Friday, 24 May 2013

Tahniah and Selamat Datang :)


Assalamu'alaikum. adik-adik sekalian.
Amacam result upu ? InShaaAllah hebat-hebat belaka korang ni :)
Kalau result bagus mahupun teruk, tak semestinya yang bagus itu nikmat dan yang teruk itu ujian. mungkin itu yang sebaliknya. yang pasti, apa yang Allah susunkan memang terbaik. ^^

hm, alang-alang tuu kak najah nak promote sikit. haa. nak tau ape yang kak najah lalui selama ni ?
kak najah sambung belajar kat UM. course Pendidikan Islam . sebab course ni menjadi pilihan ialah kerana memang banyak benefit dia. hee~

 
 Exploring Kelantan :)

Untuk course ni, asasi selama dua tahun. Dua tahun di Kelantan (kampus cawangan : Akademi Pengajian Islam UM).

alang-alang study kat Kelantan. boleh explore negeri yang penuh tarbiyyah dan barakah ni. lagi-lagi UM terletak kat Nilam Puri. dekat dengan Kota Bharu kalau korang nak jalan-jalan. dekat dengan Wakaf Che Yeh kalo nak shopping :P kalau rajin boleh merayau sampai Rantau Panjang. tapi jauh laah kan :) (kak najah salu berjalan hujung minggu.Kadang-kadang lagi dahsyat sampai terkeluar dari Kelantan XD

dan yang paling menguntungkan, sangat banyak majlis-majlis ilmu kat sini. korang boleh jumpe ulama'-ulama' yang bagus-bagus. bukan senang tau nak dapat semua ni. hehee.
dan korang boleh tengok Tulisan Jawi merata-rata :D *oke, yang ni takde kaitan*
 Memanfaatkan Ilmu.

terutama sekali kepada budak-budak yang minat subjek Sains tapi sayang nak tinggalkan subjek agama. course ni sangat sesuai buat anda. lagipun.As budak yang ade asas Bahasa Arab, why not gunekan peluang ni ? lagipun Arabic tu kan bahasa syurga. kite pun sume nak masuk syurga kann ? ^^

korang patut rase bertuah belajar kat sekolah agama. ade budak lain teringin nak masuk course ni, tapi diorang tak amek bahasa arab. jadi. takleh nak mohon. selagi ada peluang ni. manfaatkan laah ilmu Sains dan Bahasa Arab yang ada dalam diri korang tuu. *nasihat dari kawan kak najah yang amik kos ni :D

memang time mule-mule masuk. kak najah sangat risau takleh bawak dengan Bahasa Arab ni. tapi seriously. rasa seronok belajar Bahasa Arab kat sini. lagi-lagi asatizahnya (lecturers) sangat penyayang, mesra dan suka membantu pelajar. :')

Lecturer kat sini sume comel-comel dan sangat berilmu. pakar-pakar semuanya. Pakar Hadith, pakar Linguistik, pakar Bahasa Arab dan  sebagainyee. *kalau nk list memang tak habis*
 Tempoh Study

Asasi : 2 tahun. Degree : 3 tahun.
Total : 5 tahun.
#wow~ lame kann. memang lambat *sikit* laah nak kahwin ! ngee~ >_<

mase yang lame ni memang sangat bagus diisi dengan study. jadi bile ditanya masa muda kita untuk apa ia dihabiskan, kita bolehlah jawab dengan yakin. "saya habiskan masa muda dengan berjihad menuntut ilmu"
seronok sangat belajar kat kelantan. dah lah makanan murah dan sedap. hehee XD

lagi satu, kalo sesape rase nak belajar kat timur tengah tapi takut nak belajar luar negara. amik laah asasi pengajian islam kat kelantan ni. macam me
sir/jordan/morocco kedua. hehee. serambi makkah laah katakan. lagipun area nilam puri ni memang terkenal dgn bahasa arab.

kalau nak tahu lebih sikit boleh search je Asasi Pengajian Islam kat google. hehee.btw untuk batch korang ni ade mengalami serba sedikit perubahan dari tahun sebelumnya.so bersedia untuk cabaran seterusnya untuk batch korang ! :D

kan seronok hidup dengan cabaran ? #FearFactorMode. :P

kalau ade pape nak tanye boleh laah mesej kaknajah kat fb :)


idea asal 'kak zack'







✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

3 comments:

Faeytynn Zayn said...

nnti akak 23 bru kuar..huhuhu bestnye

Noor Mala Shahar said...

semoga berjaya dengan cemerlang....dalam bidang diceburi...

NaJaH RaZaK said...

terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...