Monday, 12 August 2013

Orang Kita Memang Sensitif ..



 sebentar tadi masuk mesej dari AF us Dr Syauqi Othman, penyampai kuliah tafsir IKIM.fm diriwayatkan , dgn tajuk : 

Orang kita memang sensitif... 

Orang kita memang sensitif dengan berita surau diguna oleh non-muslim, baru sedar selama ini rumah-rumah Allah banyak yang sunyi. 

Orang kita memang sensitif dengan berita tokoh agama mengamalkan poligami, baru sedar ramai rupanya selama ini anak-anak kita ramai berpacaran tanpa nikah tapi dah macam laki bini. 

Orang kita memang sensitif dengan video menyambut raya sambil pegang anjing, baru sedar selama ini banyak adegan lelaki perempuan bukan muhrim berpegang tangan berpeluk-pelukan setiap hari disiarkan di TV. 

Orang kita memang sensitif dengan berita tulisan jawi dicetak terbalik, baru sedar selama ini AlQuran yang dicetak betul hanya hiasan almari. 

Orang kita memang sensitif dengan isu gadis Melayu menyertai pertandingan ratu cantik tidak menutup aurat, baru sedar selama ini ramai gadis Melayu tanpa masuk pertandingan ratu cantik pun berpakaian begini. 

Orang kita memang sensitif dengan berita DNA babi dalam makanan, baru perasan sebenarnya rokok yang ramai hisap memang sudah difatwakan haram selama ini. 

Teguran dan muhasabah ini untuk diri sendiri, 
Sayalah orang kita yang dimaksudkan ini, 
Tidak perlu terasa di dalam hati 







✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

7 comments:

♥ Lia Abdillah ♥ said...

mohon copy. nanti lia credit. thanks

Nur said...

suka dengan the second image. :)

Chik Najah said...

silakan lia :)

mujahidah maisarah said...

huu..terasa..

Abe Din said...

Isu yang timbul macam pegi melawat jenazah.... sedikit sangat yg ambil pengajaran. Sebenarnya orang kita BELUM SEDAR atau sedar sekejap jer..kalau tidak, kita tidak dipanggil manusia... hehe. Sekadar bagi pendapat.

Nur Rabiatul said...

balas kunjungan sini.. selamat hari raya aidilfitri.. :)

http://blogcontestgiveaway.blogspot.com/2013/07/giveaway-ramadhan.html

Chik Najah said...

setuju dgn abe din :')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...