Thursday, 3 January 2013

Tolong Buang EGO itu..


assalamualaikum..pagi-pagi ni rasa macam nak update something..tercetusnye idea ni start malam tadi bile ada seorang kakak ni dia tunjuk video sejarah perjuangan islam =') dalam hati ni dah menangis sebab memang sangat tersentuh melihat sejarah Islam..*tapi muka still cool..kena la cover kan??hee~okay sebenarnya..

Aku benar-benar rindukan kemenangan islam.
Aku rindukan saat ketika mana ulama'-ulama' dimuliakan dan dijadikan rujukan dalam pemerintahan. Saat ketika mana umat Islam, beramal dengan ajaran Islam yang sebenar-benarnya.

Aku rindu untuk melihat pemuda sehebat Al Fateh, takwa, ilmu dan usahanya. Subhanallah. Janji nabi terkota di tangannya. Allahuakbar!


Aku rindu untuk melihat barisan pemuda sehebat tentera Al Fateh, ketakwaan, keikhlasan dan semangat mereka untuk memenangkan Islam. Sekalipun berhadapan dengan kematian, mereka terus mara demi mengejar akhirat. Mereka merindukan kematian, bukan takut padanya.

Aku rindukan pemuda setekad Hasan Ulabete, biar jasad menempah syahid, tugasnya terlaksana sempurna, memasakkan panji Islam. Allahuakbar!
Rinduku ini, bisakah terubat?

Walau dinukil. Walau diukir. Walau dicoret kerinduan ini oleh sahabat yang berbeza. Berlainan warna ideologi pembawaan islam, aku tetap bersangka baik. Aku tetap berlapang dada selagi displin manhaj yang didukung digaris oleh syariat. Bukan sekular. Bukan liberal. Bukan sahaja kapitalis.


Biarpun hati sakit sahabat keluar masuk dakwah. Futur, lari, dipecat atau disingkir daripada pintu dakwah, namun rumah kita tetap sama.  Islam. Tiada hasad dengki untuk memenangkan islam. Tiada masa terbazir untuk persengketaan dalam menegakkan syiar.
Usah dilayan emosi perpecahan. Setiap kejadian pasti ada hikmah.

"Dalam hidup ini jangan selalu menyulitkan keadaan yang mudah kepada susah. Tetapi seringlah untuk cuba memudahkan urusan. Terutamanya ketika mahu berdakwah. Proses penambahbaikan itu dimulakan daripada diri sendiri. Sungguh. Siapalah kita, siapalah jemaah kita untuk memberi nasihat dan panduan tetapi bermula daripada kita akan lahirnya pemberani Islam yang lain. Mudahkan urusanmu dengan yang lain, insyaAllah, urusanmu akan dimudahkan olehNya. Kristalkan ego kita. Buang ego itu."

Allahurobbi. Kuatkan hati pemuda pemudi Islam, ikhlaskan hati kami. Kerana kami rindukanMu Tuhan. Rindukan haruman syurgaMu. Allah, ampunilah segala dosa kami, tetapkan hati kami di jalan keredhaanMu. Tuhan, perjuangan ini bukti cinta kami kepadaMu. Berilah kami kekuatan untuk menjadi pejuang agamaMu yang setia, soleh dan solehah.

Ayuh, mujahadah untuk buang cinta dunia yang berkarat. Runtuhkan kekebalan ego yang menjauhkan cinta akhirat untuk dipenuhi. Agar ia tumbuh subur di dalam hati.

Sejarah membuktikan. Islam menang, kerana pejuangnya sungguh dekat dengan Allah. Masanya sudah tiba. Bersatu merobohkan tembok kezaliman! Bebaskan ketidakpersefahaman yang menebal. Tetapi bersungguh mencari titik solidariti.



✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

4 comments:

-anidaothman- said...

HEBAT penulisan kamu adik......
allahhuakbar

pykah razak said...

takbirrrr!!!!!

Unknown said...

@-cinta soFiaSafiya- sekadar perkongsian..masih banyak yang perlu di pelajari..hee~

Unknown said...

@pykah razak Allahu Akhbar!! semangat2x!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...