Friday 10 May 2013

Umii sem akhir nanti kakak nak kawin.Boleh?

gambar hiasan
Perjalanan yang menjadi kenangan indah satu family :) waktu perjalanan pulang selepas menghadiri majlis perkahwinan kawan parents kami.. *dalam kereta.. tengah syiok-syiok layan perasaan tiba-tiba dengar satu suara bercerita tentang kawin,

tiba-tiba kakak terus cakap "umii,sem akhir nanti kakak nak kawin boleh?senior kakak ramai yang kawin masa tahun akhir >_<'' satu kereta gelak.. 

adik-adik mula bising " ada ke orang yang nak dekat awak tu?"hukhuk umi dan abah senyum je *ha,senyum tanda setuju kan.. dah happy time tu tapi tiba-tiba umi bersuara.. "tak payah la,muda lagi..belajar dulu lah..jangan nak merepek"hehe terus muka kakak mencuka..haha sobsob tak dapat izin la gamaknyer.. 

kakak pun tak dapat,macam mana la adik dia ni pulak yang nak dapat..hoho krik krik krik~

KAWIN MUDA? apakah faedahnya?belajar la dulu,kerja la dulu,blablabla....

 setiap orang ada pandangan masing-masingkan.Bagi saya kawin muda ni ada kebaikannya dan ada kekurangannya.Dan saya lebih suka melihat kebaikannya dan kekurangan itu boleh diperbaiki kan?

Berdasarkan apa yang saya perhatikan dunia sekarang ni,sekarang menjadi fenomena kahwin muda ni,malah kawan-kawan saya pun dah ramai jugak yang melangkah ke dunia perkahwinan ni :) so alhamdulillah setakat ni kebaikannya yang terserlah.

Saya setuju bagi siapa pun yang nak kawin pada usia muda ni malah saya mendokongnya tapi pastikan kita betul-betul bersedia nak menghadapi dunia baru ni.

Ingat!kita bukan nak kawin sehari dua je :) 

Saya sendiri pernah cakap dengan umi yang saya nak kawin masa belajar * tu pun kalau ada orang datang ketuk pintu rumah la,haha.. teringat gurauan dari pensyarah saya waktu kelas, beliau nak kawin pada usia yang muda namun tak ada yang nak,tu yang kawin lambat..ni pun alhamdulillah ada yang nak,kalau tak ada?huh! :D adik saya cakap umi  saje je macam tak nak kita kawin muda tapi sebenarnya kalau ada yang datang,umi terima je.heh!

Dalam Kelas tadi,ada seorang sahabat bertanya.
"Doktor rasa sesuai tak kawen muda masa tengah belajar?"

Jawapan Doktor sangat menarik bagi saya.

"Kalau saya ada anak perempuan yang minta kawen masa belajar, akhlaknya bagus, pengurusan dirinya tersusun, hubungan dengan Allah terjaga, saya akan kawenkan dia terus. Lebih lagi kalau satu kelas atau satu universiti. Tapi kalau anak perempuan saya yang minta nak kawen tu, hidupnya dengan TV, akhlaknya entah kemana, solatnya di hujung waktu, tentu saya tak bagi."

"Why?" soal saya dalam hati. Kemudian hati saya jawab kembali, "Yelah. Tak bersedia la tu."

Tapi jawapan Doktor cukup berbeza.

"Kalau anak perempuan saya tu, akhlak tak jaga dan saya bagi dia kawen. What do you expect from her husband? A very good husband? Sedang janji Allah lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Anak perempuan saya belum cukup baik,s aya bimbang dia bawa balik calon yang juga tidak baik."

Jawapan yang ringkas, tapi bermakna buat yang ingin bermuhasabah diri. Saya suka pendekatan Dr Ridhwan.

Antara tip lain yang saya berjaya kaut adalah pesanan Dr pada kami.

"Lepas ni bila u all kawen, ada isteri/suami, then suami/isteri u all buat masalah/sakit.. Benda pertama yang u all kena buat adalah solat taubat. Sebab dosa kita, bulih jadi sebab isteri/suami/anak jadi nakal, tak dengar orang dan sebagainya"

Reflecting. It is the concept. Sebelum kita nak tuduh orang laen salah, kita tengok diri kita sendiri dulu bagaimana. Terbaik tips Dr!


sudahkah bersedia? soalan buat diri dan kawan-kawan yang ada hajat dihati tu hehe :) so dekat sini nak bagi tips sikit dekat para suami tips untuk memujuk isteri yang merajuk..hehe 

duduk bersila depan pintu dan buat macam ni,kompom cair isteri awak tu :D

'klik gambar untuk tengok video'











✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

4 comments:

Faeytynn Zayn said...

memang betul pon ape yg doktor tu cakap

Siti Zulaikha said...

banyak sangat tanggungjawab kalau kawen senanya.
takot pulak bila pikir2.
eh kantoi dah terpikir hehe saya nak blaja abis dulu insyaAllah =)

Unknown said...

betul2.. banyak sangat tanggungjawab.. tapi itu terpulang pada diri individu itu..jika dia sudah siap! go and go..hehe

AKUN said...

Camno nak kawen..remaja skrg ni maleh ke dapur..abis nanti kebulur suami awak..takkan nak makan kat kedai sokmo..rasanya biarlah tamatkan belajar dulu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...