Pesan saya utk sahabat2...hargailah ayah anda selagimana dia masih lagi bernafas dibumi ini...teruslah berbakti kpdnya...jgn smpai suatu saat nnti beliau dipanggil utk menghadap illahi...tika itu tiada apa yg kita boleh lakukan hanya dengan mengutuskan doa buatnya disana...dan saat itulah kita kan merindui belaian seorang ayah...kata2nya dan nasihat yang keluar drpd mulutnya..
Walau siapa pun..dan mcm mne buruk sekali pun sikapnya...dia tetap adalah ayah anda...jgn pernah membenci atau mengeluh jika dimarahi olehnya..kerana itulah saat2 yang akan kita rindui saat dia sudah tiada disisi kita... :'( Allahhurabi....hati ini sangat merindui abahku yang kini berada jauh dariku*kat rumah je pun..tapi rindunyaaa..
Ingatlah..apabila matinya seseorang anak adam itu maka terputuslah segala amalannya kecuali 3 perkara...dan salah satunya adalah "doa dari anak yang soleh"... jom sahabat2 kita berusaha utk menjadi anak yang soleh dan solehah...kerana itulah yang akan menjadi saham buat ibu bapa kita di akhirat kelak..
SAYANGILAH AYAH ANDA...KERANA HATI AYAHMU BUKAN BATU...ADA DARAH MERAH DIDALAMNYA...Seorang kawan mengadu, jiwa tersepit dengan sikap bapanya yang panas baran. Dia berhasrat untuk tidak pulang ke rumah selagi ayahnya masih begitu.
Saya hanya diam. Bertafakur bersama ribut Mediterranean yang menggila saat ini. 10 minit kemudian, saya melakar status ini bersama deraian salju air mata.
Demi ALLAH, kamulah insan bertuah kerana punyai insan yang boleh diseru dengan nama ayah.. Saya tidak menafikan sedih anda punyai ayah begitu. Cuma, saya hanya ingin menyatakan, ada insan yang lebih sendu dan rawan hati mereka berbanding ratap hatimu. Sepupu saya tidak sempat menyeru nama ayah diusianya yang sangat muda.. Rawan hatinya, siapa yang tahu.
Hati ayahmu bukan batu.. Ada darah merah di dalamnya. Darah cair yang mudah sejuk dengan layanan bernama Al-Birr.. Ada air kasih sayang yang mengalir di celahan sendinya. Bapamu bukan penggarang yang panas baran. Cuma dia adalah lelaki yang miskin cara untuk menunjukkan kasih dan melontarkan sayang.
Peluklah ia, rasai degupan cinta dari jantung kasihnya, sebelum kamu memeluk tanah merah yang tidak akan melantun kasih, tidak akan meriwayatkan bunyi degupan jantung insan itu lagi. Serulah namanya sebelum namanya diseru ketika talkin dibacakan.
Sungguh, hati yatim ini sangat mudah tersentuh dengan cerita anak yang mudah menghukum seorang ayah yang berkorban selama anak masih hidup.
Ya ALLAH . . . Engkau ampunkanlah dosa dan muliakanlah Ayahku. . . Amin
3 comments:
assalamualaikum nurul...sedih nyer..:)
@Mas Zull waalaikumussalam.. bila baca balik pun rasa sedih jugak..tak hilang lagi sedih ni sma mcm time tulis :')
hee . suka sukaa ^^
Post a Comment