Wednesday, 19 December 2012

Bertudung Labuh itu solehah??


Sahabatku..


Buat ukhtiku yang bertudung labuh, jangan sesekali memandang rendah pada wanita yang tidak bertudung labuh. Kerana mungkin jauh di sudut hati mereka, adanya rasa suci ingin bertudung labuh sepertimu..




Dan ukhtiku yang tidak bertudung labuh, doakanlah si pemakai tudung labuh itu untuk terus istiqomah bertudung labuh. InsyaAllah, malaikat akan turut membisikkan keinginan dan kekuatan buat dirimu untuk turut merasai keindahan memakai tudung labuh itu..





#Ketahuilah, bukan semua pemakai tudung labuh itu solehah. Tetapi semestinya wanita solehah itu seorang yang berpakaian menepati syariatNya. 





*Salam penuh cinta dan sayang buat seluruh wanita di dunia. Doakan saya juga bakal sesolehahmu. Dan nanti, bila awak solehah, saya solehah. Kita bakal sama-sama mewarnai dunia dengan wanita solehah. InsyaAllah:)


Hak seorang wanita MUSLIMAH ..


Jangan takut dilabel sebagai "ustazah"..tak salah pun, bahkan mereka yang suka melabel itu yang berfikiran "sempit" dan kurang ilmu tentang hak seorang muslimah :)


.kata-kata ni sebagai penguat jiwa kepada mereka yang bertudung besar & labuh tetapi bukan bidang atau jurusan pendidikan Islam. ramai yang suka "mengejek2" dan mengatakan bahawa tudung labuh atau tudung besar ialah hanya seorang ustazah. 
memang la hakikatnya tidak salah digelar sebegitu, tetapi ingin mengatakan bahawa untuk bertudung besar & labuh, ia adalah hak untuk setiap muslimah. 
jangan takut digelar "ustazah".!!!!!!!!!




✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...