Tuesday 23 October 2012

Thoriq Ziyad Bin Abdul Kadir..


Assalamualaikum..actually, first time rasa tak tahu nak start dari mana entry kali ni..rasa banyak sangat nak story tentang budak comel tuuu..sejujur-jujurnya daku tersangat kagum dengan umi+abi+budak niii..subhanallah..susah nak mencari sebuah keluarga yang betul-betul penuh dengan cahaya islam di dalam nya..memang la banyakk je kat dunia ni..macam kawan-kawan oden pun,alhamdulillah semuanya dari keluarga yang "sakinah"..tapiii...saya kenal mereka-mereka itu waktu mereka sudah besar gedabak..*eh betul ke penjodoh bilangan tu??hehe..abaikan* tapiii ziyad ni saya ikuti perkembangan dia dari kecil tau,insyaAllah sampai dia besar..*husshh ikuti perkembangan tuu,macam wartawan pulok...first saya tahu pasal budak ini start dari saya letak gambar dia untuk DP facebook saya..tup2 ada seorang sis ni cakap dia kenal budak kat dp saya tu..so start situ sis tu crita macam-macam tentang budak ni..huhu happy ^-^..

*inilah dp facebook saya dulu..

saya suka sesangat dengan family ini..*sumber inspirasi untuk baitul muslim* huehue..first dapat tahu nama dia THORIQ ZIYAD..fuhhh dupdapdupdap jantung saya..hehe bukan ape..nama pahlawan islam tu..baru dengar nama je,rase mcm wauuuu sgt..hehe sebelum ni nama pahlawan itu pernah cek dengar,tapi tak tahu dalam sangat tentang kisah perjuangan dia..so lepas kes ini..saya search+baca buku tentang Thoriq bin ziyad ni..alhamdulillah tahu jugak akhirnya..apa yang saya tahu dan perhatikan..banyak sifat pahlawan itu ada pada si comel ziyad ini..*subhanallah..kagum2..itu jelas menunjukkan bagaimana didikan umi dan abinya..betullah ummi saya pernah cakap..
"Melentur buluh biar dari rebungnya"
~inilah kedua umi dan abi ziyad yang sangat saya kagumi..

beruntung sungguh akhi dan ukhti kerna mempunyai seorang anak yang dari kecil sudah ku lihat kesolehannya..*alhamdulillah..tenang sangat melihat si kecil itu..tahniah juga kerana kalian adalah pasangan yang sangat bahagia..love untill jannah,insyaAllah.. saya sangat suka cara didikan kalian pada ziyad,walaupun kalian masih belajar tapii tidak pernah mengabaikan tanggungjawab pada anak comel itu..


urmmm..yang saya tahu apa yang sama antara si comel ini dengan pahlawan Thoriq itu ialah "HISON"..ziyad sangat suka kuda..kalau dia jumpa kuda je..kaku..Thoriq bin Ziyad juga merupakan pahlawan yang membesar menjadi seorang panglima perang yang hebat.Beliau diajar bermain senjata dan menunggang kuda sejak kecil..

'Apabila Ziyad bertemu "hison"..maka tidak berganjak kakinya..'
~kuda ammu jual sayur pun dia nak naik tauuu..


semoga adik ziyad menjadi anak yang soleh dan pahlawan yang akan mengembalikan kegemilangan islam*aamiinn..

>> IBUBAPA :
Wahai ibubapa, jika hari ini anak-anakmu MELIHAT AGAMA itu KECIL..itu menjadi TANGGUNGJAWABMU untuk menampakkan agama itu BESAR pada anak-anak..tanggungjawab yang mana akan DITANYA oleh Allah kelak..
>> ANAK :
Anak yang mengenang jasa ibubapa dan MEMBALAS BUDI adalah anak-anak yang boleh memberi MANFAAT setelah ibubapa meninggal dunia..jangan bazirkan usiamu di dunia ini, REBUTLAH PELUANG yang masih ada untuk menjadi ANAK YANG SOLEH/SOLEHAH buat ibu dan ayahmu..

