KENAPA AKU DIUJI?"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
(Surah Al-Ankabut : 2-3)
Ya Allah...berikanlah kepadaku kekuatan dan ketabahan untuk menerima ujian darimu ini..sungguh aku tidak kuat..air mataku hampir kering Ya Allah..aku mohon kau hadirkan keikhlasan ke dalam hatiku untuk melalui semua ini..aku tidak kuat keseorangan..banyaknya hati manusia yang telah aku sakiti..maafkan aku ya rabb..aku lalai dalam menjaga hati sahabat-sahabat ku..aku cuba tapi sekali lagi aku telah melukai hati sahabat syurgaku itu dalam masa yang sama aku mahu menjaga hati sahabat syurgaku yang lain..Ya Allah aku tidak adil buat sahabat-sahabatku..ampuni aku..aku buntu..aku bersalah..Ya Rabbi tunjukkan aku jalan yang terbaik untuk menyelesaikan segala yang berlaku ini..aku ingin segalanya berakhir tanpa ada satu hati pun yang terguris..bantulah aku..
Sahabat..jika aku mampu bahagi-bahagikan hati ini..akan aku bahagikannya sama besar,sama luas,serba sama untuk semua sahabat-sahabatku..insyaAllah aku janji..tapi aku manusia biasa..terkadang aku lalai..aku alpa..aku khilaf..maafkan aku..aku tidak adil buat kalian..aku juga manusia..aku melakukan kesilapan kali ini..maafkan aku..aku tidak sengaja..aku perlu menjaga banyak hati..hatimu,hati yang lain..juga hatiku..aku tahu engkau kecewa..aku juga kecewa..KENAPA UJIAN SEBERAT INI?"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah : 286)
Rasulullah SAW bersabda: “Tidak beriman seseorang kamu, hinggalah dia mencintai saudaranya, sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.” Hadith Muttafaq ‘Alaih.
kehidupan yang kita adalah masa sekarang..kasih sayangku pada kalian adalah sama..kalian semua adalah sahabat syurgaku..kerana utuhnya dasar persahabatan kita itu ialah kerana Allah..Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah..
“Pada hari itu(akhirat) sahabat-sahabat karib, setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).” Surah Az-Zukhruf ayat 67.
No comments:
Post a Comment