Assalamualaikum..setelah beberapa hari kat rumah..baru hari ni teringat dekat belog nih..so rasa mcm nak taip something..tadaaaa! satu pengajaran yang saya dapat dari seorang sahabat..terima kasih sahabatku ituu.. :') sayang awopp..menjadi orang lain itu sangat sakit..aku ingin kembali menjadi dirku..bilakah masa itu???saya berusaha menjadi sahabat yang baik untuk awop tapi saya tak janji saya yang TERbaikk... maafkan saya.. :'(
Untuk menjadi seorang “good listener” atau pendengar yang baik,
seseorang perlu melatih diri untuk merenung kata-kata orang lain. Bukan setakat
dengar, tetapi renung!
Antara latihan yang paling mujarab adalah dengan merenung
ayat-ayat Al-Quran.
Firman Allah di dalam surah Yunus ayat 24, “Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya) .”
Al-Quran hanya mengandungi 6,666 ayat, tetapi mengandungi
petunjuk seluruh sistem kehidupan manusia dan alam. Tidakkah kita berasa pelik
apabila Kamus Dewan lebih tebal dari kitab Allah?
Ini adalah kerana Al-Quran memuatkan banyak ayat untuk
manusia berfikir. Its compact yet complete(speaking skali skala ye). Dengan berpandukan hadith-hadith
nabi, ayat-ayat yang pendek dan padat dapat dihuraikan menjadi sesuatu yang
besar, seterusnya menjadi penyelesaian kepada seribu satu macam masalah manusia
dan alam.
Sudah tentu, proses merenung Al-Quran perlu dilakukan dengan
kaedah yang betul dan berpandukan sumber yang betul. Ia boleh dimulakan dengan
membeli sebuah terjemahan bernilai tidak lebih dari RM20.00 di pasaran. Jika
bertemu sesuatu yang tidak difahami, rujukkan perlu dilakukan segera.
Kajian juga perlu dilakukan sedikit demi sedikit. Ia bukan
novel cinta yang perlu dihabiskan dalam masa satu malam. Ingat, kita sedang
melatih minda untuk berfikir. Memadai dengan beberapa ayat setiap hari untuk
difikir dan direnung. Itulah proses mendengar yang efektif.
Banyak waktu dan tempat kita luangkan hanya untuk mendengar
sebuah petuah tetapi kadangkala kita juga ingin didengar akan sebuah perasaan,
kerana mendengar dan ingin didengar satu sikap yang memang kita harus jaga
bersama kesuciannya
Banyak peribadi yang baik dan bjaksana berkembang kerana ia
didengarkan dan mendengarkan. Hidup itu timbal balik, ada stimulus ada respon.
Namun lebih daripada itu, bagaimana kita mampu berbuat lebih untuk
membahagiakan sesama kita, salah satunya adalah mendengarkan. Cubalah, maka
kita akan mengerti.
"what a wonderful life..."
Percayalah, seseorang yang memelihara hatinya, dakwahnya
akan menyusup halus ke dalam hati para pendengarnya. Meski hati pendengarnya
keras, pasti akan bergetar, terkesan, tersentak dan tersentap!
Seandainya kedua-dua hati keras (dai'e dan pendengar), maka
apa yang membezakan antara dai'e dan pendengar itu hanyalah daie itu petah
berpidato, mempunyai kelebihan dalam berucap dibandingkan dengan pendengar yang
hanya mendengar.
"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang TIADA DISANGKA-SANGKA." (Ath-Thalaq : 2-3)
Dalam keseronokan hidup ini, cuba sebentar kita tengok dan
perhati diri kita. Membelek setiap organ deria yang terpahat kukuh di badan.
Kenapa ya Allah ciptakan 2 telinga 1 mulut, bukan sebaliknya? Banyak orang
pandai berbicara, banyak buah mulutnya, tetapi tak ahli mendengarkan.
"Seorang pendengar yang baik, lebih cepat mencapai
kebijakan hidup daripada yang terlalu sibuk berbicara. Dan satu lagi, mendengar
adalah pemberian yang memuliakan sesiapa pun. Kerana, sebab utama daripada
kekecewaan banyak jiwa, adalah rasa kurang bernilai apatah lagi pendapat dan
perasaannya tidak didengarkan. Tidak dipedulikan."
Maka, hadiahkanlah telinga kita kepada mereka yang kita
cintai dan yang kebahagiaannya penting bagi kita.
Jadilah pembahagia sesama kita.
Dengarkanlah.
Mendengarkan adalah kesediaan hati yang baik. Lambang
kemuliaan dan keikhlasan hati seseorang yang suka menghargai. Betapa kasihnya
dia, orang lain juga kasih padanya.
Jika kita adalah sahabat kepada seseorang, jadilah sahabat
yang baik, apabila ada masalah kitalah orang pertama yang dicari. Walaupun
hanya mendengar, itu sudah mampu melegakan hati sahabat yang sedang gundah
gelana. Indahnya bersahabat kerana Allah, susah senang dikongsi bersama.
Jika kita ingin menjadi makmum kepada seorang imam. Jadilah
sayap kiri kepada seorang khalifah. Menjadi pendengar setia kepada seorang
daie. Tulang belakang kepada seorang adam. Memadailah dengan hanya mendengar,
bagai secangkir cinta buat penghilang dahaga. Sebuah ikatan kasih buat
pengikat, sekuntum sayang buat azimat perangsang diri. Tidak perlu apa-apa
lagi.
Jika kita mahu menjadi dai'e yang mampu menggerakkan agama.
Sebelum dai'e mahu mad'u mendengar, dai'e perlu lebih dahulu mendengar.
Mendengar tanpa menghukum melulu. Penyebab dakwah didengar dan mendengar bukan
logiknya ucapan, ianya kerana kesungguhan yang mendalam para dai'e untuk
mendengar.
Kitalah yang melagukan lirik-lirik dakwah kepada
telinga-telinga pendengar,
Kitalah yang melukis dakwah pada kanvas-kanvas hati manusia
yang kosong,
Kitalah yang meneriakkan laungan-laungan dakwah di setiap
tempat yang dihuni manusia.
rindu pada mereka..Ya Allah,kuatkanlah aku untuk menghadapi cubaanMU ini.. |
4 comments:
deep ~
@shafiq insyaa Allah..ia tercetus hasil kesilapan diri :')
alhamdulillah...terima kasih
@Angah alhamdulillah sama-sama..
Post a Comment