Thursday, 1 August 2013

"Kapal Mana Satu, kak?"


Dengan nama Allah yang Maha Hebat
Selawat serta salam buat Rasulullah saw, ahli keluarga Baginda, para sahabat dan para solehin
Al-fatihah buat mereka yang telah kembali ke rahmatullah.

Teringat sewaktu saya di maahad dulu.
Diajak oleh seorang kakak untuk mengikuti satu halaqah.

Usai sahaja halaqah, dipanggilnya saya untuk duduk berborak berdekatan dengan tiang musolla.
Saya memulakan persoalan " kak, kenapa Islam tu ada banyak jemaah? bukan ke sepatutnya, orang Islam bersatu? kalau banyak jemaah, orang non-muslim nampaklah umat Islam ni tak bersatu..."

Dan, saya totally lupa apa jawapan kakak tu ^^. Tapi, yang saya pasti, selepas itu, dia memanggil seorang sahabat saya yang "hardcore", untuk menjawab segala pertanyaan saya. [Sahabat saya yang kini bakal berada jauh di Mesir menyambung pelajarannya disana]

Dan, saya dipanggil oleh kakak itu pun sebab tindakan saya menyertai pelbagai jemaah menimbulkan sedikit kerisauan di hati mereka. Maklumlah, darah masih muda, sedang membuak-buak nak tambah ilmu agama, tidak lebih daripada itu. Pening kepala juga akak tu nak terangkan kepada saya kenapa tidak boleh bertaadud jemaah, kenapa itu, kenapa ini. Degil juga saya ni,waktu awal-awal nak mengenali erti jemaah, tarbiyah dan sebagainya.

Itu dahulu. 

Sebulan lepas, saya ada berborak dengan seorang sahabat yang baru sahaja beberapa bulan bernikah. Daripada hal rumahtangganya, hinggalah masuk bab jemaah. Apa-apa pun, saya bahagia melihat dia bahagia bersama zaujnya yang soleh. Alhamdulillah,sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah.Beruntunglah kalian dapat kahwin pada usia yang sangat muda begini.okay najah cukup! lari tajuk pulak nanti.hee~

Kata sahabat saya itu, berjemaah ni, macam kita bermazhab. Jemaah apa pun yang kita sertai, usahlah mendabik dada mengatakan kita yang paling syumul. Allah sahaja yang tahu who is the best among the best.
Sama juga dalam kita bermazhab. Imam-imam setiap mazhab tidak pernah cakap mazhab merekalah yang terbaik, tetapi meraikan antara satu sama lain.

Saya raikan pendapatnya. Walaupun dia sudah berlabuh di perhentian lain, dan telah pun menaiki kapal lain, saya harap dia terus istiqamah dengan perjuangan.

Dan, pendapat saya, memanglah setiap jemaah itu punya wasilah tersendiri. Tepuk dada, tanya iman , kita lebih selesa dengan yang mana. Dan, setiap orang punya lubuk pahala yang tersendiri untuk dia kutip pahala banyak-banyak. Allah tahu dan nilai setiap usaha kita , tidak kisahlah dia JIM, ABIM, IKRAM, ISMA, TABLIGH, HIZBUT TAHRIR, dan PAS.

Kalau rasa nak berpolitik, joinlah yang Hijau Putih.
Kalau rasa nak berkhilafah, joinlah yang Hitam Putih.

Yang penting, semua jemaah itu satu matlamatnya, Allah dan Islam.
Kita hanya akan lebih mengenali satu-satu jemaah itu, bila kita sendiri menjadi ahlinya.


Berlapang dada

Mendengar luahan seorang sahabat baru-baru ini sedikit membuatkan hati saya, dan hati kami sebenarnya, marah. Marah yang bertempat sebenarnya.

Moga mereka kuat menghadapi ujian. Dan kita, selain perlu berlapang dada, kena banyakkan doa agar nasrullah sentiasa bersama-sama dengan kita.

Mari beranalogi.

Kita sama-sama mahu menuju satu pulau yang sama. Dan, kita akan berlayar di lautan yang luas, cuma kapal yang kita naiki berbeza-beza dan laluan kita juga berbeza. Tapi, kompas yang kita guna untuk perlayaran sama.

Pulau yang sama itu, Allah. Kita semua menuju kepada Dia, bukan yang lain.
Lautan yang luas, Perjuangan yang masih panjang.
Kapal yang dinaiki, Jemaah yang kita sertai.
Laluan berbeza, wasilah berbeza.
Kompas yang sama, Alquran dan Assunnah.

Walau apa pun jemaah yang kita sertai, TOLONG lah berlapang dada bilamana melihat jemaah lain yang lebih terkehadapan baik dari segi ahli, aktiviti dan gerak kerja.Bukannya, memaki hamun, cemburu yang tidak bertempat, bahkan jangan ada niat mahu menjatuhkan. 

Wahai kamu! kalau benar kita orang yang ditarbiyah, punya thaqafah, mengapa mahu menjatuhkan di saat yang lain sedang membangun? Bahkan, kita perlu gembira melihat Islam semakin terkehadapan. Ini bukan pertandingan jemaah siapa yang terbaik, dan kita pun tidak pernah bertanding, cuma kita sama-sama peserta larian perjuangan yang sedang bertanding dengan orang-orang yang mahu menghancurkan Islam. Jangan kita juga turut menjadi orang yang tidak suka melihat kebangkitan Islam sedangkan dalam masa yang sama kita bawa Islam.

Renungan buat kalian yang bergelar penggerak Islam :

‎"Andainya anda menyertai mana-mana jamaah Islam, lalu anda tidak menerima apa jua mehnah dan ujian, maka semak semula jamaah yang anda sertai itu, kerana mungkin ianya bukan jamaah yang menepati kriteria jamaah Islam.


"Sekiranya setelah anda semak dan teliti, ternyata benar ianya adalah jamaah Islam, maka semak pula apakah anda bekerja untuk Islam atau tidak. Kerana mungkin kalau anda tidak menerima apa jua ujian atau mehnah, mungkin sebenarnya anda tidak bekerja untuk Islam, melainkan untuk diri sendiri.

-Imam Hassan Al Banna-

Nota Hamba : Kini, baru saya nampak ada hikmahnya bilamana hanya Hijau Putih sahaja yang menjadikan politik sebagai salah satu wasilah dalam perjuangan. Cuba bayangkan, kalau semua jemaah masuk politik, waktu tu, non-Muslim memang akan nampak, umat Islam tidak bersatu sebab masing-masing cuba bertanding to be the best dalam pentas politik dan orang Islam sendiri akan jadi pening sebab tak tau nak pilih parti mana, sebab sudah pasti semua jemaah akan menjadikan Islam sebagai agenda utama perjuangan mereka.


pssst: Entry ini sekadar luahan pendapat, tidak bermaksud mengapi-apikan mana-mana pihak dan silakan memberi pendapat sekiranya tidak setuju dengan entry ini.Sama-sama kita meraikan pendapat masing-masing :) home sweet home :') menghitung hari nak balik :'D terasa lambatnya masa berlalu,sejam bagaikan sehari..hewhew






✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

2 comments:

Aniq Bukhary said...

Perkongsian menarik.. keep it up.. :)

Harith Iskandar said...

dengar 2 pendapat tu lbh baik drpd dgr 1 pendapat jer... :) entri yg baik ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...