Tuesday 15 January 2013

UMii :'(



Assalamualaikum semua..tulis entry sambil dengar lagu sedih..rasa minggu ni macam minggu motivasi sesangat..ye la,minggu ni sahaja..tiap kali masuk kelas ..pensyarah mesti akan sebut tentang ibu bapa..yang paling tersentuh bila teacher Hanunah cerita tentang pengorbanan seorang ibu..time tu memang cover habis la..padahal mata dah ber'air'+merah je..time tu memang membuak-buak perasaan rindu pada parents kat perak..*gaya belajar luar negara je..tapi kelantan and perak jauh tau.Ya Allah,kuatkan lah aku untuk menghadapi ujian MU ini tanpa mereka disisi.. :'(
tapi aku mesti kuat untuk terus menuntut ilmu..*lap air mata,bak kata teacher :
"seorang ibu tidak mahu apa-apa pun dari anak-anaknya hatta wang ringgit..cukuplah memberikan kepadanya KEJAYAAN"
"Ibu adalah sahabat sejati, hanya ibulah yang
tetap bersama kita dalam semua kesusahan,
kesedihan dan saat tergelap dalam hidup
kita."
so teringat lah peristiwa ini : bila baca..rasa macam...wuarrghhhh...nak balikkkkk,nak peluk umii ketat-ketat+mampat-mampat *air mata jatuh lagi..


Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:

“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ayah kamu.”

Seorang sahabat bernama Jahimah radhiallahu 'anh datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam meminta pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam ekspedisi Jihad.

Rasulullah bertanya: “Adakah kamu masih mempunyai ibu?”

Jahimah menjawab: “Ya.”

Lalu Rasulullah bersabda:
“Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya.”


Di antara ibu dan ayah, ibulah yang lebih berhak untuk menerima perhatian daripada seorang anak. Tidak sekadar itu, ibu memiliki hak tiga kali ganda lebih besar daripada seorang ayah sepertimana terbukti melalui hadis di atas. Syurga juga terletak di bawah kaki ibu, sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis kedua di atas. Selain itu Allah Subhanahu wa Ta‘ala juga telah mengkhususkan beberapa ayat-Nya di dalam al-Qur’an untuk ibu. Ini tidak lain menunjukkan betapa besar dan mulia kedudukan ibu di sisi Allah dalam peranannya melahirkan anak dan membesarkannya. 

Allah Ta'ala berfirman:

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Luqman 31:14]

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. [al-Ahqaf 46:15]

u're the best woman in my life..my mum,my heart,my girlfriend,my bestfriend++++
i love u ummi..forgive me if i have some mistake with you :')




✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

2 comments:

-anidaothman- said...

beruntung kamu masih punya ibu....
HARGAI DIA, HARGAI dia......

taching n3 ni...huhuhuhu
sesungguhnya, hanya allah ja yg maha mengetahui betapa kaknida merindui MAMA di sana...ALFATIHAH

Unknown said...

@-cinta soFiaSafiya- alhamdulillah kak..insyaa Allah..i'll try my best..maaf kak if entry ni buat akak sedih..sama2 kita doakan mama kak ye.. kak knapa saya tak boleh nak pegi blog akak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...