Monday 17 February 2014

Dia Sahabat Bukan Malaikat !


Kata Dia

Dia cuma sahabat 
Dia bukan malaikat 
Maka hargai masa lapangnya.
Fahami waktu sibuk sendirian dia.
Seperti dirimu,
dia juga punya rasa punya jiwa.
Ada waktunya, mudah terluka.
Maka pelihara aib dia.



Tika dia sedang berusaha perbaiki dirinya.
Kerana dalam bisu bicara dia.
Mungkin kau benar benar asbab kekuatan jiwanya.
Mungkin doanya lebih banyak untuk kebaikanmu.
Dalam sujud sujud rahsia dia.
Dengan Tuhannya.



Maka selami kerisauan dan ketakutan dia.
Pada sinar matanya.
Mungkin dalam kebisuan bicara.
Mata dan sentuhannya punya lebih makna.
Jangan kerana satu kesilapan dia.
Kau hukum dan lupakan kebaikannya.
Jangan begitu sayang.
Kerana doanya untukmu sentiasa ada.
Mohon lindungan Tuhanmu.



Maka ketika dia ingin berbicara.
Dengarkan, luangkan waktu untuknya.
Mungkin dia banyak meluah dengan airmata.
Bila kau tiada.
Kerana dia manusia.
Bukan kau saja yang ingin bercerita.
Tapi dia juga.
Pasti punya kisah duka gembira.
Untuk dikongsi bersama.



Maka jangan kau harapkan sempurna dia.
Untuk sentiasa ceria gembira.
Untuk tertawa tanpa bermasam muka.
Bila kau tak pernah mahu tahu hatinya.
Kerana dia cuma sahabat, bukan malaikat.



Ambil masa.
Genggam tangannya.
Seka airmata ketakutannya.
Bisikkan pada dia,
Tika Musa takut bertemu Firaun.
Dia berdoa, minta dikurnikan teman.
Dia tak sedirian bila Allah datangkan Harun.
Maka andai aku ini Musa, semoga kau adalah Harunku.



Buat seseorang,
Kau pasti tahu kau adalah maksudku.
Kerana katamu,cuma aku sahabat hatimu.
Uhibbuki fillah.








✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

3 comments:

Syira Lokman said...

nice dear :)

wardahannesa said...

menyentuh kalbu jiwa ;)

Unknown said...

sahabat .

"..cuma aku sahabat hatimu.
Uhibbuki fillah." .sweet .

Btw , nice ! ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...