Thursday 2 May 2013

Result sem 2 keluar sudah :')


Alhamdulillah result untuk sem 2 dah keluar petang tadi.Memang hati terdetik nak on9 lepas asar,tup tup tiba-tiba YDP kitaorang post cakap result dah keluar.So apa lagi laju la tangan pegi tengok.Mula-mula memang laju klik lepas tu cepat-cepat tutup mata and berdoa panjang-panjang dulu,walhal keputusan dah ada depan mata.huh! bila hati dah okay,baru buka mata slow-slow and tengok dengan penuh kesabaran +_+ lepas tu hati kecik jerit alhamdulillah,terima kasih ya Allah.Terima kasih,sujud syukurku padaMU.

Lepas tu je,laju tangan capai telefon and call nazirah.Terus tanya tau tak result dah keluar,so dia kata dia dah lama x on9 sibuk dengan 'kempen' ngehngeh.Tak pe sahabat,saya faham.Teruskan berjuang ye,berapa hari lagi je.So dia suruh saya tengokkan dia punya result *actually saya yang merayu untuk tengokkan haha. Btw alhamdulillah and wauuu for her..terbaikkk! Kami dua memang terkejut dengan result kami sebab sepanjang study week kami memain je keje..kejap je cerita pasal result lepas tu kami pum pang pum pang cerita hal lain.Setengah jam jugak la borak dengan dia :D Bestt!

Alhamdulillah berkat doa parents,family,lecture,friends and my follower.. seriuss bila bukak blog ni terus teringat dekat awak-awak follower saya yang doakan kejayaan saya..terima kasih semua.Alhamdulillah,walaupun tak dapat 4flat tapi alhamdulillah result kali ni better than sem 1 dulu :') walaupun memang kawan-kawan saya ramai yang sangat hebat tapi saya tak kisah!Saya tahu kemampuan saya tapi yang penting saya dapat capai target :) alhamdulillah.Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNYA.

Saya berpegang pada kata-kata dari Prof.Muhaya :

"Kejayaan yang sebenar bukanlah kita lebih hebat dari orang lain,tapi kejayaan yang sebenar ialah kita lebih baik dari sebelum ini"

Saya bersyukur seadanya.Dannnn saya sangat bersyukur sebab result ni keluar time dekat rumah bukan dekat sana.Sebab kalau dekat sana saya jadi stress tau tapi bile dekat rumah rasa tenang sangat.Maybe sebab my ummi and abah bagi support+semangat yang buat hati terus bersyukur.Btw my result tak la gempakk mana just 3.+++ alhamdulillah :) DANNNN kami ex roomate berjaya melepasi target kami yang kami tampal dekat pintu bilik.Serius rindu mereka.Walaupun sebelum tengok result saya telah menitiskan air mata kerana seseorang tapi tidak mengapalah.Saya cuba untuk memahami dia dan saya berharap dia juga memahami saya ^^

"Ya Tuhanku anugerahkan aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMU yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku,dan agar aku mengerjakan kebaikan yang Engkau redhai dan masukkanlah aku ke dalam rahmatMU dan ke dalam golongan hambaMU yang soleh"










✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

8 comments:

Unknown said...

tahniah ya.. alhamdulillah.. :)

Siti Zulaikha said...

congrats!
kejayaan sebenar lebih baik dr sbelumnya =)

Unknown said...

terima kasih semua :)

pencinta_kuciwa said...

wau...tahniah... saya pula berdebar nk tunggu result sy keluar nih.. ^^

Unknown said...

mabruk alaik sayang :)

khai anuar said...

fuhh..tahniah pelajar dekan :D

Unknown said...

terima kasih semua.. btw to khai anuar.. idok le teman layak sampai ke dekan..hewhew :p

khai anuar said...

boleh saja kalau ada rezeki kan? keh3 Insya-Allah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...