Sabda Rasulullah S.A.W. ketika menggali Parit Khandaq :
"Konstantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera" (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyah.
Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary R.A. telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.
Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.
Sedikit Perkongsian mengenai beliau ialah Muhammad al-fateh menaiki tahkta berumur 19 tahun.Cendiakawan ulung pada zamannya ini fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu bahasa arab,latin,greek,serbia,turki,parsi dan hebrew.Beliau seorang yang bersifat tawaduk serta sangat cintakan ulama' dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.Selama dua tahun Muhammad al-fateh mengkaji titik kelemahan Kota Konstantinopel pada setiap malam,dan merangka strategi serta membina pelbagai peralatan perang.
Saya menjadikannya sebagai idola saya sejak saya berada di alam persekolahan menengah lagi.Setiap kali lemah dan rasa putus asa saya akan baca kisahnya,dengar lagunya.Sungguh ia kembali membangkitkan semangat saya.Sungguh anda tidak akan rugi jika mengkaji tentang sejarah kemenangannya dan tenteranya dalam menakluk kota kebal itu..Anda pasti kagum dengan beliau.Sungguh susah atau mungkinkah ada lagi generasi Al-Fateh pada zaman kini?pertanyaan yang tidak memerlukan jawapan.Saya hanya minta kita tanyakan pada diri kita sahaja.Kita tahu jawapannya.Alhamdulillah saya diberi kesempatan untuk berjumpa seorang pakar motivasi dan ustaz begitu pakar dalam sejarah Al-Fateh ini.Beliau juga sering ke Istanbul a.k.a turki untuk mengkaji dan melihat sendiri kesan-kesan peninggalan sejarah penaklukan itu.Hebat!Beliau ialah Encik Syaari Abdul Rahman.Pernah masuk tv and menghasilkan buku tentang al-fateh*saya je yang baru tahu lepas jumpa dia :D Jom kita kaji lagi ^^
sumber dari 'sini'
2 comments:
nnti boleh cerita kan cerita alfateh ni tawan kota constantinople tu la pulak ek. menarik crita ni, =)
@Siti Zulaikha Shuib berminat ke nak tahu? okay2 lepas ni saya share okay..
Post a Comment