Sunday, 23 December 2012

Saya Tadah Telinga Saya Utk Awak..



Assalamualaikum..setelah beberapa hari kat rumah..baru hari ni teringat dekat belog nih..so rasa mcm nak taip something..tadaaaa! satu pengajaran yang saya dapat dari seorang sahabat..terima kasih sahabatku ituu.. :') sayang awopp..menjadi orang lain itu sangat sakit..aku ingin kembali menjadi dirku..bilakah masa itu???saya berusaha menjadi sahabat yang baik untuk awop tapi saya tak janji saya yang TERbaikk... maafkan saya.. :'(

Untuk menjadi seorang “good listener” atau pendengar yang baik, seseorang perlu melatih diri untuk merenung kata-kata orang lain. Bukan setakat dengar, tetapi renung!
Antara latihan yang paling mujarab adalah dengan merenung ayat-ayat Al-Quran. 
Firman Allah di dalam surah Yunus ayat 24, “Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya) .”
Al-Quran hanya mengandungi 6,666 ayat, tetapi mengandungi petunjuk seluruh sistem kehidupan manusia dan alam. Tidakkah kita berasa pelik apabila Kamus Dewan lebih tebal dari kitab Allah?

Ini adalah kerana Al-Quran memuatkan banyak ayat untuk manusia berfikir. Its compact yet complete(speaking skali skala ye). Dengan berpandukan hadith-hadith nabi, ayat-ayat yang pendek dan padat dapat dihuraikan menjadi sesuatu yang besar, seterusnya menjadi penyelesaian kepada seribu satu macam masalah manusia dan alam.


Sudah tentu, proses merenung Al-Quran perlu dilakukan dengan kaedah yang betul dan berpandukan sumber yang betul. Ia boleh dimulakan dengan membeli sebuah terjemahan bernilai tidak lebih dari RM20.00 di pasaran. Jika bertemu sesuatu yang tidak difahami, rujukkan perlu dilakukan segera.


Kajian juga perlu dilakukan sedikit demi sedikit. Ia bukan novel cinta yang perlu dihabiskan dalam masa satu malam. Ingat, kita sedang melatih minda untuk berfikir. Memadai dengan beberapa ayat setiap hari untuk difikir dan direnung. Itulah proses mendengar yang efektif.
Banyak waktu dan tempat kita luangkan hanya untuk mendengar sebuah petuah tetapi kadangkala kita juga ingin didengar akan sebuah perasaan, kerana mendengar dan ingin didengar satu sikap yang memang kita harus jaga bersama kesuciannya
Banyak peribadi yang baik dan bjaksana berkembang kerana ia didengarkan dan mendengarkan. Hidup itu timbal balik, ada stimulus ada respon. Namun lebih daripada itu, bagaimana kita mampu berbuat lebih untuk membahagiakan sesama kita, salah satunya adalah mendengarkan. Cubalah, maka kita akan mengerti.
"what a wonderful life..."

Percayalah, seseorang yang memelihara hatinya, dakwahnya akan menyusup halus ke dalam hati para pendengarnya. Meski hati pendengarnya keras, pasti akan bergetar, terkesan, tersentak dan tersentap!

Seandainya kedua-dua hati keras (dai'e dan pendengar), maka apa yang membezakan antara dai'e dan pendengar itu hanyalah daie itu petah berpidato, mempunyai kelebihan dalam berucap dibandingkan dengan pendengar yang hanya mendengar.
"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang TIADA DISANGKA-SANGKA." (Ath-Thalaq : 2-3)
Dalam keseronokan hidup ini, cuba sebentar kita tengok dan perhati diri kita. Membelek setiap organ deria yang terpahat kukuh di badan. Kenapa ya Allah ciptakan 2 telinga 1 mulut, bukan sebaliknya? Banyak orang pandai berbicara, banyak buah mulutnya, tetapi tak ahli mendengarkan.



"Seorang pendengar yang baik, lebih cepat mencapai kebijakan hidup daripada yang terlalu sibuk berbicara. Dan satu lagi, mendengar adalah pemberian yang memuliakan sesiapa pun. Kerana, sebab utama daripada kekecewaan banyak jiwa, adalah rasa kurang bernilai apatah lagi pendapat dan perasaannya tidak didengarkan. Tidak dipedulikan."
Maka, hadiahkanlah telinga kita kepada mereka yang kita cintai dan yang kebahagiaannya penting bagi kita.

Jadilah pembahagia sesama kita.


Dengarkanlah.

Mendengarkan adalah kesediaan hati yang baik. Lambang kemuliaan dan keikhlasan hati seseorang yang suka menghargai. Betapa kasihnya dia, orang lain juga kasih padanya.
Jika kita adalah sahabat kepada seseorang, jadilah sahabat yang baik, apabila ada masalah kitalah orang pertama yang dicari. Walaupun hanya mendengar, itu sudah mampu melegakan hati sahabat yang sedang gundah gelana. Indahnya bersahabat kerana Allah, susah senang dikongsi bersama.

Jika kita ingin menjadi makmum kepada seorang imam. Jadilah sayap kiri kepada seorang khalifah. Menjadi pendengar setia kepada seorang daie. Tulang belakang kepada seorang adam. Memadailah dengan hanya mendengar, bagai secangkir cinta buat penghilang dahaga. Sebuah ikatan kasih buat pengikat, sekuntum sayang buat azimat perangsang diri. Tidak perlu apa-apa lagi.

Jika kita mahu menjadi dai'e yang mampu menggerakkan agama. Sebelum dai'e mahu mad'u mendengar, dai'e perlu lebih dahulu mendengar. Mendengar tanpa menghukum melulu. Penyebab dakwah didengar dan mendengar bukan logiknya ucapan, ianya kerana kesungguhan yang mendalam para dai'e untuk mendengar.

Kitalah yang melagukan lirik-lirik dakwah kepada telinga-telinga pendengar,
Kitalah yang melukis dakwah pada kanvas-kanvas hati manusia yang kosong,
Kitalah yang meneriakkan laungan-laungan dakwah di setiap tempat yang dihuni manusia.


rindu pada mereka..Ya Allah,kuatkanlah aku untuk menghadapi cubaanMU ini..


✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...