Monday, 6 May 2013

Akhirnya,pahit ditelan jua :')


Akhirnya, pahit ditelan jua. 
Tempang pun kena berjalan jua.
Sakit pun kena solat jua.

Apa hikmahnya dari PRU13 ni?
Allah s.w.t. mahu hamba-Nya lebih sabar.
Lebihkan titisan air mata di setiap doa.
Sujud dan tahajjud.
Lebihkan masa untuk Dia.

Peristiwa hari ini pasti dikenang.
Hari ini kita muda.
5 tahun lagi kita dah tua.
Namun perjuangan tetap muda sampai bila-bila.
5 tahun lagi.
Kita akan berjuang tanpa tokoh-tokoh yang ada kini.
Mungkin mereka tidak sempat bersama lagi.

Kalah.
Bukannya tak biasa.
Kalah bukan bermakna rebah.
Bukan bererti mengalah.
Bukan bererti menyerah.
Cuma akur adanya hikmah.
Menang. 
Bukan selamanya akan menang.

Tersungkur hari ini.
Tidak akan mengunci hati.
Tidak pula langkah terhenti.
Tidak pula terkaku matikan diri.
Tersungkur hari ini.
Demi bangkit kembali
pada suatu hari.

La tahzan.
Innallaha ma'ana.

--
Tiada salah untuk menangis.
=(

Kalau kita kalah , kita kena bertenang itu tanda orang yang beriman yang redha dengan segala ketentuan. Memang ada perjuangan ada kalah ada menang.Jika berlaku penipuan ingatlah kita ada akhirat sebagai medan kebenaran. Jangan lupa ada kerajaan yang lebih berkuasa iaini kerajaan Allah s.w.t
'Kita tidak kalah..cuma belum menang "

Subhanallah,Antara dua jadi pilihan dunia yang fana,atau syurga! Sahabat semua,kita ada Allah.Semoga apa yang berlaku tidak sedikit pun melunturkan semangat kita.Kita merancang,DIA juga merancang,NAMUN perancanganNYA jugalah yang TERBAIK!ALLAHU AKHBAR! Insyaa Allah generasi AL-FATEH akan BANGKIT!

Nantikan undian dari kami batch '93'-'97' pada PRU14 nanti!





✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

4 comments:

Siti Zulaikha Shuib said...

Allah knows the best. Kita cuba yang terbaik insyaAllah =)

mazni said...

pru14 kite pasti bangkit dgn semangat anak-2 muda. Ini Kalilah! :)

Angah said...

semoga redha...

NaJaH RaZaK said...

insyaa Allah,aaminn.. :')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...