Tuesday, 7 May 2013

Dia Tiada Pengganti !


 Sebaik sahaja mendapat khabar bahawa Tuan Guru Nik Aziz mengundur diri atau menyerahkan mandat kepada timbalannya Dato' Ahmad Yakcop membuatkan saya menitiskan air mata,hati sebak,malam jadi sayu.Sungguh dia pemimpin yang terbaik yang pernah saya jumpa.Dia benar-benar memanfaatkan amanah yang diberi untuk mengubah negeri kelantan dan rakyatnya menjadi luar biasa bagi saya.Sungguh saya kagum dengannya.Dahulunya saya juga pernah memandang serong padanya ekoran hanya mendengar dan menonton apa yang dijaja oleh media tanpa memeriksa sendiri.Namun mata hati saya dibuka ketika saya mula menjejakkan kaki dibumi kelantan.Semakin hari semakin perasaan sayang ini melimpah ruah dibumi itu..pada rakyatnya,pada pentadbirnya,pada suasananya yang penuh dengan ketenangan.

Buangkan lah sebentar perasaan benci anda padanya..kajilah tentang dia.Jika berkesempatan jenguklah ke negeri itu.Insyaa Allah ada terasa diketuk pintu,Berilah kesempatan untuk diri anda mengenali insan ini.. Waktu dapat tahu tuan guru meletakkan jawatannya air mata jernih jatuh berderai, saya tahu betapa beratnya segala yang beliau alami selama ini.Bukanlah bererti saya tidak mengagumi penggantinya Dato' Yakcob, jauh sekali saya yakin dengan keputusan tuan guru itu.Cuma hati saya sebak.Saya terasa terpanah dengan cahaya sejati, jauh disudut hati Dia telah membuktikan sinarnya setelus harapan.Insan ini yang dikatakan sesat,pemecah kesatuan ummah dll,ketahui wahai ummatul islamiah! Insan inilah yang membebaskan sebuah negeri dari kegelapan .


Bersaranya membuat hati-hati tersentap hingga menitis air mata mengenang segala perjuangan beliau.Langit seakan-akan menangis .Terima kasih Ayahanda Tuan Guru Nik Abdul Aziz di atas segala pengorbananmu,air matamu,ketabahanmu,kecekalanmu,kasih sayangmu.. Saya bukan menetap di kelantan jauh sekali anak kelahiran kelantan,saya hanya kelantan celop ! bermastautin di sana tidak sampai dua tahun cukup membuka mata saya bagaimana dia mentadbir negeri itu.Saya sendiri menyaksikan itu semua secara realitinya, dan barulah saya sedari rupanya segala tomahan dan fitnah  yang saya dengar itu hanyalah untuk memburukkannya.

Maaf buat yang tidak senang hati membaca entry ini.Bukan niat saya untuk berkempen memandangkan tempoh kempen sudah pun tamat beberapa hari yang lepas.Kita hanya berbeza fahaman politik tapi kita masih tidak berbeza akidah.Janganlah kita bergaduh sesama kita.Saya hormati pilihan dan hak anda dan saya berharap anda hormati juga pilihan dan hak saya.Senyum dalam redha :') jemputlah baca kisah yang dikongsikan oleh seseorang yang pernah membenci Tuan Guru namun kini dia salah seorang yang menjadi pendokong perjuangan tok guru.Percayalah,Anda tidak akan rugi, baca di 'sini' 


Melihat pintu gerbang ini ketika memasuki Kelantan sudah cukup membuatkan hati rasa sebak. Kelantan sebuah negeri yang mempunyai auranya yang tersendiri. Hanya orang Kelantan dan mereka yang pernah bertandang ke Kelantan sahaja tahu apa rasa disebalik aura ini.



Terlalu susah perjalanan beliau untuk menegakkan syiar Islam di bumi Kelantan. Batu asas telah dibina kukuh, kini masa untuk kita anak Muda  untuk memacu malaysia sebagai sebuah negara Islam yang dicintai oleh Allah SWT.

Selamat bertugas Menteri Besar baru Kelantan.

Mutiara kata dari Tuan Guru:

"Tapak Kaki kita bila sudah keras,pijak paku dan duri pun tidak terasa apa kerana kulitnya sudah keras.Tetapi kalau tapak kaki lembut,terpijak duri sedikit sahaja sudah berdarah.Demikian jugalah hati,kalau sudah keras,tak terasa lagi bersalah jika buat dosa"











✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

5 comments:

Cik Aida™ said...

sayunyaa baca entry ni :')
TGNA terbaik :D

shameel Iskandar said...

Salam alaik.
Saya org kelantan dan saya sendiri amat sedih bila Tuan Guru Nik Aziz mengundur diri dari jawatan MB.

Apa pun TGNA akan dikenang dan disanjung sampai bila2 oleh rakyat Kelantan dan para pencinta islam. Di kenang sebagai politikus dan sebagai ulama yg banyak berjasa.

p/s: doakan juga agar bekas MB Kedah, Ustaz Azizan dianugerahkan kesembuhan oleh Allah.

Siti Zulaikha Shuib said...

insyaAllah penggantinya pon akan cuba yg terbaik.
kita hormat kputusan TGNA walaupon sedih =)

NaJaH RaZaK said...

betul2 >_< insyaa Allah penggantinya pun tidak kurang hebat :) saya pasti akan merindui sentuhan ilmu dari tok guru :')

Merah said...

lot of luv to tok guru...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...