tajuk entry ni sebenarnya dicuri dari satu cerita filipina..best..tgk la ye kat astro bella..pukul 8 pg tauu..hehe promote pulok..Assalamualaikum semua...apa khabar hari ini?iman macam mana?*muhasabah bersama..alhamdulillah sehingga saat ini kita masih dapat menikmati kehidupan yang sangat tenang..aman..penuh kebahagiaan..namun jika ada terselit kesulitan itu..ianya hanyalah sedikit berbanding kenikmatan yang kita peroleh kini..tapiii hati cek ini tiba-tiba tersangat-sangat rindu pada sahabat-sahabat sewaktu belajar di maahad al-mizan..sampai rasa nak nangis 2 hari 3 malam je sebab rindu ni dah membuak-buak..kalau masak dodol tuu..dah menggelegak dah ni tau..rindunya pada kalian..hanya mampu ku kirimkan doa sebagai tanda ingatanku buat kalian..=') *lap air mata..sobsob..
Sekarang semua dah buat haluan masing-masing..kita semua memilih jalan untuk mengejar cita-cita kita..semoga kita mampu mengecapi apa yang diimpikan ye..aamiinn..u all tau x..kalau cek ni rindu sesangat..cek tgk gambar2 kita dulu2 tuu..wuargghhh..*menitis air mata kerinduan yang sekian lama dipendam..rindu nak gaduh-gaduh..rindu nak nangis-nangis..rindu nak gelak-gelak..rindu nak duduk berbincang masalah negara dengan korang..rindu nak tengok+jerit2 time tgk bola walaupun tgk kat skrin yang sgt kecil..btw thanks syukrina sudi seponser skrin tu..hikhik rindu nak tiru-tiru kalau tak siap keje sklh*hehe oden le tu..pokoknya ak rindu semua kenangan kita bersama..
Terima kasih semua atas memories yang tak akan mungkin dilupakan..*kecuali oden hilang ingatan..amaran di bawah ini ada banyak gambar-gambar kita..ameekkk kauuu..*x la banyak mane..saje nak imbas kembali..lapangan kenangan kita..tengok la ye..
"Ya Allah,kiranya RasulMu bersahabat,kurniakanlah jua aku sahabat,tapi biarlah sahabat2 dari lorong yang membenarkanMu seperti kebenaran As-Siddiq..Biarlah sahabat2 dari pintu2 ilmuMu seperti Ali..Ya Allah,kiranya semua itu tidak layak buatku..aku bersyukur dipertemukan sahabat yang satu ini..mungkin pada mereka ada segalanya yang tidak pernah aku selami..mungkin pada mereka letaknya apa yang aku impikan selama ini..tapi jika aku seorang sahabat yang tak menghargai..Kau ampunkanlah dosaku..dan Kau kurniakan KEBAHAGIAAN kepada semua sahabat syurgaku ini.."
"Mengenali kalian merupakan satu anugerah yang Allah berikan kepadaku..Setiap kata-kata kalian membuat aku semakin kuat apabila didatangkan ujian dari yang esa..Ketahuilah bahawa saat ini diriku memerlukan kalian..wahai sahabat..untuk berkongsi suka dan duka yang sedang aku lalui..tetapi aku perlu akur bahawa bukanlah selama-lamanya kita akan bersama kerna satu saat nanti kita akan berpisah jua..satu yang ku pinta dari kalian..doakan diriku ini kuat untuk menghadapi segalanya.."Terima kasih sahabat..sungguh aku sangat merindui kalian semua..tiada seorang pun yang terkecuali..mungkin dulu kita tak rapat..tapi kalian punya tempat tersendiri di hati ku..cewahhhhh...terharu tak??huehue ha..ni bile kte nak buat reunion??ni baru bape bulan x jumpe..sy dah nangis2 tauu..dlu berangan nak tunggu 10 tahun baru buat reunion..biar nanti semua bawak anak berderet..haha tapii skrg x sanggup nak tungguu...lama lagi tuu..cepat-cepat kan ye..hehe..okay sampai sini sahaja..maaf kalau sepanjang perkenalan kita ada yang terguris hati..maaf dehh..Sahabat untill forever insyaAllah untill Jannah..
No comments:
Post a Comment