Umi ziyad-"Saya masih ingat sehingga kini, semasa saya mengandungkan Muhammad Thoriq Ziyad , saya pernah meminta nasihat dari seorang ukhti (yg sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak pada masa itu), bagaimana untuk saya mendapat dan mendidik anak menjadi anak yang soleh. Kerana saya amat takut jika saya belum bersedia sepenuhnya untuk mendidik anak yang bakal lahir..
Ukhti tersebut berkata, untuk seorang anak menjadi soleh, kita sbgi ibubapa mesti mewujudkan persekitaran yang soleh (biah solehah) buat anak2. Anak membesar sambil belajar daripada persekitaran, lebih banyak daripada belajar dari apa yang kita perkatakan dan ajarkan. Isi rumah kita, akhlak kita, kawan2 kita, jiran kita, tetamu kita dan suasana sekeliling kita, mempengaruhi siapa anak-anak kita kelak..


Dan antara persekitaran yang soleh yang sedia ada dan banyak di bumi Mesir ini adalah majlis-majlis ilmu. Bawalah anak ke majlis ilmu agar anak terbiasa dengan majlis ilmu, suasana di dalamnya, orang yang menghadirinya, penyampainya. InsyaAllah dapat memupuk rasa cinta untuk menghadiri majlis ilmu hingga dewasa..

Untuk anak-anak mencintai majlis ilmu, kita sebagai ibubapalah yang perlu terlebih dahulu mendidik diri kita untuk rasa suka dan mencintai majlis ilmu serta berdamping dengan orang2 soleh. Bermulalah sejak kita masih bujang, mengandungkan anak dan sesudah mempunyai anak..
Dan sekarang saya cuba amalkan seperti apa yang dinasihatkan. Dan saya akan cuba sehingga bila-bila. Semoga anak-anak tumbuh baik menjadi anak yang soleh solehah..
Buat sahabat, marilah kita didik diri untuk hadir ke majlis ilmu. Di Mansurah ini, terlalu banyak peluang yang ada untuk kita menambah ilmu. Contohnya, Madrasah Imam Nawawi anjuran PCM, mengadakan kelas pengajian 3 kali seminggu, yang masanya disesuaikan agar kita boleh menghadirinya tanpa bertindih dgn kelas pengajian di Universiti dan didatangkan tenaga pengajar dari jauh kepada kita semata-mata untuk berkongsi sampaikan ilmu dari para Masyayikh Al-Azhar kepada kita..
Usah kita tunggu pulang ke Malaysia, waktu sudah bekerja, yang tidak pasti lagi jika kita punya masa khusus untuk menuntut ilmu. Dan tidak pasti lagi jika waktu-waktu yg kita khususkan untuk ke majlis ilmu tersebut, tidak bertindih dengan tuntutan kerjaya kita mahupun tuntutan keluarga kita kelak. Rebutlah bersungguh-sungguh peluang keemasan yang ada sekarang..
Saya selalu berpesan kepada diri, usahlah hanya bercita-cita untuk punyai anak soleh solehah jika diri sendiri belum berusaha sedaya upaya untuk menjadi ibubapa yang soleh solehah..


Semoga Allah memberkati usaha ini hingga ke akhirnya. InsyaAllah.."



~teringin nak jumpa ziyad ni..insyaAllah one day~



Alhamdulillah..sampai sini sahaja nak cerita pasal ziyad walaupun banyak lagi nak taip tentang dia..tapi simpan untuk entry lain pulak ye..hehe semoga engkau adalah anak-anak panah islam yang akan membawa kembali cahaya islam ke tempat yang sangat memerlukannya..





✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

4 comments:

Unknown said...

comell :)
suke suke <3..hehe
nak jmpe jugak .;)

Unknown said...

comell kan??tgk sape kacukan mane lah..ada iras2 tuan punyer blog kan??haha kalau x sempat jumpe dye..jumpe thoriq ziyad mai la yekk..hukhuk

AviCenNna said...

comelnya dia..semoga dia menjadi anak yg soleh..insyaAllah

Unknown said...

comel kan?kan? hehe aamiin..insyaa Allah dengan didikan dan persekitarannya,untuk menjadi anak yang soleh boleh dirasai..chaiyok2 ziyad..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...