Thursday 29 November 2012

Kahwin bukan senang ??



Ya, memang mudah nikah. Cukup sahaja rukunnya, sahlah seseorang itu menjadi isteri.


Ramai yang berangan-angan akan hari perkahwinannya

. Kala dia disatukan dengan manusia yang dicintainya.


Tetapi diri perlu beringat yang hidup tidak berakhir selepas akad. Rumahtangga pula banyak pancarobanya.



Kerana itu persediaan perlulah digerakkan. Jangan pandai berangan semata-mata. Kita akan dipertanggungjawabkan.bukan sahaja makan minum, tetapi juga ketaatan keluarga dalam beragama. Kerana itulah Allah SWT berpesan: "Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka." Surah At-Tahrim ayat 6.



Sebab itu periksalah diri dari segi rohani kita, mental dan emosi kita, dan kemampuan menyara hidup kita. Kahwin bukan suka-suka. Rumahtangga kita adalah asas kepada kekuatan ummah sebenarnya.



Tambahan, kahwin sehari sahaja. Rumahtangga kalau boleh kita mahu hingga ke syurga sana.


_hilal asyraf_langit illahi

✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...