Monday 10 June 2013

Allah Mengajarku Melalui si kecil ini ::



Bismillah,Dikelapangan waktu yang ada ni,terasa ingi berkongsi satu pengalaman yang diperolehi dari seorang sahabat sewaktu dia berada di makkah untuk menunaikan umrah :')

kebetulan sahabat ini ialah YDP MPP di tempat saya belajar,subhanallah indahnya mendapat suatu pengajaran dari Allah meski hanya dari seorang kanak-kanak kecil.

-------------------------------------------------------------
Bismillah,
Jumaat di baitullah degan khutbah dan solat di bawah mentari 45º ini Allah ajar lagi : 

Peluh mencurah seperti mandi melanda para jamaah yang duduk mendengarkan khutbah. Anak kecil(arab) umur 4tahun duduk di sebelahku bersama ayahnya. Aku yang bteduh di bawah kain rida'ku masih lagi terasa bahangnya kepala (macamana la nanti diakhirat, matahari sejengkal diatas kpala). 

Aku offer kpdnya untuk berteduh sama dibawah kain rida. Anak kecil itu menolak. Sekalipun ayahnya juga turut menyuruh ia berteduh dibawah rida ku.Aku tersentap dengan katanya. "Tidak mahu. Saya mahu sama juga seperti ayah"(ayahnya tidak mepunyai apa2 di kepala).

Anak kecil ini mengajar aku apa itu "kasih sayang". Kasihnya seorang anak kecil yang ingin turut merasai kepanasan seperti mana ayahnya. 

اللهم صل على محمد 
*panas manapun, lantai masjidil haram ttap trasa sejuknya tapak kaki tatkala pijak diatasnya.








✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...