assalamualaikum..pagi-pagi ni rasa macam nak update something..tercetusnye idea ni start malam tadi bile ada seorang kakak ni dia tunjuk video sejarah perjuangan islam =') dalam hati ni dah menangis sebab memang sangat tersentuh melihat sejarah Islam..*tapi muka still cool..kena la cover kan??hee~okay sebenarnya..
Aku benar-benar rindukan kemenangan islam.
Aku rindukan saat ketika mana ulama'-ulama' dimuliakan dan
dijadikan rujukan dalam pemerintahan. Saat ketika mana umat Islam, beramal
dengan ajaran Islam yang sebenar-benarnya.
Aku rindu untuk melihat pemuda sehebat Al Fateh, takwa, ilmu
dan usahanya. Subhanallah. Janji nabi terkota di tangannya. Allahuakbar!
Aku rindu untuk melihat barisan pemuda sehebat tentera Al
Fateh, ketakwaan, keikhlasan dan semangat mereka untuk memenangkan Islam.
Sekalipun berhadapan dengan kematian, mereka terus mara demi mengejar akhirat.
Mereka merindukan kematian, bukan takut padanya.
Aku rindukan pemuda setekad Hasan Ulabete, biar jasad
menempah syahid, tugasnya terlaksana sempurna, memasakkan panji Islam.
Allahuakbar!
Rinduku ini, bisakah terubat?
Walau dinukil. Walau diukir. Walau dicoret kerinduan ini
oleh sahabat yang berbeza. Berlainan warna ideologi pembawaan islam, aku tetap
bersangka baik. Aku tetap berlapang dada selagi displin manhaj yang didukung
digaris oleh syariat. Bukan sekular. Bukan liberal. Bukan sahaja kapitalis.
Biarpun hati sakit sahabat keluar masuk dakwah. Futur, lari,
dipecat atau disingkir daripada pintu dakwah, namun rumah kita tetap sama. Islam. Tiada hasad dengki untuk memenangkan
islam. Tiada masa terbazir untuk persengketaan dalam menegakkan syiar.
Usah dilayan emosi perpecahan. Setiap kejadian pasti ada
hikmah.
"Dalam hidup ini jangan selalu menyulitkan keadaan yang
mudah kepada susah. Tetapi seringlah untuk cuba memudahkan urusan. Terutamanya
ketika mahu berdakwah. Proses penambahbaikan itu dimulakan daripada diri
sendiri. Sungguh. Siapalah kita, siapalah jemaah kita untuk memberi nasihat dan
panduan tetapi bermula daripada kita akan lahirnya pemberani Islam yang lain.
Mudahkan urusanmu dengan yang lain, insyaAllah, urusanmu akan dimudahkan
olehNya. Kristalkan ego kita. Buang ego itu."
Allahurobbi. Kuatkan hati pemuda pemudi Islam, ikhlaskan
hati kami. Kerana kami rindukanMu Tuhan. Rindukan haruman syurgaMu. Allah,
ampunilah segala dosa kami, tetapkan hati kami di jalan keredhaanMu. Tuhan,
perjuangan ini bukti cinta kami kepadaMu. Berilah kami kekuatan untuk menjadi
pejuang agamaMu yang setia, soleh dan solehah.
Ayuh, mujahadah untuk buang cinta dunia yang berkarat.
Runtuhkan kekebalan ego yang menjauhkan cinta akhirat untuk dipenuhi. Agar ia
tumbuh subur di dalam hati.
Sejarah membuktikan. Islam menang, kerana pejuangnya sungguh
dekat dengan Allah. Masanya sudah tiba. Bersatu merobohkan tembok kezaliman!
Bebaskan ketidakpersefahaman yang menebal. Tetapi bersungguh mencari titik
solidariti.
4 comments:
HEBAT penulisan kamu adik......
allahhuakbar
takbirrrr!!!!!
@-cinta soFiaSafiya- sekadar perkongsian..masih banyak yang perlu di pelajari..hee~
@pykah razak Allahu Akhbar!! semangat2x!
Post a Comment