Sunday, 11 August 2013

Raikan Perbezaan !



Untuk entri kali ini saya ingin berkongsi satu pengalaman.


Suatu hari, di antara hari-hari terakhirku di .... , aku diajak menghadiri satu program anjuran Masturat (Tabligh versi wanita)Masturat bererti yang tertutup. Buat kali pertama. Peluang tidak aku sia-siakan, kerana aku memang ingin mengetahui tentang mereka dengan lebih mendalam. Selama ini, aku hanya mendengar penerangan daripada khabar-khabar angin sahaja, menyebabkan aku mudah membuat kesimpulan sendiri. Aku tidak berpuas hati dengan situasi tersebut.


Kami pergi bertiga, berjalan kaki sahaja. Setibanya di tempat majlis ilmu tersebut, perkongsian telah pun bermula. Kami masuk perlahan-lahan ke dalam bulatan dan segera mengikuti agenda majlis. Habis satu perkongsian, beralih ke agenda lain pula. Sehingga la waktu rehat tiba.


Ketika rehat, seorang makcik mendekati kami. Menurut ceritanya, beliau seorang yang agak aktif dan sudah berkecimpung dalam arena dakwah dalam masa yang lama. Seterusnya beliau berkongsi cerita dan pengalaman sambil menerangkan serba ringkas mengenai latar belakang gerakan yang digelar tabligh ini. Banyak yang aku pelajari. Sedikit sebanyak persepsiku terhadap mereka mula berubah, ke arah lebih positif.


Aku bersyukur kerana diberi peluang bertemu dengan mereka, dan mempelajari lebih terperinci tentang mereka daripada mereka sendiri.

Tapi aku harap kalian tidak salah faham. Aku bukan ingin mempromosi tabligh dan mewar-warkan bahawa aku mengikuti mereka. Tidak juga mengatakan mereka salah dan aku menolak mereka. Bukan, bukan itu tujuan aku berkongsi cerita. Aku hanya memberi contoh. Tak lebih dari itu.
Yang aku cuba kongsikan ialah:

1. Kenal dahulu sebelum membuat spekulasi
2. Hormati dan raikan perbezaan


Seorang ustaz ada berpesan.
"Dalam menghadapi kepelbagaian jemaah atau organisasi,utamakan UKHWAH"

Seorang kakak usrah ada berkata, tetapi ayatnya telah diskemakan sedikit.
"Sekiranya seseorang itu ikhlas berukhwah dengan kita,perbezaan jemaah tidak seharusnya menjadi masalah"
Aku amat bersetuju. Walau bagaimanapun keadaannya, ukhuwah yang utama. 


Bagi aku, tiada jemaah yang sempurna, kerana manusia tidak terlepas daripada dosa. Maka seharusnya kepelbagaian jemaah yang memperjuangkan Islam, tak kira di mana, bersepakat dan bukannya bertikam lidah. Mungkin sukar untuk bersatu kerana masing-masing punya matlamat dan visi tersendiri. Tapi tidak salah dan tidak mustahil untuk saling melengkapi dan bekerjasama.

Mungkin jemaah A punyai ahli-ahli yang korporat, jemaah B pula dianggotai ustaz-ustazah para ilmuan Islam. Manakala ahli jemaah C ramai yang lantang berdebat dan petah berkata-kata. Seandainya mereka bekerjasama dan memainkan peranan di bidang kepakaran masing-masing dengan baik, bukankah umat Islam juga yang untung? Kesemua bidang, politik, ekonomi, tarbiah dan lain-lain mampu dikuasai. Fikir-fikirkan.

Namun, akibat kepelbagaian ini, perselisihan dan perbezaan pendapat mungkin mudah berlaku. Kerana masing-masing punya cara dan pandangan terhadap suatu perkara dari sudut berlainan. Seharusnya kita berlapang dada, menghormati pendirian serta berusaha ke arah mencari persamaan, bukan meluaskan jurang perbezaan.

Akhir kata,

Learn about them, and you'll know more.Celebrate the differences and respect others.Ukhuwah is the first, forever and always.

Wallahua'lam.


[Sekadar penulisan, perkongsian dan pandangan peribadi secara umum. Harap maaf sekiranya menyinggung mana-mana pihak] senyum :)







✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

4 comments:

Diera Tekikushika said...

suka entry ni. =)

AyuInsYiraH said...

ayu datang singgah ke blog awak...

ada masa nanti singgah la ke blog ayu pula..ayu ada buat segmen..

http://www.ayuinsyirah.my/

Abe Din said...

Dalam penyelidikan akademik, membuat kesimpulan awal adalah salah. Apa yang Cik lakukan sangat baik... kita jangan berburuk sangka sesama mahkluk ciptaan-Nya. Raikan perbezaan mengikut Quran dan Sunnah. Moga diredhai & diberkati-NYA. Salam kenal dari blogger Terengganu.

Chik Najah said...

insyaa Allah.. sama-samalah kita berlapang dada :') salam kenal juga..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...