan segala kebergantungan kepada Allah..tetapi di dalam islam kita di ajar untuk berusaha...berusaha..berusaha..dan berusaha dgn bersungguh-sungguh dahulu..and then berdoa kepadaNYA..selepas itu barulah bertawakal kepadaNYA..itulah yang di tuntut di dalam islam..
mengikut kisah pak cik itu..dia tidak mempunyai ikhtiar untuk keluar dari masalah banjir itu..sebaliknya hanya beharap Allah akan memberi pertolongan kepadanya..tetapi apakah usahanya???


sama-samalah kita muhasabah diri kembali..sejauh mana kita berusaha untuk mendapat kan sesuatu..
marilah sama-sama kita mengamalkan cara hidup islam yang sebaik-baiknya..salah satu penyebab kemunduran umat islam kini ialah kerana tidak mengamalkan islam secara sempurna in their life..



~Dakwah Kewajipan Setiap Orang~

✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...