Thursday 14 March 2013

Masakan Ummi Masin !



"Alkisah sebuah hidangan isteri"

Ummi saya sangat suka memasak untuk abi dan kami adik-beradik, ummi saya seorang doktor. Ada satu malam, ummi balik sangat kepenatan tapi masih perlu memasak untuk kami dan abi. 

Pada malam itu ummi hanya mampu masak ayam kunyit, sayur kailan ikan masin dan nasi. Tiga hidangan itu diletakkan di atas meja.

Abi meminta diri untuk solat Maghrib sebelum makan. Ketika itu saya mencuba hidangan ummi. Alamak, ayam kunyit terlalu masin, kailan separuh masak dan nasi hangit sedikit!

Namun saya diam.

Selepas Isyak abi menjamu masakan ummi. Sambil makan abi bertanya bagaimana sekolah hari ini.

Ketika makan, ummi memohon maaf pada abi atas masakannya. Tapi abi menjawab, "Sangat sedap sayang. Abang suka semua hidangan ini."

Malam itu sebelum tidur, saya pergi bersalaman dengan abi yang masih di ruang tamu dan bertanya betul ke abi suka masakan ummi tadi.

"Anakku, ummi dah penat sepanjang hari kerja. Hidangan kurang enak tak melukakan abi tapi kata-kata kasar akan menghiris perasaan."

Mendengar kata-kata abi saya tersentak.

Lalu saya masuk bilik dan bersalaman dengan ummi, lantas bertanya, "Ummi rasa abi tadi kata suka masakan ummi, ummi percaya?"

"Anakku, itu tidak penting. Yang penting abi jaga hati ummi dan selepas makan, abi tolong ummi cuci pinggan. Abi kamu itu orang besar tapi benda-benda kecil begini yang buat ummi sentiasa bahagia kerana terasa abi betul-betul sayang pada ummi," jawab ummi.

Itu perkara yang berlaku semasa kecil dan saya mengingatinya hingga ke hari ini.

Abi dan ummi tindak-tanduk mereka menunjukkan mereka menerima kekurangan antara satu sama lain dan meraikan perbezaan tersebut supaya hubungan sentiasa erat dan kukuh. Mereka meraikan segalanya antara mereka dan berusaha bersama untuk memastikan pasangan mereka sentiasa bahagia dan gembira.

Hidup ini terlalu singkat untuk sebarang kekesalan. Sayangi mereka yang melayan kita dengan baik dan kasihanilah pada yang tidak.

Sebuah tulisan untuk renungan bersama :)

malam-malam buta ni la hati nak sebak..sangat merindui ummi dan abah di rumah :'( dah la baru lepas balik dari teman my roomate naik bas.. huh!jenuh cek cover air mata ni..sangat sebak nak berpisah dengan dia.. so tadi memang cover habis la..mana taknye mata dia pun dah berair so kalau dua-dua meleleh bila dia nak balik nye..hehe

Ya Allah berikanku kekuatan untuk menjalani hari-hari disini hingga detik untuk pulang ke rumah tiba :') oh my love parents,family and friends..seriusly i love you all ketat-ketat+mampat-mampat..

"semua orang boleh kata dia sayang,kasih,cinta..tapi mampukah mereka melaksanakannya dengan jujur,ikhlas dan redha..tepuk dada tanya iman :')"








✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

3 comments:

Angah said...

catatan yang menjadi pengajaran...semoga kita diberkati

Broken_jar said...

refleks diri..naaa'a,x mampu lagi jadi sebaik itu :'(

Unknown said...

sama-sama muhasabah bersama :')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...