Monday 13 May 2013

Mengapa Dia Kembali :'(


Hati sudah tenang sejak sekian lama tanpa gangguan dari sesiapa terutamanya dia,tapi mengapa dia perlu muncul pada saat-saat akhir ini? 

tidak cukup puas lagikah dia menyakitkan perasaan saya dan keluarga.

Tidak cukup lagikah dia menghina saya selama ini.

Tidak cukup lagikah air mata saya yang mengalir menahan kepedihan kerana dia.

Tidak cukupkah?

Mengapa engkau perlu kembali muncul setelah berdiam diri sekian lama.Setelah ketenangan aku miliki.Hidup ini memang kadang kala kita tidak dapat menduga apa yang bakal berlaku dan terjadi.

Sekali lagi air mata ini mengalir :'( tidak sanggup untuk diceritakan kepada umi dan abah kerana tidak mahu mereka risau akan diri ini tapi Ya Rabb,sungguh air mata ini tidak dapat lagi ditahan.Kenapa sangat sakit hati ini ketika dia kembali menghulur salam kemaafan :''(

-----------
Peristiwa dua tahun lalu terimbas kembali sejak tadi.Berlegar-legar difikiran.Meskipun segalanya sudah lama berlalu namun kenapa ia masih sakit Ya Allah.Kuatkanlah hambamu ini.

Bukan dendam yang tersimpan dihati kecil ini tapi secalit luka yang masih belum terubat.Maafkan aku yang tidak dapat memaafkan engkau lagi.Sungguh aku berusaha memaafkan dan melupakan apa yang pernah engkau lakukan namun ia kembali menyakitkan bila ia kembali ke layar ingatan ini.

Diri ini akui bahawa dahulu pada mulanya akulah yang menyebabkan pertelingkahan antara kita berlaku,namun aku memohon maaf atas apa yang berlaku.

Namun hanya engkau yang membawa-bawa kemarahanmu ini hingga 2 tahun berturut-turut.Hingga engkau memalukan aku didepan kawan-kawanku dan kawan-kawanmu :'( engkau mengganggu adik-adik ku.

Tidak cukup dengan itu engkau menghebohkannya pada guru-guru sesuatu yang tidak benar! hingga segelintir guru memandang serong padaku.Pada waktu itu pernahkah engkau fikirkan dimana air muka ku?keluargaku?

Hingga ke saat akhir spm juga aku masih diganggu dengan ugutan-ugutan tidak bermoral engkau.Hingga aku menangis teresak-esak dan tidak dapat fokus pada exam.Selalu engkau membuat aku berfikir.apa salahku pada engkau sehingga sanggup kau buat aku seakan-akan takut pada diri sendiri.Sehingga aku benci kepada lelaki.

Sahabat-sahabat meyakinkan aku bahawa ini ujian dariNYA,untuk aku lebih dekat dengannya.Sungguh ianya benar!Namun,Saat berjauhan dengan keluarga,saat itu adalah sangat sukar kerana kita perlu melalui detik kepahitan seorang diri :'(

Walaupun hakikatnya engkau hanya memainkan mentalku kerana keGILAanmu  kerana cintamu tidak berbalas! CINTA tidak boleh DIPAKSA! 


Aku belajar memaafkan kerana itu sesuatu yang mulia.Namun mungkin belum sepenuhnya.Kerana bila kita betul-betul ikhlas memaafkan seseorang adalah bila kita sudi menerimanya semula sebagai kawan :'(

Belum tiba ikhlas itu dalam hati ini.Maaf! kata-kata akhir dari aku sewaktu engkau menelefon tadi,aku harap tidak akan melukakan perasaan engkau.

"Aku Hormat Pada Engkau,Dan Aku Harap Engkau Hormat Pada Aku"








✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

6 comments:

Little Milyy Shop said...

Bw sini :D
Sabar yer :)
btw comel blog

Alia Ali Ahmad said...

cik najah . kenapa ni ? amboi , ade org gilakan awak smpai dia fitnah awak ? sabar eh ....

Unknown said...

biasalah manusia kan.. tidak lari dari buat kesilapan :'( memang kesabaran tahap tinggi..hee~

Little Milyy Shop said...

Hee . Thanks sudi follow kita :)

Anonymous said...

hurrmmm...najah i think i know who him?? bet0l x??

Unknown said...

yes fauzana.. you're very know who him :'(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...