Tuesday 20 November 2012

Mr & Mrs Photografer..


Assalamualaikum..pak cik2 mak cik2 semua apa khabar hari ni??hope everything is okay..lutut tu sakit x?kepala pening2 x?ha,kalau sakit2 bagitahu sy..nnt saye tolong callkan polis k..tolong menolong amalan mulia *hewhew Firstly, alhamdulillah sampai detik ini kita masih diberi kesempatan untuk meminjam jasad ini dan stay dapat terus mengabdikan diri buat pencipta..sebenarnya dah lama nak buat entry pasal benda ni..tapi entah..rasa macam banyak bebenor halangannye..tapi Alhamdulillah,akhirnyaaa…wohaaa..
sekarang ni pegi mana2 je tak sah kalau x Nampak orang yang pegang2 camera and klip2 amik gambar..fenomena photographer in my life..huh ! *jelouse sebenarnya..nak jugakk camera besar2 boleh pusing2 tu..gantung pulak kat leher..hehe smart !
 okay..sebenarnya entry ni sy buat after sy research..termasuklah g kat kaunter mr google tuh..jadi if ada sebarang pembetulan..tolong tegur ye..


Okay sekarang ni sangat ramailah orang yang suka ambil2 gambar ni kan*termasuklah sy...sampaikan ada yang jadikan ianya sebagai sumber pendapatan..wahhh mesti buzy kan?especially dapat job untuk wedding..mesti berkuah-kuah ketiak kan..mane idoknyer nak nunggu pengantin posing itu ini..tambah2 time tgh terikkan..hee~*berdasarkan pemerhatian sy pada photografer2 yg sy jumpa lah..
okay persoalannya disini halalkah hasil yang kita peroleh dari kerja itu terutamanya hasil dri job untuk wedding..jom kita tengok antara jawapan2 dari persoalan2 itu..



1)Adakah dibolehkan saya mengambil gambar pengantin perempuan yang sedang disolekkan yang tidak menutup rambut kerana ia diminta oleh pengantin perempuan?

Jawapan: Mengikut Dr. Yusof Al-Qaradhawi, walaupun fotografi harus hukumnya, tapi hukumnya bergantung kepada objek fotografi atau objek yang di ambil oleh jurugambar itu. Jika gambar yang diambil adalah gambar bogel, maka ketika itu hukum fotografi adalah haram. Begitu juga gambar perempuan yang membuka auratnya. Hukum yang kedua, hukum melihat aurat perempuan tanpa keperluan yang darurat (seperti perubatan bagi seorang doktor), maka hukumnya adalah haram. Maka hukum anda mengambil gambar-gambar perempuan yang mendedahkan aurat adalah haram hukumnya. Permintaan pelanggan bukanlah alasan untuk mengharuskan yang haram.

2) Apakah rezeki yang saya terima dari mengambil gambar pengantin sedang disolekkan ini halal?

Jawapan: Tidak halal. Ini kerana mengikut kaedah fiqh, “Al hukum bil wasilah hukmu bil maqosyid” (hukum bagi wasilah adalah hukum dari maksud), ia datang dari kaedah fiqih, “Ma haruma isti’maaluh, haruma ittikhaazuh” (yang haram penggunaannya, haram pula memperolehinya) (Muhamamd al-Zarqa’, syarah qawaid/389).

3) Bagaimana pula dengan hasil rezeki gambar-gambar pengantin perempuan yang menutup aurat penuh? Adakah rezeki yang diterima itu halal?

Jawapan:  Halal. Ia kembali kepada hukum asal fotografi adalah harus dan harus pula rezeki dari foto-foto yang halal.

4) Bolehkan saya menolak jumlah wang gambar pengantin perempuan yang tidak menutup aurat ini daripada keseluruhan wang hasil gambar perkahwinannya? Maknanya saya hanya memakan hasil gambar yang diambil pengantin wanita yang menutup aurat sahaja (memberikan hasil ini sebagai rezeki keluarga) dan hasil gambar yang tidak menutup aurat saya tidak memakannya (iaitu menggunakan hasil itu dengan membeli kamera/filem baru). Contohnya harga pakej gambar ialah RM100. Katakan ada 40 (40%) keping gambar pengantin wanita tidak menutup aurat rambut dan 60 (60%) keping lagi menutup aurat penuh. Jadi saya memberikan rezeki RM60 itu kepada keluarga saya dan RM40 itu saya tidak memakannya (dan menggunakan RM40 utk membeli filem/lensa).

Jawapan: Amalan spt ini sebenarnya tidak pernah dilakukan oleh orang Islam sebelum ini khususnya di zaman salafus-soleh. Mereka berpegang teguh dgn hadis Asy-Syarif, hadis no.6 dalam Matn arba’een anNawawiyah (Matan hadis 40 Imam Nawawi) dari Nu’man bin Bashir yang dikeluarkan oleh Dua Sahih Bukhari-Muslim, “Sesungguhnya yang Halal itu jelas, yang haram itu jelas dan di antara keduanya banyak perkara syubahah (samar-samar) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.” Maksudnya jika kita melakukan begitu, cuba membuat perakaunan (accounting) ini dari sumber halal dan ini dari sumber haram, ini kerana kita takut accounting itu tidak tepat dan masih ada yang syubahah. Lagipun dalam tubuh orang Islam itu tidak berhimpun sifat halal dan haram serta syubahah. Dia hanya mengutamakan halal bayyin dalam semua urusan hidupnya. Dalilnya:

“Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya.” (Quran 33:04)”

Maksud ayat ini, orang Islam dia hanya ada satu buah hati, ada satu pilihan, hanya memilih yang halal sahaja dan menjauhi syubahah apatah lagi yang haram dalam urusan hidupnya.
Islam tu mudah tapi jangan ambil mudah tentang Islam. Mencari yang halal itu wajib bagi umat Islam.



Ingat semua:

Gambar yang anda ambil,tanggungjawab anda!selagi gambar yang haram berada di dalam camera atau album kita..slagi itu dosa terus mengalir..
Kan best if kita jadi photographer yang betul2 mementingkan syariat..indahnya hidup bersyariat..and kan lagi2 best kalau semua pengantin mcm mereka..kan senang keje..


Ya Allah,kecantikkanku hanya untuk suamiku..hewhew
imam muda hassan and ulfah..wink2 cantiknyerrr isteri mungg...
ustaz don and husna..ustaz kebaboomm..

alolo sweet btul korang erk..moga bahagia dehh..
yeahh Dena and ariff..hukhuk "love after marriage"
Hilal Asyraf and masyitah..
Ha u all..kan sejukkk je hati memandang pasangan2 di atas..btul x??so nak amik job tu..pikir2 la ye...nak tambah saham sebelah kiri atau kanan..
But for your information kan..sy pun mmg suke photografer2 ni..al maklumlah bile hidup kita ni dah dikelilingi oleh mereka2 kan..tambah2 pak tam i and anak-anak nyer tambah pulak anak-anak sedara yang lain*cousins I la kan..huh mmg best! Ble kami ade wedding je x yah susah2..diaorg ada ..yang penting and utama dapat save duit ! holaahh..pastu x lah malu2 nak posing kan..sbb family sndri..tapi idok le over2 pulak kan..masih ada batas..paling syiookkk ble raye or kenduri2 kan..i concer la diaorg punyer canon2 tu..hehe dapatlah oden berangan2..huehue


ha..nnt waktu hantaran saya nak ini di dalam list ye.. boleh? haha 

✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...