Thursday 15 August 2013

Tinggal Sejarah :')



TRAGEDI SUNGAI KERIAN, 13 SEPTEMBER 1972

Sungai Kerian yang memisahkan bandar Parit Buntar, Perak dengan Bandar Baharu, Kedah terus mengalir lesu membawa bersama kenangan tragedi yang berlaku hampir 41 tahun lalu.

Namun bagi keluarga 27 mangsa yang nyawa mereka diragut dalam tragedi itu, berapa lama sekali pun masa yang diambil, kesedihan yang dibendung, tidak mungkin hilang. Kisah itu akan terus diwarisi kepada generasi akan datang.

Tanggal 13 September 1972, tidak mungkin dapat dilupakan mereka yang terbabit, sama ada mangsa atau keluarga mereka. Malah seluruh penduduk di kedua-dua bandar sempadan ini akan terkenang peristiwa sebuah feri yang muatannya termasuk bas sekolah yang dinaiki pelajar SMJK (Cina) Kerian, karam.

Akibatnya, 27 jiwa, kebanyakannya pelajar sekolah berkenaan, terkorban. Mereka tenggelam bersama feri dan muatannya ke dasar sungai.

Insiden ngeri itu menyebabkan perkhidmatan feri yang menghubungkan Parit Buntar - Bandar Baharu dihentikan serta-merta. Ia kemudian digantikan dengan pembinaan Jambatan Sultan Idris pada tahun berikutnya.

Selain kisah sedih hilangnya 27 nyawa dalam kejadian itu, tragedi tersebut turut menyingkap kisah keberanian seorang wira yang sanggup menggadai nyawa untuk menyelamatkan mangsa feri karam tanpa mengira bangsa dan agama. Mendiang S Annamalai berhempas pulas menyelamatkan tujuh pelajar berbangsa Cina dan akhirnya beliau menghembuskan nafas terakhirnya akibat kepenatan. Manakala seorang lagi wira remaja Tionghua pada waktu kejadian yang turut membantu menyelamatkan mangsa sehingga dikurniakan Pingat Hang Tuah.

crdt info n pic : Sinar Harian







✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...