Sunday 5 August 2012

F.I.F.A ~Fight Israel Free Al-Quds..


Marilah kita berfikir sejenak wahai sahabat..apakah matlamat utama kita di dunia ini sahabat..menitis air mataku membaca luahan rasa penduduk di sana..pengalaman rakyat malaysia yang menghadirkan diri di bumi palestine itu membuat diriku malu bergelar UMAT ISLAM...islam apakah yang kita seru sahabat?? Quran apakah yang kita IMANI?dimanakah JIHAD yang diminta oleh nabi kesayangan kita,MUHAMMAD S.A.W....renungkanlah sahabat..BANGKITLAH!BUMI ini sudah terlalu tua..yang mengalir di atasnya darah-darah perjuang islam terdahulu..dimanakah kita sebagai penyambung perjuangan ini sahabat?
luahan rasa seorang pemuda palestine..
sama-samalah kita hayati kisah ini.......
------------------------------------------------------------------------------------
Anda datang dari Malaysia?
ya,saya dari Malaysia.
Malaysia negara islam?
ya,malaysia negara islam.
mengapa kamu datang ke sini?
saya datang untuk melihat keadaan disini dan untuk beritahu
keadaan ini kepada orang malaysia,
agar kami dapat membantu kalian.
kalau kamu hanya datang nak tengok kami disini,
lebih baik kamu pulang sahaja ke malaysia.
tiada gunanya kamu
datang ke sini untuk itu.Sudah berapa ramai orang 
yang datang sahaja ke sini ,
ambil gambar dan akhirnya pulang tanpa memberi apa-apa
sumbangan kepada kami.
kami umpama muzium untuk kamu semua datang,
ambil gambar dan bawa pulang ke tempat kamu.
lebih baik kamu pulang ke Malaysia dan beritahu kepada kerajaan kamu
agar datang ke sini dengan bala tentera yang kamu ada 
dan tembak terus kami semua rakyat yang ada di bumi anbiya' ini
 agar
terus syahid dan tak perlu lagi bersusah payah untuk
 cerita dan peningkan kepala memikirkan hal kami di sini... ='(

 Tersentak hati ini mendengar luahan itu...benarkah sampai begitu sekali terlintas di hati kecil mereka di sana..Allahuakhbar..sebegini ujian mu buat mereka di sana..Kami di sini belum engkau uji sebegitu..='(
seterusnya pula adalah luahan rasa seorang muslimat merangkap ibu dan juga isteri perjuang-pejuang palestine..
----------------------------------------------------------------------------------

Kami membela Al-Quds,
kami panggil anda semua dan kami tanya,
apakah Al-Quds hanya milik rakyat palestine,
atau milik seluruh umat islam?
mengapa anda diam-diam sahaja?
anak-anak kami pergi meninggalkan kami di pagi hari,
dan kembali di petang hari sebagai SYAHID,
dan kamu hanya menonton mereka di layar televisyen,
apa yang kamu tonton?
mengapa hanya menonton?
Al-Quds dan Al-Aqsa memanggil.
"Wahai anak-anak pelempar batu,
bebaskan aku dari cengkaman Thaghut zionis dan yahudi",
tetapi,apa jawapan kita?
apa jawapan kita ketika Al-Aqsa memanggil kita,
Al-Quds lebih mahal dari roh-roh kami...
Al-Quds lebih mahal dari darah-darah kami..
walaupun roh-roh kita adalah paling mahal bagi kita,
tetapi AL-Quds lebih mahal dari semua itu..
ia lebih mahal dari anak-anak..
dan anak-anak lebih mahal dari roh-roh kita..


sama-samalah kita merenung sejenak...dan berfikir kembali..apakah sumbangan kita kepada mereka..mereka MEMERLUKAN kita....


✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...